Berita›Luar Negara
(Video) Aksi Lucu Lelaki Dipercayai Perompak ”Cover Line” Selepas Sedar Mangsa Adalah Rakannya
Kamera pengawasan litar tertutup ini telah merakamkan satu video kejadian rompakan yang tidak menjadi di sebuah jalan, dipercayai berlaku di Argentina. Video yang berdurasi selama 22 saat itu menunjukkan seorang lelaki sedang menekan loceng pintu sebuah rumah, kemudian datang dua orang lelaki yang menaiki motorsikal menghampiri lelaki tersebut. Pemandu motor tersebut kemudiannya menurunkan seorang rakannya […]
Kanak-Kanak Autisme Didakwa Sebagai Pesalah Seks Gara-Gara Peluk, Cium Rakan Sekelas
Seorang kanak-kanak autisme baru berusia 5 tahun telah didakwa sebagai pesalah seks oleh pihak sekolah diatas perbuatannya yang bertindak memeluk seorang rakan sekelas dan juga mencium pipi rakan yang lain. Menurut laporan media tempatan, kanak-kanak tersebut telah diberi amaran beberapa kali namun tetap melakukan perbuatan yang melampaui batas pergaulan itu. Ibu kepada kanak-kanak ini telahpun […]
Sampai Hati Pihak Taska Larang Anak Istimewa Masuk, Bimbang Wajahnya Takutkan Kanak-Kanak Lain
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menderita dengan kekurangan yang ada pada dirinya membuatkan dia dilarang untuk masuk ke sebuah pusat penjagaan kanak-kanak. Dakwa kakitangan taska tersebut, mereka takut dengan kecacatan pada tengkorak anak kecil ini akan menakut-nakutkan kanak-kanak yang lain. Menurut ibu bapanya, anak kecil ini perlu menunggu sehingga menjalani pembedahan untuk merawat wajah […]
Hanoi Cadang Haramkan Guna Motorsikal Bermula Tahun 2030, Ini Alasan Mereka
Bila bercakap tentang kualiti udara di negara kita ia agak mustahil untuk mengatakan ia sangat baik kerana penggunaan kenderaan berada pada tahap yang tinggi. Justeru hal ini telah dibangkitkan di negara jiran iaitu Vietnam yang bertindak untuk tingkatkan kualiti udara di mana ia salah satu bandar yang paling tercemar di Asia Tenggara. Petik daripada laporan […]
“Ia Impian Semua Pengurus,” Wenger Nak Jadi Jurulatih Manchester United
Bekas pengurus Arsenal Arsene Wenger berkata bahawa sememangnya ia merupanya impian beliau untuk menguruskan pasukan Manchester United. Beliau (69 tahun) meninggalkan pasukan The Emirates pada 2018 tahun setelah menyumbangkan tenaga selama 22 tahun. Justeru beliau yakin dan berani untuk menggalas tugas berkenaan. Malah Wenger turut mencadangkan idea tentang bagaimana cara untuk melatih pasukan itu. Wenger […]
Nahas, Kereta Api Bertembung Dengan Lori Lintas Trek, Pemandu Alami Kecederaan Serius
Sehingga empat gerabak dilaporkan telah tergelincir dari landasan selepas kenderaan itu merempuh lori berlaku di wilayah tengah Nghe An pada pagi ini. Menurut laporan media tempatan, kereta api yang sedang bergerak bertembung dengan trak yang cuba melalui persimpangan kereta api di Dien Truong Commune, daerah Dien Chau. Kemalangan itu telah menyebabkan empat gerabak daripada kereta […]
Dakwa Udara Kedap Dalam Kapal Terbang, Wanita Bertindak Buka Pintu Kecemasan Undang Cemas
Pada 23 September yang lalu, seorang wanita dari China dikatakan telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya ketika menaiki kapal terbang. Wanita berkenaan telah membuka pintu kecemasan kapal terbang yang dinaikinya. Menurut laporan media tempatan, pesawat tersebut telah bersedia untuk berlepas menuju ke Wuhan, China dari Lanzhou. Walau bagaimanapun, tindakan penumpang berkenaan telah menyebabkan penerbangan itu […]
Selepas Jerebu, Gempa Bumi Kuat Pula Goncang Pulau Maluku Hingga Meragut Nyawa
JAKARTA, 26 Sept (Bernama) — Gempa bumi bermagnitud 6.8 Skala Richter menggoncang kepulauan Maluku, Indonesia, pada pukul 6.46 pagi waktu Indonesia Barat. Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa itu berpusat di 40km timur laut Ambon-Maluku di kedalaman 10km dan tidak mencetuskan tsunami. Tiga gempa susulan bermagnitud 3.2 hingga 5.6 Skala Richter dicatatkan berlaku […]
(Video) Cemburu Tengok 2 Anak Sendiri Noda Anak Angkat, Mak Cekik Dan Bunuh Mangsa Usia 5 Tahun
Cibadak, Indonesia – Kerana pengaruh video lucah, dua orang remaja bersama ibu mereka bertindak kejam apabila bersekongkol melakukan jenayah rogol dan bunuh ke atas anak angkat keluarga mereka berusia 5 tahun. Menurut Ketua Polis Sukabumi, AKBP Nasriadi, mangsa pada mulanya diperkosa oleh salah seorang saudara angkatnya (RD) berusia 14 tahun di dalam bilik air rumah […]
Lagi Kejadian Kebakaran Hutan, Lebih 2 Juta Ekor Hidupan Liar Dipercayai Mati Terbakar
Lebih 2 juta haiwan liar termasuk jaguar, puma dan llama, dipercayai mati dalam kebakaran hutan yang telah berlaku selama beberapa minggu, di Bolivia. Api kebakaran itu memusnahkan hutan tropika Chiquitania yang terletak di timur negara itu. “Kami telah berunding dengan pakar biologi dari Chiquitania dan telah menganggarkan bahawa lebih daripada 2.3 juta haiwan telah hilang […]
Wanita Dakwa Dirinya Hamil, Saman ‘Mat Delivery’ Lambat Hantar Kondom
Seorang wanita mendakwa dirinya hamil kerana ‘Mat Delivery’ kelewatan 8 minit untuk menghantar kondom yang dipesannya di Suzhou, China. Wanita ini dikatakan melakukan hubungan seksual tanpa kondom bersama teman lelakinya di sebuah hotel. Bagaimanapun, wanita terbabit dipercayai bertindak menyaman dan menuntut pampasan sebanyak 30,000 yuan daripada seorang penghantar barang dan mendakwa sepatutnya orang tersebut menghantar […]
Pelajar Dibenarkan Pulang Ke Indonesia Bila Keadaan Pulih
SEPANG, 25 Sept – Pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Riau dan Jambi di Indonesia ekoran pengisytiharan darurat jerebu oleh kerajaan Indonesia di kawasan berkenaan, akan terus berada di tanah air sehingga keadaan di kawasan itu kembali normal. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata apabila keadaan di kawasan berkeaan sudah kembali pulih berdasarkan kepada pengumuman yang dibuat kerajaan Indonesia, […]
(Video)Muka ”Babyface” Budak Sekolah Rendah, Ramai Tak Percaya Lelaki Ini Sebenarnya Cikgu
Mungkin ada antara kita yang mempunyai rakan yang kelihatan lebih muda dari usia sebenar mahupun adik-adik yang kelihatan lebih matang dari kakak dan abang sendiri. Situasi ini mungkin memberi kelebihan ataupun ‘masalah’ kepada individu tersebut seperti mendapat harga tiket taman tema yang lebih murah ataupun terpaksa bersoal jawab dengan pihak berkuasa yang menyangka mereka adalah […]
Israel Tahan Menteri Palestin
BAITULMAQDIS, 25 Sept (Bernama) — Tentera Israel pada Rabu menahan Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis Palestin, Fadi al-Hadami, lapor agensi berita Anadolu. Dalam satu kenyataan, Kementerian Hal Ehwal Baitulmaqdis berkata tentera Israel menyerbu rumah menteri itu dan menahannya. Tiada sebarang kenyataan rasmi daripada tentera Israel mengenai perkara itu. Ini kali kedua tentera Israel menahan menteri itu […]
Pernah Menderita Bekerja Untuk Manusia, Tikiri Si Gajah Kurus Kering Akhirnya Dijemput Ajal
Seekor gajah berusia 70 tahun dilaporkan telah meninggal dunia dalam keadaan yang menderita dan menyayat hati. Gajah yang diberi nama Tikiri merupakan salah satu gajah yang terpaksa berarak pada perayaan agama setiap tahun. Sebelum ini, kisah gajah tersebut pernah mendapat perhatian terutamanya di media sosial apabila didapati tubuh badannya yang kurus sehingga menampakkan tulang dalam […]

Jerebu : Hujan Mula Turun Di Sumatera Dan Kalimantan
Jakarta : Beberapa kawasan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia yang teruk dilanda jerebu, dilaporkan mulai hujan sejak malam tadi. Hujan yang turun di beberapa kawasan di wilayah Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan, telah mengurangkan jumlah titik panas. “Titik panas di Indonesia pada hari ini ( Rabu) telah berkurang kepada […]
Sehari 3 Kali Minum “Bubble Tea”, Gumpalan Dipercayai Boba Ditemui Di Dalam Usus Lelaki Ini
Minuman jenis bubble tea adalah sejenis minuman yang pernah tular dan amat mengiurkan. Tetapi, anda perlulah berhati-hati dan bijak dalam mengehadkan pengambilannya. Seorang lelaki yang berasal dari Vietnam telah disahkan mengalami usus tersumbat kerana dipercayai terlalu kerap mengambil minuman jenis ini sehinggakan boba itu menggumpal di dalam perutnya. Difahamkan, lelaki tersebut mengambil minuman itu sebanyak tiga […]

Tragedi Wad Bersalin Terbakar, 8 Bayi Baru Lihat Dunia Temui Ajal
El Oued, Algeria- Lapan bayi maut dalam kebakaran melibatkan unit bersalin sebuah hospital di sini semalam. Menurut Menteri Kesihatan Algeria, Mohamed Miraoui, kebakaran tersebut mungkin disebabkan oleh peranti penghalau nyamuk yang mengalami kerosakan. Seramai 11 bayi, 37 ibu dan 28 pekerja berjaya diselamatkan selepas api bermula pada 4 pagi waktu tempatan, kata anggota keselamatan bertugas. […]

(Video) Ngeri Tengok Jalan Raya Merekah, Gempa Bumi Kuat Goncang Pakistan, ‘Telan’ 19 Nyawa
Gempa bumi 5.8 magnitud menggegar timur Pakistan dan membunuh sekurang-kurangnya 19 orang dan mencederakan lebih daripada 300 orang. Menurut pegawai, gempa itu dilaporkan terjadi berhampiran dengan bandar Mirpur, di Kashmir yang dikendalikan oleh Pakistan. Banyak video dan gambar mula berlegar di media sosial, salah satu daripadanya adalah rakaman di mana kenderaan-kenderaam tersadai tepi dan ada yang […]
‘Singa’ Milik Singapura Terancam, Patung Ikonik ‘Merlion’ Tertinggi Bakal Dirobohkan
Setiap kali mengunjungi Singapura, satu perkara yang tidak mahu dilepaskan oleh kebanyakan pelancong ialah melawat tugu ikonik Singapura, patung Merlion. Para pelancong tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar di sekeliling Merlion tersebut dan memuat naik gambar ke dalam media sosial bagi membuktikan mereka telah sampai di Singapura. Namun, dalam siaran akhbar pada 20 September lepas, […]