Berita›Luar Negara

Luar Negara
Mangsa Covid-19 Termuda, Bayi Baru Lahir Disahkan Positif
Bayi yang baru lahir di England telah menjadi mangsa yang paling muda di dunia yang diuji positif koronavirus. Ibu bayi itu tergesa-gesa ke hospital beberapa hari lalu dengan mengesyaki pneumonia tetapi keputusan positif Covid-19 hanya diketahui selepas kelahiran. Pasangan ini dirawat di hospital berasingan kerana keadaan ibu difahamkan lebih buruk daripada bayi. Bayi itu sedang […]
Kesihatan
Iran: COVID-19 Ragut Nyawa Komander IRGC Jeneral Shabani
ANKARA, 14 Mac (Bernama) — Komander Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) Brigedier Jeneral Nasser Shabani, meninggal dunia akibat penyakit COVID-19, menurut agensi berita Fars pada Jumaat. Agensi berita Anadolu melaporkan, Shabani memulakan kerjayanya pada 1982 semasa Perang Iran-Iraq. Selain China, Itali dan Korea Selatan, Iran adalah antara negara paling teruk terjejas. Angka korban di Iran […]
Kesihatan
Eropah Kini Pusat Pandemic Covid-19: WHO
GENEVA, 14 Mac (Bernama) — Eropah kini menjadi pusat penularan wabak COVID-19, kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, lapor agensi berita Anadolu. “Eropah kini mempunyai lebih banyak kes COVID-19 yang dilaporkan setiap hari berbanding di China,” kata Tedros Adhanom Ghebreyesus. Lebih 132,500 kes dilaporkan di 132 negara dan wilayah, dengan lebih 5,000 kematian. […]
Berita
(Video)Keadaan Semakin ‘Parah’, Amerika Syarikat Isytihar Darurat Covid-19
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Jumaat telah mengistiharkan darurat susulan daripada penularan wabak virus Covid-19. Pengumuman itu adalah sebahagian daripada langkah-langkah terbaru Trump bagi mengawal penularan wabak tersebut dengan harapan dapat memulihkan krisis kesihatan dan ekonomi tempatan. Keputusan itu juga dibuat bagi membolehkan lebih banyak bantuan daripada kerajaan dapat disalurkan dalam memerangi virus yang […]
Luar Negara
Jalani Kuarantin Di Madeira, Ronaldo Sempat Titip Pesan Kepada Masyarakat Dunia
COVID-19 menjadi pandemik yang semakin membimbangkan dengan angka kematian telah menjangkau 5, 421 orang di seluruh dunia. Beberapa figura terkenal seperti selebriti dan pemain bola sepak juga telah disahkan positif COVID-19 termasuk pemain pertahanan Juventus, Daniele Rugani. Seluruh skuad Juventus pada ketika ini sedang berada dalam tempoh kuarantin termasuk bintang utama kelab itu, Cristiano Ronaldo […]
Berita
Covid-19: Rakyat Iran Diperintah Berkurung Dalam Masa Kurang Dari 24 Jam
Pasukan keselamatan Iran telah membersihkan jalan-jalan dalam masa kurang 24 jam supaya semua rakyatnya dapat menjalani pemerikasaan untuk Covid-19. Wabak Covid-19 di Iran kini telah mengorbankan lebih daripada 500 nyawa dan dijangkiti lebih daripada 11,000 ribu orang. Sejak mereka mengumumkan kematian pertama pada bulan lepas, Iran sudah bertindak menutup sekolah, menangguhkan pelbagai acara dan aktiviti […]
Berita
Kes Baharu Covid-19 Di Singapura Cecah 200, 97 Pulih
Singapura: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan 13 lagi kes positif jangkitan COVID-19 dengan sembilan daripadanya ialah kes dari luar. Peningkatan kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif penyakit itu di Singapura kepada 200. Daripada sembilan kes dari luar, dua daripada mereka mempunyai kaitan dengan perhimpunan keagamaan di sebuah masjid di Malaysia, masing-masing lelaki rakyat Singapura […]
Luar Negara
Covid-19: Thailand Sahkan Lima Kes Baharu, Jadikan Keseluruhan 75 Kes
Bangkok: Thailand hari ini mencatatkan lima lagi kes COVId-19 yang disahkan, kesemuanya berkaitan kepada berkongsi minuman dan rokok dalam dua kluster, menjadikan keseluruhan kes yang disahkan di negara itu, meningkat kepada 75 kes. Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Thailand Dr Sukhum Kanchanapimai berkata, dua kes baharu merupakan kes sekumpulan rakan yang berkongsi minuman dan rokok, […]
Berita
Covid-19: 3 Lagi Pesakit Di Indonesia Meninggal Dunia
Indonesia telah mencatat tiga lagi kematian akibat wabak Covid-19, hakl ini menyebabkan angka kematian bagi negara tersebut meningkat kepada empat orang. Menurut jurucakap Indonesia mengenai Covid-19, Achamd Yurianto berkata 35 kes disahkan positif mengikut laporan semalam, ia telah membawa kepada jumlah keseluruhan pada 12 Mac 2020 kepada 69 kes. Mangsa yang meninggal dunia merupakan pesakit […]
Berita
Stres Bertengkar Dengan Pasangan, Wanita Campak Anak Autism Dari Tingkat Empat
Seorang ibu tergamak mencampak anaknya sendiri yang menghidapi autism daripada balkoni di tingkat empat rumahnya kerana mahu dia masuk ke ‘syurga’, kata penyiasat. Wanita yang berumur 33 tahun itu telah didakwa melakukan cubaan membunuh second-degree selepas dilaporkan mengheret anaknya daripada katil dan mencampakkannya ke luar balkoni di St Paul, Minnesota pada Isnin. Mangsa yang berumur 11 […]
Luar Negara
Menteri Dalam Negeri Australia Positif Covid-19
Ankara: Menteri Dalam Negeri Australia Peter Dutton pada Jumaat mengesahkan beliau dijangkiti penyakit COVID-19, lapor agensi berita Anadolu. Dalam akaun Twitternya, Dutton berkata beliau mengalami sakit tekak dan suhu badan yang tinggi. “Saya segera menghubungi Jabatan Kesihatan Queensland dan menjalani pemeriksaan. Kemudian saya dimaklumkan hasil ujian didapati positif COVID-19,” tulis Dutton. Sehingga kini, lebih 200 […]
Luar Negara
Hidap Masalah Skizofrenia, Anak ‘Sakit’ Kerat Kepala Ibu ‘Melawat’ Rumah Rakan
Seorang wanita yang mempunyai masalah acutely psychotic telah memotong kepala ibunya, memasukkannya ke dalam beg dan membawanya keluar ke kawasan perumahan dan menciumnya. Wanita berusia 36 tahun itu terlalu ‘sakit’ untuk menghadapi pertuduhan membunuh tetapi setelah perbicaraan mengenai kes itu, hakim mendapati dia telah membunuh ibunya. Mahkamah Newcastle diberitahu bahawa ibunya yang berumur 73 tahun […]
Berita
Suami Isteri Dilapor Meninggal Dunia Selang Dua Jam, Jadi Mangsa COVID-19
Setia hingga hujung nyawa, sepasang warga emas di Bergamo, Itali meninggal dunia selepas menderita COVID-19 selama beberapa hari. Menurut IBTimes (IBT), Luiga Carrara, 86 dan Severa Belotti, 82 dikuarantin di rumah mereka selama lapan hari tanpa bantuan perubatan. Kata anak pasangan tersebut, Luca Carrara, dia turut dilarang berjumpa atau menziarahi kedua-dua ibu bapanya. Berdasarkan laporan […]
Luar Negara
COVID-19: Hampir 2 Juta Tempat Duduk Syarikat Penerbangan Akan Terjejas – Pakar
LONDON & SINGAPURA, 13 Mac (Bernama) — OAG, pembekal bagi data perjalanan dan wawasan yang terkemuka di dunia, telah mengeluarkan analisis terkini mereka mengenai impak global terhadap koronavirus pada pasaran perjalanan udara. Larangan perjalanan Eropah ke Amerika Syarikat akan membawa implikasi yang meluas bagi industri penerbangan global. Larangan itu akan menjejaskan 10.9% daripada semua penerbangan […]
Gaya hidup
(Video) Covid-19: Ada Yang Sembunyikan Sejarah Perjalanan, Sehingga Menjadi Terlalu Lambat- Menteri Luar
Putrajaya, 13 Mac – Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ada antara rakyat Malaysia di luar negara yang menyembunyikan sejarah perjalanan mereka, katanya ketika sidang media Wisma Putra sebentar tadi. Ketika ditanya mengenai usaha kementerian untuk memantau rakyat Malaysia yang masih berada di luar negara dari wabak COVID-19, beliau berkata pihak kedutaan […]
Kesihatan
11 Rakyat Thailand Disahkan Positif COVID-19, Dipercayai Kongsi Rokok Dan Minuman
Thailand mempunyai 11 lagi pesakit yang dijangkiti dengan koronavirus, kesemua pesakit dilaporkan sekumpulan rakan yang keluar minum bersama walaupun ada yang sakit, lapor Bangkok Post semalam. Kementerian Kesihatan Awam berkata bahawa pesakit baru dijumpai dijangkiti dalam kelompok untuk kali pertama sejak Covid-19 melanda negara. Laporan terbaru memperlihatkan jumlah pesakit setempat meningkat kepada 70 orang. 34 […]
Berita
COVID-19: Doa Wabak Berakhir Sebelum Musim Haji – Zulkifli
PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengajak seluruh masyarakat mendoakan agar penularan wabak COVID-19 berakhir sebelum bermulanya musim ibadah haji tahun ini. Beliau berkata masih terlalu awal untuk kerajaan membuat sebarang ketetapan berhubung peluang umat Islam menunaikan haji buat masa ini kerana tempoh permulaan musim […]
Kesihatan
COVID-19: Umat Islam Di Indonesia Diminta Tidak Bersalaman Di Masjid
JAKARTA, 13 Mac (Bernama) — Indonesia, negara dengan jumlah penduduk Islam terbesar di dunia, tidak mengambil pendekatan membatalkan solat Jumaat hari ini, sekalipun penularan virus COVID-19 kini diisytiharkan sebagai pandemik. Bagaimanapun, Menteri Agama Indonesia, Fachrul Razi dalam satu kenyataan meminta orang ramai tidak bersalam-salaman ketika berada di masjid, dan tetap menjaga kebersihan diri. Masjid juga diminta tidak menggunakan […]
Berita
Iran Mohon Pinjaman Untuk Perangi Wabak COVID-19
TEHRAN, 13 Mac (Bernama) — Hanya tiga minggu selepas Iran mengisytiharkan kes pertama COVID-19, kes jangkitan dan kematian di negara ini terus meningkat mendadak menyaksikan 429 orang terkorban manakala 10,075 dijangkiti, umum Kementerian Kesihatan dan Pendidikan Perubatan pada Khamis. Bank Negara Iran (CBI) kemudian mengumumkan akan memohon pinjaman sebanyak US$5 bilion kepada Tabung Kewangan Antarabangsa […]
Luar Negara
(Video) Wakil WHO Dedah Gaza Mungkin Tak Mampu Tangani COVID-19 Kerana Sekatan Israel
SEKATAN Israel ke atas Gaza sejak 2007 lalu memberi laluan sukar kepada Gaza untuk membuat persediaan bagi menghadapi penularan jangkitan wabak Coronavirus (COVID-19) di wilayah itu. Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di Gaza, Abdul Nasser Soboh berkata, jika serangan jangkitan virus itu berlaku melebihi 100 kes, Gaza mungkin tidak mampu untuk berhadapan dengan ratusan atau […]