Berita›Politik

Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia : Penutupan 34 Klinik 1Malaysia (K1M)
PUTRAJAYA, 15 Dis (Bernama) — Saya mengambil maklum terhadap kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebook beliau semalam berhubung penutupan 34 buah Klinik 1Malaysia (K1M). Mantan Perdana Menteri itu pada hemat saya sengaja mewujudkan kekeliruan dan pandangan yang sempit berkaitan K1M. Isu ini telah pun saya jawab di Dewan Rakyat pada 12 Oktober […]

Bayaran Balik: Kabinet Arah PTPTN Laksana Kajian Terperinci – Wan Saiful
KANGAR, 15 Dis (Bernama) — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan membuat kajian bagi mengenal pasti kaedah terbaik menangani isu pembayaran balik pinjaman pendidikan seperti diarahkan kabinet. Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata kajian akan dilaksanakan bermula tahun hadapan setelah mengambil kira pandangan dan cadangan semua pihak. “Kita dalam proses untuk memulakan kajian dan […]

”Negara Memerlukan Pembangkang Yang Cekap”, Surat Rafizi Kepada KJ Minta Jangan Keluar UMNO
Semalam, suhu politik tanah air terus memanas dengan berita 6 orang Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) khususnya daripada UMNO mengumumkan keluar parti dan menjadi MP Bebas tetapi menyokong kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Daripada sebuah parti tunggal dengan MP teramai selepas PRU lepas, UMNO kini seolah-olah berada dalam keadaan tersepit dan […]

”Mengaku Je Gagal Mansuh PTPTN, Beri Jer Hadiah Tuala ‘Good Morning’ Kepada Semua Peminjam Tanda Mohon Maaf” – Najib Razak
Susulan masa tambahan setahun yang diperlukan oleh kerajaan bagi mencari kaedah baru pembayaran PTPTN, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas keputusan tersebut. Ujar beliau, tidak mustahil kerajaan PH masih gagal mencari jalan penyelesaian sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 nanti. Oleh itu, beliau menyarankan kepada kerajaan agar mengaku sahaja […]

Isa Samad Didakwa Pecah Amanah, Terima Rasuah Lebih RM3 Juta
Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta bagi meluluskan pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak oleh Syarikat Felda Investment Corporation (FIC) Sdn Bhd. Bagaimanapun, Mohd Isa, 69, mengaku tidak bersalah selepas […]

Dewan Rakyat Lulus Tiga Akta, Beri Kebebasan Mahasiswa Berpolitik Di Kampus
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) – Selepas hampir lima dekad, mahasiswa kini selangkah lagi untuk mencapai kebebasan melibatkan diri dalam politik di kampus masing-masing selepas pindaan terhadap tiga akta berkaitan, termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971(AUKU), diluluskan Dewan Rakyat malam ini. Selain AUKU dua lagi ialah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta […]

Perhimpunan ICERD Bukan Ancaman Kepada Kerajaan – Mukhriz Mahathir
Port Dickson : Perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang berlangsung di ibu negara semalam, tidak menjadi ancaman kepada kerajaan Pakatan Harapan. Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata ini kerana kerajaan mempunyai pendirian yang sama dengan apa yang diperjuangkan dalam perhimpunan tersebut. “Anggaran kami […]

Dr. Mahathir Doa Perhimpunan ICERD Berjalan Lancar
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) – Tun Dr Mahathir Mohamad mendoakan perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskrimininasi Kaum (ICERD) di ibu negara esok berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak berhasrat untuk menghalang penganjur perhimpunan tersebut kerana ia bertentangan dengan dasar kerajaan yang mendokong prinisp-prinsip demokrasi. “Saya berdoa agar perhimpunan […]

Pelaksanaan Kaedah Bayaran Baharu Pinjaman PTPTN Ditangguh – Maszlee
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan penangguhan pelaksanaan kaedah bayaran balik baharu bagi pinjaman pendidikan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Dalam catatan di laman Facebook, beliau berkata: “Mekanisme pembayaran baharu PTPTN akan ditangguhkan dahulu mengambil kira keperluan untuk diadakan sesi libat urus dengan pelbagai pemegang […]

Najib Beri Keterangan Di SPRM Berhubung Siasatan Pindaan Laporan Akhir Audit 1MDB
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi keterangan kira-kira empat jam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dipercayai bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pindaan pada laporan akhir audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Sebuah kenderaan jenis Mercedes yang dipercayai membawa Najib dilihat meninggalkan bangunan Ibu Pejabat SPRM di sini pada kira-kira pukul 2.30 petang, diiringi sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia berwarna perak. Kehadiran Najib di ibu […]

Abdul Azeez Nafi RM22 Juta Duit Yayasan Tabung Haji Diguna Untuk Tujuan Politik
Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan duit RM22 juta Yayasan Tabung Haji (YTH) disalah guna untuk aktiviti politik. Anggota Parlimen Baling itu berkata duit itu adalah dana yang diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk sumbangan pihak korporat, peruntukan khas kerajaan serta orang perseorangan yang mahu menyumbang dalam pelbagai program kebajikan dan […]

Kuasa Diberi Bukan Untuk Kepentingan Diri – Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemerintah dan anggota pentadbiran bahawa kuasa diberi untuk mereka melaksanakan tugas, bukan untuk kepentingan diri sendiri. Berucap pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini, beliau berkata jika kuasa disalahgunakan, negara tidak akan maju dan menyebabkan kemerosotan dalam kalangan masyarakat. “Sebab itu kita perlu […]

RM22 Juta Dana Tabung Haji Disalurkan Untuk Aktiviti Politik?
Lembaga Tabung Haji (TH) pada Jumaat membuat dua laporan polis terhadap bekas pengerusi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas ketua pegawai eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta barisan pengurusan kanan.Ia berkata laporan yang dikemukakan itu adalah siasatan dalaman yang pertama dalam transaksi masa lalu, yang dipimpin oleh pengurusan baharu […]

Prihatin Polis Bertugas 24 Jam Di Kuil Tak Cukup Makan, Peniaga Taja Makanan Tengahari Dan Malam
Insiden kekecohan dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman beberapa hari lalu menuntut pihak berkuasa untuk sedia bersiaga demi untuk menjaga keselamatan serta memastikan keadaan sekeliling dalam keadaan aman. Sejak kejadian berlaku pada Isnin lalu, pihak polis sehingga kini masih menjaga kawasan setempat untuk mengelakkan perkara tak diingini berlak. Susulan itu, Adun Subang Jaya, Michelle […]

Tiada Pengesahan Agong Telah Berkahwin – Mahathir
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak mempunyai sebarang pengesahan rasmi berhubung dakwaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah berkahwin. “Saya tidak tahu, saya tidak mempunyai pengesahan rasmi jadi saya tidak boleh berkata apa-apa,” jawabnya ringkas ketika ditanya mengenai perkara itu. Beliau ditemui pemberita […]

Syed Saddiq Antara 20 Anak Muda Paling Berpengaruh Di Dunia
Syed Saddiq, 25, Menteri Belia Dan Sukan telah disenaraikan antara 20 orang anak muda yang paling berpengaruh di dunia menerusi ‘100 Future Leaders: The World’s Most Influential Young People in Government” terbitan Apolitical.’ Senarai itu memperlihatkan ratusan pencalonan daripada pakar dan organisasi terkemuka yang mengiktiraf setiap daripada mereka dalam pembikinan dasar kerajaan yang membuatkan mereka […]

”Kalau Ada Dalang, Mereka Tidak Akan Terlepas” – Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa beliau mengikuti secara dekat insiden kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Mariamman di Subang Jaya sejak dua hari lepas selain telah dimaklumkan oleh pihak polis mengenai perkembangan semasa siasatan insiden tersebut. ”Amat jelas dari siasatan awal bahawa kejadian pertama yang berlaku mempunyai unsur […]

Insiden Kekecohan Kuil Sri Maha Mariamman, Menteri Minta Rakyat Bertenang
Susulan insiden kekecohan melibatkan sekumpulan individu yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy telah mengeluarkan satu kenyataan melalui laman Facebook rasmi miliknya hari ini. Dalam kenyataan itu, beliau meminta semua pihak untuk bertenang dan memberitahu bahawa kerajaan tidak bertolak ansur di atas […]

Hukuman Sebat Sivil Kekal – Hanipa
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) — Kerajaan tidak akan memansuhkan hukuman sebat dalam undang-undang sivil kerana masih ada keperluan untuk disabitkan terhadap kesalahan serius termasuk jenayah kekerasan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata walaubagaimanapun hukuman sebat itu juga boleh diubah oleh mahkamah berdasarkan perkiraan tertentu termasuk tidak memudaratkan pesalah. “Setakat ini […]

“Jangan Kacau Mereka,” Syed Saddiq Pertahan Atlet, Isu Pemakaian Patuh Syariah Mulai Tahun Depan
Sebelum ini, dalam satu kenyataan media, kerajaan Terengganu mengumumkan pelaksanaan pemakaian patuh syariah bagi setiap atlet sukan negeri bermula tahun hadapan. Walau bagaimanapun, isu ini telah mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang tidak bersetuju di atas pelaksanaan tersebut. Syed Saddiq dalam satu status Facebook miliknya mempertahankan setiap atlet dengan menjelaskan bahawa atlet […]