Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nenek 71 Tahun Meninggal Dunia, Dipercayai ‘Trauma’ Terpaksa Lihat 3 Cucu Dirogol Depan Mata

Gambar Hiasan Via Google

Seorang warga emas dilaporkan meninggal dunia kerana disyaki terkena serangan jantung selepas diacukan pistol dan dipaksa melihat tiga orang cucu perempuannya dirogol di depan matanya sendiri, lapor Daily Mail.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Afrika Selatan itu menyaksikan nenek yang berusia 71 tahun itu berhadapan dengan penceroboh yang memasuki rumahnya di Impendle di wilayah KwaZulu-Natal.

Gambar: Daily Mail

Memetik laporan Daily Mail, penyerang dilaporkan mengunci ketiga-tiga orang cucunya yang berusia 19, 22 dan 25 tahun di dalam bilik tidur.

Suspek dilaporkan mengheret mangsa seorang demi seorang untuk merogol mereka di hadapan nenek mereka sendiri.

Polis Afrika Selatan yang menyiasat kejadian itu percaya bahawa kerana trauma yang tidak dapat dibendung menyebabkan warga emas tersebut terkejut dan mendapat serangan jantung.

“Kami menemui nenek itu di dalam rumah namun dia telah pun meninggal dunia dan kami merasakan bahawa dia terlalu takut dengan tindakan kejam yang disaksikan olehnya sehingga menyebabkan serangan jantung,” kata jurucakap keluarga itu, Mzandwile Ndlovu.

Sumber: Daily Mail