Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Helikopter Terhempas Di Korea Selatan, Dua Dikhuatiri Maut

Iqbal Yasir
Helikopter Terhempas Di Korea Selatan
Gambar: Bernama

SEOUL, 27 Nov (Bernama) — Sebuah helikopter terhempas berhampiran kuil Buddha di daerah Yangyang di wilayah Gangwon, Korea Selatan, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Yonhap.

Dua dikhuatiri maut dalam nahas yang berlaku kira-kira 10.50 pagi waktu tempatan (01:50 GMT) pada Ahad, memetik pegawai bomba.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

Sumber: Bernama