Berita›Politik

Dr Mahathir Ulangi PH Sukar Penuhi Janji Kerana Angkara Kerajaan Terdahulu
Kuala Lumpur : Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendapati sukar untuk mencapai janji dan matlamat manifestonya disebabkan oleh kerosakan yang disebabkan kerajaan terdahulu. “Sewaktu kita sediakan manifesto, kita tak dapat maklumat penuh dan apabila kita ambil alih kita dapati kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan lama itu […]

Sah, Arsenal Pecat Unai Emery Lepas Tewas Lagi Awal Pagi Tadi
Selepas ditewaskan Eintracht dalam saingan Liga Europa awal pagi tadi, Arsenal akhirnya sah memecat Unai Emery. Pengumuman itu dilaporkan oleh portal berita sukan, Sky Sport. Sebelum dipecat, ada ura-ura menyatakan Unai Emery meminta £15 juta sebagai pampasan tetapi keputusan mesyuarat itu tidak dipastikan. Arsenal bermula baik musim ini, cuma selepas beberapa perlawanan, prestasi Arsenal merudum […]

(Video) Seoul Sambut Dr Mahathir dengan “Standing in The Eyes of The World”
Seoul menyambut kehadiran Dr Mahathir dengan lagu ‘Standing In The Eyes of The World”. Lagu tersebut amat sinonim dengan Perdana Menteri Malaysia selepas Sukan Komanwel 1998 yang dipersembahkan oleh pasukan pancaragam dan kumpulan persembahan Tentera Korea Selatan. YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad selamat tiba di Pangkalan Udara Seoul pada 1.30 tengah hari […]

Ahli Parlimen Boleh Didenda, Digantung Jika Gagal Isytihar Harta
Putrajaya : Ahli Parlimen yang masih enggan mengikan harta mereka pada 5 Dis ini boleh dianggap menghina Dewan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk liew Vui Keong. Liew yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang berkata di bawah Perintah Parlimen, Ahli Parlimen boleh didenda RM1,000 atau digantung daripada Dewan. ”Sudah cukup notis diberi kepada mereka dan mereka masih enggan memfailkan pengisytiharan […]
Harga Minyak RON 95 Dinaikkan 1 Sen Setiap Minggu Bermula Januari Depan
Harga petrol RON95 akan dinaikkan sebanyak 1 sen setiap minggu bermula Januari tahun depan sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan. Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, pihak kementerian telah memutuskan untuk melaksanakan perkara tersebut sehingga harga petrol RON95 mencapai harga pasaran. Beliau berkata demikian dalam sesi jawab […]
Tidak Cukup Kuorum, Dewan Rakyat Kecoh
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Isu tidak cukup kuorum pada persidangan Dewan Rakyat masih berlaku meskipun telah mendapat teguran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Keadaan itu berlaku ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) oleh Timbalan Menterinya Hannah Yeoh yang kecoh seketika malam ini apabila kedua-dua blok penyokong […]

KJ Nafi Dakwaan Hantar Surat Permberitahuan Usul Tarikh Peralihan Kuasa Kepada Speaker Parlimen
Terkini dalam petikan Bernama, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini menafikan laporan kononnya beliau menghantar surat pemberitahuan kepada setiausaha Dewan Rakyat berkaitan usul berhubung tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri. Satu kiriman telah dimuatnaik di Facebook milik YB Khairy Jamaluddin menafikan perkara ini dan satu laporan polis telah dibuat tentang penyamaran dan berita palsu yang […]

Kabinet Mungkin Dirombak- Tun Mahathir
Ekoran dari kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai Sabtu lalu, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menimbang agar rombakan kabinet dibuat. Beliau menegaskan akan mendengar pandangan dari Majlis Presiden Ph berkaitan dengan desakan berkenaan. “Kita alami kekalahan yang besar, mungkin parti kita ni baru (jadi) kena susun parti kita cukup […]
Dua Ahli Parlimen UMNO Bertikam Lidah Di Lobi Parlimen
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Suasana di lobi Parlimen kecoh apabila dua ahli Parlimen UMNO bertengkar sehingga mengeluarkan perkataan kurang sopan. Pertengkaran itu melibatkan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau) dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) ketika keluar dari Dewan Rakyat, dengan kedua-dua wakil rakyat itu saling cabar mencabar dengan kata-kata kasar. “MP (Ahli Parlimen) Barisan (BN) lama, bodoh, stupid,” kata Ismail […]
Exco Perak Berdepan Dakwaan Rogol Boleh Teruskan Tugas
IPOH, 19 Nov (Bernama) — Exco Perak Paul Yong Choo Kiong yang sedang berdepan perbicaraan atas dakwaan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia, dibenarkan untuk meneruskan tugas sehingga Mahkamah Tinggi membuat keputusan berhubung permohonan kes perbicaraannya dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar negeri, Yong telah memaklumkan hasratnya untuk kembali menjalankan tugasan sebagai Ahli Majlis […]

RASMI: Barisan Nasional Rampas Kerusi Parlimen Tg.Piai, Menang Majoriti 15,086
Keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi panas ini daripada Pakatan Harapan (PH) yang memenanginya dalam PRU lepas. Keputusan yang diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), datuk Azhar Azizan Harun di Pusat Penjumlahan Undi PRK Tanjung Piai sebentar tadi […]

PRK Tg.Piai: Keputusan Tidak Rasmi, BN Mendahului Lebih 10 Ribu Undi Atasi PH
Hari ini berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai yang menyaksikan persaingan hebat 6 penjuru. Karmainie Sardini (PH), Wee Jeck Seng (BN), Wendy Subramaniam (GERAKAN), Badhrulhisham Abdul Aziz (BERJASA) dan 2 lagi calon bebas. Keputusan tidak rasmi yang dilaporkan Malaysia Kini menyaksikan calon BN mendahului meninggalkan pesaing terdekat, Calon PH. BN setakat ini secara tidak […]
(Video) Timbalan Menteri, Eddin Syazlee Syith Rebah Ketika Sesi Soal Jawab Parlimen
KUALA LUMPUR, 11 Nov – Sidang Dewan Rakyat pagi ini dihentikan hampir 10 minit apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith mengalami sesak nafas ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada 10.30 pagi ini, dan kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN). Eddin ketika itu dilaporkan baru sahaja tiba di Dewan Rakyat dan hendak […]

Dewan Kecoh, MP Pasir Salak Digantung Dua Hari
Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman diarahkan keluar Dewan Rakyat hari ini dan digantung selama dua hari. Ia berikutan keingkarannya mematuhi arahan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon yang berkali-kali memintanya supaya tidak berdiri, mencelah dan mengganggu sesi persidangan Dewan Rakyat. Kekecohan bermula apabila Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) meminta Menteri […]
Twitter Umum Larangan Global Terhadap Semua Iklan Politik
WASHINGTON, 31 Ogos (Bernama) — Ahli politik, penganalisis dan kaki sibuk terpaksa melupakan platform media sosial Twitter pada masa akan datang untuk kempen pilihan raya di Amerika Syarikat serta di seluruh dunia selepas Ketua Eksekutifnya, Jack Dorsey, mengumumkan larangan terhadap semua iklan politik, lapor agensi berita Rusia Sputnik pada Khamis. “Kami telah membuat keputusan untuk […]

Ambil Tanah Kampung Baru Secara Paksa Mungkin Jadi Pilihan Terakhir – Khalid Samad
Putrajaya, 26 Oktober – Kerajaan telah menawarkan RM 1,000 bagi setiap kaki persegi bagi harga muktamad untuk membeli tanah pembangunan semula Kampung baru masih ada kesukaran untuk pengambilan tanah tersebut. Menurut petikan sebuat berita tempatan, kerajaan akan mempertimbangkan pengambilan tanah kampung baru secara paksa mengikut Akta Pemgambilan Tanah 1960 sekiranya masih ada individu yang engan […]
Pelaksanaan Sistem Upah Dikaitkan Dengan Produktiviti Beri Faedah Kepada Majikan, Pekerja
KUALA LUMPUR, 11 Okt– Pelaksanaan Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS) akan memberi faedah kepada majikan dan pekerja, selain membolehkan kedua-dua pihak menikmati ganjaran yang saksama, hasil peningkatan produktiviti atau penambahbaikan prestasi. Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, PLWS juga akan menawarkan struktur gaji yang lebih fleksibel yang berupaya mendepani ketidaktentuan […]
Polis Sahkan Tahan 2 Adun Dipercayai Menyokong Pertubuhan Pengganas
Tiga orang lelaki termasuk dua ahli Dewan Undangan Negeri sebuah parti politik dari Melaka dan Negeri Sembilan antara yang ditahan oleh pihak polis kerana menyokong pertubuhan pengganas dari Sri Lanka. Tiga lelaki yang ditahan itu memegang jawatan sebagai Adun kawasan Gadek, Adun Seremban Jaya manakala seorang lagi merupakan pemimpin NGO India dari Perak. Ketiga-tiga mereka […]
SPR Nafi Dakwaan Pilihan Raya Negeri Di Perak, Nasihatkan Media Rujuk Dulu Sebelum Sebar Berita
Berita yang tular di media sosial mengenai dakwaan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan di negeri Perak tidak lama lagi adalah tidak benar. Terkini, satu kenyataan media dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tentang penafian dakwaan Perak bakal adakan pilihan raya negeri. Difahamkan dalam petikan tersebut, SPR menafikan dakwaan bahawa SPR sedang mengambil tindakan […]
Didakwa Tak Tunai Janji Ketika Kempen, Datuk Bandar Diheret Belakang Trak Sepanjang Jalan
Chiapas, Mexico- Seorang datuk bandar yang didakwa gagal menunaikan janji semasa kempen menghadapi detik cemas apabila ‘dihukum’ oleh para penduduk yang menunjukkan protes terhadapnya pada Selasa lalu. Menurut Daily Mail, penduduk yang bersenjatakan kayu menculik mangsa di pejabat datuk bandar sebelum bertindak mengikatnya pada bahagian belakang trak pikap dan menyeret mangsa di sekeliling bandar. Kejadian […]