Berita›Tragedi

Runtuhan Salji Di Marmolada: Enam Terbunuh, Lapan Cedera, 17 Hilang
ROM, 4 Julai (Bernama) — Enam orang maut, lapan cedera manakala 17 lagi hilang selepas bongkah besar glasier Marmolada di utara Itali pecah mencetuskan runtuhan salji pada Ahad, lapor Agensi Berita Itali (ANSA), Isnin. Dua daripada mangsa yang maut masih belum dikenal pasti. Tiga lagi mangsa adalah warga Itali dan seorang warga Czech, menurut ANSA. Pasukan penyelamat […]

Dua Kampung Di Baling Dilanda Banjir Selepas Hujan Lebat Tiga Jam
BALING, 4 Julai (Bernama) — Hujan lebat berterusan selama tiga jam menyebabkan dua buah kampung iaitu Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang di sini dilanda banjir petang tadi. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Rasidah Kassim berkata hujan lebat yang bermula kira-kira 2 petang tadi mengakibatkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan […]

Seorang Jemaah Haji Meninggal Dunia – Idris
MAKKAH, 4 Julai (Bernama) — Seorang jemaah haji lelaki berusia 62 tahun telah meninggal dunia di sini, minggu lepas. Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dan menurut beliau kematian warga emas tersebut disebabkan oleh jangkitan kuman yang teruk. Warga emas berasal dari Kuala Nerang, Kedah itu meninggal […]

Penumpang Panik, Dinding Kapal Terbang Pecah Gara-gara Skru Longgar
Sejumlah penumpang pesawat Emirates panik dalam kejadian mengerikan selepas dinding kapal terbang berkenaan pecah gara-gara skru longgar, lapor Daily Mail. Rasa ‘tidak sedap hati’ mula menyelubungi mereka apabila masing-masing terdengar bunyi dentuman kuat selepas 45 minit berlepas. Difahamkan, skru pada ‘hidung’ gear longgar dan tercabut. Menurut penumpang, mereka terdengar bunyi yang ‘meresahkan’ sejurus berlepas dan […]

30 Dikhuatiri Maut, Kapal Dihentam Ribut & Karam Hingga Terbelah Dua
Seramai 30 anak kapal dikhuatiri maut selepas sebuah kapal sokongan industri karam dan terbelah dua akibat dihentam ribut dalam kejadian di Laut China Selatan baru-baru ini, lapor Independent. Menurut Perkhidmatan Kecemasan Hong Kong menerusi laporan Independent, kejadian itu dilapor berlaku di perairan kira-kira 300 kilometer dari selatan Hong Kong. Ketika kejadian, perkhidmatan kecemasan tersebut mengerahkan […]

Disyaki Bunuh Diri Akibat Masalah Kewangan, Tiga Sekeluarga Ditemui Tenggelam Dalam Kereta
Disyaki Bunuh Diri Akibat Masalah Kewangan, Tiga Sekeluarga Ditemui Tenggelam Dalam Kereta KOREA SELATAN – Tiga beranak yang dilaporkan hilang telah ditemui mati di dalam sebuah kereta yang tenggelam di perairan Wando. Piha polis mengesyaki bahawa keluarga tersebut membunuh diri kerana mengalami masalah kewangan. Balai polis Gwangju Nambu mengesahkan, tiga mayat yang ditemui di dalam […]

Sempat Minta Tolong, Budak Enam Tahun Dilapor Maut Dibaham Harimau Bintang
Sempat Minta Tolong, Budak Enam Tahun Dilapor Maut Dibaham Harimau Bintang INDIA – Seorang budak perempuan berusia 6 tahun dilapor maut setelah diterkam dan diserang oleh harimau bintang berhampiran rumahnya. Mangsa sempat menjerit dan meminta pertolongan sebelum ditemui mati oleh keluarganya, lapor The Sun. Difahamkan, harimau bintang itu telah bertindak menerkam dan menyeret mangsa ketika […]

Gadis 19 Tahun Dilapor Maut, Digilis Bapa Sendiri
Gadis 19 Tahun Dilapor Maut, Digilis Bapa Sendiri NORFOLK, ENGLAND – Seorang gadis berusia 19 tahun dilaporkan maut akibat digilis oleh bapanya sendiri ketika cuba menghalang bapanya daripada menyerang teman lelakinya pada 23 Januari lalu. Suspek yang berusia 44 tahun dari West Winch, Norfolk dikatakan berada dalam keadaan marah ketika merempuh dan menggilis mangsa yang […]

Seorang Maut, Empat Parah Dalam Kemalangan Dua Treler Pagi Tadi
Satu kemalangan libatkan treler berlaku di kilometer 408.4 arah selatan mengakibatkan seorang individu maut, empat parah dan dua lagi cedera ringan. Menurut laporan ringkas BERNAMA di Twitter, kejadian itu berlaku pada awal pagi tadi di satu lokasi di Tanjung Malim menghala ke Lembah Beringin. “Satu maut, empat parah dan dua cedera ringan dalam kemalangan babitkan […]

Dua Beranak Dikhuatiri Lemas Jatuh Kolam Takungan
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) — Dua beranak dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki terbalik di sebuah kolam takungan di Taman Cahaya Sungai Chua, Kajang, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 2.15 petang. “Maklumat awal yang diterima mendapati bot tersebut dinaiki tiga lelaki iaitu seorang ayah dan […]

Gempa Bumi Kuat 6.0 Gegar Selatan Iran, 3 Maut & 19 Cedera Dilaporkan Setakat Ini
MOSCOW, 2 Julai (Bernama) — Tiga maut manakala 19 yang lain cedera selepas gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah Hormozgan, selatan Iran, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Fars. Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterania, gempa bumi itu direkodkan pada 21:32 GMT, Jumaat, 61 kilometer timur laut bandar pelabuhan Bandar Lengeh. Iran pernah dilanda gempa bumi […]

Gempa Bumi Kuat Gegar Wilayah Utara Filipina
MANILA, 1 Julai (Bernama) — Satu gempa bumi kuat dilaporkan berlaku di Wilayah Cagayan yang terletak di utara Filipina. Gempa dengan kekuatan 6.0 magnitud itu berlaku pada awal pagi Jumaat. Menurut laporan Xinhua, Philippine Institute of Volcanology and Seismology berkata gempa itu berlaku sekitar jam 2.40 pagi waktu tempatan, gegaran berkedalam sehingga 27km dan turut […]

Lelaki Maut & 6 Kanak-Kanak Cedera Kemalangan Di Sungai Buloh
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Seorang lelaki maut manakala enam kanak-kanak yang dalam perjalanan pulang dari sekolah cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Saujana Utama, Sungai Buloh di sini hari ini. Kejadian dilapor pada 1.08 tengah hari tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah Perodua […]

Beruang Ditemui Mati Akibat Kepanasan, Dipercayai Terperangkap Dalam Kereta
Beruang Ditemui Mati Akibat Kepanasan, Dipercayai Terperangkap Dalam Kereta Seekor beruang hitam ditemui mati akibat kepanasan selepas terperangkap dalam kereta yang dipecah masuk olehnya, lapor Daily Star. Haiwan yang ditemui di Sevierville, Tennessee itu difahamkan gagal untuk mencari jalan keluar selepas memasuki kenderaan tersebut. Ia dilaporkan mati akibat suhu panas melampau yang dikatakan mencecah sehingga […]

Jenazah Lima Beranak Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad
PADANG RENGAS, 29 Jun (Bernama) — Jenazah lima beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat, Pahang semalam selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Labu Kubong malam ini. Terdahulu dengan diiiring kereta peronda polis, tiga van polis membawa semua jenazah ke rumah keluarga mereka di Kampung Labu Kubong dekat Lubuk Merbau di […]

‘Bergolek’ Seakan-Akan Tsunami, Awan Berbetuk Aneh Berjaya Dirakam
Dalam dunia ini, memang banyak hal-hal aneh yang berlaku dan mungkin tidak masuk akal pada pandangan kita. Namun, ia bukanlah perkara yang mustahil berlaku kerana itu semua kuasa Allah S.W.T yang kita perlu percaya dan beriman ke atasnya. Terbaru, hal yang menakjubkan sekali lagi berlaku apabila awan di langit Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat bergerak seakan-akan […]

Budak 4 Tahun Maut, Mak Ayah Ziarah Kematian Saudara Terlupa Tinggal Anak Dalam Kereta
Seorang budak perempuan berusia empat tahun dilaporkan maut akibat ditinggalkan di dalam kereta oleh ibu bapanya yang menghadiri upacara berkabung kematian saudara, dalam kejadian yang berlaku di Iran. Mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat tekanan melampau, kekurangan oksigen di dalam kenderaan selain suhu tinggi dalam kereta mencecah 76 darjah celcius. Menurut laporan, ketika kejadian mangsa yang […]

Bayi 12 Bulan Antara 18 Mangsa Terselamat Dalam Kebakaran
ALOR SETAR, 28 Jun (Bernama) — Bayi berusia 12 bulan antara 18 mangsa yang terselamat dalam kebakaran dua rumah di Jalan Dato Haji Shuib 2, Taman Sri Taman 2, dekat sini hari ini. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 5.54 […]

Suami Isteri Didakwa Lari Naik Hilux, Tinggal Mayat Anak Selepas Kemalangan
Sepasang suami isteri didakwa melarikan diri dan nekad tinggal mayat anak selepas terlibat dalam sebuah kemalangan malam kelamrin di Jalan Sunagi Kelamah, Gemas. Difahamkan, pasangan suami isteri yang berusia 30-an dan 20-an melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Toyota Hilux dalam tragedi yang berlaku kira-kira jam 11.30 malam itu, lapor Kosmo. Toyota Hilux berkenaan dilaporkan […]

Gempa Bumi Sederhana Gegar Taiwan
Satu gempa bumi sederhana dilaporkan berlaku di Taiwan pada jam 9.43 malam tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia. Dalam satu kenyataan yang dimuat naik, gempa itu dicatatkan pada koordinat 22.0 darjah utara dan 120 darjah timur dengan skala 5.3 magnitud. Gegaran berlaku dari jarak 64 kilometer arah selatan Kaohsiung, Taiwan dengan kedalaman 57 kilometer. Bagaimanapun, tiada […]