Berita›Politik

Mesyuarat MKT UMNO Tangguh – Ab Rauf
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menangguhkan mesyuarat yang dijadualkan pada 3 petang ini, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh. “Tangguh sebab ada ramai yang tak boleh sampai, nanti kita bagi tahu,” katanya kepada pemberita sebelum beredar meninggalkan Menara Dato Onn, ibu pejabat parti itu. Terdahulu, media melaporkan MKT akan bermesyuarat […]

Isham Jalil Dilantik Ketua Penerangan UMNO Berkuat Kuasa Hari Ini
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Hizatul Isham Abdul Jalil dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baharu berkuat kuasa hari ini, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Ahmad menerusi catatan di akaun Twitternya memaklumkan pelantikan Isham dibuat oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengikut Fasal […]

Agong Titah Kemuka Seorang Calon PM Sebelum Jam 2 Petang Esok
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti, dan menamakan calon perdana menteri yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan baharu sebelum 2 petang, esok. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara […]

Anwar Sebagai PM, Lim Kit Siang Cadang PH, PN & Blok Borneo Bergabung
Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mencadangkan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Blok Borneo bergabung berada di bawah kepimpinan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Kit Siang dalam satu kenyataan di halaman blog rasminya hari ini berkata, gabungan tersebut perlu dibuat bagi membentuk sebuah kerajaan persekutuan rasmi yang […]

Ketua Penerangan UMNO Letak Jawatan, Desak Presiden Berundur
Calon Barisan Nasional (BN) Shahril Sufian Hamdan hari ini meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO serta mendesak Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi untuk turut melakukan perkara yang sama. Beliau membuat keputusan demikian selepas menyaksikan kekalahan yang dialami oleh partinya di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam dan berpandangan pemimpin UMNO dan BN perlu bertanggungjawab. “Atas […]

PRU15: Sultan Nazrin Berkenan Menerima Menghadap Pengarah SPR Negeri
IPOH, 20 Nov (Bernama) — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima menghadap Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Mohd Nazri Ismail di Istana Kinta bagi menyembah maklum keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Mohd Nazri tiba kira-kira 10.23 pagi dan turut kelihatan ke sesi menghadap itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi […]

“Saya Rasa Saya Dah Cuba Yang Terbaik, Tapi….” – Khairy
Calon Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin hari ini secara terbuka meluahkan kekesalan kerana dirinya sudah cuba sehabis baik, namun ia dilihat tidak cukup bagi rakyat selepas tewas mendapatkan tempat di Parlimen Sungai Buloh. “Saya rasa saya telah cuba yang terbaik. Tetapi saya tidak cukup baik. “Kekalahan adalah satu kerugian, tidak kira betapa dekatnya diri dengan […]

“InsyaAllah, Kerajaan Persekutuan Akan Dapat Dibentuk Dalam Masa Terdekat.” – Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat setelah perbincangan dijalankan bersama parti politik yang sehaluan dengannya. Menerusi laman Facebook, Muhyiddin memaklumkan mengenai kunjungan yang diterima olehnya pada pagi ini (Ahad) setelah tiada parti yang memperoleh majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) sekali gus […]

Ahmad Zahid Dimohon Letak Jawatan – Onn Hafiz
JOHOR BAHRU 20 Nov (Bernama) — Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini berkata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu meletak jawatan pada kadar segera susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Beliau yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor berkata Ahmad Zahid perlu […]

RASMI PRU15: GPS Menang Lima, BN & PN Menang Satu Kerusi Setakat Ini
PRU15: Keputusan rasmi GPS menang lima kerusi setakat ini BERNAMA melalui kemas kini di laman facebooknya memaklumkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) rasmi memenangi lima kerusi Parlimen setakat ini. Berdasarkan hantaran tersebut, kerusi-kerusi berkenaan adalah Parlimen Igan , Mukah, Batang Sadong, Lawas dan Betong. PRU15 (Parlimen): Keputusan rasmi pertama, GPS menang di Igan – SPR#PRU15#PRU15BERNAMA#MalaysiaMemilih#AndaPenentu — […]

Cuaca Tak Baik, Proses Pengundian 11 Pusat Mengundi Di Parlimen P.220 Baram Digantung
11 Pusat Mengundi di Parlimen P.220 Baram digantung kerana keadaan cuaca teruk Proses pengundian di 11 Pusat Mengundi di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.220 Baram terpaksa digantung berikutan keadaan cuaca yang tidak baik. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keadaan cuaca yang tidak baik itu menyebabkan petugas SPR tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui […]

SPR Tetapkan Tarikh Baharu Pilihan Raya Dun Tioman Pada 7 Disember
Berikutan kematian calon Perikatan Nasional (PN) Md Yunus Ramli awal pagi tadi, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang yang tidak berlangsung hari ini akan diadakan pada 7 Disember ini. Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini mengatakan […]

PRU15: Pengundi Limbang, Baram Terpaksa Redah Banjir Tunai Kewajiban Mengundi
KUCHING, 19 Nov (Bernama) — Pengundi di empat pusat pengundian di Limbang dan Baram terpaksa meredah banjir untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan empat pusat pengundian yang terkesan akibat banjir itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Telahak dan SK Meritam di Limbang […]

PRU15: 9 Peratus Keluar Mengundi Setakat 9 Pagi Tadi – SPR
PRI15: 9 Peratus Keluar Mengundi Setakat 9 Pagi – SPR Sehingga jam 9 pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan bahawa statistik pengundi yang telah keluar untuk membuang undi adalah sebanyak 9 peratus bagi Hari Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). “Statistik keluar mengundi bagi Hari Mengundi PRU Ke-15 pada jam 9:00 pagi adalah sebanyak […]

PRU: Ahmad Zahid, Takiyuddin, Radzi Jidin Antara Calon Terawal Mengundi
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Sebaik pusat mengundi dibuka awal pagi ini, calon-calon bertanding termasuk pemimpin parti tidak ketinggalan hadir awal bagi menunaikan tanggungjawab mereka bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menariknya ada dalam kalangan mereka turut sama beratur bersama pengundi lain sementara menunggu pusat pengundian dibuka. Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden […]

PRU15: Pengundian DUN Tioman Tangguh
KUANTAN, 19 Nov (Bernama) — Proses pengundian bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman hari ini ditangguhkan ekoran kematian calon Perikatan Nasional (PN) Md Yunus Ramli awal pagi ini. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang Datuk Zamree Hamli yang memaklumkan perkara itu berkata proses pengundian bagi Parlimen Rompin dan dua lagi DUN di bawahnya iaitu […]

PRU15: Calon PN DUN Tioman Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman Md Yunus Ramli meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi ini di Hospital Rompin, Pahang. Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Wan Rohimi Wan Daud kepada Bernama. Md Yunus daripada Pas yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi sama pada PRU14 […]

PRU15: Pengeluaran Kertas Undi DUN Tioman Ditangguhkan
KUANTAN, 19 Nov (Bernama) — Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Rompin Datuk Ahmad Nasim Mohd Sidek memaklumkan pengeluaran kertas undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N41 Tioman ditangguhkan hari ini susulan kematian calon Perikatan Nasional (PN) Md Yunus Ramli awal pagi ini. “Penangguhan hanya melibatkan DUN berkenaan sahaja manakala pemilihan bagi kawasan Parlimen Rompin akan […]

PRU15: Pengundi Teruja, Hadir Awal Sebelum Pusat Mengundi Dibuka
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Keterujaan rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jelas kelihatan hari ini, dengan pengundi hadir ke pusat-pusat mengundi lebih awal sebelum pintu pagar dibuka malah ada juga yang sanggup berpayung dalam barisan akibat hujan. Antaranya pasangan suami isteri, Marita Talib, 54, dan Shahruddin Hussin, 62, […]

PRU15: Tambang Percuma Esok Untuk Semua Rangkaian Rel & Bas Rapid KL, Penang & Kuantan
Rakyat Malaysia boleh menikmati tambang percuma bagi rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam Prasarana pada hari PRU15 esok. Bersempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pihak Prasarana Malaysia Berhad yang dikenali sebagai Prasarana akan memberikan tambang percuma untuk sepanjang hari bagi semua perkhidmatan di bawah kendaliannya pada Sabtu ini. Difahamkan, tambang percuma ini akan meliputi semua perkhidmatan yang ditawarkan […]