Berita›Luar Negara
‘Work From Home’ Tunjuk Hasil Positif, Twitter Benarkan Pekerja Kerja Di Rumah Selama-lamanya
Twitter dilaporkan telah memberitahu kakitangan atau pekerja mereka bahawa mereka boleh melakukan kerja dari rumah untuk selama-lamanya jika mereka mahu selepas melihat perkembangan penularan wabak COVID-19. Keputusan tersebut dibuat selepas langkah yang diambil syarikat tersebut ambil iaitu menampakkan kesan yang positif. Awal bulan ini, syarikat Google dan Twitter telah mengeluarkan kenyataan bahawa kakitangan mereka boleh […]
Gambar Tular Hujan Lebat Malam 23 Ramadhan Membasahi Masjidil Haram
Di 10 malam terakhir bulan Ramadan ini, ianya menjadi peluang untuk kita sebagai umat Islam memperbanyakkan lagi amal ibadah kita kepada Allah S.W.T. Dipercayai berlaku pada malam ke 23 Ramadan lalu, gambar tular menyaksikan Masjidil Haram disimbahi hujan lebat membasahi seluruh kawasannya. Dikhabarkan bahawa hujan rahmat tersebut berlaku sebelum Solat Sunat Tahajjud dilaksanakan. […]
Wad Bersalin Di Afghanistan Diserang, Wanita Sukarela Susukan Bayi Kematian Ibu
Seorang pakar psikiatri, Firooza Omar, 27 tahun membuat keputusan dengan menawarkan dirinya untuk menyusukan seorang bayi yang telah kematian ibu akibat dibunuh. Perkara ini terjadi selepas satu serangan militan yang dilakukan di wad bersalin hospital Dasht-e-Barchi yang terletak di Kabul, Afghanistan. Serangan tersebut turut mengorbankan sehingga 24 nyawa termasuk bayi, ibu dan jururawat. “Saya juga […]
Thailand Benar Solat Sunat Aidilfitri Di Zon Hijau – Sheikul Islam
Umat Islam di Thailand dibenarkan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid dengan mengenakan garis panduan yang ketat untuk membendung COVID-19. Sheikhul Islam Thailand, Aziz Phithakkhumphon berkata memandangkan situasi pandemik COVID-19 di negara itu bertambah baik, solat sunat Aidilfitri dibenarkan dijalankan di masjid yang terletak dalam kawasan zon hijau, iaitu yang tiada kes jangkitan. Bagaimanapun, beliau […]
(Video) Tiada Pelukan Rakan Sepasukan, Pemain Guna Konsep ‘Social Distancing’ Raikan Jaringan
Erling Haaland telah menjaringkan gol pertama liga Bundesliga yang dimulakan semula dan meraikannya dengan menerapkan penjarakan sosial. Penyerang prolifik pasukan Borussia Dortmund itu mencatat sejarah selepas berjaya menjaringkan gol pertama dalam liga Jerman selepas liga tersebut digantung susulan daripada penularan wabak pandemik Covid-19. https://www.youtube.com/watch?v=c9jmS7i9FfA What is this celebration 😂 #Haaland pic.twitter.com/6HSb19PlIL — broseph kay (@josephkayy) […]
Thailand Terus Kekal Tiada Kes Baharu COVID-19 Dan Kematian
Thailand hari ini sekali lagi melaporkan sifar kes baharu COVID-19 dan kematian, jumlah kes kekal 3,025 dengan 56 kematian. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin mengucapkan terima kasih kepada semua warganegara Thailand atas kerjasama mereka memerangi COVID-19. “Saya berharap tiada kes baharu dan kematian, dalam tempoh lebih lama atau sekurang-kurangnya satu angka kes baharu […]
COVID-19: CDC Ramal Lebih 100,000 Maut Di AS Menjelang Jun
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) meramalkan lebih 100,000 kematian akibat COVID-19 dicatatkan menjelang akhir Mei, lapor agensi berita Anadolu. “CDC mengesan 12 model berbeza yang meramalkan kemungkinan kematian #COVID19 di AS. Sehingga 11 Mei, semua meramalkan kematian akan meningkat pada minggu berikutnya dan jumlah kumulatif melebihi 100,000 menjelang 1 Jun,” tulis […]
Saintis Dakwa Keputusan Vaksin Terhadap Monyet Beri Hasil Memberangsangkan
Pengarah Institut Kesihatan Nasional (NIH) menyatakan bahawa tidak ada satu cara pun yang tidak akan dicuba dalam usaha mencari vaksin virus Covid-19. Dan kini, terdapat berita mengembirakan berkenaan satu vaksin yang sedang diuji ke atas manusia dan monyet. Penyelidik NIH di Montana dilaporkan telah menguji vaksin tersebut ke atas enam ekor monyet spesis rhesus macaque. […]
Baru Lepas Bersalin, Wanita Nekad Teruskan Perjalanan Sejauh 160 KM Bersama Bayi Baru Lahir
Seorang wanita hamil yang berjalan kaki di India terpaksa menghentikan perjalanannya bagi melahirkan anaknya sebelum meneruskan semula perjalanan sejauh 160 kilometer bersama anaknya yang baru lahir itu, lapor CNN. Wanita yang tidak diketahui identitinya itu telah berjalan bersama suami dan empat lagi anaknya yang lain dari bandar Nashik di Maharashtra ke bandar Satna di negeri […]
(Video) Jumpa Pastri Berusia 25 Tahun Dan Cuba Makan, Reaksi Wanita Ini Buat Warganet Kagum
Satu bebenang di laman sosial Twitter yang menceritakan tentang seorang wanita yang terjumpa sebungkus makanan berisi pastri berusia 25 tahun semasa mengemas peti aisnya telah menjadi tular. Mungkin perkara tersebut tidaklah begitu pelik, tetapi apa yang menariknya adalah wanita tersebut telah memutuskan untuk memakan makanan tersebut. Pengguna Twitter bernama Michael Patrick merupakan individu yang telah […]
(Video) Rakaman Ibu Beruang ‘Hentikan’ Lalu Lintas Untuk Bagi Ruang Anaknya Melintas
Seekor beruang dilaporkan dengan beraninya telah menghentikan lalu lintas di Jalan Rossland, British Columbia bagi memberi kepada anak-anaknya melintas jalan. Seorang wanita yang menyaksikan perkara itu berkata ‘Saya sedang memandu di jalan raya bersama dua anak saya ketika kami menemui ibu beruang itu’. “Anak-anaknya keluar dari belakang pagar dan ibu beruang memimpin mereka melintasi jalan […]
Anggap Harta Tak Kekal, Mualaf Ini Jual Semua Aset Bantu Yang Terjejas COVID-19
Seorang mualaf dari Indonesia yang berhati mulia iaitu Steven Indra Wibowo, bersedia menjual kesemua hartanya termasuk rumah dan kenderaan mewah. Apa yang menariknya, wang itu bukan untuk kepentingan peribadi, tetapi untuk disumbangkan kepada masyarakat yang terkena wabak COVID-19. Steven menjual aset miliknya iaitu dua buah rumah dan tujuh buah kereta untuk membeli keperluan seperti pakaian […]
Terkenal Dengan Video Lawak, Alunan Ayat Suci ‘Mimi Peri’ Buat Ramai Kagum
Apabila sebut sahaja nama Mimi Peri, pasti ramai yang kenal dengan insan yang popular ini. Bukan sahaja di negara seberang iaitu Indonesia, malahan beliau turut dikenali di Malaysia. Mimi Peri terkenal dengan video gelagat ‘gila-gilanya’ sehingga mampu mencuit hati ramai pengguna media sosial. Tetapi, ada satu video Mimi Peri yang dimuat naik di laman sosial […]
Indonesia: Kes Positif Covid-19 Meningkat Kepada 16,496 Kes, Dengan Jumlah Kematian 1,076
JAKARTA, 15 Mei — Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 16,496 kes, dengan 33 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 1,076 orang, sejak kematian pertama berlaku pada 11 Mac lepas. “Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga […]
India Berdepan Tekanan Hebat Lonjakan Besar Kes Covid-19.
NEW DELHI, 15 Mei — Kemudahan perubatan di India berdepan tekanan hebat di tengah-tengah lonjakan besar dalam kes COVID-19 walaupun kerajaan menguatkuasakan sekatan pergerakan di seluruh negara. Keadaan itu mencetuskan krisis kekurangan pelaburan dalam sistem penjagaan kesihatan awam sedangkan hospital swasta menikmati pertumbuhan pesat. Dengan kira-kira 82,000 kes positif, kes di India pada Jumaat bakal […]
Wuhan Sedang Lakukan Ujian Saringan COVID-19 Besar-Besaran Kepada 11 Juta Penduduk
Ujian saringan COVID-19 sedang dijalankan di Wuhan, China selepas wabak itu menyerang Disember lalu. Menurut laporan, pegawai bertugas dan pihak berkuasa berharap mereka dapat memeriksa kesemua 11 juta penduduk wilayah itu. Difahamkan, pihak berkuasa berjanji untuk melakukan ujian kepada 11 juta penduduk selama 10 hari. Setakat ini, seramai 3 juta penduduk telah disaring sejak April […]

Covid-19: Semua Masjid Di Singapura Kekal Ditutup Semasa Aidilfitri
Singapura: Semua masjid di Singapura kekal ditutup pada Aidilfitri berikutan sambutan perayaan itu masih dalam tempoh pemutus rantaian bagi memerangi COVID-19. Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), kebiasaannya pada pagi Hari Raya, umat Islam di Singapura akan ke masjid bagi menunaikan solat Aidilfitri dan bertakbir serta mendengar khutbah. Tahun ini, mereka akan menyambut Hari Raya di rumah […]
‘Tiang Sedekah’ Bantu Sesiapa Yang Terjejas Wabak Pandemik
Penularan wabak Covid-19 telah memberi kesan yang besar terhadap seluruh dunia. Wabak ini tidak mengira usia kerana digelar pembunuh secara senyap. Pelbagai cara untuk berkongsi dan saling membantu dalam meringankan beban golongan yang susah dalam situasi wabak Covid-19. Salah satu cara yang kini popular di Indonesia adalah dengan menggantung barang keperluan dan makanan di sepanjang […]
Demi Nak Jaga Penjarakan Sosial, Kafe Di Jerman Wajibkan Topi Khas Buat Pelanggan
Sebuah kafe di Jerman telah membuatkan para pelanggannya memakai topi ‘swimming noodle’ bagi memastikan mereka mematuhi peraturan penjarakan sosial ketika menikmati makanan di kafe tersebut. Cafe & Konditorei Rothe yang terletak di Schwerin, German itu menggunakan dua alatan renang yang digelar sebagai swimming noddle dan diikat di atas satu topi jerami. Gambar suasana kafe tersebut […]

Salah Seorang Suspek Tembak Jatuh MH17 Ditahan Di Ukraine
Salah seorang suspek utama menembak jatuh MH17 pada enam tahun lalu ditahan atas tuduhan berbeza di Timur Ukraine ketika perbicaraan bermula pada Mac lalu, lapor BBC Rusia semalam. Leonid Kharchenko, 47 merupakan satu-satunya warga Ukraine antara empat suspek utama di sebalik tragedi yang membunuh kesemua 298 penumpang pesawat malang MH17 itu. Suspek yang merupakan seorang […]