Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

China Dan Rusia Bekerjasama Isu Keselamatan Dirantau Asia

Iqbal Yasir
China rusia bekerjasama
Gambar: Bernama

China Dan Rusia Bekerjasama Isu Keselamatan Dirantau Asia

BEIJING, 28 Feb (Bernama) – China dan Rusia bersetuju untuk bekerjasama dalam pembangunan dan keselamatan di rantau Asia menerusi rundingan pusingan baharu antara kedua-dua pihak, lapor Sputnik memetik Kementerian Luar China pada Selasa.

“Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai situasi di rantau Asia, kerjasama serantau dan isu-isu lain yang mempunyai kepentingan bersama serta bersetuju untuk memperhebatkan kerjasama berdasarkan keadaan semasa, di samping bersama-sama menyediakan keselamatan dan pembangunan di rantau ini,” menurut kenyataan Kementerian Luar China.

BACA JUGA: Tinggalkan ‘PetroDollar’, Rusia & China Sepakat Guna Mata Wang Yuan, Rubel Untuk Bayar Harga Gas

Rundingan dua hala itu diadakan di Beijing pada Isnin dan dipengerusikan secara bersama oleh Liu Jinsong, pengarah Jabatan Hal Ehwal Asia Kementerian Luar China, dan Alexey Ovchinnikov, pengarah Jabatan Kerjasama Asia dan Pasifik Kementerian Luar Rusia.

Sumber: BERNAMA