Berita›Tragedi

30 Kru Filem Terperangkap Di Belakang Gua Tempurung Berjaya Diselamatkan
IPOH, 26 Okt (Bernama) –– Seramai 30 kru penggambaran filem antarabangsa yang terperangkap di belakang Gua Tempurung di Gopeng, dekat sini, selepas laluan keluar gua itu dinaiki air berikutan hujan lebat petang tadi, selamat dan berjaya di bawa keluar. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata, jumlah kru yang terlibat dalam aktiviti penggambaran di kawasan itu adalah […]

Sekolah Cacat Penglihatan Terbakar, 11 Kanak-Kanak Dilapor Maut
Sekolah Cacat Penglihatan Terbakar, 11 Kanak-Kanak Dilapor Maut UGANDA – Sekurang-kurangnya 11 orang kanak-kanak dilaporkan telah terbunuh dalam kebakaran yang berlaku di sebuah sekolah cacat penglihatan di Mukono, timur bandar Kampala, semalam. Memetik laporan BBC News, insiden kebakaran itu dipercayai melibatkan 27 orang kanak-kanak di asrama sekolah terbabit pada awal pagi. Difahamkan, punca kebakaran itu […]

CAAM Terima Maklumat Kemalangan Udara Babitkan Sebuah Helikopter Di Cameron Highlands
PUTRAJAYA, 26 Okt (Bernama) — Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan menerima maklumat berhubung kemalangan udara membabitkan sebuah helikopter berhampiran Tanah Rata di Cameron Highlands, Pahang pada pukul 1.03 tengah hari hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Chester Voo dalam satu kenyataan berkata helikopter jenis Airbus AS 355 F2 itu dikendalikan Layang Layang Aerospace Sdn Bhd, membawa seorang juruterbang dan lima […]

Helikopter Terhempas Di Brinchang: Kesemua Mangsa Dilapor Selamat – Ketua Polis Pahang
Helikopter Terhempas Di Brinchang: Kesemua Mangsa Dilapor Selamat – Ketua Polis Pahang Sebuah helikopter yang membawa enam individu termasuk juruterbang dipercayai terhempas di Brinchang, Cameron Highlands sebentar tadi, lapor Bernama. Menurut sumber yang dihubungi Astro Awani, usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia […]

Seorang Kanak-Kanak Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Di Gelang Patah
ISKANDAR PUTERI, 26 Okt (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan maut, manakala dua individu cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Ismail Sultan, East Ledang, Gelang Patah di sini, malam tadi. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nazran Omar berkata mangsa S. K. Chiara Dakhshakanya David, 9, […]

‘Arwah Pemurah, Suka Belanja Makan’ – Rakan Aznarawi
‘Arwah Pemurah, Suka Belanja Makan’ – Rakan Aznarawi Sering belanja rakan dan tidak kedekut semasa berkonvoi, itulah sifat pemurah yang dimiliki pasangan suami isteri yang terlibat dalam nahas kemalangan di Lenggong, Perak baru-baru ini. Menurut rakan mangsa yang dikenali sebagai Gee, 49, beliau menekankan bahawa pasangan terbabit, iaitu Azranawi Radzi, 42, dan Rosnah Ahmad, 44, mempunyai […]

‘Ingat Rakan Bergurau, Lepas Dia Hantar Gambar Saya Terkedu, Saya Cam Motor Ayah’
Anak pasangan suami isteri yang kemalangan ketika konvoi di Lenggong baru-baru ini menyangka rakannya bergurau tentang tragedi itu. Sangkaan rakan bergurau tentang ibu ayah yang terlibat dalam kemalangan hingga meninggal dunia bertukar pilu selepas melihat sendiri gambar tragedi tersebut. Demikianlah detik hiba anak pasangan suami isteri, Azranawi Radzi, 42, dan Rosnah Ahmad, 44, yang terlibat […]

Lelaki Maut Dipatuk Ular Tedung Peliharaan Ketika Beri Makan
Lelaki Maut Dipatuk Ular Tedung Peliharaan Ketika Beri Makan Seorang lelaki dilaporkan maut selepas dipatuk ular tedung selar sewaktu hendak memberi makan kepada reptilia berbisa tersebut di Jawa Timur Trenggalek, Indonesia. Memetik DetikJatim, kejadian malang itu berlaku sewaktu mangsa mahu memberi makan dua ekor ular peliharaannya yang masing-masing berukuran 4.5 meter dan 2.5 meter. Bagaimanapun, […]

Gempa Bumi 5.2 Magnitud Gegar Mindanao Sebentar Tadi
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter telah dikesan berlaku di Mindanao, Filipina dalam kejadian pada pukul 9.20 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), pusat gempa bumi tersebut dikesan berada pada 8.1 darjah utara dan 126.6 darjah timur dengan kedalaman 87 kilometer. Dalam pada itu, gegaran tersebut turut dikesan berada sejauh […]

Tak Sempat Sambut Perayaan, 15 Orang Dilapor Maut Dalam Kemalangan Bas
Tak Sempat Sambut Perayaan, 15 Orang Dilapor Maut Dalam Kemalangan Bas INDIA — Sekurang-kurangnya 15 orang maut manakala 40 lagi cedera selepas sebuah bas persiaran yang membawa penumpang merempuh sebuah trak di lebuh raya di daerah Rewa, negeri Madhya Pradesh, tengah India sekitar jam 10.30 hingga 11 malam waktu tempatan pada Jumaat lalu. Memetik Metro […]

Makan Malam Romantis Bertukar Tragedi, Lelaki Maut Terkena Bilah Kipas Pesawat Ringan
Makan Malam Romantis Bertukar Tragedi, Lelaki Maut Terkena Bilah Kipas Pesawat Ringan Seorang pelajar dilapor maut apabila bilah kipas pesawat jenis Cessna 172 terkena kepalanya ketika pulang dari makan malam romantis bersama wanitanya pada Ahad 16 oktober lalu di Lapangan Terbang Statesboro-Bulloch County di Georgia, lapor Daily Star. Kemalangan ngeri itu dilaporkan berlaku pada 10.30 […]

Semalaman Hilang, Penoreh Getah Ditemui Maut Dibaham Ular Sawa
Semalaman Hilang, Penoreh Getah Ditemui Maut Dibaham Ular Sawa INDONESIA — Seorang penoreh getah berusia 52 tahun ditemui maut selepas dibaham oleh seekor ular sawa sepanjang enam meter, lapor Kompas TV. Menurut penduduk kampung, mangsa yang merupakan seorang wanita telah dilaporkan hilang sejak Ahad lalu sebelum usaha pencarian dilakukan di dalam hutan. Difahamkan, seramai 300 […]

Bot Terbakar Di Perairan Indonesia, Sekurang-Kurangnya 13 Terkorban
Sekurang-kurangnya 13 orang maut selepas bot yang membawa ratusan orang terbakar dalam kejadian di perairan timur Indonesia pada Isnin, maklum sumber pegawai pengangkutan negara itu. Menurut The Straits Times, KM Express Cantika 77 meletus dalam kebakaran di luar kawsan pantai pulau Timor di wilayah Nusa Tenggara Timur. Hal itu menyebabkan penumpang-penumpang terdesak untuk menyelamatkan diri […]

Peti Sejuk Selamatkan Nelayan Selepas Bot Karam Tengah Laut
Sebuah peti sejuk telah menyelamatkan nyawa seorang nelayan apabila bot dinaiki lelaki itu karam dalam kejadian di perairan Krabi, Thailand beberapa hari lepas. Menurut The Thaiger, nelayan tersebut dikatakan berbaring di dalam peti sejuk dan terapung selama enam jam sehingga diselamatkan oleh nelayan lain. Pada awalnya Anat Massoyot, berusia 33 tahun membawa botnya keluar untuk […]

Tidak Terima Diminta Cerai, Suami Bakar Isteri & Mertua
Gara-gara diminta cerai, seorang suami bertindak membakar isterinya sendiri kerana tidak mahu menuruti permintaan wanita itu untuk berpisah dalam satu kejadian di Indonesia baru-baru ini, lapor Kompas.com. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Koja, AKP Yayan Heri Setiawan berkata, insiden itu dipercayai berlaku di rumah ibu bapa mangsa di Koja, Jakarta semasa mangsa ketika itu baru […]

Remaja Lemas, Seorang Selamat Di Tasik Tiga Beradik
PASIR GUDANG, 24 Okt (Bernama) — Seorang remaja lelaki lemas manakala seorang lagi selamat ketika mandi di Tasik Tiga Beradik, Seri Alam, pagi tadi. Kedua-dua mangsa berusia 15 tahun itu yang merupakan rakan sekolah mandi di tasik berkenaan bersama empat lagi rakan mereka. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Penolong Kanan Penguasa Bomba […]

Pemandu Maut Selepas Terjun Keluar Dari Lori Yang Terbabas
GUA MUSANG, 24 Okt (Bernama) — Seorang lelaki maut akibat cedera di bahagian kepala selepas terjun keluar dari lori yang dipandunya ketika sedang terbabas di Kilometer 56 Jalan Gua Musang-Lojing, di sini malam tadi. Mangsa dikenali sebagai Badrul Hisham Kamaruddin, 24, berasal dari Machang. Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian berlaku kira-kira 9.15 […]

Kanak-kanak Maut Dipijak Zirafah, Ibu Kritikal
Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dilaporkan maut dan ibunya berada dalam keadaan kritikal setelah dipijak seekor zirafah baru-baru ini, lapor Mirror UK. Kejadian berlaku semasa mereka melawat sebuah taman safari di Durba, Afrika Selatan, semasa mereka pergi ke zon zirafah dan diserang olehnya. Jurucakap polis Nqobile Gwala memaklumkan seorang ibu yang berusia 25 tahun dan […]

Feri Bawa Lebih 500 Penumpang Dan Kru Terkandas
ALOR SETAR, 23 Okt (Bernama) — Feri yang membawa lebih 500 penumpang dan kru dalam perjalanan dari Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi ke Terminal Jeti Kuala Kedah terkandas apabila ia tersangkut di beting lumpur, dipercayai akibat air laut surut yang berlaku di alur pelayaran Kuala Kedah. Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn […]

Kereta Potong Kenderaan Bertembung Bas, Polis Bantuan Dilapor Maut
Kereta Bertembung Bas, Polis Bantuan Dilapor Maut Dalam satu kejadian awal pagi tadi di Jalan Gua-Musang-Kuala Krai, seorang polis bantuan dilaporkan maut apabila kenderaan jenis Proton Persona yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas. Lapor Sinar Harian, difahamkan mangsa yang berumur 20 tahun ketika itu sedang pulang dari tempat kerjanya sebelum nahas berlaku pada pukul 1 […]