Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Tolong Alih Benda Kat Kaki Ni…”, Ditimpa Pokok, Anak Redha Ayah ‘Pergi’ Ketika Dirawat Di Hospital

Kredit: Amirul Asyaraf Hairul Nizam
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Seorang lelaki berusia 52 tahun maut selepas dihempap pokok besar ketika dalam perjalanan pulang bersama anak perempuannya di Taman Maluri, pukul 4.00 petang pada 6 November 2022.

Kami berpeluang untuk menghubungi salah seorang daripada waris mangsa, Amirul Asyraf Hairul Nizam (26) untuk mendapatkan liputan mengenai kejadian tersebut.

Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, mangsa yang bernama Hairul Nizam Nawi (52) sedang menunggang motosikal bersama anak perempuan, Amira Zulaika (12) ketika pulang dari sebuah pusat tuisyen di Baitulmal, Jalan Perkasa.

Sebelum waktu kejadian, adiknya terlihat pokok hendak tumbang pada sebelah kanan mereka dan terus memberitahu bapanya. “Papa, pokok nak tumbang.”

Ketika itu, mangsa cuba undur mengundurkan motorsikalnya ke belakang tetapi, namun tidak sempat berbuat demikian. Pokok besar tersebut kemudian tumbang lalu menghempap kereta dan peha mangsa. Kaki kiri mangsa juga tersepit antara kereta dengan pokok tersebut. Anak mangsa pula bernasib baik kerana tercampak ke belakang.

Kredit: Amirul Asyraf Hairul Nizam

Situasi dilaporkan sangat cemas kerana terdapat serpihan dahan pokok pada bahagian kepala mangsa, visor topi keselamatannya juga tercabut akibat menerima impak daripada pokok besar tersebut. Melihat keadaan mangsa, anak perempuannya yang terselamat cuba meminta bantuan daripada orang ramai dan beberapa orang awam cuba untuk membantu mangsa dengan menghubungi pihak-pihak berkaitan.

Kredit: Amirul Asyraf

Setelah pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa daripada tempat tersebut, mangsa telah dibawa ke dobi berdekatan untuk ditenangkan, sementara menunggu ketibaan ambulans. Ketika itu, mangsa dalam keadaan lemah, mamai, sesak nafas dan sebagainya. Seterusnya,mangsa telah dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Kredit: Amirul Asyraf Hairul Nizam

Tiba di Hospital Ampang

Ketika ahli keluarga yang lain menemui mangsa di Hospital Ampang, mangsa masih dalam dalam keadaan trauma. Insiden tersebut menyebabkan dirinya sukar untuk bergerak kerana masih merasakan ada sesuatu pada kakinya. “Tolong alihkan benda dekat kaki ni, aku nak gerak susah,”

Pihak perubatan cuba untuk menenangkan mangsa dan doktor ingin mengambil gambar X-Ray pada kaki mangsa. Untuk menenangkan mangsa, pihak perubatan ingin memberikan ubat penenang namun, ia tidak kesampaian apabila jantung mangsa mula berhenti berdegup.

Untuk makluman, mangsa memiliki sejarah menghidapi sakit jantung dan selepas insiden tersebut, degupan nadi mangsa menjadi terlalu laju dan mengalami sesak nafas. Pihak perubatan pada ketika itu memberikan bantuan kecemasan namun mangsa gagal diselamatkan. Mangsa diisyhtiharkan meninggal dunia pada 7.30 petang, pada hari yang sama.

Mangsa telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Alam Damai kelmarin selepas waktu asar. Semoga mangsa ditempatkan dalam kalangan yang soleh serta pihak waris diberikan kekuatan untuk menghadapi salah satu kehilangan dalam hidup mereka.

Sumber: Amirul Asyraf Hairul Nizam