BeritaTragedi

Tragedi
Mengamuk Nak Rumah Pusaka Ayah, Abang Tikam Adik Sampai Mati
Seorang lelaki ditahan atas dakwaan menikam adik lelakinya sendiri menggunakan sebilah gunting hingga maut disebabkan konflik dipercayai perebutan harta pusaka ayah mereka dalam kejadian di India baru-baru ini. Menurut sumber polis seperti yang dilapor Times of India, nahas berdarah yang berlaku di Nandnagri, Timur Laut Delhi pada sekitar 10 malam hari kejadian itu melibatkan pergaduhan sesama […]
Tragedi
Lebuhraya SUKE Rekod Kemalangan Pertama
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) — Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) merekodkan kemalangan pertama membabitkan seorang penunggang motosikal dan sebuah kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan, semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki cedera di kaki selepas melanggar bahagian belakang Perodua […]
Tragedi
Gempar, Gunung Berapi Lumpur Dilapor Meletus Di Lahad Datu
Gempar, Gunung Berapi Lumpur Dilapor Meletus Di Lahad Datu Jutaan tahun dahulu, bumi dipenuhi dengan pelbagai gunung berapi yang pernah mendiami permukaan tanah dan laut. Seperti yang diketahui, gunung berapi menyimpan lava yang terkandung di dalam perut bumi. Lava itu boleh dimuntahkan dalam tempoh tertentu yang tidak diketahui. Sehingga kini, ia masih dapat ditemukan dan […]
Tragedi
Pemandu Treler Maut Kenderaan Terbabas Berhampiran Terowong Menora
IPOH, 19 Sept (Bernama) — Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan yang dipandunya itu terbabas ke bahu jalan di Kilometer 257 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora, awal pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata maklumat mengenai kejadian itu diterima pada kira-kira 5.40 pagi dan mangsa dikenal pasti sebagai […]
Luar Negara
Angin Ribut Capai 140km/j, Taufan Fiona Badai Puerto Rico, Bekalan Elektrik Terputus Sepenuhnya
Angin Ribut Capai 140km/j, Taufan Fiona Badai Puerto Rico, Bekalan Elektrik Terputus Sepenuhnya Satu ribut taufan yang dikenali sebagai Taufan Fiona telah membadai kepulauan Puerto Rico, Amerika Syarikat pada jam 3.20 petang waktu tempatan lapor BBC News. Menurut Pusat Taufan Kebangsaan, ribut kategori satu itu membawa angin dengan kelajuan 140 kilometer per jam dan menyebabkan […]
Tragedi
Pasca Gempa Taiwan: Seorang Dilapor Terkorban & 146 Cedera, Lebih 600 Terperangkap Di Kawasan Pergunungan
Dalam tiga siri gegaran yang berlaku di Taiwan semalam, gempa tersebut dilaporkan meragut satu nyawa manakala 146 orang lagi cedera, lapor Jabatan Bomba Taiwan. Memetik laporan CNA, dalam sebuah runtuhan bangunan di Yuli, empat mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital manakala tiga orang yang terjunam ke dalam laut bersama kenderaan turut berjaya diselamatkan. Selain […]
Tragedi
Hilang Dalam Insiden Bot Karam Semalam, Nelayan Ditemukan Lemas
LUMUT, 18 Sept (Bernama) — Seorang nelayan tempatan yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaikinya karam di perairan Bagan Lipas semalam ditemukan lemas. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak Kapten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata mayat lelaki itu ditemukan terapung pada kira-kira pukul 11.30 pagi oleh nelayan setempat. “Kita telah terima laporan insiden bot […]
Tragedi
Tak Sampai 2 Jam Taiwan Digegar Gempa Bumi, Kepulauan Jepun Pula ‘Bergegar’ Tadi
Tidak sampai dua jam Taiwan digegarkan dengan kejadian gempa bumi kuat pada sekitar 2 petang tadi, kini giliran Jepun pula menerima ‘kunjungan’ fenomena alam itu. Seperti yang dilapor Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) tadi, satu kejadian gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 melanda Barat Daya Kepulauan Ryukyu, Jepun pada pukul 4.10 petang tadi. Menerusi Met Malaysia […]
Tragedi
‘Bergegar’ Sejak Semalam, Lagi Gempa Bumi Kuat Landa Taiwan Sebentar Tadi
‘Bergegar’ Sejak Semalam, Lagi Gempa Bumi Kuat Landa Taiwan Sebentar Tadi Satu gempa bumi kuat berskala 6.6 magnitud telah direkodkan berlaku di Taiwan pada jam 2.44 petang sebentar tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), pusat gempa itu terletak pada 23.2 darjah dari Utara dan 121.3 arah Timur dengan kedalaman 10 kilometer (km). Gempa bumi […]
Tragedi
Empat Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan
JOHOR BAHRU, 18 Sept (Bernama) — Empat sekeluarga maut, seorang cedera manakala dua yang lain selamat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 70.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berdekatan laluan keluar Tol Machap, dekat Simpang Renggam, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata kejadian pada kira-kira pukul 7 pagi itu melibatkan […]
Tragedi
Dua Maut & Lima Cedera Lepas Motor Bertembung Sesama Sendiri
Dalam satu nahas awal pagi tadi, dua lelaki maut manakala lima lagi cedera parah ekoran motosikal yang dinaiki mereka bertembung sesama sendiri dalam satu kejadian yang berlaku di Kilometer 102.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di Sungai Petani, lapor Astro AWANI. Akibat tercampak di atas jalan raya, kesemua kumpulan remaja terbabit cedera parah […]
Tragedi
Inap Desa Dihempap Pokok Tumbang, 11 Penghuni Berdepan Detik Cemas
MELAKA, 18 Sept (Bernama) — Sebelas ahli keluarga berdepan detik mendebarkan apabila inap desa yang dihuni mereka dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang berlaku di sini pukul 4 pagi tadi. Mohd Syafiq Hamdan, 35, yang datang dari Johor Bahru untuk menziarahi ahli keluarga yang sakit berkata beliau tiba ke Homestay Seri Telok Mas itu pada […]
Tragedi
Lelaki Warga Singapura Hilang Ketika Daki Hutan Simpan Panti Timur
JOHOR BAHRU, 18 Sept (Bernama) — Seorang lelaki warganegara Singapura dilaporkan hilang selepas dipercayai sesat ketika mendaki Hutan Simpan Panti Timur, Kota Tinggi, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki warga tempatan pada 3.26 petang. Beliau berkata lelaki warga tempatan itu yang juga rakan mangsa, […]
Berita
Lepas 20 Tahun Baru Rasa “Effect”, Doktor Tak Sengaja Tinggal Kain Kasa Dalam Perut Pesakit
Lepas 20 Tahun Baru Rasa “Effect”, Doktor Tak Sengaja Tinggal Kain Kasa Dalam Perut Pesakit Segumpal kain kasa berjaya dikeluarkan dalam perut seorang pesakit selepas ia secara tidak sengaja ditinggalkan semasa operasi pembedahan kanser pada 20 tahun lalu, lapor New York Post. Satu kajian yang memperincikan kes tersebut telah diterbitkan pada Julai lalu menerusi Jurnal […]
Berita
Budak 7 Tahun Maut, Dada Tertusuk Serpihan Meja Kaca
Budak 7 Tahun Maut, Dada Tertusuk Serpihan Meja Kaca Seorang kanak-kanak tujuh tahun dilapor maut selepas dadanya tertusuk serpihan kaca dalam kejadian di Kampung Bukit Changgang, Banting semalam. Menurut Kosmo, kejadian yang membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu berlaku kira-kira jam 4 petang di rumahnya. Mangsa dilaporkan meninggal dunia semasa menerima rawatan kecemasan […]
Berita
“Owner” Mercedes ‘Ghaib’ Lepas Rempuh Pam Minyak
“Owner” Mercedes ‘Ghaib’ Lepas Rempuh Pam Minyak Seorang pemandu kenderaan mewah jenis Mercedes C43 dilaporkan melarikan diri selepas merempuh sebuah pam stesen minyak di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dalam kejadian awal pagi Sabtu, 17 September. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur berkata, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan ekoran kejadian tersebut dan segera mengerahkan […]
Berita
Gempar, Pengguna “Highway” LPT 2 Dakwa Ternampak Kelibat Harimau Tepi Jalan
Gempar, Pengguna “Highway” LPT 2 Dakwa Ternampak Kelibat Harimau Tepi Jalan Salah seorang pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) terkejut selepas didakwa ternampak kelibat seekor harimau di susur masuk Plaza Tol Dungun berhampiran dengan Kuala Dungun malam tadi. Menurut Kosmo, pengguna jalan raya tersebut sempat merakam gambar haiwan berkenaan yang berada di tepi lebuhraya […]
Berita
Tular Video ‘Hempuk’ Budak Dengan Meja, Polis Reman Ibu Bantu Siasatan Kes Dera Anak
Tular Video ‘Hempuk’ Budak Dengan Meja, Polis Reman Ibu Bantu Siasatan Kes Dera Anak Seorang wanita dilaporkan telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes dera anak dalam satu video tular yang memaparkan budak lelaki ‘dihempuk’ dengan sebuah meja baru-baru ini. mendera anak lelakinya dengan membaling sebuah meja kayu dalam satu video yang […]
Berita
Polis Tahan Seorang Daripada Tiga Suspek Pukul Lelaki Warga Myanmar
IPOH, 17 Sept (Bernama) — Polis menahan seorang daripada tiga suspek yang dipercayai memukul seorang lelaki warga Myanmar di sebuah kedai makan dekat Bandar Baru Menglembu di sini semalam yang tular dalam media sosial. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 6.30 petang semalam dan menahan seorang daripada suspek di sekitar Ipoh […]
Berita
Pemandu Perodua Kancil Parah, Kereta Terbabas Tersepit Pokok Kelapa Sawit
Pemandu Perodua Kancil Parah, Kereta Terbabas Tersepit Pokok Kelapa Sawit Seorang pemandu kereta Perodua Kancil parah selepas tercampak keluar dari kenderaan sebelum tersepit di pokok kelapa sawit dalam satu kemalangan yang berlaku di Rawang hari ini, lapor Kosmo. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba telah menerima panggilan berhubung kemalangan […]