Berita›Tragedi

Polis Siasat Kes Dua Lelaki Lepaskan Tembakan Di Sitiawan
IPOH, 1 Okt (Bernama) — Polis sedang menyiasat kes dua lelaki yang dipercayai melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan, Manjung semalam. Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 1.07 tengah hari semalam daripada seorang lelaki mengenai kejadian di hadapan rumah rakannya, disyaki dilakukan oleh dua lelaki tidak dikenali […]

Tular Detik Cemas Kuil Purba Berusia 500 Tahun Runtuh Dibadai Taufan
Tular Detik Cemas Kuil Purba Berusia 500 Tahun Runtuh Dibadai Taufan Sebuah kuil pagoda lama berusia 500 tahun dan penuh dengan sejarah di Chiang Mai dilaporkan runtuh akibat dari taufan yang melanda bandar tersebut pada petang Jumaat, 30 September 2022. Menurut laporan akhbar berita Coconut Jakarta, kuil yang terletak di Wat Sri Suphan itu telah […]

Glasier Di Switzerland Mencair Berkali Ganda Cepat Dari Sebelumnya
Glasier Di Switzerland Mencair Berkali Ganda Cepat Dari Sebelumnya Glasier Switzerland telah merekodkan kadar pencairan paling teruk sejak seabad yang lalu dengan kehilangan 6% dari jumlah bakinya tahun ini atau hampir dua kali ganda dari rekod sebelumnya pada 2003. Memetik CNN, pada tahun ini ais cair dalam keadaan yang melampau sehingga batu kosong yang telah […]

Warga Emas Maut Dihempap Pokok, Parang Yang Digunakan Untuk Menebang Tertusuk Diri
Warga Emas Maut Dihempap Pokok, Parang Yang Digunakan Untuk Menebang Tertusuk Diri Seorang lelaki warga emas dilaporkan maut selepas dihempap pokok sebelum tertusuk parang yang digunakannya untuk menebang pokok nangka di depan rumahnya di Kampung Paya Rumput, Melaka pada Khamis, 29 September 2022. Menurut laporan Kosmo, mangsa dikatakan rebah dan meninggal dunia selepas berjalan lima […]

Ahli Perniagaan Dilarikan Dalam Vellfire Putih Dipercayai Kerana Hutang
Ahli Perniagaan Dilarikan Dalam Vellfire Putih Dipercayai Kerana Hutang KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Seorang ahli perniagaan cedera ringan selepas dilarikan sekumpulan lelaki di Jalan Pandan, Ampang di sini semalam, dipercayai akibat masalah hutang. Lelaki berusia 38 tahun dilepaskan di Klang, beberapa jam selepas kejadian dan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada pukul […]

Remaja Jatuh Ke Dalam Sungai Semalam Ditemukan Lemas
Remaja Jatuh Ke Dalam Sungai Semalam Ditemukan Lemas KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai semasa dia cuba mengambil bola petang semalam, ditemukan mati lemas di Jalan Bukit Lanchong, Kampung Bukit Lanchong, hari ini. Mayat Wan Mohamad Hafiq Wan Ismail, 13, ditemukan terapung pada 8.21 pagi ini, […]

Wanita Nekad Langgar Lelaki Sampai Mati, Dakwa Mangsa Cuba Lenyek Kucing Di Jalanan
Wanita Nekad Langgar Lelaki Sampai Mati, Dakwa Mangsa Cuba Lenyek Kucing Di Jalanan Seorang wanita di California dilaporkan telah didakwa di mahkamah kerana menyebabkan kematian seorang lelaki dengan cara merempuh mangsa menggunakan kereta. Menurut CBS, suspek bertindak sedemikian kerana mendakwa mangsa cuba melanggar kucing di jalanan. Pejabat pendakwa Orange County dalam satu kenyataan berkata, suspek […]

Aneh Tapi Seram, Lelaki Siar Iklan Di Akhbar, Minta Tolong Cari Sijil Kematiannya
Aneh Tapi Seram, Lelaki Siar Iklan Di Akhbar, Minta Tolong Cari Sijil Kematiannya Pada umumnya, sijil kematian merupakan satu dokumen yang hanya akan dikeluarkan apabila seseorang individu itu telah meninggal dunia sebagai satu bentuk bukti kematiannya. Biasanya ia akan diuruskan oleh ahli keluarga si mati yang masih hidup. Namun, lain pula apa yang berlaku di […]

Dua Lelaki Melecur Dalam Kebakaran Rumah Di Kuching
KUCHING, 29 Sept (Bernama) — Dua lelaki melecur dalam kebakaran melibatkan tiga rumah di Jalan Nanas Barat, Kampung Kudei di sini, pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran rumah itu pada 9.30 pagi tadi. Katanya dalam kebakaran itu, dua rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus […]

Kemarau Teruk Kenya Ancam Hidupan Liar, Hampir 2 % Populasi Kuda Belang Spesies “Rare” Mati Dalam 3 Bulan
Kemarau Teruk Landa Kenya Ancam Hidupan Liar, 2 % Populasi Kuda Belang Spesies “Rare” Mati Dalam 3 Bulan Kemarau teruk di Kenya sepanjang dua dekad telah mengancam hidupan liar dan telah membunuh 2% populasi kuda belang yang ‘rare’ dalam masa tiga bulan. Selain itu, jumlah gajah yang ditemui mati juga meningkat lebih kurang 25 kali […]

Taufan Ian Badai Florida, Netizen Kongsi Detik Cemas Harta Benda Musnah Ditiup Angin
Taufan Ian Badai Florida, Netizen Kongsi Detik Cemas Harta Benda Musnah Ditiup Angin Kemusnahan yang disebabkan oleh Taufan Ian ketika ia melanda di bahagian barat daya negeri itu pada Ahad lalu telah membawa bersamanya banjir yang bersejarah dan gangguan bekalan elektrik yang meluas, lapor Daily Mail. Perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twitter yang menggunakan nama […]

Tujuh Wanita Sakan Menari ‘Ghaib’ Ditelan Bumi
Tujuh Wanita Sakan Menari ‘Ghaib’ Ditelan Bumi Satu majlis menyambut hari jadi di Brazil bertukar tragedi apabila lubang besar muncul secara tiba-tiba dan menelan enam orang penari yang sedang ligat menari, lapor New York Post. “Kami sedang menari betul-betul di atas lubang itu muncul dan kami telah terjatuh ke dalamnya,” kata salah seorang mangsa. Kejadian […]

Ingatkan Kangkung, Wanita Alami Pening-pening & Loya Selepas Silap Pesan, Makan Sup Daun Ganja Di Thailand
Ingatkan Kangkung, Wanita Alami Pening-pening & Loya Selepas Silap Pesan, Makan Sup Daun Ganja Di Thailand Seorang wanita warga Singapura mengalami pengalaman ngeri ketika dia bercuti di Thailand apabila dia tersilap memesan hidangan yang mengandungi daun ganja, ketika bercuti bersama ibu mertua, suami dan dua anaknya. Dia pada mulanya menyangka sayuran hijau yang ditunjukkan dalam […]

Lori Didakwa Tersangkut, Pemandu Lori Maut Dipercayai Ditimpa Papan Tanda
Sorang pemadu lori maut dipercayai ditimpa papan tanda ketinggian lepas di sekitar kawasan perumahan Flat Sri Aman, Jalan Relau di Pulau Pinang pada Rabu, 28 September tengahari tadi. Difahamkan, menurut Penang Press, lori yang dipandu oleh mangsa didakwa tidak melepasi papan tanda tersebut menyebabkan ia tersangkut seterusnya menimpa bahagian depan lori tersebut. Berita lanjut menyusul. […]

Wanita Batal Niat Terjun Jambatan, Selepas Dipujuk Orang Awam
Wanita Batal Niat Terjun Jambatan, Selepas Dipujuk Orang Awam Seorang wanita membatalkan niatnya untuk terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra setelah dipujuk oleh orang awam yang lalu di kawasan tersebut pada Rabu, 28 September 2022, kira-kira 1.40 petang. Menurut laporan, wanita tersebut yang berusia 54 tahun dipercayai cuba memanjat tembot pada jambatan tersebut sebelum berjaya […]

Warga Emas Maut, Kereta Dipandu Rempuh Sofa Sesat Atas Jalan Raya
Warga Emas Maut, Kereta Dipandu Rempuh Sofa Sesat Atas Jalan Raya Seorang wanita warga emas dilapor maut akibat kecederaan selepas merempuh sofa yang berada di tengah jalan raya di Victoria. Menurut 9 News, wanita yang berusia 74 tahun itu meninggal dunia di hospital dua minggu selepas kemalangan tersebut. Kemalangan tersebut berlaku ketika dia memandu di […]

Bot Pelarian Syria Karam, Sekurang-Kurangnya 94 Maut Termasuk 24 Kanak-Kanak
17 mayat ditemui pada Sabtu selepas bot yang membawa pelarian dari Lubnan dilaporkan karam pada Khamis di pantai Syria sekaligus mencatatkan angka kematian kepada 94 secara keseluruhan, lapor media televisyen kerajaan Syria menerusi CGTN. Memetik CGTN, bot kecil yang membawa pelarian Lubnan, Syria dan Palestin karam ke dasar laut yang berlayar dari pelabuhan Tartous, Syria […]

Polis Cedera Parah Ditetak Penagih Dadah
Seorang pegawai kanan serta pegawai rendah polis dari dilapor cedera parah akibat ditetak oleh seorang penagih dadah yang mengamuk dalam kejadian di Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36 di Shah Alam pada Selasa. Difahamkan, segalanya bermula ketika mangsa, Inspektor (Insp) Mohd Zulhusni bersama Lans Koperal (L/Kpl) Mohd Ridzuwan dan lima lagi pegawai rendah polis lain dari […]

Rumah Hanyut: Pemilik Rayu Segerakan Pembinaan Rumah Gantian
PASIR MAS, 27 Sept (Bernama) — Pemilik enam rumah yang hanyut akibat banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, di sini, merayu supaya kerajaan menyegerakan pembinaan kediaman ganti kepada mereka. Pada 1 Mac lepas, Bernama melaporkan enam rumah hanyut dibawa arus deras banjir semasa pemiliknya berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh. Pemilik rumah, […]

Pekerja Binaan Warga Bangladesh Maut Tertimbus Dalam Runtuhan Konkrit
Pekerja Binaan Warga Bangladesh Maut Tertimbus Dalam Runtuhan Konkrit KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) — Seorang pekerja binaan warga Bangladesh ditemukan meninggal dunia selepas tertimbus dalam runtuhan konkrit di tingkat 51 bangunan yang masih dalam pembinaan di Oxley Tower, Jalan Ampang di sini. Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, mereka menerima […]