Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Risau Ditinggalkan Pasangan, Wanita Alami Keguguran Didakwa Sanggup Menyamar Jadi ‘Nurse’ Dan Culik Bayi Baru Lahir

Seorang wanita didakwa menculik seorang bayi perempuan yang baru lahir dari tempat tidur ibunya yang sedang tidur telah mendedahkan bahawa dia melakukanya untuk memalsukan kehamilannya sendiri.

Suspek dari Provinsi Guizhou di Barat Daya China, mengaku telah kehilangan anaknya yang belum lahir tetapi terus berpura-pura hamil.

Suspek telah memberitahu mahkamah bahawa dia percaya pasangannya akan meninggalkannya jika mendapati dia keguguran. Dia mengambil tindakan untuk memalsukan kehamilannya dan telah merancang untuk menculik bayi yang baru lahir.

Mahkamah telah memutuskan dia didapati bersalah menculik dan menjatuhkan hukuman satu tahun sepuluh bulan termasuk masa dia dijatuhkan hukuman. Suspek telah ditangkap ketika dia menyelinap keluar dari wad bersalin hospital Liangjiang sambil membawa bayi.

Gambar melalui rakaman CCTV menunjukkan dia mengenakan pakaian seragam jururawat yang dipercayai telah dicuri. Kemudian, wanita itu membawa bayi berkenaan keluar dari bilik tempat ibunya.

Menurut laporan, terdapat beberapa orang ibu baru yang lain di dalam bilik bersalin ketika penculikan itu berlaku. Bayi yang baru lahir itu telah dijumpai di bilik sewa suspek yang terletak hanya 300 kaki dari pintu masuk hospital.

Ketika mangsa terjaga daripada tidur, dia melihat bayinya tidak berada disisinya. Seorang perempuan yang berada disebelahnya memberitahu bayinya telah dibawa oleh seorang jururawat. Sangkaan mangsa itu adalah jururawat yang sebenar.

Tambahan pula, bilik ganti hospital dipenuhi dengan pakaian seragam jururawat yang tidak dicuci dapat dimasukki oleh sesiapa sahaja.

Sumber: www.mirror.co.uk