Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

United Kingdom Akan Isytiharkan Kumpulan Hamas Serta Sayapnya Sebagai Pengganas

Kerajaan United Kingdom menerusi Setiausahanya, Priti Patel bakal mengisytiharkan bahawa kerajaan UK akan meletakkan kumpulan Hamas sebagai pengganas dan sesiapa yang dibuktikan terlibat dengan apa-apa kegiatan Hamas akan dipenjara sehingga 10 tahun.

Ini bermakna, sesiapa yang meluahkan rasa sokongan untuk Hamas, mengibarkan bendera atau mengaturkan mesyuarat untuk organisasi yang berkaitan akan dianggap melanggar undang-undang.

Priti memberitahu wartawan, “kita telah mengambil pandangan bahawa kita tidak boleh lagi mengasingkan kegiatan ketenteraan dan politik.”

“Ia bergantung kepada risikan, maklumat dan segala kegiatan yang berkaitan pengganas,” tambah Priti lagi

Sehingga kini, UK kekal haramkan sayap ketenteraan kumpulan Hamas iaitu Briged Izzudin Al-Qassam.

Sumber: The Guardian