Berita›Luar Negara

(Video) Anak Lembu Mutan Bermuka ‘Seperti Manusia’ Kejutkan Orang Kampung
Seekor anak lembu yang dilahirkan mempunyai wajah seperti manusia mengejutkan penduduk kampung di Villa Ana, Argentina. Satu klip video yang merakamkan haiwan terbabit oleh warga tempatan kemudiannya dimuat naik ke Youtube. Bagaimanapun, haiwan yang lahir dengan hidung dan mulut yang kecil itu dirakam mengalami kesukaran untuk mengangkat kepalanya. Laporan berkata anak lembu yang lahir dengan […]

Dua Dekad Bangunkan Alibaba Sampai Jadi ‘Gergasi’, Jack Ma Akhirnya Letak Jawatan
Jack Ma, jutawan yang mencetuskan fenomena dalam dunia e-dagang terutamanya di China secara rasmi meletak jawatan sebagai pengerusi eksekutif Alibaba hari ini. Beliau meraikan persaraannya dengan sebuah majlis besar-besaran di stadium bersaiz Olimpik di Hangzhou. Setelah lebih dua dekad membangunkan Alibaba sehingga menjadikannya aset bernilai $ 460 bilion, beliau kini lebih memilih untuk menjalankan kerja-kerja […]

Tangkas Dalam Gelanggang Tapi Khabib Tak Lupa Perintah Allah, Jadi Imam Solat Jemaah
Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov sememangnya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dalam pentas seni bela diri campuran. Rata-rata mengenali beliau sebagai lagenda yang tidak mampu dikalahkan dalam liga Ultimate Fighter Champion (UFC) ini. Malah, namanya makin meledak tatkala beliau berjaya mengunci pergerakkan seteru di gelanggang, Conor McGregor pada tahun lepas. Tular di media sosial hari ini tentang […]

(Video)Taufan Faxai Badai Tokyo, Kanagawa Hampir 900,000 Penempatan Terputus Bekalan Elektrik
Angin kencang dan hujan lebat disebabkan oleh taufan Faxai merupakan salah satu kejadian besar yang membadai ibu negara Jepun dalam masa sedekad. Taufan Faxai ini juga menyebabkan angin kencang selaju 216 kilometer sejam yang melanda Chiba timur ibu negara sejurus mengegarkan Teluk Tokyo. Lebih daripada 900,000 penempatan terpaksa meninggalkan rumah mereka untuk keselamatan. Selain itu, lebih […]

Individu Perlekeh Perkongsian Dr Amalina, Ini Respon ‘Win’ Buat Semua Bangga
Nama Dr Amalina Che Bakri merupakan satu nama yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia atas kejayaannya menceburi bidang perubatan dan sehingga sekarang masih berkhidmat di luar negara. Nama beliau tidak pernah lekang daripada bibir masyarakat ekoran kejayaan-kejayaan yang diraih dirinya. Terbaru, Dr Amalina sekali lagi menjadi bualan masyarakat selepas dirinya menjadi titik permulaan dalam usaha membuang […]

Tujuh Cedera Serangan Bom Di Selatan Filipina
Manila : Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera selepas bom buatan sendiri meletup pada Sabtu di wilayah Sultan Kudarat, selatan Filipina, lapor agensi berita Xinhua. Polis berkata kejadian berlaku kira-kira 7 pagi di sebuah pasar awam di Isulan ibu kota wilayah Sultan Kudarat. “Bom buatan sendiri itu dipercayai diletakkan di kawasan parkir motosikal dekat pasar berkenaan,” kata […]

Syed Saddiq Tak Puas Hati Bidas Kenyataan Polis Indonesia
Berikutan kekecohan yang berlaku pada perlawanan yang menemukan pasukan Indonesia menentang Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno pada Khamis lepas, pihak polis Indonesia menafikan bahawa terdapat unsur-unsur rusuhan yang terjadi pada malam itu. Kenyataan ini disuarakan sendiri oleh pegawai polis Indonesia, Argo Yuwono yang mendakwa kekecohan yang berlaku pada malam itu hanyalah perbuatan melempar-lempar air […]

Lagi Remaja Palestin Terbunuh Di Sempadan Gaza, Didakwa Ditembak Rejim Zionis
Hari ini, seorang remaja lelaki terbunuh apabila didakwa ditembak di leher ketika berada di bahagian pagar sempadan, timur Jabalia yang terletak di utara Gaza. Sejak Mac 2018 sudah 2 orang remaja terbunuh di sempadan tersebut dan menjadikan remaja ini mangsa terbaru tentera Israel. #Breaking | A Palestinian young man was just shot dead by Israeli […]

Tak Dapat Terima Hakikat Kucing Mati, Lelaki Nekad Untuk Klon Kucingnya
Setelah bertahun-tahun hidup bersama, kini saatnya mereka berpisah. Hanya pencinta kucing sahaja yang dapat memahami kesedihan tuan yang ‘kehilangan’ kucing kesayangan buat selama-lamanya. Walaupun sudah berjam-jam dia selesai menanam bangkai kucing yang dinamakan sebagai Garlic itu, jiwanya masih menafikan hakikat bahawa kucingnya itu telah mati. Tiba-tiba mindanya kembali terimbas satu artikel yang pernah dibacanya. Artikel […]

Suspek Tembakan MH17 Dibebaskan Dengan Jaminan
Kiev, Ukraine – Mahkamah rayuan di sini membebaskan seorang suspek yang disyaki terlibat dalam menjatuhkan pesawat boeing milik Malaysia Airlines, MH17 di timur negara ini pada lima tahun lepas yang mengorbankan 298 nyawa, kebanyakannya warga Belanda. Mahkamah memerintahkan pembebasan Volodymyr Tsemakh semalam dari penahanan sementara menunggu siasatan lanjut. Tsemakh ditangkap kerajaan negara tersebut atas dakwaan […]

Lagenda Barcelona, Leo Messi Dibenar Untuk Tinggalkan Kelab Pada Bila-Bila Masa
Menurut satu sumber di Barcelona, Lionel Messi boleh meninggalkan pasukan Barcelona pada setiap penghujung musim jika beliau mahukan. Dengan kontrak Lionel Messi yang akan berakhir pada tahun 2021, terdapat suatu perjanjian yang membenarkannya untuk memilih sama ada mahu meneruskan atau meninggalkan kelab gergasi Sepanyol tersebut pada setiap penghujung musim mengikut kehendaknya. Keputusan itu boleh dibuat […]

Jangan Main-Main, Ini Antara Kes Lain Rusuhan Penyokong Indonesia Hingga Ada Kematian Berlaku
Baru-baru ini kita menyaksikan tindakan segelintir penyokong Merah Putih yang menyebabkan kekecohan sehingga mengakibatkan permainan tergendala selama 10 minit. Rusuhan seperti ini bukan kali pertama berlaku di sana. Minat kelompok fanatik itu terhadap bola sepak membuatkan mereka sanggup berbunuhan sesama sendiri hanya kerana tidak menyokong kumpulan yang sama. Sejak 1994 sehingga tahun ini, seramai 74 […]

Taufan Lingling Semakin Menghampiri Korea Selatan – Agensi Cuaca
Seoul : Taufan yang kuat dan semakin pantas menghampiri Korea Selatan dengan angin kencang serta hujan lebat dijangka melanda negara itu tidak lama lagi, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan agensi cuaca pada Jumaat. Lingling, yang merupakan taufan ke-13 tahun ini, melewati kawasan laut di bahagian barat daya Okinawa, Jepun pada kelajuan 20 hingga 30 kilometer sejam pada […]

”Jujur, Sebagai Kapten Saya Sangat Sedih”, Giliran Pemain Indonesia Luah Kekecewaan Dengan Perangai Penyokong Sendiri
Jakarta – Penjaga gol pasukan Indonesia, Andritany Ardhiyasa menyuara kekesalan atas tindakan penyokong mereka yang mendekati penyokong Malaysia ketika pertandingan di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini semalam. Menurut CNN Indonesia, penyokong Indonesia dilihat memanjat pagar stadium dan memprovok penyokong Malaysia sehingga menyebabkan permainan terpaksa dihentikan kira-kira 10 minit ketika kedua-dua pasukan mendapat mata […]

Video Gah Tarikan Di Indonesia ‘Viral’, Nyata Sedia Jadi Tuan Rumah Piala Dunia U-20 2021
Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini telah menjadikan Indonesia sebagai calon tuan rumah bagi Piala Dunia U-20 pada tahun 2021 akan datang. Menurut laporan tempatan pada 26 Ogos lalu, pihak Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) sedia menerima keputusan rasmi daripada FIFA dan pada masa yang sama telah menyenaraikan lebih kurang 10 buah stadium yang […]

“Semoga Tidak Ada Hukuman Daripada FIFA Yang Buat Kita Susah” – Calon Pengerusi Bola Sepak Indonesia
Pasukan Harimau Malaya pada malam semalam telah memenangi hati rakyat Malaysia apabila memenangi perlawanan menentang Indonesia bagi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno. Namun, kemenangan tersebut ‘diraikan’ dengan insiden rusuhan yang agak teruk. Berikutan perkara itu, Calon Pengerusi Football Association of Indonesia (PSSI), M Iriawan atau lebih dikenali sebagai Iwan […]

“Atas Nama Indonesia, Maafkan Kami Pak Menteri”
Sejurus tamat perlawanan Malaysia menentang Indonesia untuk Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno, ketegangan yang berlaku dalam kalangan penyokong bertambah parah apabila terdapat beberapa penyokong Indonesia didakwa cuba merempuh kawasan penyokong Malaysia. Insiden tersebut sedikit sebanyak telah menjejaskan keselamatan para penyokong malah terdapat individu yang dipercayai salah seorang penyokong Malaysia […]

Kejutan Bertukar Tragedi, Gadis Hampir Maut Ditembak Ibu Sendiri
Sambutan yang sepatutnya bakal terlakar dalam memori bertukar menjadi tragedi apabila seorang wanita tertembak anak perempuannya sendiri. Anak gadis yang berusia 18 tahun sebenarnya bercadang mahu membuat kejutan kepada si ibu bersempena hari lahirnya. Semuanya bermula apabila gadis tesebut cuba menyusup masuk ke rumah setelah pulang dari kolejnya. Ibunya yang berseorangan di dalam bilik tersentak […]

Tular Rakaman Penyokong Harimau Malaya, Dakwa ‘Disambut’ Dengan Balingan Objek Di Gelora Bung Karno
Bahang kehangatan perlawanan di antara Malaysia dan Indonesia sememangnya sudah dirasai sejak dari minggu lalu. Manakan tidak, semua penyokong skuad bola sepak kebangsaan sudah terlalu dahaga menantikan aksi pembukaan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ini. Namun baru sahaja sebentar tadi, tular beberapa video di laman twitter yang memaparkan situasi di […]

Keretapi Dan Trak Bertembung Di Jepun, 1 Maut Manakala 31 Orang Lagi Tercedera
Sebuah keretapi komuter dan sebuah lori yang sarat dengan muatan buah oren bertembung di landasan keretapi Yokohama hari ini, kejadian itu telah mengorbankan nyawa pemandu lori tersebut dan telah mencederakan 31 orang yang berada di dalam keretapi tersebut. Pihak polis dan jabatan bomba memaklumkan bahawa kemalangan tersebut terjadi pada sekitar jam 11:40 pagi. Lori tersebut […]