Berita›Tragedi

Bapa, Anak Maut Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik
KUANTAN, 4 April (Bernama) – Dua beranak keturunan Orang Asli maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik semasa menangkap ikan menggunakan peralatan diperbuat daripada bateri kereta di Temerloh, semalam. Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa yang juga seorang bapa berusia 45 tahun dan anak lelakinya berumur 16 tahun ditemukan pada 3.40 petang dalam […]

Bedah Siasat Kedua Tangmo Temui 22 Luka Kecil Di Bahagian Kaki
Pakar forensik menemui 22 kesan luka kecil di bahagian kaki pelakon Thailand, Tangmo Nida berdasarkan bedah siasat kali kedua baru-baru ini. Menurut The Haiger, bedah siasat kali kedua itu telah dilakukan pada beberapa minggu yang lalu di atas permintaan dari ibunya sendiri. Walau bagaimanapun, pakar patologi tidak menemui sebarang luka pada bahagian muka atau kepala, […]

Dua Beradik Hilang Hampir Sebulan Di Hutan Amazon Ditemui Lemah
Dua beradik berumur enam dan lapan tahun yang pernah hilang dan berikhtiar hidup selama hampir sebulan secara bersendirian di hutan Amazon, Brazil ditemui selamat baru-baru ini. Mengimbas kembali, pada 18 Februari lalu, Glauco dan adiknya, Gleison Ferreira meninggalkan rumah mereka berhampiran Manicoré, Amazonas. Menurut Oddity Central, mereka berdua dikatakan pergi ke dalam hutan untuk menangkap […]

Awas, 12 Negeri Ini Dijangka Bakal ‘Dibedil’ Ribut Petir Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada petang ini telah mengeluarkan amaran terkini ribut petir dan hujan lebat yang akan melanda beberapa kawasan melibatkan negeri-negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Antara negeri yang terlibat di Semenanjung sehingga 9.00 malam ini adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, […]

Letupan Besar ‘Musnahkan’ Sebuah Kelab Malam, Puluhan Mangsa Dilapor Cedera
Azerbaijan – Satu letupan besar dilaporkan berlaku di sebuah kelab malam di Baku hingga menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan puluhan lagi cedera, lapor Daily Star. Media tempatan melaporkan bahawa letupan yang berlaku sekitar 3.30 pagi waktu tempatan itu telah memusnahkan bangunan kelab tersebut. Pejabat pendakwa raya berkata terdapat satu kematian dan 31 orang mengalami pelbagai […]
Tiga Sekeluarga Maut, Dua Parah Kemalangan Di Semporna
SEMPORNA, 2 April (Bernama) — Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan maut, manakala dua lagi ahli keluarga mereka parah, dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 12 Jalan Tagasan dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kemalangan pada 4.30 petang itu, melibatkan kereta jenis Perodua Kancil dan Ford Ranger yang berada […]

Bemula Dengan Gurauan, Kaki Kanak-Kanak Dibakar Kawan-Kawan
Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dibakar pada bahagian kaki oleh kawan-kawannya di Indonesia. Tragedi tersebut bermula dengan gurau senda pada awalnya. Menurut Indo Zone, insiden tersebut berlaku pada 29 Mac kelmarin di kawasan Pasar Rebo, Jakarta Timur. Pegawai polis kawasan tersebut, M Marbun berkata, mereka pada asalnya hanya bergurau dengan menyebut “Bakar aku bakar ni…”, […]

Suami Isteri Didakwa Bunuh Kanak-Kanak Empat Tahun
KUCHING – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun awal bulan ini. Tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki berusia 51 tahun dan wanita berusia 36 tahun, sebaik pertuduhan membunuh Eric Chang Wei Jie dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar kerana kes bunuh di […]

Gempa Kuat Melanda Kepulauan Loyalty
KUALA LUMPUR, 31 Mac – Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter dikesan melanda tenggara Kepulauan Loyalty awal pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi pada 4.57 pagi itu berpusat di 912 kilometer (km) barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 49 km. Penilaian awal jabatan mendapati tiada ancaman […]

Rakan Cuba Selamat Tapi Gagal, Lelaki Lemas Ketika Mandi Di Air Terjun
MACHANG – Seorang lelaki ditemukan lemas ketika sedang bermandi-manda bersama dua rakannya di Air Terjun Jeram Linang, Banggol Judah, petang tadi . Memetik laporan Sinar Harian, mayat mangsa yang berusia 35 tahun dilaporkan tenggelam di kawasan air terjun berkenaan sekitar jam 3.30 petang tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superitendan (DSP) Ganti Jimmy, misi mencari […]

Nak Elak Ditahan Polis, 5 Sekeluarga Nekad Terjun Apartmen Tujuh Tingkat
Sebuah keluarga kaya di Perancis yang didakwa terlalu obses dengan teori konspirasi COVID-19 telah terjun seorang demi seorang dari tingkat tujuh apartmen mereka di bandar Montreux, Switzerland selepas mengelak dari ditahan polis. Memetik laporan Daily Mail, suami isteri yang berusia 40 dan 41 tahun serta kakak kembarnya dan anak perempuan pasangan itu telah ditemui mati […]

Pavilion Kuala Lumpur Terbakar Tadi
KUALA LUMPUR: Pusat membeli-belah terkenal, Pavilion Kuala Lumpur terbakar kira-kira pukul 2:10 petang tadi. Pihak Pengurusan Pavilion menerusi satu kenyataan memaklumkan, tragedi kebakaran itu berpunca daripada dapur di sebuah restoran yang terletak di aras satu pusat membeli-belah berkenaan. “Api tersebut merebak dengan sangat cepat dan ia telah dilaporkan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat. “Jabatan […]

Mayat Bayi Dijumpai Dalam Tangki Septik Di Florida
Mayat seorang bayi lelaki berusia setahun yang hilang selama sehari akhirnya ditemui dalam sebuah tangki septik di kawasan rumahnya di Florida, baru-baru ini. Ketua Polis Putnam County, H.D. “Gator” DeLoach, berkata, “Mayat Jose Lara ditemui dalam tangki septik kira-kira 32 meter dari rumah keluarganya di Putnam County di sini,” katanya dalam sidang media. Menurut penyiasat, […]

Mayat Pemain Bola Sepak Ditemui Di Sungai, Hanya Tinggal Rangka Akibat Diratah Pirana
Mayat seorang pemain bola sepak di Brazil ditemui tinggal rangka dipercayai akibat diratah ikan pirana di sungai Rio Negro di Educandos, baru-baru ini. Menurut Daily Star, mayat pemain tersebut, Luiz (bukan nama sebenar), 21, ditemui kira-kira 11 jam selepas ibunya mengesan kehilangannya. Hasil penemuan bomba mendapati, tubuh Luiz hanya tinggal rangka yang berbaki cebisan daging […]

Kotak Hitam Kedua Pesawat China Eastern Ditemui
Kotak Hitam kedua dari pesawat China Eastern Boeing 737-800 ditemukan pada Ahad dengan harapan mungkin dapat menjelaskan punca pesawat tersebut terhempas. Menurut NPR, anggota bomba yang mengambil bahagian dalan pencarian menemukan kota hitam tersebut di kawasan lereng bukit kira-kira 40 meter dari titik pesawat tersebut terhempas. “Pakar mengesahkan bahawa itu merupakan kotak hitam kedua dari […]

Kenderaan, Khemah Peniaga Rosak Akibat Angin Kuat Di Ipoh
IPOH, 28 Mac (Bernama) — Beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini dilanda angin kuat dan hujan lebat petang tadi, sehingga menyebabkan kejadian pokok tumbang yang mengakibatkan kerosakan pada kenderaan dan khemah peniaga. Salah satu insiden terbabit, yang turut tular di media sosial, ialah di kawasan parkir restoran makanan segera di Medan Gopeng yang melibatkan […]

Kanak-Kanak Tembak Mati Sepupu Ketika ‘Live’ Di Instagram
Seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun secara tidak sengaja telah menembak mati sepupunya yang berusia 14 tahun ketika ‘Live di Instagram, lapor Daily Star. Kanak-kanak tersebut, Paris, 12, dan sepupunya, Kuaron Harvey,14, membuat siarang langsung (live) di Instagram kira-kira jam 2 pagi pada Jumaat lalu di St Louis, Missouri semasa majlis hari jadi. Bagaimanapun ketika siaran langsung […]

Lelaki Lemas, Rakan Masih Hilang Di Lata Hammer
KUANTAN, 27 Mac (Bernama) — Seorang lelaki ditemukan lemas manakala rakannya masih hilang semasa mandi di kawasan air terjun Lata Hammer di Bentong, hari ini. Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Hairul Zaman Abdul Jalil, 22, dari Kampung Changkat di Gombak, Kuala Lumpur ditemukan pada pukul […]

Dua Maut Kancil Rempuh Toyota Hilux
KUANTAN, 27 Mac (Bernama) — Dua rakan maut apabila kereta Perodua Kancil yang mereka naiki terbabas dan merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 12 Jalan Chini-Kuantan di Pekan hari ini. Ketua Polis Daerah Pekan Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata insiden pada 3 petang itu menyaksikan Hasyim Amin, 29, dan Dolah Muhtar, 39, […]

Fenomena Hujan Batu Dilapor Landa Beberapa Kawasan Di KL Sebentar Tadi
Penduduk di beberapa kawasan di ibu negara dikejutkan dengan kejadian hujan batu pada Jumaat. Fenomena berkenaan pantas menjadi viral apabila orang ramai yang merakam kejadian hujan batu tersebut memuat naik rakaman berkenaan ke media sosial. Berdasarkan tinjauan Bernama mendapati hujan batu melanda kawasan Jalan U-Thant, Kuala Lumpur sekitar jam 5.30 petang hari ini. Difahamkan, menerusi […]