BeritaTragedi

Berita
(Video) “Hujan Batu, Hujan Batu…” Orang Ramai Cemas Hujan Batu & Ribut Melanda Shah Alam Sebentar Tadi
Penduduk di beberapa kawasan di Selangor dikejutkan dengan kejadian hujan batu pada Khamis. Ini berikutan beberapa rakaman yang tular di media sosial. Kejadian sekitar jam 5.30 petang itu berlaku dipercayai di kawasan Shah Alam. Fenomena itu menjadi tular di laman media sosial apabila ramai warganet berkongsi perihal hujan batu tersebut. Difahamkan menerusi satu video yang […]
Berita
Tiga Lelaki Maut Kemalangan Di Rompin
KUANTAN, 27 Jan (Bernama) — Tiga lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah kereta Proton Saga dinaiki ketiga-tiga mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah kereta BMW X1 di laluan bertentangan, di Kilometer 98.5 Jalan Kuantan-Segamat di Rompin, pada 4.26 pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata setakat ini, […]
Tragedi
Gempa Bumi Landa Utara Kalimantan Pagi Tadi, Gegaran Dirasai Hingga Limbang & Lawas, Sarawak
Satu gegaran gempa bumi lemah dilapor berlaku di Utara Kalimantan, Indonesia pada 5.08 pagi tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Menurut jabatan itu, pusat gempa yang bermagnitud 3.0 pada skala Ritcher tersebut berlaku di koordinat 4.3° Utara dan 116.3° Timur. Difahamkan, ia berlaku pada jarak 46 kilometer Barat Daya dari Sapulut, Sabah dengan berkedalaman kira-kira […]
Berita
Lelaki Dakwa Beli Pulut Bakar Berintikan ‘Ubat Stapler’, Ini Aktanya Kalau Terjadi Kat Korang
Dawai kokot atau lebih dikenali ubat ‘stapler’ biasanya digunakan di pejabat dan ianya nampak tidak berbahaya tetapi penggunaannya dalam pembungkusan termasuk makanan boleh mencetuskan bahaya jika ditelan atau dipijak. Bayangkan korang tengah enak menjamah makanan kegemaran, tetiba korang tergigit satu benda keras dan bila dikeluarkan dari mulut ianya adalah dawai kokot, apa perasan korang? Mesti […]
Kebajikan
“Dah Sebulan Nenek Tak Tahu Macam Mana Nak Bina Rumah..”
Sebulan telah berlalu, mungkin ada yang masih dalam keadaan trauma akibat banjir yang menimpa sebahagian rakyat Malaysia baru-baru ini. Kehilangan harta benda dan juga kemusnahan teruk rumah mereka pasti meninggalkan kesan yang amat mendalam. Tidak terkecuali Rohana Mahfuz, seorang nenek yang berusia 76 tahun yang kehilangan rumah dek dihanyutkan oleh arus deras banjir. Menurut kenyataan […]
Berita
Tanah Mendap Di Serdang: MBSJ Pasang Cerucuk Besi Elak Runtuhan
SERDANG, 26 Jan — Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sejak malam tadi mula memasang cerucuk besi di tebing longkang besar berhampiran lokasi kejadian tanah mendap di Jalan LP 1A/2, di sini, semalam. Pegawai Daerah Petaling Datuk Johary Anuar berkata pemasangan cerucuk besi oleh kontraktor yang dilantik MBSJ itu, adalah sebagai langkah keselamatan berikutan hasil pemantauan Jabatan Kejuruteraan […]
Berita
Paip Pecah Di Seksyen 15, Ini Senarai Penuh 142 Kawasan Di Petaling & Klang Alami Gangguan Air Tak Berjadual
SHAH ALAM, 26 Jan – Susulan insiden paip pecah yang berlaku di Seksyen 15, sebanyak 142 kawasan telah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual di Petaling dan Klang pada Rabu. Makluman itu dimaklumkan sendiri di akaun Twitter Air Selangor yang memaklumkan bahawa insiden paip pecah tersebut berpunca daripada kerja-kerja pembangunan jalan berdekatan Lebuhraya Persekutuan oleh […]
Berita
Tergelincir Akibat Jalan Licin, Penunggang Motosikal Nyaris Digilis Lori
Baru-baru ini tular satu rakaman dashcam memaparkan situasi seorang budak melintas jalan yang nyaris digilis. Tetapi budak itu bernasib baik kerana pemandu lori perasan dan sempat menekan pedal brek. Terbaharu, tular satu lagi rakaman kejadian ngeri yang dipercayai berlaku pada kelmarin, memperlihatkan situasi cemas seorang penunggang motosikal yang hampir digilis lori di tengah-tengah jalan. Menerusi […]
Berita
Lelaki Ditemukan Mati Selepas Ambil Suntikan Besarkan Otot Punggung
IPOH, 25 Jan (Bernama) – Seorang lelaki yang baru mendapatkan suntikan membesarkan otot punggung daripada peniaga kosmetik ditemukan meninggal dunia dalam bilik hotel di Teluk Intan semalam. Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata lelaki berperwatakan lembut berusia 31 tahun itu datang ke hotel berkenaan bersama rakannya pada 9 pagi bagi mendapatkan […]
Berita
Doktor Bingung, Lelaki Tak Pernah Mandi 67 Tahun Sihat Tanpa Penyakit & Parasit
Tak dinafikan, kalau kita tak bersihkan diri sehari mesti rasa tak selasa atau ‘lemau’, kan? Bukan hanya orang Islam saja yang perlu jaga kebersihan diri, malah agama lain pun menyarankannya juga. Bukan apa, ia untuk mengelakkan kita daripada dijangkiti parasit atau bakteria. Dalam satu kajian mengatakan bahawa orang yang rajin mandi atau bersihkan diri ini […]
Berita
Tanah Mendap Di Lestari Perdana Di Serdang, Lima Kenderaan Rosak Teruk
KUALA LUMPUR, 25 Jan- Lima kenderaan yang diletakkan di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Serdang dekat sini rosak selepas berlaku mendapan tanah di kawasan itu petang tadi. Penolong Penguasa II Balai Bomba dan Penyelamat Serdang Saharudin Abdul Razak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 6.38 petang, namun ia tidak membabitkan sebarang mangsa. Menurutnya, lima […]
Luar Negara
Singa Jantan Hilang ‘Jantan’, Buah Zakar Luka Teruk Digigit Singa-singa Betina Ketika Cuba Curi Makanan
Seekor singa jantan di Kenya dilapor telah hilang ‘kejantanannya’ apabila buah zakarnya didakwa cedera teruk akibat digigit singa-singa betina ketika cuba mencuri makanan daripada mereka. Memetik laporan Daily Mail, singa jantan itu pada awalnya dipercayai mencuri makanan berupa bangkai kerbau daripada sekumpulan anak-anak singa sebelum ibu mereka bertindak menyerangnya. Kejadian itu disaksikan oleh jurufoto Animal […]
Luar Negara
Gara-gara ‘Loan’ RM90K Tak Lulus, Lelaki Tekad Bakar Bank
Baru-baru ini pihak polis di India telah menahan seorang lelaki kerana dipercayai telah membakar sebuah cawangan bank di sana gara-gara ‘loan’ yang dimohon tidak diluluskan, lapor Oddity Central. Lelaki terbabit, W (bukan nama sebenar), 33 tahun yang merupakan seorang pekerja amal dari Haveri didakwa telah melakukan permohonan pinjaman di Canara Bank sebanyak RM90,000 pada Disember […]
Tragedi
Seekor Lagi Penyu Ditemui Mati Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 23 Jan (Bernama) – Kes kematian penyu di Terengganu semakin membimbangkan berikutan penemuan terbaharu bangkai penyu spesies agar betina dewasa di Pantai Kelulut, di Marang pagi tadi, iaitu kes kematian ke-11 direkodkan di Terengganu pada bulan ini. Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Ruzaidi Mamat berkata bangkai penyu itu ditemukan terdampar dalam keadaan sudah mula […]
Berita
(Video) “Ramai Betul Lah Yang Datang,” Lelaki Ini Tak Sangka Rumah Tiba-tiba Kena ‘Serbu’, Penuh Dengan Barang
Siapa je yang boleh menyangka kalau tiba-tiba ada sekumpulan yang ramai datang berkunjung kediaman sendiri? Ya, begitulah yang dirasai oleh seorang individu apabila terdapat satu kumpulan yang datang ke rumahnya dengan bilangan yang ramai serta membawa pelbagai barangan. Menurut M. Riduan Yeo Abdullah yang berumur 54 tahun, dia tidak sangka bahawa kumpulan itu akan datang […]
Luar Negara
Digelar ‘Aquaman’, Lelaki Ini Terselamat Selepas 27 jam Hanyut Dibadai Tsunami
Seorang lelaki warga Tonga dilaporkan telah terselamat selepas 27 jam hanyut di laut akibat dibadai tsunami dahsyat ekoran daripada letusan gunung berapi bawah laut Hunga Ha’apai pada Sabtu lalu. Memetik laporan BBC, lelaki yang dikenali sebagai Lisala Folua, 57, itu telah berpaut pada kayu balak terapung selama 27 jam sebelum akhirnya sampai ke pantai semula. […]
Luar Negara
Lelaki Dilaporkan Maut Dihempap Timbunan Lobak Merah
Seorang lelaki dilaporkan terbunuh sejurus dirinya dihempap dengan longgokan lobak merah yang menimbusnya hidup-hidup ketika dia sedang bekerja di salah sebuah gudang pertanian di Sepanyol, lapor Daily Mail. Lelaki berusia 34 tahun itu dipercayai terperangkap di bawah timbunan lobak merah yang sedang diproses untuk penghantaran pada awal pagi hari Khamis lalu. Kejadian dikatakan berlaku di […]
Luar Negara
(Video) Empat Maut, 22 Mangsa Cedera Dirempuh Lori Kontena Di Indonesia
JAKARTA, 21 Jan (Bernama) — Empat maut dan 22 cedera di Indonesia selepas sebuah lori kontena merempuh barisan kenderaan dan motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat. Polis Daerah Kalimantan Timur berkata, rempuhan berlaku di persimpangan Muara Rapak, Balikpapan, pada kira-kira pukul 6.15 pagi (Waktu Indonesia Tengah), hari ini. Pemandunya seorang lelaki Balikpapan berusia 48 […]
Tragedi
Ngeri, Leka Main Tepi Sungai, Budak 9 Tahun Dilapor Dibaham Buaya
Warga Zimbabwe dikejutkan dengan kejadian ngeri seorang budak lelaki sembilan tahun yang didakwa diseret buaya hingga maut ketika sedang leka bermain dengan sepupunya di tepi sungai pada 13 Januari baru-baru ini, lapor Daily Star. Merujuk Chronicle, budak lelaki tersebut dan dua lagi sepupunya pada awalnya sedang bermain di pinggir sungai di Somhlatshwayo. Ketika itulah buaya […]
Luar Negara
10 Negara Paling Kerap Dihempas Tsunami, No. 7 Paling Tak Sangka
Seperti yang kita tahu, tsunami ialah ombak ‘gergasi’ yang melanda kawasan-kawasan tepi pantai dan boleh menyebabkan kemusnahan serta kematian. Persoalannya, bagaimana tsunami berlaku? Menurut kenyataan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), “Tsunami adalah satu gelombang besar yang mempunyai jarak gelombang dan jangka masa yang agak panjang. “Jarak masa setiap puncak gelombang adalah dalam lingkungan kira-kira […]