Berita›Luar Negara

Ahli Politik Itali Penyokong Anti-Vaksin Masuk Hospital Akibat Demam Campak
Seorang ahli politik Itali yang juga pemimpin gerakkan anti-vaksin tempatan dan mengundi untuk menentang cadangan kerajaan mahu mewajibkan suntikan vaksin dilapor dimasukkan hospital akibat demam campak. Perkara berkenaan didedahkan sendiri oleh Massimiliano Fedriga, ahli politik daripada Parti Liga di laman twitternya. Fedriga memaklumkan bahawa dia ditahan selama empat hari di hospital akibat demam campak. Bagaimanapun perkongsian […]

Padah Kongsi Video Serangan Di Masjid Christchurch, Seorang Pengarah Syarikat Bakal Berdepan Hukuman Penjara 14 Tahun
Seorang lelaki bakal berdepan dengan hukuman penjara 14 tahun jika didapati bersalah oleh hakim mahkamah selepas mengkongsikan video tembakan rambang di Facebook sehari selepas berlakunya tragedi solat jumaat di Christchurch itu. Lelaki yang berumur 44 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah di Christchurch atas dakwaan menyebarkan video serangan di masjid Al Noor dan pelanggaran undang-undang penerbitan yang […]

Bencana Paling Dasyat Pernah Melanda Hemisfera Selatan, Lebih 1000 Orang Terkorban – Agensi PBB
Persatuan bangsa-bangsa bersatu telah melaporkan bahawa taufan Idai yang melanda Afrika Selatan ternyata mencetuskan ‘bencana besar’. Hal ini berikutan angka mereka yang terjejas akibat bencana tersebut semakin meningkat ke ratusan ribu orang. Malah dikatakan lebih 1,000 orang mungkin terbunuh. Taufan Idai berlaku berhampiran bandar pelabuhan Beira di wilayah Sofala dengan angin kencang sehingga 177 km / […]

Gempa Bumi Kuat 6.4 Skala Richter Gegar Turki
Gempa bumi berukursan lebih 6.4 pada skala Richter mengegarkan Barat Turki 13 minit lalu (2.45pm waktu Malaysia). Gempa tersebut menyerang 123km dari Izmir ke Antalya. Laporan tersebut dikongsi melalui Twitter rasmi organisasi gempa, EMSC. M6.2 #earthquake (#deprem) strikes 123 km NW of #Antalya (#Turkey) 13 min ago. Updated map of its effects: pic.twitter.com/5Uy64I4p5H — EMSC […]

(Video)Merdunya Suara Imam, Parlimen New Zealand Dibuka Dengan Bacaan Ayat Al-Quran
Pembukaan persidangan New Zealand, pertama selepas kejadian serangan pengganas dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran, semalam. Seorang imam di sebuah masjid tempatan dijemput untuk menyertai majlis dan memperdengarkan bacaannya sebagai isyarat bahawa seluruh komuniti New Zealand bersatu-padu bersama-sama dengan mangsa yang terjejas. Ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh imam berekanaan adalah petikan daripada Surah Al-Baqarah. […]

Berumur Dan Sukar Bergerak Tak Halang Wanita Ini Korbankan Nyawa Jadi Perisai Badan Selamatkan Sahabatnya
Seorang ibu rela menjadikan badannya sebagai perisai kepada rakannya dan menahan peluru dalam serangan keganasan di Christchurch baru-baru ini. akibatnya, ibu tersebut kemudian meninggal dunia dalam pangkuan rakannya yang ingin dilindungi. Itulah kisah kepewiraan Linda Amstrong, salah seorang jemaah yang terkorban dalam tragedi berdarah Jumaat lepas yang meragut lebih 50 nyawa. Kini, keluarga Linda merayu […]

”Kami Ada Selama Mana Mereka Memerlukan Kami”, Mongrel Mob Ikrar Lindungi Masjid Supaya Umat Islam Boleh Solat Dengan Tenang
Ahli kumpulan bermotosikal paling ganas di New Zealand, Waitkato Mongrel Mob menyatakan ikrar untuk memberi sokongan kepada komuniti Islam di sana dan akan melindungi masjid ketika mereka menunaikan Solat Jumaat susulan tragedi berdarah di Christchurch. Presiden Kelab, Sonny Fatu berkata, mereka menawarkan bantuan tersebut untuk melindungi Masjid Jamia di Hamilton, utara negara berkenaan. Katanya lagi, tawaran […]

Cas Telefon Ketika Mandi, Remaja Maut Selepas Telefon Itu Jatuh Dalam Tab Mandi
Seorang remaja perempuan 14 tahun maut selepas telefon bimbit miliknya terjatuh di dalam tab mandi ketika telefon bimbit itu dicaj dan menyebabkan mangsa mengalami kejutan elektrik di kediamanya Cheboksary, Rusia. Keluarga mangsa sempat membuat panggilan kecemasan namun mangsa meninggal di tempat kejadian, kata salah seorang doktor. Kejadian ini bukan pertama kali berlaku di Rusia malah […]

Sebak, Siapa Sangka Kotak Berukuran 2 Meter Ini Merupakan ‘Rumah’ Kepada Seorang Lelaki
Setiap daripada kita sentiasa menginginkan kehidupan bahagia dan paling penting, mempunyai tempat kediaman yang selesa untuk didiami. Oleh itu, kita sentiasa akan mencari kemewahan untuk melengkapi keselesaan yang dimahukan. Namun, terkadang kita lupa dalam kita mencari, masih ada yang tidak bernasib baik. Bukan hanya tempat untuk didiami, malah keperluan makanan untuk terus hidup turut tidak […]

Sedih, Hadirin Saling Berpelukan Di Upacara Pengebumian Mangsa Korban Serangan Di Chrischurch
Beratus orang telah berkumpul di tanah perkuburan Christchurch hari ini (20 Mac) untuk upacara pengebumian pertama mangsa serangan dua buah masjid di New Zealand. ‘Hari perpisahan’ ini nyata menggamit perasaan hiba semua yang berada di sana berikutan mereka yang terkorban ini ‘pergi’ dengan cara yang begitu tragik (pembunuhan beramai-ramai) Pagi ini, ratusan orang berkabung dan […]

Rakyat New Zealand Pakai Tudung Jumaat Ini Sebagai Tanda Sokongan Kepada Masyarakat Muslim Christchurch
Jumaat ini, gerakan daripada komuniti yang menggelarkan diri mereka Scarves in Solidarity di Facebook merupakan gerakan persendirian telah menwar-warkan pemakaian hijab bagi komuniti wanita di New Zealand sebagai simbol sokongan dan penghormatan kepada masyarakat Muslim di Christchurch Jumaat, 22 Mac ini. “Kami mahu tunjukkan rasa cinta dan sokongan kami terhadap tragedi yang menimpa sehingga menyebabkan […]

“…Trump, Selamatkan Saya.” Lelaki Ini Enggan Beri Kerjasama Dengan Polis Selepas Lempar Isterinya Dari Tingkat 4
Sudah menjadi perkara biasa sekira berlakunya perselisihan faham antara pasangan suami isteri. Namun kali ini, pertengkaran yang melibatkan seorang lelaki berusia 32 dan isterianya (32 tahun) telah menyebabkan kedua mereka dimasukkan ke hospital. Kejadian yang berlaku semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan melibatkan seorang lelaki bernama Wan yang dikatakan melemparkan isterinya apabila mereka sampai di […]

Sudah Ada Lebih 1 Juta Tandatangan Desak Parlimen Australia Buang Senator Anning
Masihkah anda ingat dengan kisah Eggboy dan Senator Fraser Anning, Ahli Parlimen Australia yang menjadi tular sejak beberapa hari lalu? Lantaran mulutnya yang celupar apabila menyalahkan umat Islam atas insiden yang berlaku di New Zealand, seorang remaja berusia 17 tahun telah bertindak memecahkan telur di atas kepalanya sebelum menyebarkan rakaman kejadian tersebut di media sosial. Remaja […]

Ratusan Terperangkap, 60 Orang Lagi Terbunuh Akibat Ribut Salji Dan Banjir Afghanistan
Barat Afghanistan dilanda banjir kilat serta ribut salji yang mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang sejak minggu lalu. Bernama melaporkan seramai 400 penduduk di wilayah tengah Bamiyan terperangkap dalam ribut salji, namun berjaya diselamatkan. “Mereka yang diselamatkan dipindahkan ke pusat daerah Yakawlang, barat kota Bamiyan,” jelas Pejabat Negeri Hal Ehwal Pengurusan Bencana dan Kemanusiaan dalam satu kenyataan. […]

Tolak Komputer Sebagai Hadiah Hari Jadi, Kanak-Kanak 9 Tahun Ini Hanya Mahu Jambangan Bunga Untuk Letak Di Masjid Di Christchurch
Seluruh dunia masih merasai impak serangan yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya 50 orang mangsa terkorban susulan tragedi tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand. Insiden berlaku ketika mereka sedang menunaikan Solat Jumaat dan terdapat beberapa rakyat Malaysia yang turut menjadi mangsa serangan tersebut. Berita pilu itu menjadi bualan di media sosial, sekaligus menyentuh […]

(Video)Tiru Senaman Saitama Dalam ‘Manga’ One Punch Selama Sebulan, Lelaki Ini Kongsi Hasilnya Yang Menakjubkan
Jika anda pengikut tegar pelbagai karya manga dan anime daripada Jepun, maka sudah tentu anda kenal dengan watak Saitama dan manga One Punch iaitu seorang superhero ‘blur’ terkuat di dunia. Dalam manga berkenaan, Saitama selalu kecewa apabila seringkali bertemu dengan musuh yang terlampau mudah untuk ditewaskan, iaitu dengan satu tumbukkan. Dek kerana kehebatan tersebut, seorang […]

PM New Zealand Mulakan Ucapannya Di Parlimen Dengan Ucapan “Assalamualaikum”
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memulakan perbahasannya di parlimen dengan ucapan yang cukup bermakna. “Tuan Pengerusi Majlis, Assalamualaikum, sejahtera ke atas kamu dan sejahtera ke atas kita semua.” Beliau kemudiannya menyambung bicaranya tentang insiden berdarah di dua buah masjid Chrischurch sebelum bersumpah untuk tidak pernah menyebut nama lelaki bersenjata dalam serangan berkenaan. “Dia telah mencetuskan banyak […]

Upacara Pengebumian Mangsa Christchurch Ditangguh
Tokoh kanan komuniti Muslim di New Zealand telah menangguhkan upacara pengkebumian yang melibatkan mangsa serangan masjid Christchurch. Peristiwa sadis yang melibatkan serangan tembakan itu telah mengorbankan 50 orang. Lebih dari 40 orang cedera yang 30 masih berada di hospital Christchurch, kata pihak berkuasa. Sembilan daripada mereka berada dalam keadaan kritikal. Seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah. […]

(Gambar) Memukau Pandangan, Masjid Terbesar Turki Ini Direka Arkitek Wanita Membuat Sesiapun Melihatnya Terpegun
Masjid Camilca yang terletak di bandar Anatolian, Turki ini tersergam indah, memukau pandangan mata sesiapa yang melihatnya. Merupakan masjid terbesar di negara itu, Masjid Camilca yang dibina sejak tahun 2013 di bawah kelolaan Presiden Recep Tayyip Edrogen ini menelan kos lebih RM100 juta. Masjid Camilca mendapat inspirasi daripada Era Ottoman dan pembinaannya dikelolakan oleh Mimar […]

(Video) Selepas Lombok, Ombak Besar Bali ‘Devil Tears Indonesia’ ‘Telan’ Pelancong
Beberapa hari lalu satu rakaman video menyaksikan seorang pelancong wanita dihempas ombak besar Bali tular di media sosial. Rakaman tersebut memperlihatkan pelancong tersebut berdiri di tebing pantai Nusa Lembongan, Bali kerana ingin merakamankan gambar sambil tersenyum. Namun, apa yang berlaku sebaliknya apabila sebaik sahaja dia mendepakan tangannya, ombak besar menghempas dari belakang. Dia kemudian hilang […]