BeritaPolitik

Berita
Pengundian PRK Slim Bermula 8 Pagi Hari Ini
TANJUNG MALIM, 29 Ogos– Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berlangsung hari ini dalam kebiasaan baharu ekoran penularan wabak COVID-19. Sebanyak 12 pusat mengundi membabitkan 54 saluran dibuka mulai 8 pagi hingga 5.30 petang. Proses pengudian selama 9 jam setengah itu melibatkan seramai 22,749 pemilih berdaftar yang layak menunaikan tanggungjawab […]
Luar Negara
Ahli Parlimen Demokrat Thailand Dilapor Dihukum Penjara 2 Tahun Kerana Membeli Undi
THAILAND: Kedua-dua ahli parlimen Demokrat Thepthai Senpong dan saudaranya telah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun kerana penipuan pilihan raya. Sekiranya keputusan itu disahkan dan disokong oleh mahkamah yang lebih tinggi, Thepthai akan dilarang berpolitik untuk 10 tahun. Mahkamah mendapati Thepthai dan saudaranya Manote bersalah kerana membeli undi. Thai PBS mengatakan bahawa berlaku rasuah membeli undi […]
Berita
PM Jepun Abe Dijangka Letak Jawatan Kerana Masalah Kesihatan
MOSCOW, 28 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe merancang untuk melepaskan jawatannya kerana masalah kesihatan, lapor agensi berita Sputnik memetik NHK pada Jumaat. Abe dijadual bertemu dengan pihak wartawan yang antara lain dijangka memaklumkan mengenai keadaan kesihatannya. Perdana Menteri Jepun itu baru-baru ini dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital. — BERNAMA
Berita
Permohonan Untuk Sertai Pejuang Akan Ditapis – Mukhriz
ALOR SETAR, 25 Ogos – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan membuat tapisan sebaik mungkin terhadap setiap individu yang memohon menyertai parti berkenaan. Datuk Seri Mukhriz Mahathir, antara pengasas parti itu, berkata ramai yang menghubunginya bertanyakan borang keahlian dan ingin menubuhkan bahagian namun parti itu agak memilih dalam menerima keahlian nanti. “Seperti mana sedia maklum RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) belum […]
Luar Negara
Jarang Tampil Di Khalayak Ramai, Timbul Lagi Khabar Angin Yang Mendakwa Kim Jong Un Sedang Koma
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, kini didakwa berada dalam keadaan koma dan dikatakan telah menyerahkan separuh dari kuasa pemerintahan kepada adik perempuannya, lapor Market Watch. Bekas pembantu kepada Presiden Korea Selatan, Chang Song-min mendakwa bahawa Kim Jong Un telah sakit tenat selepas kekurangan kemunculannya di tempat awam pada tahun ini. “Saya mengesyakinya berada dalam […]
Berita
Kempen PRK DUN Slim: Tiga Laporan Polis Diterima Setakat Ini
TANJUNG MALIM, 24 Ogos — Polis menerima tiga laporan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, setakat ini. Ketua Polis Daerah Muallim Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata laporan pertama diterima pada Khamis lepas berhubung dakwaan gambar seorang calon bertanding pada papan iklan yang disembur dengan cat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Changkat Sulaiman. […]
Berita
Abdul Ghani Salleh Dilantik Pengerusi SPR Baharu
PUTRAJAYA, 21 Ogos — Datuk Abdul Ghani Salleh dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu, manakala Datuk Nik Ali Mat Yunus sebagai Ahli SPR, masing-masing berkuat kuasa hari ini, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. Abdul Ghani, 62, sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha SPR. Mohd Zuki berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah […]
Berita
Mahkamah Sabah Tolak Permohonan Semak Pembubaran DUN
KOTA KINABALU, 21 Ogos (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan 33 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai. Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim mendapati responden kedua dalam kes itu – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd […]
Berita
Ahli Parlimen Sifatkan Gangguan Elektrik Di Sabah “Terlalu Dahsyat”
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — Seorang Ahli Parlimen hari ini menyuarakan keluhan rakyat yang mengalami gangguan bekalan elektrik di Sabah, khususnya di kawasan Kimanis yang disifatkan ‘terlalu dahsyat’. Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) berkata rakyat di negeri itu termasuk kawasan Parlimen beliau menghadapi gangguan elektrik hampir setiap hari yang bukan sahaja menjejaskan kehidupan seharian malah mengakibatkan kerosakan harta […]
Berita
PRN Sabah: Tarikh Mengundi 26 Sept, Penamaan Calon 12 Sept
KOTA KINABALU, 17 Ogos — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Sept sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan pula pada 12 Sept manakala pengundian awal ditetapkan pada 22 Sept. Pengumuman dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom dalam sidang medianya hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR […]
Berita
Tiada Sebab Untuk Saya Khianat Kepada Parti Yang Saya Sendiri Tubuhkan – Muhyiddin
Kuala Lumpur: Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan beliau tidak pernah mengkhianati parti itu. “Saya yang tubuhkan parti ini. Jadi tidak ada sebab untuk saya khianat kepada parti yang saya sendiri tubuhkan,” kata Perdana Menteri. Katanya beliau sendiri telahpun melalui fasa jatuh dan bangun dalam politik yang menjadi sebahagian daripada asam garam kehidupan yang perlu […]
Luar Negara
Perdana Menteri Lubnan Letak Jawatan
BEIRUT – Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab meletak jawatan kurang dari seminggu selepas tragedi letupan di Beirut berlaku, lapor pemberita Al Hadath hari ini, memetik kenyataan Menteri Kesihatan. Hassan difahamkan akan mengumumkan peletakan jawatan tersebut, kata kenyataan menteri tersebut pada Ruters. “Seluruh kerajaan akan letak jawatan,” katanya menerusi laporan Al-Arabiya. Hassan turut dilaporkan akan menuju […]
Berita
RUU 355: Saya Berharap, Insya-Allah Ianya Dapat Direalisasikan Sebelum Saya Mati- Menteri Agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kemas kini di laman facebook sebentar tadi berharap Rang Undang-Undang (RUU) 355 dapat direalisasikan suatu masa nanti. ”Saya berharap, insya-Allah ianya dapat direalisasikan sebelum saya mati,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Titah Diraja dalam sidang […]
Berita
Berita Palsu: Pegawai Khas Tun Abdullah Ahmad Badawi Buat Laporan Polis
PUTRAJAYA, 10 Ogos — Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini hari ini berhubung berita palsu mengenai kematian bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang tular. Pegawai Khas Abdullah, Datuk Jefridin Atan, yang membuat laporan polis itu berkata penyebaran berita palsu sebanyak dua kali dalam masa seminggu itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan […]
Politik
Lim Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah Minta Rasuah Berhubung Projek Terowong Pulau Pinang
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (BERNAMA) — Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang. Lim, 60, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. Mengikut […]
Berita
SPRM Minta Undang-Undang Wajibkan Ahli Parlimen Isytihar Harta Digubal
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta agar satu undang-undang yang mewajibkan Ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka digubal. Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata undang-undang itu boleh dikuatkuasakan tahun depan jika pihak berkaitan berusaha untuk menjadikan ia suatu realiti. Bercakap dalam satu wawancara di MACC.fm (My Anti-Corruption Channel) hari ini, beliau berkata […]
Berita
Pilihan Raya Negeri Jalan Terbaik Lerai Kemelut Politik Sabah – Penganalisis
KUALA LUMPUR, 30 Julai — Pilihan Raya Negeri (PRN) merupakan jalan terbaik bagi meleraikan kemelut politik di Sabah dengan mengembalikan hak memilih kerajaan kepada rakyat, demikian menurut penganalisis politik. Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata berdasarkan senario ketika ini, tiada pihak yang mempunyai majoriti kukuh dan mampu menjamin kestabilan politik negeri. […]
Berita
Sabah Siar Warta Kerajaan Isytihar Pembubaran DUN
KOTA KINABALU, 30 Julai (Bernama) — Kerajaan Negeri Sabah hari ini menyiarkan Warta Kerajaan berhubung perisytiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Dalam kenyataan di sini, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata warta itu memaklumkan bahawa Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin telah menjalankan kuasa di bawah Fasal (2) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sabah untuk […]
Berita
(Video) Rombongan Musa Aman Dihalang Masuk Ke Istana Negeri Sabah
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan rombongannya dihalang masuk ke perkarangan Istana Negeri sebentar tadi. Menerusi video durasi 47 saat daripada Bernama, sekatan tersebut daripada pihak Polis menyebabkan beberapa buah kereta mewah itu ditahan di bulatan masuk ke Istana pada pukul 3.50 petang. Difahamkan memlalui video ini, beberapa orang kanan Musa Aman […]
Berita
Musa Aman Dakwa Miliki Majoriti Mudah Dengan Sokongan 33 ADUN, Tak Perlu Bubar Dewan
Tan Sri Musa Aman dalam satu sidang media mendakwa beliau mempunyai majoriti mudah dengan sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menubuhkan kerajaan baharu negeri Sabah. Bekas Ketua Menteri Sabah itu turut berkata, tidak perlu untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah dan mengadakan Pilihan Raya Negeri untuk memilih kerajaan baharu. Pagi tadi, laporan Bernama […]