Berita›Politik
“Saya Harap Rakyat Bertenang..,” TPM Tegaskan Kerajaan Masih Dapat Sokongan Melebihi 110 Ahli-ahli Parlimen
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa beliau menjunjung akan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkait dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada hari ini. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi, beliau juga mengaku bahawa situasi politik negara pada hari ini berada dalam keadaan yang tidak […]
Ingkar Titah YDP Agong: UMNO Minta PM & Datuk Seri Takiyuddin Hassan Letak Jawatan Secara Terhormat – Presiden UMNO
UMNO meminta Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Yasin dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan supaya meletakkan jawatan secara terhormat. Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu kenyataan berkata, kerajaan pimpinan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin telah mengingkari titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua ordinan […]
TERKINI: Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Ditangguhkan Sehingga 10 Pagi Isnin 2 Ogos – Timbalan Speaker
Mesyuarat Khas Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga 10 pagi hari Isnin 2 Ogos 2021, kata Timbalan Speaker. Perkara itu dikongsikan oleh Bernama menerusi ciapan di laman Twitter sebentar tadi. Mesyuarat Khas Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga 10 pagi Isnin 2 Ogos – Timbalan Speaker@MYParlimen pic.twitter.com/uqv78M7Ym2 — BERNAMA (@bernamadotcom) July 29, 2021 Terdahulu, Mesyuarat Khas Dewan Rakyat ditangguhkan […]
Selepas Dua Jam Berlalu, Masih Tiada Perkembangan Di Kediaman PM Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Walaupun sudah dua jam berlalu, namun belum ada perkembangan terbaharu diperoleh kumpulan media yang ‘berkampung’ sejak 1 tengah hari di kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, di sini. Suasana semasa di situ tenang dan hanya kelihatan pergerakan beberapa kenderaan dipercayai membawa menteri masuk serta keluar […]
Ketua Pembangkang Kemuka Usul Dewan Rakyat Hilang Kepercayaan Terhadap PM
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan usul bahawa Dewan Rakyat hilang kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dimakzulkan daripada jawatan Perdana Menteri dengan segera. Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata usul itu diserah kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di […]
“Peristiwa Ini Adalah Titik Hitam Dalam Sejarah Demokrasi Berparlimen Malaysia” – Tok Mat
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara telah menjelaskan perkara sebenarnya. Menurut beliau, pembatalan Ordinan Darurat itu telah dilakukan dengan membelakangkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. ”Pengumuman pembatalan tersebut telah dibuat tanpa perkenan Seri Paduka Baginda. ”Tindakan Kerajaan, khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri […]

(Video) Kediaman PM Muhyiddin Jadi Tumpuan Media
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan petugas media susulan kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat hari ini. Petugas media dilihat mula ‘berkampung’ di rumah perdana menteri yang terletak di Bukit Damansara, di sini sejak pukul 1 tengah hari tadi. Pemerhatian Bernama mendapati […]

TERKINI: Susulan Titah YDPA, Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Ditangguh 15 Minit
Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang sedang berlangsung buat hari ketiga hari ini terpaksa ditangguhkan selama 15 minit. Difahamkan, ianya berikutan kenyataan Istana Negara berhubung isu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan sebentar tadi. BACA: Kenyataan Penuh Istana Negara Berhubung Titah YDPA Mengenai Ordinan Darurat Makluman tersebut dimaklumkan oleh timbalan speaker, memetik laporan ringkas BERNAMA. Berita lanjut menyusul […]

Isu Kesihatan Awam, Tindakan Tangani COVID-19 Tumpuan Utama Hari Kedua Sidang Khas Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) — Isu kesihatan awam dan tindakan menangani pandemik COVID-19 yang melanda negara menjadi tumpuan utama pada hari kedua Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu akan diperjelaskan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, disusuli sesi Ahli-ahli Parlimen mengemukakan […]

Proklamasi Darurat Tamat 1 Ogos Ini, Kerajaan Tidak Akan Nasihat Agong Untuk Isytihar Darurat Baharu
KUALA LUMPUR, 26 Julai – Kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan pelanjutan darurat, yang dijadual tamat pada 1 Ogos ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan juga memutuskan untuk membatalkan ordinan-ordinan yang dibuat semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa. […]
PM Muhyiddin Bentang PPN Pada Sidang Khas Dewan Rakyat Hari Ini
KUALA LUMPUR, 26 Julai- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat yang dijadual bermula pukul 10 pagi, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, persidangan selama lima hari itu juga akan menyaksikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memberi penerangan mengenai […]
Raih 700K Sumbangan Ikat Jamin Dalam 24 Jam, Syed Saddiq Terharu Ada Pakcik Gigih Datang Pejabat ‘Hulur’ RM100
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah didakwa atas tuduhan pecah amanah dan salah guna sumbangan kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 berjumlah RM1.12 juta pada 2018 dan 2020 lalu. Bagaimanapun bekas menteri belia dan sukan itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut, sebelum diperintah mahkamah untuk membayar ikat jamin bagi […]
Syed Saddiq Didakwa Pecah Amanah Dana ARMADA RM1 Juta, Salah Guna Wang Untuk Kempen PRU14
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) — Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta, dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Bagaimanapun, Syed Saddiq, 29, yang juga bekas Menteri Belia dan […]
Mahkamah Benarkan Syed Saddiq Diikat Jamin Dengan Seorang Penjamin Sebanyak RM330k Bagi Kedua-dua Pertuduhan
Kuala Lumpur, 21 Julai – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dibenarkan diikat jamin dengan seorang penjamin sebanyak RM330,000 bagi kedua-dua pertuduhan, lapor Bernama. Menerusi kemaskini agensi itu, sejumlah RM80,000 daripada wang jaminan itu dibayar hari ini manakala bakinya dibayar pada Selasa hadapan. Ahli parlimen itu kini berhadapan pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah […]
Bekas Menteri Bakal Didakwa Esok Atas Dua Pertuduhan Kes Penyelewengan Wang
Seorang bekas menteri yang juga ahli parlimen bakal didakwa esok di Mahkamah Sesyen Rasuah, Jalan Duta Kuala Lumpur berhubung penyelewengan dana berjumlah lebih RM1 juta wang membabitkan wang peruntukan sebuah parti politik. Memetik daripada laporan Sinar Harian, bekas menteri berusia 29 tahun itu dijangka berhadapan dengan dua pertuduhan di bawah seksyen 403 dan 405 Kanun […]
Tengku Adnan Terlepas Tuduhan Rasuah & Dibebaskan Mahkamah Rayuan
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan rasuah dan sabitan oleh Mahkamah Rayuan. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan telah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan mengenakan denda RM2 juta, selepas Tengku Adnan yang dikenali sebagai Ku Nan, didapati bersalah pada 21 Disember tahun […]
Bekas ADUN Didakwa Lagi 58 Tuduhan Ubah Wang Haram
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung Datuk Mansor Musa, yang sebelum ini berdepan dengan 106 pertuduhan pengubahan wang haram di Pulau Pinang, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pula atas 58 pertuduhan sama membabitkan wang berjumlah RM9.22 juta. Mansor, 58, yang juga pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Bhd, bagaimanapun mengaku tidak bersalah […]

Ahli Jemaah Menteri Sebulat Suara Kekal Sokong Muhyiddin Sebagai PM
Ahli-ahli jemaah menteri sebulat suara untuk kekal memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia. Menerusi satu kenyataan media, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada hari ini (14 Julai). Kenyataan turut memaklumkan memaklumkan bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua […]
Tanda Hubungan Diplomatik Dibentuk, UAE Secara Rasmi Buka Kedutaan Di Israel Hari Ini
Emiriah Arab Bersatu (UAE) secara rasmi membuka kedutaan UAE di Israel hari ini setelah menandatangani perjanjian normalisasi di Washington tahun lalu. Kedutaan tersebut bertempat di sebuah bangunan baharu di ibu kota Tel Aviv. Perasmian tersebut turut dihadiri presiden baru Israel, Presiden Isaac Herzog. Duta UAE di Israel, Mohamed al-Khaja menyifatkan pembukaan kedutaan tersebut sebagai hubungan […]

Henti Berpolitik, Fokus Usaha Bantu Rakyat – TPM Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 11 Julai – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa semua pihak terutama ahli politik supaya berhenti berpolitik, sebaliknya memberi fokus kepada usaha membantu rakyat yang sedang mengalami kesusahan akibat pandemik COVID-19. Beliau berkata dalam keadaan jumlah kes COVID-19 yang masih tinggi, semua pihak perlu bersatu dan bersama-sama untuk memerangi pandemik itu. […]