Berita›Luar Negara

Gaya hidup
(Video) Ibu Beruang Menerpa Ke Arah Kereta Supaya Dihentikan Untuk Anaknya Lintas Jalan
Satu rakaman video yang menunjukkan seekor ibu beruang telah menghentikan sebuah kereta dengan mengejut, untuk membiarkan anaknya melintas dengan selamat ketika waktu malam di sebuah jalan. Kereta yang meluncur laju di jalan Komsomolsk-On-Amur, Rusia, berhenti dengan segera selepas dikejutkan dengan kehadiran seekor beruang besar pada bahagian hadapan keretanya. https://videos.dailymail.co.uk/preview/mol/2020/06/26/6500704972074994109/636x382_MP4_6500704972074994109.mp4 Pada awalnya, beruang berkenaan bersama anaknya […]
Berita
Dipercayai Ketagihan Arak, Tiga Dilaporkan Maut Selepas Minum ‘Hand Sanitizer’
Tiga orang dilaporkan telah meninggal dunia manakala tiga lagi berada dalam keadaan kritikal dan seorang buta kekal selepas menelan hand sanitizer yang mengandungi metanol, lapor New York Times. Kes paling awal yang dilaporkan kepada Pusat Maklumat Racun dan Kawalan Dadah New Mexico adalah pada 7 Mei lalu dan selebihnya berlaku selepas 29 Mei. Jurucakap dari […]
Luar Negara
(Video)Mujur Sempat, Tindakan Pantas Pemandu Ini ‘Tepis’ Tayar Bergolek Dapat Selamatkan Keretanya
Satu rakaman dashcam yang mengejutkan, telah menunjukkan seorang lelaki dengan pantas keluar dari keretanya dan menolak tayar yang melantun dari kenderaan di seberang jalan. Video memperlihatkan sebuah kereta yang datang dari seberang jalan dengan tiba-tiba tayar belakang kereta berkenaan mula melantun ke arah lalu lintas ke seberang jalan. https://videos.dailymail.co.uk/video/mol/2020/06/26/939426426872116699/640x360_MP4_939426426872116699.mp4 Pemandu kereta itu segera menyedari kejadian […]
Luar Negara
Selepas Kesal Tak Dapat Hadir Kelas ‘Online’ Kerana Kesempitan Hidup, Remaja Ditemui Mati Di India
Seorang pelajar berusia 16 tahun, yang sedih kerana tidak mempunyai telefon pintar untuk menghadiri kelas dalam talian, ditemui mati berhampiran rumahnya di daerah Chirang di Assam, India pada hari Selasa, kata polis. Menurut polis, pelajar tingkatan empat berasal dari keluarga miskin, kesal kerana dia tidak dapat mengikuti kelas dalam talian dan peperiksaan yang dijalankan oleh […]
Luar Negara
2 Anak Yatim Ini Digelar ‘Google Al-Quran’, Hafal Terjemahan Al-Quran Dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin
Kedua-dua anak yatim ini dikurniakan kehebatan yang luar biasa oleh Allah SWT, iaitu dapat menghafal ayat-ayat Al-Quran dan terjemahannya. Sehingga diberi gelaran ‘Google Al-Quran’. Mereka menuntut ilmu dari Sekolah Berasrama Islam Muttaqin di Yogyakarta, Indonesia. Mereka berdua mempunyai ciri-ciri luar biasa, mereka dapat mengetahui setiap ayat dalam Al-Quran. Ahmad dan Kamil dapat menghafal setiap halaman […]
Gaya hidup
Nyawa Pernah Diselamatkan Seekor Anjing, Burung Kini Bersahabat Dengan ‘Heronya’
Haiwan mempunyai sifat yang penyayang yang sangat tinggi, kerana itu haiwan mudah menghargai setiap orang yang memeliharanya. Bahkan, sifat penyayang haiwan turut sama dirasai sesama mereka. Seperti kisah seekor anjing yang dikenali sebagai Hiro ini telah menjadi ‘hero’ dengan menyelamatkan seekor anak burung. Ketika kejadian berlaku, mereka sedang berehat dibelakang rumahnya di Puerto Rico. Ketika […]
Luar Negara
‘Tarik’ Lagu Tinggi Semasa Karaoke, Wanita Ini Hampir Maut Saluran Darah Di Otak Pecah
Seorang wanita di China hampir maut selepas saluran darah di otak pecah ketika sedang mencapai nada yang tinggi semasa sesi karaoke pada 5 Jun lalu, lapor Daily Mail. Wanita yang berusia 55 tahun ini dikenali sebagai Zhang telah mengalami sakit kepala yang teruk dan mula muntah ketika dia menyanyikan lagu yang dipercayai bernada tinggi semasa […]
Gaya hidup
Video Bayi Lelaki Dilempar Ke Dalam Kolam Oleh Guru Renangnya Cetus Kemarahan Orang Ramai
Tular satu rakaman video yang telah mencetus kontroversi apabila seorang bayi lelaki berusia 8 bulan dilemparkan ke dalam kolam renang menjadi perbualan hangat. Rakaman yang berdurasi selama 21 saat itu, menunjukkan bayi berkenaan telah dilemparkan ke dalam kolam oleh seorang pelatih renang telah menimbulkan rasa panik orang ramai ketika melihat keadaan bayi berkenaan. Lebih membimbangkan […]
Luar Negara
Bayi Berusia Setahun Dilaporkan Demam Lepas Dipercayai ‘Wanita Sengaja Batuk Terhadapnya’
Seorang bayi lelaki mengalami demam panas selepas seorang wanita tua didakwa sengaja batuk dimuka bayi tersebut di sebuah kade di California, lapor Metro Uk. Menurut laporan, ibu bayi yang berusia 1 tahun mengatakan suhu badan anaknya meningkat selepas wanita berusia 60 an itu menanggalkan penutup muka dan batuk pada bayi tersebut. Kamera litar tertutup berjaya […]
Berita
Nak Bagi ‘Pengajaran’, Lelaki Didakwa Tergamak Cederakan Telinga Isteri Hingga Alami Trauma
Seorang lelaki didakwa tergamak ‘memotong’ sebahagian telinga isterinya gara-gara isterinya itu tidak menyiapkan makanan untuknya pada Isnin lalu. Kejadian yang dilaporkan berlaku di Desa Bukit Sutra, Indonesia itu dikatakan berpunca selepas suspek dikatakan malu ketika mengetahui isterinya itu menginap di rumah jirannya dan tidak menyediakan makanan untuknya. Menurut Kompas.com, suspek telah bertindak sedemikian kerana isterinya […]
Luar Negara
Lapan Budak Dilaporkan Mati Lemas Selepas Terjun Ke Sungai Untuk Selamatkan Rakan
Arus kuat yang berlaku di Sungai Fu China telah menyaksikan seorang kanak-kanak menghadapi masalah sebelum sekumpulan kanak-kanak lain cuba menyelamatkannya. Sebelum kejadian mereka telah bermain di tepi tebing sungai dekat Chongqing di provinsi Sichuan, barat daya China. Hasil siasatan awal mengatakan, hanya seorang sahaja mangsa yang telah terjatuh ke dalam air. Ketika melihat rakan mereka […]
Luar Negara
Bayi Berusia 40 Hari Meninggal Dunia Dijangkiti Covid-19 Selepas Dipeluk Jiran Di Indonesia
Seorang bayi berusia 40 hari meninggal di daerah Tlanakan, Kabupaten Pamekasan, Jawa Timur, pada hari Ahad setelah dijangkiti COVID-19, yang dipercayai disebarkan oleh jiran yang mengunjungi bayi yang baru lahir itu beberapa minggu yang lalu. Bayi itu disahkan positif Covid-19 ketika berusia 28 hari, meninggal dunia di Rumah Sakit Umum Smart Pamekasan setelah hampir dua […]
Berita
Cuba Pertahan Diri Dari Diperkosa, Gadis 14 Tahun Dilaporkan Maut Dibakar Hidup-Hidup
New Delhi, 26 Jun- Seorang gadis berusia 14 tahun maut setelah dibakar hidup-hidup oleh dua orang lelaki yang cuba memperkosa mangsa di Bemetaram, Chhatarpur, lapor Tribunnews. Mangsa yang mengalami kecederaan serius dengan kesan terbakar 80 peratus pada tubuhnya telah dibawa ke hospital tempatan pada Rabu (24 Jun). Sebelum meninggal dunia, gadis tersebut sempat memberitahu identiti […]
Berita
Musim Monsun Baru Bermula, Lebih 100 Orang Dilaporkan Maut Akibat Panah Petir Di India
Lebih 100 individu maut akibat panah petir dalam dua kejadian berasingan di India, setakat ini, lapor The Guardian 83 daripadanya terkorban di Bihar, manakala sekurang-kurangnya 22 lagi turut meninggal dunia di Uttar Pradesh, selain 12 mangsa pula mengalami kecederaan di negeri yang sama. Bagaimanapun, jumlah mangsa yang tercedera di Bihar belum dimaklumkan lagi setakat ini, […]
Gaya hidup
Pelombong Jadi Jutawan Selepas Jumpa ‘Batu Permata Terbesar’, Niat Mahu Bina Sekolah & Pusat Beli-Belah
Seorang lelaki dari daerah Simanjiro di Manyara, telah menemukan dua batu permata yang paling jarang ditemui di dunia. Kedua-dua batu itu telah ditemui di satu lokasi dan selepas digabungkan kedua-dua batu permata berkenaan beratnya mencecah 15kg. Menurut BBC, batu permata Tanzanite merupakan yang terbesar ditemui di negara itu. Tanzanite hanya terdapat di utara Tanzania dan […]
Luar Negara
Dipercayai Tersilap Sasaran, Wanita Maut Terkena Tembakan Ketika Sedang Melahirkan Anak
Seorang wanita dipercayai telah ditembak sehingga mati semasa sedang melahirkan anaknya dalam satu kejadian di Afrika Selatan, lapor Daily Mail. Wanita yang berusia 32 tahun itu sedang melahirkan anak keempatnya di rumahnya di Cape Town pada Ahad lalu. Memetik laporan Daily Mail, saksi mengatakan bahawa dua orang lelaki berlari masuk ke kebun dan melepaskan tembakan […]
Luar Negara
Pengantin Lelaki Meninggal Dunia Selepas Berkahwin, 30 Tetamu Disahkan Positif Covid-19 Di India
Seorang pengantin lelaki di India meninggal sehari selepas perkahwinannya pada 17 Jun, sementara 30 tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan itu disahkan positif koronavirus. Berita itu telah menimbulkan kebimbangan kepada penduduk kampung kerana semua penduduk di kampung tersebut menghadiri majlis itu. Pengantin lelaki, yang melangsungkan perkahwinan di wilayah Patna, bekerja di Gurgaon. Pada 15 Jun, dia […]
Berita
Covid-19: Thailand Rancang Lanjutkan Darurat Sebulan Lagi
BANGKOK, 25 Jun – Majlis Keselamatan Negara (NSC) Thailand hari ini mengumumkan rancangan untuk melanjutkan tempoh perintah darurat selama sebulan lagi, sehingga akhir Julai bagi mengekang gelombang kedua pandemik COVID-19 di negara itu. Walaupun negara berkenaan merekodkan hari ke-31 berturut-turut tanpa jangkitan tempatan COVID-19, Setiausaha Agung NSC Jeneral Somsak Roongsita berkata keadaan di seluruh dunia […]
Berita
Covid-19: Singapura Teruskan Aturan Laluan Hijau Selagi Situasi Terkawal
SINGAPURA, 25 Jun – Singapura tidak akan menghentikan pengaturan laluan hijau (green lane) sedia ada dengan sesebuah negara itu, walaupun terdapatnya laporan berlakunya gelombang kedua penularan COVID-19, selagi situasi di negara tersebut terkawal. “Kami akan terus memantau situasi di semua negara di sekeliling kami. Ia satu situasi yang dinamik. Kami kenal pasti apa yang berlaku […]
Berita
Malaysia Kutuk Serangan Pemberontak Houthi Ke Atas Arab Saudi
KUALA LUMPUR, 25 Jun – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan peluru berpandu dan dron oleh puak pemberontak Houthi di Yaman ke atas Arab Saudi sejak beberapa minggu yang lepas. Wisma Putra berkata provokasi berterusan oleh Houthi adalah tidak produktif ke arah keamanan dan kestabilan di Yaman kerana tindakan pencerobohan selanjutnya hanya akan memburukkan lagi keadaan di […]