Berita›Luar Negara
(Video) Senyuman Termanis, Kanak-Kanak Ini Disorak Akhirnya Bebas Kanser
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menerima sambutan yang meriah daripada rakan-rakan dan gurunya apabila kembali semula ke sekolah dengan senyuman paling manis selepas berjaya ‘melawan’ kanser leukemia selama tiga tahun. John Oliver “J.O” Zippay ‘memenangi pertempuran’ terbesar di dalam kehidupannya ketika dia menjalani kemoterapi terakhirnya dua hari selepas Krismas. Video yang tular di laman […]

AS Akan Usir Pelatih Ketenteraan Arab Saudi – Laporan
Puluhan askar Saudi yang berlatih di pangkalan tentera AS akan diusir dari Amerika Syarikat setelah berlakunya kejadian serangan tembakan di pangkalan tentera laut Amerika di Florida, CNN melaporkan pada Sabtu. Kejadian tersebut telah menyebabkan tiga terkorban termasuk penyerang dan sekurang-kurangnya tujuh orang cedera. Pentagon mengumumkan pada 10 Disember akan menghentikan latihan operasi semua anggota tentera […]

Rasa Ditipu, Ribuan Rakyat Tunjuk Perasaan Desak Pemimpin Tertinggi Iran Letak Jawatan
Ribuan orang telah berkumpul di luar pintu gerbang Universiti Amir Kabir, berhampiran kedutaan Amerika Syarikat di Tehran bagi mengutuk pengakuan Iran menembak jatuh pesawat Ukraine. Penunjuk perasaan yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar universiti telah memenuhi jalan-jalan di sekitar Tehran bagi mendesak Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei untuk letak jawatan. Para penunjuk perasaan melihat insiden […]
(Video) Trump Tweet Dalam Parsi, Sokong Penunjuk Perasaan Iran
Selepas pihak Iran mengakui bahawa terlibat dalam nahas pesawat Ukraine, penunjuk perasaan telah membanjiri jalan-jalan di Tehran bagi memprotes tindakan itu. Ia dilakukan ekoran berang dengan kerajaan Iran yang tidak memastikan ruang udara ditutup ketika ketegangan negara itu dengan Amerika Syarikat (AS). Himpunan tunjuk perasaan itu juga disulami dengan nyanyian lagu-lagu seperti “death to the […]
Umpan Cuma 60 Sen, Datuk Pujuk Pegang Alat Sulit Budak Lelaki Berusia 5 Tahun
Seorang warga emas berusia 79 tahun telah mengejutkan Surabaya apabila mencabul seorang lelaki berusia 5 tahun. Perbuatan terkutuk itu dilakukan apabila mangsa sedang bermain di rumah kediaman suspek. Lelaki berkenaan telah mengumpan kanak-kanak itu dengan bayaran sebanyak 2 ribu rupiah supaya dapat memegang ‘bahagian’ itu. Mangsa telah dipujuk oleh pelaku sebelum memegang alat sulit kanak-kanak […]

Presiden Iran Janji Hukum Pihak Terlibat Dalam Nahas Pesawat Ukraine
Presiden Iran, Hassan Rohani telah menjanjikan kepada rakan sejawatnya dari Ukraine untuk membawa sesiapa yang terlibat dalam insiden nahas milik Ukraine ke muka pengadilan. Rohani memberi tahu bahawa dia akan memastikan pihak yang terlibat dalam bencana udara itu mendapat pembalasan atas perbuatan mereka. Pihak Iran yang mengaku bersalah juga turut memohon maaf atas kecuaian yang […]

Haitham Tariq Al-Said Angkat Sumpah Sultan Baru Oman
Haitham bin Tariq al-Said mengangkat sumpah sebagai Sultan Oman yang baharu susulan kemangkatan Qaboos bin Said, lapor agensi berita Anadolu pada Sabtu. Sultan Qaboos meninggal dunia pada Jumaat pada usia 79 tahun selepas sekian lama menderita sakit. Televisyen Oman melaporkan pihak berkuasa telah membuka surat Qaboos yang menamakan penggantinya, tanpa menguraikan dengan lanjut, sebelum mengumumkan […]

Ukraine Tuntut Permohonan Maaf Secara Rasmi Dari Iran
Ukraine menuntut Iran mengemukakan permohonan maaf secara rasmi selepas Tehran mengaku tidak sengaja menembak jatuh pesawat penumpang Ukraine yang mengorbankan semua penumpang, lapor agensi berita Anadolu. Presiden Volodymyr Zelensky menulis di Facebook: “Pagi ini keadaan tidak baik, tetapi ia mengundang kebenaran. Bahkan sebelum berakhirnya siasatan antarabangsa, Iran mengakui kesilapannya. Tetapi kami mahu pengakuan yang sepenuhnya. […]
Iran Sudah Mengaku, Segelintir Netizen Mula Persoal ‘Dalang’ Nahas MH17
Menerusi laporan beberapa akhbar, Iran sebentar tadi telah mengaku bahawa mereka terlibat dalam nahas pesawat penumpang yang mengorbankan seramai 176 nyawa. Pesawat itu dikatakan secara tidak sengaja ditembak dalam serangan peluru berpandu selepas beberapa minit berlepas daripada lapangan terbang Khomeini. Sebelum ini, pihak Iran telah mendakwa nahas pesawat itu berpunca daripada masalah teknikal. Namun, sebentar […]

Jepun Sedia Hantar Kapal Perang, Pesawat Ke Timur Tengah
Menteri Pertahanan Jepun, Taro Kono pada Jumaat mengarahkan Pasukan Pertahanan Diri Maritim menghantar kapal pemusnah dan dua pesawat peronda P-3C ke Timur Tengah dalam misi memastikan keselamatan kapal Jepun, lapor Jiji Press. Kerajaan melihat terdapatnya keperluan untuk misi itu walaupun ketegangan di Timur Tengah telah memuncak sejak kematian seorang komander tertinggi Iran minggu lalu yang […]
(Video) Individu Terharu ‘Rider’ Tolong Buka Jalan Ambulans Bawa Ibu Ke Hospital
Umum mengetahui bahawa setiap kali siren ambulans diaktifkan memandakan terdapat kecemasan. Kenderaan itu perlu tiba di tempat kejadian atau hospital dengan cepat. Disebabkan itu, pengguna jalan raya yang lain perlu memberi keutamaan jalan kepada kenderaan itu. Pun begitu, masih ramai yang tidak peka dan mementingkan diri sendiri dengan tidak mengendahkan siren tersebut. Berdasarkan satu rakaman […]

Terbongkar, Iran Mengaku Tak Sengaja Tembak Jatuh Pesawat Ukraine
Beberapa hari lalu, pihak penyiasat Iran mendakwa nahas pesawat milik Ukraine terhempas akibat masalah teknikal, kini pihak yang sama dikatakan membuat kenyataan berbeza mengenai kejadian itu. Menurut ciapan daripada The Spectator Index, Iran dipercayai memberitahu bahawa mereka secara tidak sengaja tertembak pesawat penumpang yang baru berlepas beberapa minit dari Tehran. Pesawat Boeing 737-800 yang berusia […]
Disahkan Telah Mati, Wanita ‘Kejutkan’ Ahli Keluarga Bangun Ketika Dimandikan
Seorang wanita warga emas di barat daya India menghidap demam yang tinggi, tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan. Malangnya, doktor cuba untuk menyelamatkan nyawanya namun tidak berjaya. Pun begitu, keluarga dan orang ramai yang menghadiri pengebumiannya terkejut apabila wanita tersebut tiba-tiba bangun daripada tempat pemandian mayat dan sememangnya masih lagi bernyawa. […]
(Video) Nenek ‘Gantung’ Cucu Keluar Balkoni Gara-Gara Nak Selamatkan Kucing
Memiliki rumah atau tinggal di sebuah bangunan tinggi kadang kala boleh membawa bahaya kepada ahli keluarga terutamanya kanak-kanak. Perkara ini kerana kanak-kanak berisiko terjatuh daripada tingkat yang tinggi sehingga boleh mengorbankan nyawa. Namun lain pula yang terjadi di bandar Nanchong, Sichuan China, seorang nenek telah bertindak membahayakan seorang kanak-kanak dengan mengikat tali pada badan cucunya […]
“Saya Tak Boleh Berjauhan Darinya,” Wanita ‘Gian’ Makan Bedak, Jilat Setiap Setengah Jam
Individu membuat pendedahan dengan ‘amalan’ pelik, memakan bedak sehingga 200 gram sehari. Wanita ini mula ‘menikmati’ makanan ini sejak 15 tahun yang lalu semasa mengeringkan anaknya selepas mandi. Keinginannya terus dipergiat dan ibu dari lima anak itu mengakui bahawa dia meletakkan bedak talkum di bahagian belakang tangannya setiap 30 minit serta beberapa kali pada waktu […]

Sultan Qaboos Pemerintah Paling Lama Di Arab Meninggal Dunia
Sultan Qaboos bin Said Al Said dari Oman, pemerintah Arab yang paling lama berkhidmat, telah meninggal dunia ketika berusia 79 tahun, lapor media antarabangsa. Bulan lalu Qaboos pulang ke rumah selepas menjalani pemeriksaan dan rawatan perubatan di Belgium sebaik disahkan menderita kanser. Qaboos mendapat sokongan daripada pihak barat dan mentadbir negara Teluk Arab dalam rampas […]

(Video) Pakistan ‘Berdarah’, Masjid Dibom Ketika Waktu Solat
Satu letupan kuat telah dilaporkan berlaku di sebuah masjid di barat daya Pakistan ketika solat sedang dikerjakan. Letupan itu telah mengorbankan seorang pegawai kanan polis dan sekurang-kurangnya 13 orang awam yang lain. Menurut laporan, bom telah ditanam didalam masjid dan meletup ketika waktu solat pada petang semalam (Jumaat). Pengemboman itu telah mencederakan sekurang-kurangnya 20 orang […]

Jutawan Jepun Nak Bagi RM37 Juta Seorang Kepada 1000 Pengikut Twitternya Secara Rawak
Seorang jutawan dari Jepun bakal menghadiahkan AS$9 juta atau lebih kurang RM 37 juta kepada 1000 pengikutnya di Twitter yang akan dipilih secara rawak bermula dari 1 Januari lalu. Selain itu, Yusaku Naezwa berkata, bayaran yang dibuat ini adalah bagi melihat sama ada ia mampu meningkatkan kebahagiaan mereka ataupun tidak. “Ia adalah eksperimen sosial yang […]
Rakan Sekerja Didakwa Beri Makan Sandwich Inti Merkuri, Lelaki Maut lepas 4 Tahun Koma
Seorang pemuda didakwa telah koma selama empat tahun selepas menikmati sandwich beracun angkaran rakan sekerjanya, dilaporkan telah meninggal dunia. Kematian mangsa berusia 26 tahun itu disahkan mahkamah di Bielefeld, Jerman. Suspek telah dihukum penjara seumur hidup pada Mac tahun lalu selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan tersebut. Dia telah menfailkan rayuan terhadap hukumannya itu, yang mana […]

Cemburu Sebab Tak Bawa Bercuti, Bekas Kekasih Didakwa Gigit Hidung Gadis Sampai Putus
Allyson Danylko, 24 mengalami kecederaan yang parah dibahagian hidungnya selepas diserang bekas teman lelaki. Wanita yang berasal dari Toronto itu mendakwa bekas kekasihnya itu menjadi marah apabila dia cuba untuk mengakhiri hubungan mereka. Bekas teman lelakinya, Nick Grewal, 30 dipercayai mengetuk bilik mandi dan terus menyerangnya. Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada sebahagian hidungnya […]