Berita›Luar Negara
Covid-19: Arab Saudi Umum Tiada Solat Tarawih Di Seluruh Masjid Untuk Ramadan Kali Ini
Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi mengumumkan bahawa tidak akan ada sebarang solat terawih yang akan dilakukan di semua masjidnya pada bulan Ramadan bagi tahun ini. Sebaliknya, kerajaan menyarankan agar rakyatnya menunaikan solat terawih itu di rumah sahaja. “Kami memohon kepada Allah SWT supaya menerima solat tarawih yang dilakukan tidak kira sama ada di masjid […]

Lelaki Thailand Yang Terkandas Di Malaysia Sanggup Berenang Untuk Pulang Ke Tanah Air
BANGKOK, 14 April (Bernama) — Seorang nelayan rakyat Thailand yang terkandas di Malaysia selama beberapa hari selepas penutupan pusat pemeriksaan di kawasan sempadan nekad berenang untuk pulang ke tanah airnya. Bagaimanapun, lelaki berusia 45 tahun dari Piman yang terletak dalam daerah Muang di Satun, selatan Thailand telah ditemui dalam keadaan kepenatan dan hanyut di laut berhampiran pantai Puyu […]
(Video) Jururawat Diberi Tepukan Gemuruh Setelah Sembuh Dari Covid-19 Lepas Dirawat Oleh Rakan Setugas
Seorang jururawat yang hampir maut akibat dijangkiti virus Covid-19 di Aintree Hospital, diberikan penghormatan ketika dibenarkan discaj dari hospital oleh rakan-rakan yang merawatnya. Keluarga jururawat yang bernama Elaine Ferrigan itu telah dimaklumkan bahawa dia sedang nazak ketika dia dibawa ke unit rawatan rapi Aintree Hospital. Walau bagaimanapun, jururawat berusia 52 tahun tersebut memberikan tindak balas […]
Covid-19: Singapura Wajibkan Pakai Penutup Hidung Dan mulut
Singapura hari ini yang melaporkan jumlah keseluruhan kes COVID-19 melebihi 3,000 memutuskan untuk mengambil langkah lebih tegas dengan mewajibkan semua orang di republik itu memakai penutup mulut dan hidung apabila keluar rumah. Ia diumumkan Pengerusi bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian Singapura mengenai COVID-19, Lawrence Wong pada taklimat teknikal secara maya dan sidang media di sini. “Ia berkuat kuasa […]
60 Lagi Kematian Di Indonesia Akibat Covid-19 Dalam Tempoh 24 Jam
JAKARTA, 14 April (Bernama) — Sebanyak 60 lagi kematian dalam tempoh 24 jam akibat COVID-19 dicatatkan di Indonesia, jumlah tertinggi setakat ini sejak kematian pertama 11 Mac lepas. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 459 kes. Sebanyak 37 daripada 60 kematian dalam tempoh 24 jam itu […]
Lelaki Di India Terdesak ‘Kaut’ Susu Tumpah Guna Tangan Semasa Perintah Berkurung
Seorang lelaki di India dirakam sedang ‘mencedok’ susu yang tumpah diatas jalan raya menggunakan kedua tangannya dan memasukkan ke dalam sebekas balang. Dalam masa yang sama, beberapa ekor anjing kelihatan sedang ‘menghirup’ sisa tumpahan susu tersebut. Kejadian itu berlaku apabila sebuah trak berisi susu tumpah diatas jalan di bandar Agra, India. Sebelum ini, India berdepan […]
Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan Sumbang 25,000 Set PPE Untuk “Frontliner” COVID-19
Bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan menyumbangkan sebanyak 25,000 kit alat perlindungan peribadi (PPE) untuk petugas kesihatan barisan hadapan di negeri barat Maharashtra. Aktor berusia 54 tahun itu dalam satu laporan pada bulan lepas mengumumkan beberapa inisiatif dalam membantu mencegah penularan virus di India, termasuklah menyediakan makanan percuma dan menawarkan ruang pejabat empat tingkatnya digunakan […]
Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Ke Arah Laut Jepun
Korea Utara telah melancarkan beberapa peluru berpandu dipercayai merupakan peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Jepun hari ini. Melalui kenyataan daripada Ketua Kakitangan Gabungan Korea Selatan, ianya merupakan satu ujian senjata yang dilakukan oleh negara tersebut. Buat masa ini, Ketua Kakitangan Gabungan melaporkan bahawa tentera Korea Selatan sedang mengawasi lebih banyak perkembangan lain, manakala […]

Polis Di India Sampaikan Pesanan Kesedaran Covid-19 Untuk Rakyat Guna Lagu Kanak-Kanak
Polis Maharashtra di India semalam telah menggunakan platform Twitter untuk menyebarkan kesedaran tentang wabak Coronavirus yang semakin menular di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, Jabatan Polis itu menggunakkan dengan cara yang kreatif. Laman akaun rasmi, Polis Maharashtra berkongsi grafik dengan menggunakan lagu Johnny Johnny Yes Papa bagi menarik perhatian rakyatnya akan kepentingan duduk di rumah. Teks […]
Thailand Bergelut, Lebih 6,000 Kampung Diisytihar Kawasan Kemarau & Bekalan Air Membimbangkan
THAILAND kini sedang bergelut mengatasi musim kemarau melampau yang diramalkan berterusan sehingga penghujung Julai, dalam ketika negara itu sedang berdepan dengan pandemik COVID-19. Merujuk laporan The Bangkok Post, kira-kira 6,255 kampung di 24 wilayah telah diisytiharkan kawasan kemarau apabila empangan dan pusat tadahan air hanya menampung 49 peratus bekalan air. Malangnya lagi, daripada angka tersebut, […]
Disangka Meninggal Sakit Jantung, Orang Kampung Terkejut Jenazah Positif Covid-19 Selepas Adakan Tahlil 7 Hari
Penduduk di Kampung Malang, Indonesia terkejut apabila mengetahui jenazah seorang lelaki yang telah diuruskan merupakan pesakit positif Covid-19. Hal ini disebabkan keputusan saringan virus itu hanya diketahui selepas pemakaman selesai. Menurut laporan, lelaki tersebut didakwa meninggal dunia kerana sakit jantung kerana rata-rata orang kampung mengetahui individu berusia 48 tahun itu sering berubat kerana penyakit jantung […]
Gempa Gegar Bumi Istanbul, Tiada Kemalangan Jiwa
ISTANBUL: Gempa bumi dengan kekuatan 3.8 pada skala Richter melanda Istanbul, Turki pada Selasa, lapor agensi berita Anadolu. Menurut pihak berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD), gempa berlaku di pantai Laut Hitam di daerah Arnavutkoy pada 2.56 pagi waktu tempatan (7.56 pagi waktu Malaysia), dengan kedalaman 7.03 kilometer. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. […]

Tiga Rakyat Malaysia Di Singapura Disahkan Positif Covid-19
Tiga rakyat Malaysia merupakan antara 386 kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan pada Isnin, peningkatan harian tertinggi di republik ini setakat ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,918 kes. Menurut statistik harian Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura yang dikeluarkan semalam, seorang daripada rakyat Malaysia itu adalah lelaki berumur 26 tahun yang berkaitan dengan kluster baharu sebuah asrama […]
Hutan 12,000 Hektar Terbakar Cetus Kebimbangan, Api Marak Makin Hampiri Loji Nuklear Tinggalan Chernobyl
Rusia, 14 April – Satu kebakaran hutan dilaporkan berlaku selama beberapa hari dan menghampiri tinggalan loji nuklear tinggalan di Chernobyl, lapor BBC. Menurut wakil sebuah pertubuhan bukan kerajaan di sana, kebakaran itu telah menghampiri loji nuklear tersebut dan kini berada dalam lingkungan kira-kira satu kilometer dari lokasi berkenaan. Kebakaran yang telah merebak seluas 12,000 hektar […]
China Sahkan 89 Kes Terbaru Covid-19
Pihak berkuasa kesihatan China hari ini melaporkan bahawa sebanyak 89 kes terbaru COVID-19 disahkan di tanah besar China pada Isnin, di mana 86 mangsa dari luar. Tiga kes baru yang dilaporkan dalam negeri, semuanya di Wilayah Guangdong, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara dalam satu laporan. Hari Isnin lalu, China telah melaporkan sejumlah 1,464 mangsa adalah dari […]
(Video) Detik-Detik Cemas Lelaki ‘Tergantung’ Di Tingkap Lepas Dipercayai Tergelincir Ketika Ambil Swafoto
Seorang lelaki hampir kehilangan nyawanya selepas diselamatkan tergantung di tingkap rumahnya setinggi 15 tingkat itu kerana tergelincir ketika sedang mengambil gambar swafoto. Sebuah klip video kejadian cemas itu berjaya merakamkan detik-detik dua orang wanita yang sedang memegang lelaki berkenaan selama 15 minit sebelum dia tergelincir di tingkap rumahnya yang terletak di Moscow, Rusia. Lelaki yang […]

(Video) Riuh Dengan Bunyi Mesin Oksigen, Doktor Dedahkan Situasi Sebenar Dalam Hospital Di New York
Amerika Syarikat ketika ini mencatatkan kes Covid-19 yang tertinggi di dunia dengan kira-kira 566,654 kes dan 22, 877 kematian dicatatkan. Antara negeri di Amerika Syarikat yang mencatatkan kes tertinggi adalah New York dengan lebih daripada 188,000 kes telah disahkan setakat 12 April yang lalu. Kegawatan yang berlaku di New York dapat dilihat menerusi satu video […]
Lebih 100 Bekas Pesakit Covid-19 Di Korea Selatan Dilaporkan Positif Semula
Korea Selatan pada hari ini melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 116 orang yang disahkan bebas daripada virus Covid-19 sebelum ini didakwa telah diuji positif semula, lapor Daily Mail. Korea Selatan pada Isnin baru sahaja melaporkan bahawa terdapat 25 kes positif baharu yang dikesan, namun kenaikan jumlah pesakit yang diuji positif semula telah menimbulkan kebimbangan terhadap usaha negara […]
Puluhan Gajah Tunggangan Pelancong Dilaporkan ‘Dibebaskan’ Berikutan Kesan Covid-19
Ketika manusia bertungkus lumus memerangi wabak pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia, wabak ini juga telah memberi nafas baru buat puluhan gajah yang digunakan untuk tunggangan pelancong di utara Thailand. Di Maesa Elephant Camp, Chiang Mai, sektor pelancongan telah mendapat tempias yang hebat berikutan dengan penularan wabak Covid-19. Pelbagai perniagaan serta pengusaha terpaksa menutup perniagaan […]

75 Peratus Rakyat China Sokong Larangan Tidak Makan Anjing
Hampir 75 peratus rakyat China menyokong keputusan yang dibuat oleh bandar selatan Shenzhen untuk melarang rakyatnya memakan daging anjing. Ianya bersesuaian dengan isyarat yang diberi oleh pembuat dasar yang memungkinkan untuk menghentikan amalan kontroversi itu kerana pandemik Covid-19. Tinjauan dalam talian yang dijalankan oleh laman web berasaskan berita Hong Kong, ifeng.com, mendapat 378 juta undian […]