Berita›Luar Negara
(Video) Timbulkan Kegusaran Ramai, ‘Penyelam’ Temui Topeng Muka Dan Sarung Tangan Di Dasar Laut Perancis
Sebilangan besar topeng muka dan sarung tangan lateks yang ditemui berselerakan di dasar laut Perancis telah menimbulkan kegusaran sama ada ianya terdedah kepada Covid-19 ataupun tidak. Sebuah pertubuhan NGO Perancis dikenali sebagai Opération mer propre yang ditubuhkan bertujuan untuk memelihara kebersihan dasar laut sekitar Antibes di tenggara Perancis telah menemui sejumlah besar sampah yang berupa […]
(Video) Rakaman Lelaki Kurang Upaya Acu Pistol Mainan Kepada Juruwang Guna Kaki, Didakwa Bertujuan Merompak
Satu kejadian rompakan yang luar biasa di sebuah kedai barangan perhiasan di Brazil berjaya dirakam kamera rakaman litar tertutup (CCTV). Seorang lelaki kurang upaya yang didakwa cuba merompak itu telah bertindak mengacukan sepucuk pistol menggunakan kakinya ke arah juruwang. Tindakannya itu akhirnya membawa padah selepas pihak polis yang tiba di lokasi kejadian berjaya mematahkan kejadian […]
(Video) Disangka Batu ‘Melayang’, Wanita Terkejut Kura-Kura ‘Terbang’ Melekat Pada Cermin Kereta
Seorang wanita memberi amaran kepada semua pemandu agar lebih berhati-hati dengan hidupan liar setelah seekor kura-kura ‘melekat’ di cermin hadapan keretanya. Kejadian yang berlaku pada 12 Mei lalu menyaksikan Latonya Lark sedang memandu di lebuh raya bersama adiknya dan pada ketika dia menyedari ada satu objek seperti batu bata melayang di udara. Menurut Daily Star, […]
Pernah Digali Pada 1922 Tapi Tidak Dijumpai, Jubin Rom Kuno ‘Muncul’ Dipercayai Berasal Dari Abad Ke-3 Masihi
Lantai jubin Rom dijumpai di bawah tanah sebuah ladang anggur di utara Itali. Seorang jurukur di utara Verona mendedahkan gambar lantai jubin itu melalui akaun Twitter miliknya. Menurut laporan, ini sekali gus menguatkan bukti bahawa sebuah villa pernah dibangunkan di tanah itu dipercayai daripada abad ke-3 Masihi. Sebelum ini, pada tahun 1922, kawasan tersebut pernah […]
(Video) Anak Kecil Ini Tak Tertanggung Rindu, Air Mata Tumpah Di Pusara Orang Tuanya
Anak mana yang tidak akan merasai kesedihan tatkala kehilangan kedua-dua ibu dan ayah lebih-lebih diusia kecil. Sudah semestinya perasaan sedih akan menyelubungi diri terutamanya setiap kali Syawal menjelang tiba. Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh Sahabatsurga di Instagram, kelihatan seorang kanak-kanak duduk bersebelahan pusara dipercayai milik orang tuanya. Suasana bertambah lebih hiba apabila […]

Setelah Ribuan Mati Dalam Kebakaran Hutan, Kelahiran Anak Koala Pertama Dianggap Tanda Harapan Bagi Hidupan Liar Di Australia
Setelah episod kebakaran hutan yang berlaku pada hujung tahun lalu, Taman Reptilia Australia menyambut kelahiran koala pertama yang diberi nama Ash. Bayi koala itu dilahirkan di dalam kurungan di tempat perlindungan haiwan di NSW Central Coast, lapor Daily Mail. Penjaga zoo menamakan koala itu sebagai Ash bagi memberi penghormatan kepada ribuan koala yang terbunuh dalam […]
Persoalan Dua Buah Kereta Berdebu Di ‘Parking’ Selama 6 Tahun Terjawab, Dipercayai Milik Penumpang MH370
Misteri dua kereta mewah yang didakwa ditinggalkan di kawasan parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing selama bertahun-tahun akhirnya didedahkan. Kereta jenis Porsche dan Lexus itu telah dikatakan ditinggalkan di kawasan parkir tersebut selama enam tahun. Kedua-dua kereta tersebut adalah merupakan kereta mewah yang memiliki harga yang tinggi di pasaran. Menurut sebuah laman web China bernama vansky.com, […]
(Video) Ramai-Ramai Tolong Angkat, Alih Kereta, Bagi Laluan Trak Bomba Dalam Misi Padam Kebakaran
Pasukan bomba yang menerima panggilan kecemasan bagi memadam kebakaran di sebuah apartmen terpaksa menangguhkan misi menyelamat mereka selama beberapa minit kerana dilihat ‘disekat’ oleh sebuah kereta yang diletak di tepi jalan. Pun begitu, mereka dibantu oleh orang ramai mengalihkan kereta tersebut. Dalam satu video yang dimuatnaik oleh Daily Mail, orang ramai yang berada di situ […]
Kebanyakan Masjid Dibuka 2 Jun, Solat Jumaat Kekal Digantung
SINGAPURA, 27 Mei — Kebanyakan masjid di Singapura akan dibuka secara berperingkat bermula 2 Jun, bagaimanapun solat berjemaah dan solat Jumaat masih tidak dibenarkan. Langkah-langkah pemutus rantaian lebih ketat yang dikuatkuasakan oleh republik ini bermula 7 April lepas bagi mengekang penularan wabak COVID-19 akan berakhir pada 1 Jun. Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), masjid […]
(Video) Reaksi Teruja Anak-Anak Syria Dirakam Saat Terima Sampul Duit Raya
Memperoleh hadiah seperti duit raya sempena perayaan Aidilfitri antara saat yang paling menggembirakan bagi setiap insan yang bergelar kanak-kanak. Akan tetapi, nasib kanak-kanak di seluruh dunia adalah berbeza-beza. Ada yang senang dan ada juga yang mengalami kesusahan. Sebagai contoh, kita boleh lihat apa yang berlaku di negara Syria. Sudah pasti kita akan tertanya-tanya bagaimanakah kanak-kanak […]
COVID-19: Kes COVID-19 Di Indonesia Kini 23,851 Dan Kematian 1,473 Kes
JAKARTA, 27 Mei — Kes positif COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 23,851 dengan 55 kes kematian lagi dicatatkan berlaku dalam tempoh 24 jam. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 686 tambahan kes positif baharu, manakala jumlah keseluruhan kematian akibat virus itu kini […]
Tindih Leher Lelaki Kulit Gelap Yang Kemudiannya Meninggal Dunia, Polis Dibuang Kerja, Rakyat Bangkit Protes
Amerika Syarikat, 27 Mei – Empat anggota polis di Minneapolis dipecat setelah didakwa terlibat dengan kes kematian seorang lelaki berkulit gelap yang ditangkap, dikasari dan akhirnya meninggal dunia. Menurut CNN, lelaki berusia 46 tahun yang maut, George Floyde itu ditahan dan ditindih menggunakan lutut oleh seorang anggota polis yang mendakwa menahannya dalam siasatan kes penipuan. […]
Dipercayai Mahu Bolot Harta Mangsa, Lelaki Didakwa Beli Ular Untuk Patuk Isterinya
Seorang wanita di Kerala, India mati setelah dipatuk ular tedung. Kejadian berlaku di daerah Kollam dan polis telah menangkap suaminya kerana didakwa menjadi dalang disebalik kejadian ini. Polis melaporkan lelaki tersebut membeli ular dan menyimpan di botol kaca untuk bunuh isterinya. Suspek (27), yang berasal dari Adoor merancang untuk membunuh isterinya (25) kerana ingin mengaut […]
(Video) Detik Menakutkan Kanak-Kanak Diekori Seekor Beruang
Rome — Pendakian sebuah keluarga telah bertukar menjadi satu momen yang menakutkan apabila seekor beruang berwarna coklat telah mengekori anak lelaki mereka semasa dalam perjalanan turun. Dalam sebuah video yang dikongsikan oleh ayah tirinya, Alessandro yang berusia 12 tahun dilihat sedang berjalan secara perlahan-lahan ke arah ayah tirinya sementara diekori oleh beruang besar tersebut. A […]
7 Juta Penduduk Di Wuhan Jalani Saringan COVID-19 Untuk Elak Gelombang Kedua
Beijing– Pejabat kesihatan China yang bertempat di Wuhan melaporkan telah menjalankan ujian pengesahanCOVID-19 terhadap hampir 7 juta penduduknya selama 12 hari dalam usaha mencegah gelombang kedua virus korona. Sebanyak 6.68 juta orang telah menjalankan ujian asid nukleik dan 206 individu dilaporkan telah dijangkiti COVID-19 namun tidak menunjukkan sebarang gejala. Ujian secara besar-besaran dijalankan di Wuhan […]
Anjing Setia Menanti Di Hopsital 3 Bulan, ‘Tak Tahu’ Tuannya Dah Meninggal Angkara COVID-19
Seekor anjing setia menunggu pemiliknya di hospital setiap hari selama lebih 3 bulan. Malangnya, pemilik anjing tersebut telah meninggal dunia akibat COVID-19 setelah hanya 5 hari menjalani rawatan di Hospital Wuhan Taikang. Mangsa telah datang ke hospital tersebut bersama anjingnya pada bulan Februari. Setiap hari anjing itu akan menunggu di lobi hospital dan berkeliaran di […]
Gara-Gara Nak Jadi ‘Spiderman’, Tiga Budak Lelaki Dikejarkan Ke Hospital Selepas Biarkan Diri Digigit “Black Widow”
Tiga adik-beradik lelaki di Bolivia telah dikejarkan di hospital setelah sengaja membiarkan labah-labah ‘Black Widow’ mengigit mereka dengan harapan mendapat ‘Super Power’ seperti watak adiwira yang mereka minati Spiderman. Kanak-kanak lelaki berusia 12, 10 dan 8 tahun itu telah pergi ke ladang membantu keluarga mereka menggembala kambing di Chayanta dan menemui labah-labah tersebut. Ketua Epidemiologi […]
Ikea Jerman Bagi Umat Islam Guna Parkir Untuk Solat Sunat Aidilfitri, 800 Jemaah Hadir & Jaga “Social Distancing”
Frankfurt, Jerman – Sebuah cawangan Ikea di sini membuka ruang parkir kenderaannya untuk aktiviti solat sunat Aidilfitri berjemaah dengan penjarakan sosial. Menurut BBC, sekitar 800 penganut agama Islam dilaporkan solat berjemaah Ahad lalu dengan meletakkan jarak antara satu sama lain. Pengerusi masjid, Kadir Terzi sebelum ini mencari ruang alternatif bagi membolehkan orang ramai mengamalkan penjarakan […]
Daging Kura-Kura, Merpati & Babi Hutan Antara Stok Makanan Eksotik Dirampas Di Restoran Di Kemboja
Sejumlah stok daging makanan eksotik termasuk kura-kura, burung merpati dan babi hutan dirampas pihak berkuasa dalam satu serbuan di tiga buah restoran di Cambodia, semalam. Restoran yang diserbu pihak berkuasa bandar dan perhutanan itu ialah Maloab Moha Heng Restaurant, Thari Mak Brang Restaurant dan Samros Mloab Mak Brang Thmey Restaurant yang terletak di Trang Village, […]
Hari-Hari Gali Sampai Tak Cukup Rehat, Keluhan Penggali Kubur Di Indonesia Ketika COVID-19
Salah satu pihak tersibuk semasa pandemik COVID-19 ini yang ramai tidak perasan ‘kewujudannya’ adalah penggali kubur. Jika kita lihat, kes makin lama makin meningkat saban hari, malah jumlah kematian pula tidak kurang hebatnya. Tugas menguruskan mayat pesakit COVID-19 sudah tentu agak mencabar kerana ia perlu diuruskan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Selain itu, […]