Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Rumah Dah Terbakar, Tak Ada Lagi Pintu Belakang Atau Depan”- Takiyuddin Hassan

Kredit: Awani Live

Kuala Lumpur, 25 Feb – Isu pintu depan atau pintu belakang sudah tidak relevan, kata Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

“Isu pintu belakang pintu depan sudah tidak relevan lagi kerana bukan saja pintu tiada, tapi seluruh rumah sudah runtuh, rumah sudah terbakar, tiada lagi pintu belakang atau depan,” katanya.

“Jadi kami sebagai ahli parlimen blok pembangkang melihat bahawa tidak timbul unsur hijack kerajaan.

“Kami datang selepas jatuhnya kerajaan PH.

“Tujuannya kami sebagai pembangkang mempunyai peranan dan tanggungjawab terutama kepada pengundi kami untuk cuba melakukan pembetulan untuk memulihkan keadaan negar yang sudah huru-hara.

“Pertama kali dalam sejarah negara kita sebuah kerajaan runtuh tidak melalui pilihanraya,” katanya.

Sebelum ini ahli parlimen Pakatan Harapan menyifatkan sokongan Muafakat Nasional terhadap Bersatu adalah langkah untuk masuk ke dalam kerajaan melalui pintu belakang.

Sumber: Awani Live