Berita›Politik

Laporan 1MDB Diubah, Najib Tahu Tentang Ini – Ketua Audit Negara
Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad hari ini mendedahkan bahawa Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diubah dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahu tentang perkara ini. Beliau berkata dua perkara penting yang tidak dimasukkan dalam laporan itu – pertama mengenai kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho […]

Mulai 2019, Rakyat Terengganu Tidak Perlu Bayar Cukai Pintu – MB
Rakyat Terengganu tidak perlu membayar cukai taksiran atau cukai pintu bagi semua premis kediaman di negeri ini tahun hadapan. Malah, Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata semua cukai tertunggak juga akan dihapuskan bagi mengurangkan beban rakyat. “Namun, pengecualian ini tidak terpakai untuk premis perniagaan, syarikat perniagaan masih perlu membayar cukai taksiran seperti biasa,” katanya kepada sumber […]

Kerajaan Terus Pertahan Perlembagaan Persekutuan, Tak Akan Ratifikasi ICERD
Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD). Berikut adalah kenyataan akhbar dari Pejabat Perdana Menteri berhubung isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD). Kenyataan itu disiarkan melalui pelbagai akaun media sosial Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan berikut adalah petikannya: Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International […]

MP Beruas Jadi Wakil Rakyat PH Dengan Jumlah Aset Tertinggi, Diikuti Perdana Menteri Malaysia
Kemas kini terbaru di portal Pengisytiharan Harta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membabitkan ahli parlimen dan pentadbiran kerajaan menyenaraikan Ahli Parlimen Beruas, YB Datuk Ngeh Koo Ham sebagai wakil rakyat memiliki harta paling tinggi dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu sebanyak RM 75.81 juta. Penasihat DAP Perak itu membuat pengisytiharan harta termasuk isteri dan anaknya. Manakala di […]

Najib Akui Hubungi Anwar Malam 9 Mei
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau ada menghubungi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas. Najib berkata beliau sering berhubung dengan Anwar untuk bertanya khabar sepanjang Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh. “Hubungi Anwar (malam 9 Mei) memang ada tanya khabar secara peribadi,” katanya satu wawancara dengan Penasihat Editorial […]

Menteri Perpaduan Buka Mulut, Ucap Terima Kasih Kepada Yang Menyokongnya
Kecaman demi kecaman yang diterima sejak akhir-akhir ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Waytha Moorthy Ponnusamy akhirnya membuka mulut melalui satu kenyataan yang dimuat naik ke laman facebook miliknya. Melalui ‘luahan hati’ itu, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyatakan sokongan isu ratifikasi ICERD yang diperjuangkan olehnya. Bagaimanapun katanya, ketika […]

Isu ICERD, Bukan DAP Bangkitkan – Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan pihaknya tidak pernah membangkitkan isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) supaya diratifikasi di negara ini. Beliau berkata tuduhan tersebut dilihat bertujuan membakar sentimen perkauman dan kebencian dalam masyarakat di negara ini. “Saya rasa semua orang pun tahu bahawa isu itu (ICERD) tidak dibangkitkan oleh pihak kami DAP. […]

Sultan Selangor Titah Papan Tanda Berbahasa Cina Ditukar Segera
Tular hari ini sekeping surat yang menunjukkan bahawa Sultan Seleangor, D.Y.M.M Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan kerajaan Selangor menurunkan semua papan tanda jalan yang mengandungi tulisan Cina di Shah Alam dan digantikan dengan papan tanda yang menggunakan tulisan Bahasa Melayu sahaja. Surat berkenaan yang bertarikh 19 September dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Baginda, Dato’ Haji Mohamad Munir […]

Lelaki Berbangsa India Ini Tegur Menteri, Dedah ‘Diskriminasi’ Sebenar Yang Dialaminya Di Malaysia
Susulan tularnya sebuah klip video yang merekodkan ucapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berkaitan diskriminasi yang dihadapi oleh masyarakat India di Malaysia antaranya mendakwa penganut Hindu dipaksa menukar agama kepada Islam sekiranya mahu bekerja di sektor awam dan kuil penganut agama Hindu telah dirobohkan. Nyatanya, dakwaan-dakwaan berkenaan menimbulkan kemarahan hingga Gerakkan Pengundi Sedar […]

Lebih 80 Ribu Tandatangan Petisyen Desak Kerajaan Pecat P. Waytha Moorthy
Ketika ini anda sudahpun sedia maklum dengan penularan satu klip video melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy berkait kenyataan yang dibuat beliau suatu ketika dahulu. Kenyataan beliau yang menyebut bahawa terdapat penindasan terhadap kaum-kaum tertentu yang berlaku di Malaysia telah menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana didakwa telah memburukkan imej negara dan menimbulkan […]

Anwar Presiden Baharu PKR, Azmin Timbalannya
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai Presiden PKR, parti yang terhasil daripada gerakan reformasi 1998 bagi menuntut keadilan untuk dirinya ketika itu. Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengekalkan jawatan nombor dua parti selepas menewaskan pesaingnya Mohd Rafizi Ramli. Bagi jawatan empat naib presiden parti yang dipertandingkan, mereka yang memenangi jawatan berkenaan ialah Nurul Izzah Anwar, Zuraida Kamaruddin, Dr A. Xavier Jayakumar dan Tian Chua. Pengumuman berkenaan dibuat oleh Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR Datuk Rashid Din pada Kongres Nasional ke-13 PKR di Pusat […]

”Adakah Umat Islam Begitu Lemah?”, TS Musa Hassan Persoal Pihak Tertentu Pertikai Cara Hidup Islam
Pelbagai isu yang timbul, akhirnya Bekas Ketua Polis Negara melalui kemas kini di laman twitternya bangkit mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang dilihatnya semakin berani menyentuh sensitiviti umat Islam kebelakangan ini. Ujarnya lagi, pihak-pihak ini dilihat sengaja mempertikaikan cara hidup dan amalan umat Islam. ”Mengapa kebelakangan ini bukan Islam banyak mempertikaikan perkara yang bersangkutan dengan hal […]

Wan Azizah Sebak Beri Ucapan Selamat Tinggal
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata parti berkenaan telah bergerak jauh daripada sebuah parti yang digelar parti nyamuk kepada sebuah parti yang membentuk kerajaan kini. Dr Wan Azizah Timbalan Perdana Menteri berkata sejak penubuhannya pada 1999, PKR telah melalui banyak cabaran dan berjaya mengharunginya, bertambah kuat dan akhirnya berjaya menukar kerajaan. “Kita berjaya capai sesuatu yang dianggap mustahil,” katanya kepada sidang media selepas […]

(Video) Perdana Menteri Kanada Dipuji Tak Salam Wanita Bertudung, Lawatan Di Kedai Makan Disanjung Rakyat Singapura
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau terbang ke Singapura bagi menghadiri Sidang Puncak ASEAN dan turut mengambil kesempatan memberi penghormatan kepada moyangnya, Esther Bernard di Taman Fort Canning, Singapura. Dalam pada itu, beliau turut menjalankan misi peribadi, turun padang ke pusat penjaja untuk beramah-mesra dengan masyarakat di sana. Orang ramai yang terkejut dengan kedatangan itu tidak […]

Ratifikasi ICERD Akan Nafikan Kesepakatan Kontrak Sosial – Mufti Perak
Apa itu ICERD? International Convention of the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum. Isu ICERD timbul baru-baru ini telah memberi reaksi dan pendapat daripada pelbagai pihak. Walau bagaimanapun sesetengah daripada ahli politik turut mempersoalkan mengapa isu ini timbul sekarang? Semalam, di Johor Bahru lebih 1,000 […]

“Terperanjat Saya Kerana Dia Block,” Tunku Azizah Terkejut Disekat Rafizi Di Twitter
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam satu status Twitter miliknya terkejut apabila mendapati bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyekat akaunnya daripada dilihat isteri kepada Tengku Mahkota Pahang itu. Menurut Tunku, baginda tidak selalu mengikuti hal-hal politik tetapi baru-baru ini mahu mengikuti perkembangan beliau. sy tdk ikut politics dan tdk follow @rafiziramli … semlm sy […]

Kemenangan Tok Mat Di Dun Rantau Tidak Sah
Mahkamah Khas Pilihan Raya hari ini memutuskan bahawa kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak sah dan terbatal. Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan hujah barisan peguam pempetisyen Dr S. Streram dan peguam responden, yang berlangsung selama […]

“Selagi Tidak Langgar Undang-Undang, Najib Bebas Keluar Kenyataan” – A. Kadir
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bebas mengeluarkan sebarang kenyataan dalam media sosial selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang, kata Datuk A. Kadir Jasin. Penasihat media dan komunikasi kepada perdana menteri itu berkata sejauh mana beliau tahu, seseorang tertuduh masih boleh membuat sebarang kenyataan di luar mahkamah jika ia tidak berkaitan dengan kes yang dihadapinya. “ Sekiranya dia tidak melanggar undang-undang, saya fikir kita tidak boleh menghalangnya. Saya tidak fikir ada orang menyokongnya selepas mereka menyingkirkan dia. Jika dia masih tidak didapati bersalah, biarkan dia bercakap,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalah daripada peserta sesi ceramah bertajuk ‘ Pasca 9 Mei – Di […]

Kabinet Baru Enam Bulan, Saya Belum Pertimbangkan Rombakan – Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau belum mempertimbangkan untuk untuk melakukan rombakan pada Kabinet yang baru berusia enam bulan. Mohamad berkata beliau belum mempertimbangkan untuk melakukan rombakan pada Kabinet yang baru berusia enam bulan. Pengerusi Pakatan Harapan itu ditanya tentang kemungkinan Kabinet dirombak berikutan PKR, satu daripada parti komponen dalam pakatan itu, baru selesai mengadakan pemilihan jawatan dalam parti. “Saya tidak akan melakukannya (rombakan), tetapi Pakatan Harapan mungkin mahu. Mereka mungkin mahu, mereka mungkin desak. Jadi, saya perlu pertimbangkan. Bagaimanapun bagi diri saya, saya belum buat keputusan berkaitan rombakan,” katanya di akhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Singapura semalam. Ditanya ‘siapa’ […]

ICERD, Ini Adalah Beberapa Perkara Yang Perlu Anda Tahu
ICERD adalah satu perkara yang sangat sensitif dan menjadi isu yang seringkali disebut-sebut, baik secara persendirian mahupun dilaporkan oleh pelbagai media arus perdana. Desakkan dan tekanan terus diberikan kepada kerajaan, sama ada daripada kumpulan yang membantah tandangan perjanjian tersebut dan juga pihak yang menyatakan sokongan. Dalam sebuah negara yang multikaum seperti Malaysia, ditambah pula Perlembagaan […]