Berita›Politik
Derma 90% Gaji Untuk Rakyat Susah, Kenali Jose Mujica, Ini 7 Fakta Menarik Bekas Presiden ‘Termiskin’ Di Dunia
Setiap pemimpin sesebuah negara pastinya memiliki pendapatan yang sangat tinggi, sesuai dengan tugasannya selaku ketua tertinggi. Justeru, tidak hairanlah jika kediamannya besar, memiliki pelbagai kemudahan dan sebagainya. Namun, hakikatnya segala kemewahan itu dirasakan tidak perlu bagi sosok tubuh yang tinggal di sebuah rumah buruk di tepi ladang, iaitu bekas Presiden Uruguay yang ke-40, Jose Alberto […]

TERKINI: Kenyataan Media Tular Dakwa PM Buat Keputusan Letak Jawatan Adalah Palsu – PMO
Kenyataan media yang mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memangggil mesyuarat Kabinet tergempar serta mengemukakan keputusan letak jawatan seperti yang tular hari ini adalah palsu. Pejabat Perdana Menteri menegaskan hal sedemikian menerusi satu kenyataan hari ini, memetik laporan Awani. Berita lanjut menyusul. [TERKINI] @MalaysiaPMO menegaskan, kenyataan media yang mendakwa Tan Sri @MuhyiddinYassin memanggil mesyuarat […]
Kerajaan Tidak Gagal, Masih Berfungsi Seperti Biasa – Mustapa
JELI, 10 Julai (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pentadbiran kerajaan masih lagi berfungsi seperti biasa dan berkesan dalam memastikan ekonomi negara termasuk nasib rakyat terus terbela dalam tempoh pandemik COVID-19. Beliau berkata walaupun terdapat kekurangan, setiap pemimpin negara ini terbuka dengan segala kritikan serta pendapat pelbagai pihak khususnya […]

Hari Pertama Bertugas Sebagai TPM, Ismail Sabri Dilihat ‘Bertemu’ Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat bertemu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini. Memetik perkongsian laman Facebook Suara TV, gambar kedua-dua pemimpin ini dipercayai dirakam hari ini, iaitu pada hari pertama Ismail Sabri memulakan tugas sebagai TPM. Bagaimanapun tiada sebarang kemas kini mengenainya di laman Facebook kedua-dua […]
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Dilantik Menjadi Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik menjadi Menteri Penyelaras bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN). Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan memaklumkan, Jemaah Menteri bersetuju Tengku Zafrul memikul tanggungjawab untuk memantau pelaksanaan strategi dan bantuan, serta mengambil langkah intervensi yang proaktif serta bersesuaian dengan situasi COVID-19. “Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Kabinet […]

PEJUANG Sah Didaftar Sebagai Parti Politik Hari Ini
Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) telah didaftarkan sebagai parti sah setelah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini (Khamis). Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan kenyataan tersebut menerusi ciapan di laman Twitter PEJUANG. Berita lanjut menyusul pic.twitter.com/23Zy1Cyc8A — PEJUANG TanahAir (@PejuangRasmi) July 8, 2021 Sumber: Twitter PEJUANG
Rumah PM Muhyiddin Jadi Tumpuan
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) — Kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan hari ini apabila beberapa anggota kabinet dan pegawai tertinggi kerajaan dilihat memasuki kawasan rumah perdana menteri di Bukit Damansara. Beberapa kenderaan berwarna hitam termasuk sebuah kenderaan menggunakan plat ‘Menteri’ dengan diiringi polis dilihat memasuki kawasan itu pagi ini sebelum keluar meninggalkan kediaman tersebut kira-kira 12.30 tengah […]
TERKINI: Tiada Fakta Jelas Bahawa PM Tidak Lagi Mendapat Kepercayaan Majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat – Peguam Negara
Dari segi undang-undang, Perdana Menteri dan Jemaah Menteri masih kekal menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan, lapor Bernama, memetik kenyataan Peguam Negara hari ini. Menurut kenyataan tersebut, tiada fakta jelas bahawa Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat. “Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO bertarikh 7 Julai 2021, kenyataan tersebut merupakan […]
Zahid Senaraikan 7 Kegagalan Kerajaan, Ini Jadi Punca UMNO Tidak Teruskan Sokongan
Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi sebentar tadi secara rasminya mengumumkan penarikan semula sokongan parti tersebut terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkuat kuasa serta-merta. Ini berikutan kerana terdapat banyak kegagalan serta kelompongan yang dikatakan beliau berlaku dalam pemerintahan negara di bawah kerajaan pimpinan Muhyiddin ketika ini. BACA: UMNO Sah Tarik Semula Sokongan Terhadap […]

TERKINI: UMNO Sah Tarik Semula Sokongan Terhadap PM Berkuatkasa Serta-Merta
Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara membuat keputusan untuk menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Perdana Menteri, berkuat kuasa serta-merta. Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, ini berikutan segala garis panduan yang dikemukakan parti itu pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepada kerajaan pimpinan Tan Sri […]
“InsyaAllah Saya Akan Galas Tanggungjawab Ini Sebaiknya..” – Hishammuddin
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menzahirkan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikannya selaku Menteri Kanan Luar Negeri. Menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya, Hishammuddin mengumumkan akan mengetuai Kluster Keselamatan selain membantu Muhyiddin dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara. “Saya sedar dan saya insaf, dalam berdepan pandemik COVID-19, tanggungjawab […]
TERKINI: Sidang Khas Dewan Rakyat Diadakan 5 Hari Mulai 26 Julai & Dewan Negara 3 Hari Mulai 3 Ogos – Pejabat PM
Kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan, tulis Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini. Menurut kenyataan tersebut, mesyuarat itu dirancang dilaksanakan selama 5 hari bermula 26 sehingga 29 Julai dan 2 Ogos bagi Dewan Rakyat serta 3 hari bermula 3 […]

TERKINI: PM Setuju Panggil Sidang Parlimen Secepat Mungkin Sebelum 1 Ogos
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan akan memanggil sidang Parlimen Malaysia secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021. Menerusi kenyataan media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, perkara tersebut akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Julai ini. “Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan […]

TERKINI: Agong Titah Sidang Parlimen Perlu Diadakan Sebelum 1 Ogos 2021 – Parlimen
DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar sidang Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos ini. Makluman tersebut dilapor menerusi ciapan ringkas BERNAMA di Twitter hari ini. Berita lanjut menyusul. Agong titah sidang Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos 2021 – Parlimen pic.twitter.com/MaxFTCwvww — BERNAMA Radio🇲🇾 (@bernamaradio) June 30, […]
TERKINI: Agong Berpandangan Sidang Parlimen Perlu Diadakan Secepat Mungkin – Istana Negara
DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah berpandangan bahawa sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Jelas Seri Paduka Baginda, sidang tersebut yang diadakan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 adalah bagi membolehkan Proklamasi Darurat dibentangkan. Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda berpandangan bahawa semua Jawatankuasa Pilihan Parlimen […]
Parlimen Cukup Kelengkapan, Bersedia Bersidang Secara Hibrid – Rashid Hasnon
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Parlimen mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk melaksanakan persidangan Dewan Rakyat secara hibrid pada bila-bila masa, jika diperlukan. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, pihak Parlimen juga dalam proses perolehan untuk menambah bahagian teknikal lain yang diperlukan. “Sudah pasti cukup bersedia dan kelengkapan yang ada adalah mencukupi, kita sedang melakukan penambahan […]
TERKINI: Sidang Parlimen Boleh Diadakan Dalam Fasa Tiga PKP, Sekitar September Atau Oktober – PM
Parlimen boleh bersidang pada fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya, persidangan itu dijangka bermula sekitar September atau Oktober dengan mengikut SOP yang ketat. “Sistem demokrasi berparlimen boleh berfungsi semula pada masa sesuai iaitu setelah kes-kes COVID-19 terkawal dan kita hampir mencapai imuniti berkelompok,” katanya dalam sidang media hari […]

(Video) TERKINI: Kenderaan Membawa Perdana Menteri Memasuki Istana Negara
Kenderaan membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki perkarangan Istana Negara pada 2.20 petang tadi. Rakaman video pendek yang dirakam Fharkhan Abdul Ghapar itu dimuat naik menerusi laman Twitter BERNAMA sebentar tadi. Apakah yang berlaku di Istana Negara pada hari ini? Nantikan berita lanjut menyusul. [Video] Kenderaan membawa Perdana Menteri @MuhyiddinYassin memasuki Istana […]

Cukai RM1.69 Bilion: Najib Mohon Batal Notis Kebankrapan, Dakwa Konspirasi Politik
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk membatalkan notis kebankrapan terhadapnya kerana gagal membayar tunggakan cukai tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi tahun lepas. Mengikut dokumen yang difailkan di mahkamah, Najib mengemukakan permohonan itu atas alasan notis yang dikeluarkan LHDN bertarikh 4 […]
Lockdown: Pemuda PN Cadang Empat Bantuan Kurangkan Beban Rakyat
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Pemuda Perikatan Nasional (PN) hari ini mencadangkan empat bantuan yang boleh dilaksanakan kerajaan, sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh fasa pertama yang berkuatkuasa mulai Selasa ini, bagi mengurangkan beban rakyat. Ketuanya Khairil Nizam Khirudin dalam kenyataan hari ini berkata, cadangan bantuan itu ialah skim bantuan bersasar B40 dan M40, pemberian moratorium automatik tanpa cas faedah selama dua bulan, subsidi upah pekerja […]