Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Croatia Pecat Menteri Kesihatan, Didakwa Gagal Isytihar Jumlah Sebenar Harta

Perdana Menteri Croatia.(Kredit: Google)

Zagreb, 29 Jan- Perdana Menteri Croatia, Andrej Plenkovic memecat menteri kesihatan negara itu selepas mendapati menteri berkenaan gagal mengistiharkan harta dengan tepat.

Menteri Kesihatan, Milan Kujundzic didakwa membeli sebuah rumah baru di Zagreb pada 2019 namun tidak mempunyai maklumat sumber kewangan yang jelas.

Media tempatan mendakwa menteri itu tidak mengisytiharkan jumlah sebenar hartanya. Dia juga didakwa telah membeli rumah di bawah harga pasaran dari syarikat isterinya yang telah bankrap.

Kujundzic tidak mengaku bersalah atas semua tuduhan dilemparkan dan mendakwa dia hanya melakukan kesilapan teknikal yang kecil.

Sumber: Xinhua