BeritaPolitik

Berita
TERKINI: UMNO Buat Keputusan Tak Sertai Perikatan Nasional, Fokus Pemerkasaan Muafakat Nasional- Zahid
Putrajaya, 30 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa UMNO mengambil keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional. Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata UMNO akan bekerjasama dengan PAS dan untuk memperkasakan Muafakat Nasional (MN) “UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS […]
Berita
Dakwa Dapat Majoriti Mudah, Musa Aman Dijangka Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Sabah Hari Ini
Petang semalam politik negara dikejutkan dengan satu pengumuman daripada Tan Sri Musa Aman yang mendakwa beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Sabah yang baharu menggantikan kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Shafie Apdal. Memetik laporan Bernama pagi ini, Musa Aman dijangka akan tiba di Istana Negeri pada jam 10 pagi ini untuk mengangkat […]
Berita
Hishammuddin Selar Setiausaha Luar Filipina Berhubung “Tweet” Kontroversi
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr berhubung hantaran Twitter “Sabah is not in Malaysia” baru-baru ini. Beliau menyifatkan kenyataan Locsin itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara. Sehubungan itu, Hishammuddin dalam hantaran menerusi Twitternya hari ini mengarahkan Wisma Putra memanggil Duta Filipina […]
Berita
Ahli Parlimen Gesa Jho Low Dibawa Pulang Segera Untuk Diadili
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Seorang ahli Parlimen hari ini menggesa kerajaan bekerjasama dengan negara luar bagi membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa terlibat dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) berkata kerajaan perlu menggunakan kesungguhan politik untuk menangkap […]
Berita
TERKINI KES SRC: Najib Didapati Bersalah Terhadap Kesemua Tujuh Pertuduhan- Hakim
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah terhadap ketujuh-tujuh pertuduhan melibatkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap […]
Berita
Mahkamah Tinggi Dijangka Sampaikan Keputusan Kes SRC Najib Pukul 10 Pagi Ini
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur menjadi tumpuan sejak 6.30 pagi ini berikutan Mahkamah Tinggi dijadual mengumumkan keputusan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. Najib, 67, akan mengetahui sama ada beliau dibebaskan atau didapati bersalah atas […]
Berita
Lee Hsien Loong Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Singapura
SINGAPURA, 27 Julai — Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Lee Hsien Loong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura dalam satu upacara mengangkat sumpah di Istana hari ini. Upacara itu berlangsung di hadapan Presiden Singapura Halimah Yacob. Lee, 68, mengumumkan barisan kabinet baharunya pada 25 Julai selepas parti diterajui beliau, PAP mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum republik itu pada 10 Julai lalu. Pilihan […]
Berita
Kemelut Politik Thailand: Timbalan Perdana Menteri Bersama Tiga Lagi Menteri Letak Jawatan
Timbalan Perdana Menteri Thailand Somkid Jatusripitak dan tiga menteri kabinet termasuk menteri kewangan meletakkan jawatan dipercayai akibat tekanan diterima berikutan rombakan barisan kepemimpinan Parti Palang Pracharath (PPRP) bulan lalu. Pengunduran diri Somkid dan pasukan ekonomi – Menteri Kewangan Uttama Savanayana, Menteri Tenaga Sontirat Sontijirawong dan Menteri Pengajian Tinggi, Sains dan Inovasi Suvit Maesincee memberi gambaran […]
Berita
PM Tunisia Letak Jawatan, Enam Menteri Dipecat
Kerajaan Tunisia pada Rabu mengumumkan keenam-enam menteri dari Parti Islam Ennahda (Renaissance) dipecat, lapor agensi berita Xinhua. Keputusan itu diumum beberapa jam selepas Perdana Menteri Elyes Fakhfakh menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Kais Saied. Fakhfakh akan memegang jawatan itu sehingga kerajaan baharu dibentuk, menurut kenyataan kerajaan. Beberapa hari lalu, Ennahda, parti yang mempunyai majoriti di […]
Berita
Parlimen: Azhar Harun Dipilih Yang Dipertua Dewan Rakyat
Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke-10 hari ini. Azhar, 58, merupakan calon tunggal yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan pencalonan Azhar mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Tiada undi diadakan memandangkan hanya satu nama dicadangkan. Usul itu dibentang Perdana Menteri selepas usul pertamanya supaya […]
Berita
Dewan Rakyat Lulus Usul Pengosongan Jawatan Yang Dipertua
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Usul kerajaan untuk Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat diluluskan Dewan Rakyat, hari ini. Usul itu diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 111 Ahli Parlimen bersetuju manakala 109 lagi tidak bersetuju dengan usul berkenaan. Mengumumkan keputusan undi berkenaan, Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid […]
Berita
Parlimen: Muhyiddin Kemuka Usul Pengosongan Kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengusulkan di Dewan Rakyat supaya jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dikosongkan atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan berkenaan. Ahli Parlimen Pagoh itu bangun mengusulkan cadangan tersebut di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon. “Bahawa Dewan Rakyat ini […]
Berita
Sidang Parlimen Bermula 13 Julai, Tertakluk Kepada SOP – Ismail Sabri
Putrajaya, 7 Julai – Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan bersidang mulai 13 Julai ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya, persidangan tersebut tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) mengikut norma baharu dalam membendung wabak COVID-19 ini. “Persidangan Dewan Rakyat akan bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020 iaitu […]
Berita
Iran Dilapor Keluar Waran Tangkap Terhadap Trump, Minta Kerjasama Interpol
Tehran, 29 Jun – Kerajaan Iran dilaporkan mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump atas tuduhan membunuh. Menurut Al-Jazeera, Iran meminta kerjasama polis antarabangsa (Interpol) untuk menahan Trump yang dipercayai melakukan serangan dron yang mengorbankan seorang jeneral Iran di Baghdad kira-kira enam bulan lalu. Pendakwa Tehran, Ali Alqasimehr berkata hari ini, Trump […]
Berita
Dicadangkan Sebagai Calon PM: Saya Akan Buat Keputusan Dalam Tempoh Terdekat – Shafie Apdal
Penampang: Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan membuat keputusan dalam tempoh terdekat berhubung cadangan pencalonannya sebagai Perdana Menteri seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. Mohd Shafie, yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata beliau akan mengumumkan keputusan itu selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk membuat perbincangan bersama pemimpin […]
Berita
Laut China Selatan Perlu Kekal Aman, Laluan Perdagangan – PM
Pendirian Malaysia mengenai isu Laut China Selatan jelas dan konsisten bahawa ia seharusnya kekal aman dan menjadi laluan perdagangan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Malaysia berpendirian bahawa Laut China Selatan seharusnya kekal sebagai kawasan aman dan menjadi laluan perdagangan. “Oleh itu, perkara-perkara yang berkaitan dengan Laut China Selatan perlu diselesaikan secara aman berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa yang diakui secara universal, termasuk Konvensyen […]
Berita
Tiada Keperluan Pilihan Raya Mengejut Di Sabah – Mohd Shafie
KOTA KINABALU, 18 Jun — Tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Sabah kerana kerajaan negeri sedia ada mempunyai jumlah kerusi mencukupi untuk mentadbir, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu bagaimanapun berkata beliau tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk menyuarakan pandangan mahupun cadangan itu, namun, mengikut perlembagaan […]
Berita
Pakar Sahkan Muhyiddin Bebas Kanser, Cukup Sihat Untuk Jalankan Tugas PM
Putrajaya, 16 Jun – Beberapa pakar perubatan mengesahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bebas kanser dan cukup sihat untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri. Kenyataan tersebut dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, menafikan laporan Sarawak Report kononnya beliau ke luar negara untuk menjalani rawatan kanser. “Semasa menjalani tempoh kuarantin, YAB Perdana Menteri sentiasa mematuhi arahan tidak […]
Berita
Muhyiddin: Perdana Menteri Kurang Sangat Berpolitik
Dalam tempoh 100 hari pentadbirannya sebagai Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat kurang sangat berpolitik dan jarang memberikan kenyataan politik. Sebaliknya, beliau menumpukan lebih banyak usaha dan masa dalam menangani pandemik COVID-19 dan mendepani cabaran ekonomi negara dalam tempoh itu. Dari segi politik, tindakannya kurang berpolitik sejak menjadi perdana menteri pada 1 Mac sehingga hari […]
Berita
Mohd Ali Anak Melaka Pertama Dilantik Yang Dipertua Negeri
MELAKA, 5 Jun — Tun Mohd Ali Rustam yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka Ketujuh hari ini merupakan anak jati Melaka pertama memegang jawatan itu. Seramai enam Yang di-Pertua Negeri Melaka sebelum ini, dua daripadanya berasal dari Perak dan masing-masing seorang dari Negeri Sembilan, Selangor, Kedah dan Pahang. Mohd Ali yang juga bekas Ketua […]