Berita›Luar Negara
Australia Rancang Kuarantin Rakyatnya Pulang Dari Wuhan Di Pulau
Ratusan warga asing mula meninggalkan Wuhan setelah penularan wabak koronavirus semakin serius di China dengan 132 kematian dan lebih 6000 kes dicatatkan. Kes jangkitan di Jepun dan Jerman menunjukkan kemungkinan berlakunya penyebaran virus dari manusia ke manusia. Lantaran itu, beberapa negara termasuk Jepun dan Australia mula mengambil inisiatif untuk membawa pulang rakyatnya yang terperangkap di […]
(Video) Australia ‘Diserang’ Nyamuk ‘Gergasi, Pakar Beri Amaran Potensi Wabak Penyakit
Selepas beberapa bencana yang melanda bumi Australia, kebimbangan komuniti setempat nampaknya belum berakhir. Perkara ini ekoran daripada penemuan nyamuk bersaiz besar bersamaan saiz syiling 20 sen. Toxorhychites atau lebih dikenali sebagai nyamuk gajah dilaporkan ditemui berhampiran Gold Coast di Queensland di Coombabah, Paradise Point dan Biggera Waters. Serangga ini dikatakan boleh membawa wabak penyakit menerusi […]
Tidak Ada Negara Palestin Tanpa Baitulmaqdis- Presiden Mahmoud Abbas
RAMALLAH, 29 Jan (Bernama) — Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa berkata mustahil untuk menerima sebuah negara Palestin tanpa Baitulmaqdis, dan memberi amaran rakyatnya akan berjuang habis-habisan menentang pelan damai Amerika Syarikat. “Sebuah negara Palestin tidak dapat diterima tanpa Baitulmaqdis” tegas beliau pada mesyuarat dengan kepemimpinan Palestin di Ramallah di Tebing Barat yang diduduki, lapor […]

(Video) Koala Seakan Bingung Ketika Dilepaskan Selepas Tragedi Kebakaran Hutan
Kebakaran hutan dahsyat yang berlaku di Australia telah mengorbankan jutaan haiwan terutamanya spesis koala. Perkara ini kerana haiwan tersebut bergerak dengan perlahan menyebabkan mereka tidak sempat untuk melarikan diri. Setelah kebakaran tersebut kembali reda, haiwan-haiwan yang diselamatkan akan dihantar pulang ke habitat asal mereka untuk meneruskan hidup. Walaupun persekitaran hutan sudah tidak seperti dahulu, namun […]
(Video) Kelibat Anjing Jaga Jalan, Menyalak Tahan Kereta Bagi Budak Melintas Jadi Viral
Dikenali sebagai makhluk yang bijak dan setia, anjing sering dijadikan teman manusia yang boleh diharap. Haiwan ini sinonim dengan tugas menjaga dan mengawal tuannya dari segala anasir bahaya. Baru-baru ini, tular sebuah video seekor anjing putih bertompok coklat yang didakwa menjaga keselamatan sekumpulan kanak-kanak dengan mengawasi kenderaan di jalan raya. Dalam video dikongsikan Akki, anjing […]

(Video) Rakaman Audio Terakhir Dedah Perbualan Pilot Sebelum Helikopter Bawa Kobe Bryant Terhempas
Lagenda bola keranjang Amerika Syarikat, Kobe Bryant, yang maut dalam nahas helikopter Ahad lalu di bandar Calabasas, California ternyata mengejutkan ramai. Lapan orang lagi mangsa yang berada di dalam helikopter termasuk anak perempuanya, Gianna, 13 tahun, turut terkorban dalam nahas ngeri tersebut. Helikopter yang dinaiki mereka dikatakan terbakar sebelum jatuh terhempas di kawasan lereng bukit. […]

6,000 Burung Migrasi Iran Mati Dipercayai Keracunan Makanan
Ribuan burung migrasi telah ditemui mati di rizab alam penting di pesisir pantai Caspian di Iran sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ahli alam sekitar. Akhbar Ebtekar melaporkan bahawa bilangan bangkai meningkat pada setiap hari sepanjang seminggu iaitu dari 2,000 kepada 6,000. Ketua doktor haiwan di Mazandaran, Seyed Hossein Razvani, memberitau bahawa bilangan dan pelbagai burung […]
(Video) Korban Masa Demi Nyawa, Pekerja Kilang Buat ‘Mask’ Kerja Keras Pastikan Bekalan Cukup
Wabak penyakit koronavirus yang sedang menular di beberapa buah negara sememangnya membangkitkan kebimbangan dalam kalangan komuniti dunia. Apa tidaknya, koronavirus boleh menyebabkan kematian kepada penghidap virus ini. Pelbagai langkah mencegah dilakukan bagi memastikan virus tersebut tidak mudah berjangkit. Antaranya ialah dengan pemakaian topeng muka yang dapat mengurangkan virus tersebut merebak. Disebalik bekalan stok topeng muka […]
Saintis Hong Kong Dakwa Telah Hasilkan Vaksin Virus Wuhan, Tapi Perlukan Masa Untuk Ujian
Sepasukan penyelidik Hong Kong telah menghasilkan vaksin bagi menangani virus maut yang berasal daripada Wuhan, namun memerlukan masa untuk mengujinya, dakwa pakar penyakit berjangkit, Profesor Yuen Kwok-yung. Saintis di tanah besar China serta Amerika Syarikat juga dilaporkan sedang berlumba-lumba bagi menghasilkan vaksin untuk koronavirus yang telah membunuh lebih daripada 100 orang dan menjangkiti ribuan manusia. […]
Penularan Wabak Koronavirus Mungkin Capai Kemuncak Minggu Depan- Pakar Respiratori China
China – Penularan wabak koronavirus dijangka bakal mencapai kemuncaknya pada minggu hadapan. Dalam pertemuan antara Presiden China, Xi Jinping dengan Ketua Pegawai Eksekutif World Health Organisation (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, Jinping menyatakan keyakinan mereka untuk membendung krisis tersebut. Perjumpaan itu diadakan setelah jumlah kes seluruh dunia meningkat kepada 4,600 kes dengan 106 kematian di China. […]
(Video) Diarah Berkurung, Penduduk Wuhan Buka Tingkap, Saling Laungkan Kata Semangat
Perintah kuarantin di beberapa bandar dalam wilayah Hubei termasuk Wuhan membuatkan penduduk tempatan terpaksa berkurung di rumah masing-masing. Mereka tidak dibenarkan berjumpa dengan orang luar dan perlu memakai topeng muka jika ke tempat umum. Bandar yang dipenuhi 11 juta penduduk itu kini lengang selepas hampir kesemua rakyatnya berkurung bagi mengelakkan jangkitan virus itu. Terbaru, seorang […]
PM Croatia Pecat Menteri Kesihatan, Didakwa Gagal Isytihar Jumlah Sebenar Harta
Zagreb, 29 Jan- Perdana Menteri Croatia, Andrej Plenkovic memecat menteri kesihatan negara itu selepas mendapati menteri berkenaan gagal mengistiharkan harta dengan tepat. Menteri Kesihatan, Milan Kujundzic didakwa membeli sebuah rumah baru di Zagreb pada 2019 namun tidak mempunyai maklumat sumber kewangan yang jelas. Media tempatan mendakwa menteri itu tidak mengisytiharkan jumlah sebenar hartanya. Dia juga […]
(Video) Amaran Tsunami Dikeluarkan Selepas Gempa Bumi 7.7 Magnitud Landa Caribbean
Gempa bumi besar dengan 7.7 magnitud di Caribbean mencetuskan amaran tsunami di beberapa negara termasuk di Jamaica, Cuba dan kepulauan Cayman pada Selasa semalam. This is from the Grand Cayman Island as a 7.7 earthquake occurred off the coasts of Cuba and Jamaica. (Via Jaiden Martin Sins on Facebook) pic.twitter.com/Wxtr8xMkX5 — Chad (@ChadBlue_) January 28, […]

(Video) Hospital Koronavirus Pertama Di Wilayah Huangzhou Siap, Dibuka Hari Ini
Hospital koronavirus pertama di China akhirnya dibuka pada hari ini di sebuah bandar berhampiran Wuhan. Menurut laporan media tempatan, kumpulan pertama pesakit koronavirus telah dipindahkan ke Pusat Perubatan Serantau Daibie Mountain sekitar jam 10.30 malam tadi waktu tempatan. Projek berkenaan selesai dalam masa 48 jam atas usaha pelbagai pihak seperti firma pembinaan, syarikat utiliti, dan […]
(Video) Pemandu Jentolak Nyaris Maut Tertimbus Dalam Bangunan Yang Diruntuhkannya
Tugas meruntuhkan bangunan bukanlah sesuatu yang mudah malah ia berhadapan dengan pelbagai risiko. Suatu video yang hampir meragut nyawa seorang pekerja binaan di Crimea telah tular di media sosial. Pekerja itu dikatakan nyaris maut apabila jentolak yang dikendalikannya tertimbus dalam runtuhan bangunan. Namun begitu, pemandu itu bagaimanapun bernasib baik apabila sempat menyelamatkan diri. Menerusi video […]

(Video) Ibu Hamil Disyaki Koronavirus Di Wuhan Akhirnya Selamat Lahirkan Anak
Tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita yang merupakan suspek jangkitan novel koronavirus selamat melahirkan anak lelaki di sebuah hospital di Wilayah Wuhan. Walaupun doktor yang merawat masih memakai pakaian perlindungan hazmat namun, kegembiraan yang dilontarkan tidak dapat dilindung. Wanita yang berusia 28 tahun itu masih dirawat dihospital berkenaan selepas melahirkan bayi kerana pihak hospital […]
Koronavirus: Kematian Meningkat, China Berdepan Masalah Kekurangan Bekalan Perubatan
ANKARA, 28 Jan — Pihak berkuasa China pada Selasa berkata anggota perubatan telah dikerahkan untuk memerangi wabak koronavirus namun, berdepan masalah kekurangan bekalan perubatan yang diperlukan, lapor agensi berita Anadolu. Memandangkan jumlah kematian meningkat kepada 106 orang dengan kes mereka yang dijangkiti turut bertambah seramai lebih 4,500 orang, Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China berkata lebih […]
Tiada Rekod Terbaru Ke China, Seorang Lelaki Di Jepun Dijangkiti Koronavirus
Pihak berkuasa Jepun b, seorang lelaki yang tidak mempunyai perjalanan baru ke China telah dijangkiti koronavirus. Lelaki berusia enam puluhan dari Nara di barat Jepun telah dimasukkan ke hospital pada hari sabtu dengan gejala seperti selesema. Dia dikatakan telah mengusir dua kumpulan pelancong Wuhan pada awal Januari. Menteri Kesihatan Katsunobu Kato berkata negara itu mengesahkan […]
Pesawat Tentera AS Terhempas Di Afghanistan
Tentera AS mengesahkan satu pesawatnya telah terhempas di wilayah timur Ghazni di Afghanistan pada hari Isnin. Pesawat itu terhempas di daerah Deh Yak, wilayah Ghazni, sebuah kawasan dengan kehadiran Taliban yang kuat. Jurucakap Tentera AS di Afghanistan, Kolonel Sonny Leggett mengesahkan mengenai nahas udara itu yang membabitkan pesawat Bombardier E-11A. “Punca kejadian masih dalam siasatan […]
(Video) Lelaki ‘Misteri’ Masuk Sebuah Balai Polis Di China Tinggalkan Berkotak-kotak ‘Mask’
Wabak Koronavirus yang membimbangkan dunia pada hari ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 106 orang. Disebabkan itu, pelbagai langkah pencegahan diambil daripada terkena virus berkenaan, antaranya pemakaian topeng muka supaya dapat mengurangkan risiko berjangkit. Menerusi satu perkongsian di Twitter CGTN, seorang lelaki melakukan tindakan yang sangat murni sehingga mendapat tabik hormat sebagai penghargaan. Daripada rakaman tersebut, lelaki […]