Berita›Luar Negara
(Video) Kematian COVID-19 Meningkat, New York Rancang Ubah Peti Ais Kilang Proses Daging Jadi Stor Mayat
Kematian yang tinggi di New York akibat koronavirus membuatkan rumah mayat di sebuah daerah di sana penuh dan menghadapi lambakan mayat. Menurut Daily Mail, Eksekutif Daerah Suffolk, Steve Bellone mendedahkan sebanyak 50 hingga 60 kematian akibat COVID-19 dilaporkan di daerah itu setiap hari. “Kami melihat jumlah 50, 60 orang meninggal dunia setiap hari akibat virus […]
Gempa Bumi Berkekuatan 5.6 Gegar Laut Maluku, Indonesia Pagi Tadi
Maluku, 16 April- Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 skala Richter dilaporkan berlaku di Utara Laut Maluku pada 5.03 pagi tadi. Gempa yang berlaku di 85 kilometer Barat dari Ternate, Indonesia itu berlaku pada kedalaman 13 kilometer. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada Malaysia. Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala […]
Baru Dibebaskan Kerana ‘Asimilasi Corona’, Bekas Banduan Ditangkap Semula Lepas Curi Motosikal
Seorang lelaki yang dilaporkan baru sahaja dibebaskan daripada penjara kerana wabak pandemik Covid-19 telah ditangkap semula oleh pihak polis di Lubuh Linggau, Sumatera Selatan, Indonesia kerana disyaki mencuri sebuah motosikal. “Kami telah berjaya menangkap seorang suspek kecurian motosikal hasil kerjasama dengan polis bahagian Kota Lubuk Linggau Barat. Suspeknya adalah seorang lelaki berumur 20 tahun. kata […]
Sedang Isteri Berniaga Di Pasar, Lelaki Didakwa Cabul Anak Tiri, Sogok Dengan Telefon Bimbit
Seorang lelaki dari Kecamatan Punggur, Lampung Tengah, Indonesia disyaki mencabul anak tirinya yang berusia 5 tahun sehingga mengalami trauma. Menurut Tribun News, lelaki yang berumur 41 tahun itu telah didakwa mencabul mangsa sewaktu isterinya keluar berniaga di pasar. Tindakan itu telah dikesan oleh ibu kandung mangsa apabila mangsa mengadu sering sakit apabila membuang air kecil. […]
(Video) Penduduk Keluar Tepuk Tangan Iringi Pesakit Dan Pegawai Ke Hospital
Individu mana yang tidak terharu dan bersemangat apabila mendapat sokongan daripada masyarakat lebih-lebih lagi jika disahkan positif COVID-19. Pesakit COVID-19 antara insan yang sangat memerlukan sokongan pada waktu ini supaya mereka kuat untuk melawan virus tersebut. Tular di laman Twitter baru-baru ini apabila seorang pesakit COVID-19 yang dijemput oleh pegawai kesihatan untuk dirawat di hospital […]
Covid-19: 120 Doktor Maut Di Itali Setakat Ini
ROM, 15 April (Bernama) — Angka kematian akibat COVID-19 dalam kalangan doktor di Itali meningkat kepada 120 orang, apabila empat lagi meninggal dunia pada Rabu, lapor agensi berita Itali ANSA. Persekutuan doktor kebangsaan FNOMCEO mengatakan korban terbaharu adalah Patrizia Longo dan Elisabetta Mangiarii kedua-duanya (doktor keluarga), Enrico Boggio (doktor gigi) dan Eugenio Malachia Brianza (doktor […]
Angka Korban Covid-19 Di Indonesia Meningkat Kepada 469 Orang
JAKARTA, 15 April (Bernama) — Indonesia mencatatkan jumlah peningkatan korban akibat COVID-19 kepada 469 orang selepas berlaku 10 lagi kematian dalam tempoh 24 jam, menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia Achmad Yurianto. “Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, kes positif bertambah sebanyak 297, menjadikan keseluruhan kes positif kini berjumlah 5,136 kes,” katanya. Provinsi Jakarta […]
China Ubah Bangunan 13 Tingkat Jadi Hospital, Siap Sedia Gelombang Kedua Covid-19 Daripada Sempadan Rusia
Para pekerja di salah sempadan China-Rusia sedang bertungkus-lumus mengubah 13 tingkat sebuah bangunan menjadi sebuah hospital untuk pesakit-pesakit Coronavirus. Hospital yang terletak di wilayah Suifenhe itu memiliki kira-kira 580 bilik dan dikatakan sebagai penempatan baru bagi gelombang kedua wabak Covid-19. Sembilan daripada 13 tingkat hospital itu didedikasikan untuk merawat pesakit Covid-19 tanpa gejala. Dikelola oleh […]
Hanya Kerana Sekeping Gambarnya Viral, Hidup Pengemis Ini Berubah, Kini Jadi Model Terkenal
Rita Gaviola, model terkenal di Filipina yang pernah mencuri tumpuan dalam dunia populariti, mempunyai kisah silam menarik tentang sejarah silamnya. Dia ada satu perjalanan hidup sendiri sebelum berdiri gah pada hari ini, segalanya bermula pada empat tahun lalu, 2016. Ketika itu, gadis ini berusia 13 tahun dan dia melangsungkan kehidupan membantu keluarga sebagai seorang pengemis […]

Warganet Indonesia Puji Cara Malaysia Tangani Covid-19
JAKARTA, 15 April (Bernama) — Warganet di Indonesia memuji tindakan kerajaan Malaysia membantu rakyat yang terjejas pendapatan mereka ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan virus COVID-19. Kebanyakan mereka kagum dengan bantuan kewangan dan pelbagai inisiatif lain bagi membantu rakyat yang rata-ratanya terjejas teruk dalam aspek ekonomi, dan berharap menjadi contoh kepada pemerintah Indonesia […]
Jawab “Exam” Sambil Tengok Rumput, Korea Selatan Jalankan Peperiksaan Tengah Padang
Terkenal sebagai salah satu negara paling cekap mengendalikan koronavirus, Korea Selatan tidak menjadikan wabak itu sebagai penghalang untuk terus mengadakan ujian bagi individu yang memohon pekerjaan. Menurut Irish Times, sebuah syarikat awam di Ansan, Korea Selatan telah mengadakan peperiksaan di stadium bola bagi menjaga jarak sosial antara calon. Setiap calon dipisahkan dengan jarak sejauh kira-kira […]
Wuhan: Hospital Sementara Rawat Pesakit COVID-19 Hentikan Operasi
WUHAN, 15 April (Bernama) — Sebuah hospital sementara di Wuhan di wilayah Hubei, China menghentikan operasinya bermula Rabu selepas wabak COVID-19 semakin berkurangan, lapor agensi berita Xinhua. Hospital Wuhan Leishenshan dibina hanya dalam masa 10 hari untuk kegunaan merawat pesakit COVID-19. Kumpulan pesakit yang terakhir dipindahkan ke hospital biasa pada Selasa. “Penutupan operasi hospital itu […]
Gempa Berkekuatan 5.0 Pada Skala Richter Gegar Uyugan, Filipina
HONG KONG, 15 April — Gempa bumi dengan kekuatan 5.0 pada skala Richter menggegar Uyugan, Filipina pada 2020-04-15 02:01:06 GMT Rabu, menurut pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat. Agensi berita Xinhua melaporkan pusat gempa pada kedalaman 10.0 kilometer, di 19.9735 darjah utara dan 122.0737 darjah timur. #Earthquake M5.0 Philippine Islands Region (Philippines) 8mins ago 15 Apr […]

(Video) Tak Perasan Terbuka Tiba-Tiba, Wanita Digilis Lori Lepas Rempuh Pintu Kereta
Sebuah video tular di media sosial menunjukkan satu kejadian ngeri yang dikatakan berlaku di Thailand di mana seorang menunggang motosikal digilis lori selepas mengelak daripada kecuaian orang lain. Menerusi rakaman video tersebut, seorang penunggang motosikal dikatakan mengelak dan terbabas akibat terlanggar pintu kereta uang dibuka oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab. Malangnya, mangsa terjatuh di […]
(Video) Ahli Keluarga Serang Staf Hospital Selepas Dihalang Melawat Saudara Yang Meninggal Akibat COVID-19
Seorang jururawat di sebuah hospital di Mexico City menghadapi detik cemas apabila diserang oleh ahli keluarga seorang pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19. Dalam kejadian pada Rabu lalu, ahli keluarga pesakit dikatakan tidak berpuas hati apabila dihalang untuk melawat mangsa yang telah meninggal dunia. Mereka menyerang petugas kesihatan yang bertugas sebelum cuba dileraikan oleh staf […]
Trump Arah Amerika Syarikat Henti Salur Dana Kepada WHO
Presiden Amerika Syarikat (US), Donald Trump dilapor telah mengarahkan pentadbirannya untuk menghentikan pembiayaan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dalam tweet oleh White House, kerajaan negara tersebut turut akan menilai semula peranan yang dimainkan oleh WHO dalam mengurus perebakan COVID-19. “Satu kajian akan dijalankan untuk menilai peranan WHO yang silap dalam percaturan serta menutup penyebaran […]

Orang Ramai Sudah Mula Keluar Membeli-Belah, Negara-Negara Di Eropah ‘Longgarkan’ Perintah Berkurung
Penduduk di Austria dan Itali sudah mula keluar membeli-belah dan bekerja apabila Eropah telah mengambil pendekatan untuk ‘melonggarkan’ perintah berkurung. Itali telah membuka beberapa kedai termasuk kedai buku dan alat tulis dalam percubaan untuk melihat bagaimana langkah-langkah penjarakan sosial mampu berfungsi selepas perintah berkurung. Perintah berkurung di negara tersebut dilanjutkan sehingga 3 Mei namun kedai-kedai […]

“Terpaksa Letak Di Ruang Kosong,” Mayat Pesakit Covid-19 Diletak Bertindih Satu Sama Lain
Dua keping gambar yang mengejutkan memperlihatkan mayat pesakit yang meninggal kerana Covid-19 ‘ditimbun’ di sebuah bilik kosong di hospital. Gambar-gambar yang dirakam oleh petugas di dalam bilik kecemasan itu berlaku di Hospital Sinai-Grace, Detroit dan dikongsikan kepada agensi berita CNN. Menerusi gambar itu, dapat dilihat dua mayat dibungkus dalam beg putih dan dibaringkan saling menyebelah […]
Remaja Dipercayai ‘Seludup’ Rakannya Dalam Bagasi Ke Rumahnya
Disebabkan penguatkuasaan perintah berkurung dan kompleks pangsapurinya tidak membenarkan orang luar untuk memasukinya, seorang remaja 17 tahun didakwa nekad menyeludup rakannya menggunakan sebuah bagasi pada awal pagi Ahad di Mangaluru, India. Menurut polis, remaja tersebut didakwa hanya mahu bertemu dengan rakannya itu sahaja, namun rayuannya untuk membawa masuk rakannya itu ke rumahnya mendapat tentangan daripada […]

COVID-19: Singapura Catat 334 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan Melebihi 3,000
SINGAPURA, 14 April (Bernama) — Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini melaporkan tambahan 334 kes baharu jangkitan COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 3,252. Menurut Pengarah Perkhidmatan Perubatan MOH Profesor Madya Kenneth Mak, kes baharu itu menyaksikan tiada kes import manakala 189 mempunyai kaitan dengan beberapa kluster yang telah dinamakan, 23 dikaitkan dengan kes tempatan […]