Berita›Luar Negara

‘Dimatikan’ Dalam Avengers: End Game, Marvel Bakal Kembalikan Watak Tony Stark, Iron Man?
Marvel dilaporkan telah merancang pelbagai filem menarik khas untuk peminat-peminat Marvel di seluruh dunia dalam masa yang akan datang. Merujuk pada klimaks filem Spider-Man: Far From home, MCU dengan rasminya telah memasuki era baharu selepas matinya watak Iron Man dan Captain America dalam filem Avengers: Endgame. Ramai peminat Marvel berasa kecewa kerana mereka mengharapkan agar […]

Cikgu Minta Anak Murid Sarung Kotak Di Kepala, Elak Kes Meniru Dalam Ujian
Untuk mengelakkan para pelajarnya meniru dalam ujian, seorang guru di sebuah sekolah di Mexico telah menggunakan pendekatan kreatif bagi merealisasikannya. Guru terbabit mmeberikan sebuah kotak kepada setiap pelajarnya sebagai topeng untuk memastikan mereka tidak dapat melihat jawapan masing-masing. Kotak itu hanya ditebuk lubang pada bahagian mata untuk membolehkan mereka melihat. Namun tindakan berkenaan ternyata menimbulkan […]

Dipercayai Akibat Makan Ubat Tercemar, 16 Kanak-Kanak Sepanyol Alami Sindrom “Serigala Jadian”
Seramai 16 orang kanak-kanak di Sepanyol telah didiagnos dengan simptom ‘serigala jadian’ selepas ubat yang sepatutnya digunakan untuk merawat alopecia dan keguguran rambut dijual sebagai ubat merawat masalah penghadaman bagi kanak-kanak. Agensi Perubatan dan Produk Kesihatan Sepanyol mengesahkan bahawa gejala hypertrichosis, atau lebih dikenali sebagai ‘sindrom serigala jadian,’ telah tular sebanyak 17 kes yang telah […]

Tragedi Bot Terbakar Di California, 20 Mayat Ditemui, 14 Masih Hilang
LOS ANGELES, 4 Sept (Bernama) — Sebanyak 20 mayat ditemui pada Selasa pagi dan 14 lagi masih hilang dalam tragedi bot terbakar di Pulau Santa Cruz di California Selatan, lapor agensi berita Xinhua. Syerif Santa Barbara County Bill Brown berkata mayat terdiri 11 wanita dan sembilan lelaki itu telah dikenalpasti. Penyelam turut mengesan empat hingga […]

Dibuli Tanpa Motif, Kanak-Kanak 8 Tahun Kritikal Dibakar
Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun berada dalam keadaan kritikal selepas 35% daripada badannya mengalami kecederaan akibat kesan kebakaran. Kecederaan itu berlaku disebabkan dirinya diserang oleh sekumpulan pembuli yang bertindak membakar dirinya hidup-hidup. Sebelum kejadian itu berlaku, Kyrylo Yatsun sedang bermain di sebuah halaman berhampiran blok apartmennya sebelum diserang oleh pembuli. Kumpulan pembuli itu bertindak mencurahkan […]

(Video)Gurauan Bertukar Tragedi, Dua Pelajar Didakwa Maut Jatuh Dari Tingkat 5 Sekolah
Malang tidak berbau. Dua orang pelajar didakwa maut setelah terjatuh dari tingkat 5 bangunan sekolah mereka ketika sedang bergurau antara satu sama lain. Dalam satu video yang tular, dua pelajar itu bergurau di tepi koridor sekolah di mana salah seorang mereka memeluk rakannya dari belakang. Tiba-tiba, mereka terlentang ke belakang menghempap pagar koridor, membuatkan pagar […]

(Video) Serpihan Berterabur Di Mana-Mana, Keadaan Bandar Di USA Selepas Dibadai Taufan Dorian
Pulau Abaco, Bahamas- Sehingga malam tadi waktu tempatan, Taufan Dorian telah mengorbankan tujuh nyawa di sini, kata Perdana Menteri negara itu, Hubert Minnis, semalam. Gambar dari pandangan atas menunjukkan serpihan bangunan yang runtuh akibat dibadai taufan kategori lima dengan kelajuan mencecah 251 km/j. Kemusnahan akibat Dorian membuatkan sukar untuk membezakan samada kawasan tersebut merupakan lokasi […]

“Bunuh Saja, Dia Akan Ke Syurga” Dakwa Terdengar Bisikan Ghaib, Ibu Tikam Bayi Sendiri Guna Pisau Dapur
Bandung, Indonesia – Seorang ibu bertindak menikam bayi sulungnya yang berusia 3 bulan setelah mendakwa terdengar bisikan ghaib yang menyuruhnya berbuat demikian. Menurut jurucakap polis Bandung, Kompol Suparma, wanita itu berkata dia terdengar bisikan ghaib yang berkata, “Kamu belum sedia menguruskan anak, jadi bunuh saja dia, dia akan ke syurga.” Dia kemudiannya bertindak mengambil pisau dapur […]

Didakwa Terlalu Kerap Makan ”Junk Food”, Pemuda Ini Menyesal Hilang Penglihatan Di Usia Muda
Seorang remaja berumur 19 tahun yang berasal dari London menjadi buta dipercayai akibat terlalu suka makan makanan ringan. Dia dikatakan sangat memilih makanan sejak kecil dan hanya memakan makanan ringan seperti kentang goreng, kerepek serta daging yang telah diproses pada kebanyakan masa. Selain itu, remaja tersebut didakwa amat jarang sekali mengambil makanan berkhasiat dan bervitamin […]

Kerajaan China Bina Kem Pemulihan, Tempatkan Ribuan Muslim Etnik Uighur
Kerajaan China telah membina rangkaian kem pemulihan dan sistem pengawasan untuk mengawasi berjuta-juta penduduk minoriti Islam di rantau Xinjiang. Sekarang pihak berkuasa penjara di Xinjiang, China telah beralih kepada kaedah pengendalian tahanan yang lebih tegas dan keras. Analisis New York Times menunjukkan bahawa wilayah di barat laut China telah mengalami peningkatan jumlah penangkapan dan pesalah yang […]

Terpaksa Batal Pergi Konsert Nak Buat Rawatan Kemoterapi, Jonas Brother Beri Kejutan ‘Istimewa’
Seorang remaja perempuan yang sepatutnya pergi ke konsert Jonas Brothers pada minggu lepas terpaksa membatalkan niatnya kerana terpaksa menjalani rawatan kemoterapi. Paling mengembirakan apabila ahli kumpulan tersebut datang ke hospital untuk lakukan kejutan paling istimewa untuk remaja tersebut. Pada minggu lepas, gadis ini telah memuatnaikkan di laman akaun Instagramnya dan menyeru para pengikut di laman […]

Bayi ‘Luar Biasa’ Lahir Dari Ibu Koma, Mesin Sokongan Hayat Dicabut Lepas Selamat Dilahirkan
Semuanya bermula apabila seorang wanita dari Republik Czech tiba-tiba diserang strok dan dibawa menaiki sebuah helikopter menuju ke hospital pada bulan April lalu. Menurut doktor, peluang untuk wanita berkenaan meneruskan hidup sangat tipis. Namun yang mengejutkan adalah apabila janin di dalam kandungannya terus ‘membesar’ dengan sihat. Dan 15 ogos lalu, seorang bayi perempuan sempurna sifatnya dilahirkan […]

Pihak Berkuasa Malu Muka, Viral Video ‘Moonwalk’ Di Permukaan Jalan Yang Rosak Teruk
Ketika kerajaan India sedang bersedia untuk melakarkan sejarah negaranya dengan menjadi negara keempat di dunia berjaya menjejakkan kaki ke bulan, rakyat di negara tersebut juga berjaya ‘melakarkan’ sejarah apabila sebuah video ‘moonwalk’ yang dibuat menjadi perhatian seluruh pelusuk dunia. Video yang dirakam oleh artis jalanan terkenal di India, Baadal Nanjundaswamy, dimuatnaik Ahad lalu dalam tempoh […]

(Video) “Kami Tak Akan Mula, Tapi Ketika Kami Diserang, Solusinya Hanya Jihad,” Masjid Pertahan Rusuhan Papua
Sejak beberapa minggu yang lalu, ribuan etnik Papua mengadakan demonstrasi dan rusuhan di Kota Manokwari dan Jayapura di Papua. Tindakan tersebut dikatakan sebagai tanda protes layanan dan penghinaan terhadap pelajar etnik Papua di Surabaya, Jawa Timur. Berikutan insiden berkenaan, pelbagai tempat telah musnah dan dikhuatiri banyak lagi tempat akan mengalami kerosakan. Akibat ancaman itu, masyarakat […]

Ayam Ternakan Naik Gila, Warga Tua Maut Diserang Ketika Kutip Telur
Walaupun mempunyai haiwan ternakan dapat memberi pulangan yang lumayan serta menguntungkan, namun ianya tidak menolak kepada kesan buruk yang boleh diterima oleh si penternak. Perkara ini berikutan nasib malang dialami oleh seorang wanita tua yang maut akibat diserang oleh ayam ternakannya. Kejadian yang berlaku di Australia itu telah bermula ketika wanita itu sedang mengumpulkan telur […]

Gempa Bumi Gegar Kepulauan Fiji
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter, melanda rantau kepulauan Fiji pada pukul 11.54 malam Ahad. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan gempa dengan kedalaman 608 kilometer (km) itu dilaporkan berlaku pada jarak 408km tenggara dari Laucala, Fiji. Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Sumber : Bernama

(Video) Cubaan Lari ‘Rumah’ Gagal, Monyet Terkejut Dinding Retak Lepas Hentak Dengan Batu
Terperangkap atau terkurung di dalam sesuatu tempat yang kecil sudah pastinya membataskan pergerakan haiwan ini. Baru-baru ini, tular sebuah rakaman yang memaparkan tindakan seekor monyet cuba melarikan diri daripada salah satu ruang pameran di sebuah zoo di China. Insiden lucu itu memperlihatkan tindakan seekor monyet cuba meruntuhkan dinding kaca dengan menghentakkan batu kearah dinding kaca […]

Kenapa ”Iceland” Lebih Hijau, ”Greenland” Pula Berais? Begini Rupanya Kisah Di Sebalik Nama Pulau-Pulau Ini
Walaupun adakalanya nama sesuatu tempat kelihatan tidak berkaitan dengan geografi lokasi berkenaan, ia seringkali mempunyai kisah tersendiri di sebalik nama tersebut berdasarkan cerita penduduk tempatan. Hal yang sama berlaku bagi dua pulau negara Nordik ini iaitu Iceland dan Greenland. Jika dilihat pada nama kedua-duanya, kita pasti berfikir bahawa Iceland diliputi ais dan Greenland diliputi tumbuhan […]

Ribut Tropikal Podul Badai 16 Wilayah Thailand, Seorang Terbunuh
BANGKOK, 31 Ogos (Bernama) — Seorang dilaporkan terbunuh manakala 1,655 buah keluarga terkandas apabila ribut tropika Podul yang membawa hujan lebat dan angin kencang membadai 16 wilayah di Thailand sejak malam tadi. Menurut jurucakap kerajaan, Narumon Pinyosinwat, dalam kenyataan hari ini, kejadian tersebut mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh terutama di bahagian timur laut negara […]

(Video) Lagi Kejadian Tembakan Rambang Di USA, 5 Terbunuh Dan Puluhan Tercedera
Odessa, Texas – Seramai lima orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 21 cedera setelah seorang pengganas melepaskan tembakan rambang di sebuah lokasi berhampiran pasaraya di sini semalam. Suspek yang berusia 30-an melepaskan tembakan dari kenderaan dinaikinya sebelum ditembak mati oleh pihak polis dalam insiden berbalas serangan. Menurut Ketua Polis Odessa, Michael Gerke, seramai tiga orang pegawai tercedera […]