Berita›Tragedi
Hanya Minum Air Laut, Pemuda Dilapor Ditemui Lemah Setelah 15 Hari Hanyut Di Laut
Seorang lelaki di Indonesia terpaksa teruskan hidup dengan meminum air laut ketika terumbang-ambing di laut selama 15 hari selepas kapal yang dinaikinya mengalami kemalangan. Lelaki berkenaan, Muhammad Kartoyo, 18, yang juga seorang kru pada awalnya menaiki kapal dari Muara Baru Jakarta beberapa bulan dahulu dan dijangka pulang pada Mac ini. Bagaimanapun berlaku satu tragedi apabila […]
Pemandu Lori Rentung Dalam Kemalangan Babitkan Tiga Lori
MELAKA, 26 Mac (Bernama) — Seorang lelaki rentung apabila lori 10 tan yang dipandunya merempuh sebuah lori tangki muatan cecair nitrogen sebelum terbakar dalam kejadian di Kilometer (KM) 221 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Pedas-Linggi arah selatan, kira-kira 5.30 pagi tadi. Dalam insiden kemalangan membabitkan tiga lori tersebut, mangsa, Mohamad Syazwan Mohd Ramli, 29, maut manakala […]
Sebuah Rumah Di Tingkat 3 Musnah Terbakar
SEREMBAN, 26 Mac (Bernama) — Sebuah rumah di tingkat 3, di Apartment Dahlia Garden Avenue, dekat sini, musnah dalam kebakaran, semalam. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu pada pukul 8.10 malam. “Tiba di lokasi, didapati rumah berkeluasan 20×40 […]

(Video) 70 Rumah Rosak Akibat Ribut Di Kuantan
KUANTAN, 25 Mac (Bernama) — Sebanyak 70 rumah di kawasan Kampung Balok dan Taman Balok Baru di sini rosak akibat dilanda ribut dan hujan lebat petang tadi. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan Kapten (PA) Zaubidah Said berkata kejadian berlaku antara 5 petang hingga 7 malam dengan kesemua rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung susulan angin kencang. “Buat […]
Koperal Dipercayai Menembak Anak Sebelum Bunuh Diri
SEREMBAN, 25 Mac – Seorang anggota polis berpangkat koperal dipercayai menembak mati anaknya berusia tujuh tahun sebelum menembak diri sendiri dalam kejadian Jalan Widuri 1, Taman Sentosa Jaya, dekat sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.42 petang tadi yang memaklumkan seorang lelaki tempatan […]
Hilang Sejak 5 Hari Lalu, Che Som Ditemui Lemah Di Dalam Hutan
Susulan daripada kehilangan seorang warga emas sejak 20 Mac lalu, hari ini wanita tersebut ditemui selamat di kawasan hutan berhampiran pencawang masuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Repah pada hari ini. Mangsa yang dikenali sebagai Che Som ditemui dalam keadaan lemah, kesejukan dan dehidrasi oleh seorang kontraktor ketika membersihkan semak di kawasan tersebut. Menurut laporan polis, […]

Lelaki Hilang Ketika Mandi Di Pantai Batu Layar Ditemukan Lemas
JOHOR BAHRU, 24 Mac (Bernama) — Seorang lelaki yang hilang ketika mandi di Pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi, semalam, ditemukan lemas, petang tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sebana Cove Penolong Penguasa Bomba Mohd Khairul Sufian Dahari berkata mayat Muhammad Hibatullah Hakim Razak, 23, ditemukan kira-kira 200 meter dari kawasan pantai pada pukul 3.27 […]
Lelaki Maut Tetimbus Ketika Menggali Emas
KUCHING, 24 Mac – Seorang lelaki maut akibat tertimbus dalam sebuah lubang, ketika beliau melombong emas secara haram bersama dua rakannya di Gunung Tabai di Bau, kira-kira 40 kilometer dari sini. Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata mayat Mat Tapa, 26, ditemui tertimbus di bawah runtuhan batu dan tanah oleh pasukan mencari dan menyelamat, namun mayat itu masih belum […]

(Video) “Allahuakbar…Allahuakbar..,” Wanita Cemas Lihat Gajah Liar Lalu Depan Restoran Di Kota Tinggi
Seorang wanita yang sedang makan di sebuah kedai makan sempat merakam detik cemas penduduk sekitar apabila seekor gajah melintasi kedai tersebut. Kejadian itu berlaku di sebuah kedai makan dipercayai di Batu 6, Kota Tinggi malam tadi menjadi tular di media sosial. Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam semalam ketika orang ramai sedang menjamah […]
Dengar Bunyi Helikopter Begitu Kuat, Tidak Seperti Biasa – Saksi
KUALA LUMPUR, 24 Mac – “Saya dengar bunyi kuat dari arah helikopter tetapi tidak seperti biasa,” kata R. Romu, 74, apabila ditanya mengenai insiden helikopter jenis Airbus H125 yang terhempas dalam kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), di Subang, pagi tadi. Romu berkata dia mendengar bunyi kuat itu semasa hendak keluar bersarapan namun tidak memperdulikannya. “Selepas […]

(Video) Bumbung Habis Terbang, Ribut Kuat ‘Hentam’ Beberapa Rumah Di Yan, Kedah
Beberapa buah rumah di kawasan Sungai Kering dan Sungai Limau, Yan, Kedah, rosak akibat dilanda ribut dan hujan sejak tengah hari tadi. Menerusi perkongsian daripada beberapa penguna Facebook yang tinggal di kawasan tersebut menunjukkan kebanyakan bumbung rumah telah dibawa terbang ribu. Kami harapkan agar mangsa ribut tabah dengan dugaan ini memandangkan tidak beberapa hari saja […]
BSKU Siasat Kemalangan Helikopter Di Subang
PUTRAJAYA, 24 Mac (Bernama) — Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) akan menjalankan siasatan berhubung kemalangan sebuah helikopter di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang hari ini mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016. Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan berlakunya kemalangan membabitkan Airbus Helicopter […]
(Video) Detik Mendebarkan Tempat Duduk Stadium Runtuh, Lebih 100 Orang Dilaporkan Cedera
Lebih dari 100 orang dilaporkan cedera disebabkan tempat duduk di stadium telah runtuh di India. Kejadian itu berlaku semasa mereka sedang menonton kejohanan sukan Kabaddi. Menurut Daily Mail, sekurang-kurangnya 20 penonton cedera parah dan dikejarkan ke hospital tempatan di Suryapet pada Isnin. Rakaman detik-detik kejadian menyaksikan sekitar 400 orang yang duduk di tempat duduk penonton […]
(Video) Insiden Komponen Kren Terjatuh: Mayat Ketiga Dibawa Keluar – Bomba
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Mayat ketiga dalam insiden komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi Ulu-Klang Expressway (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras Isnin lepas, akhirnya berjaya dikeluarkan awal pagi ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata mangsa yang dikenali sebagai Mu Tong Zheng, pekerja […]

7 Maut, Puluhan Ribu Rakyat Rohingya Selamatkan Diri, Kem Di Bangladesh Terbakar
Seramai 7 dipercayai maut dan lebih puluhan ribu penduduk Rohingya melarikan diri selepas berlaku kebakaran besar-besaran di kem pelarian etnik itu di daerah Cox’s Bazar, tenggara Bangladesh. Kata beberapa pegawai disitu, kejadian ini merupakan kebakaran ketiga dalam tempoh empat hari. Kejadian ini juga telah memusnahkan beribu rumah di kawasan kem tersebut. Md Abdullah, timbalan Penolong […]

Lelaki Lemas, Rakan Hilang Ketika Mandi Di Pantai Batu Layar
JOHOR BAHRU, 23 Mac (Bernama) — Kegembiraan dua sahabat bermandi-manda di Pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi hari ini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, manakala seorang lagi dilaporkan hilang, dikhuatiri turut lemas. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sebana Cove Penolong Penguasa Bomba Mohd Khairul Sufian Dahari berkata mayat Muhamad Hariz Farhat Omar, […]

Penunggang Motosikal Maut Bertembung Trak Polis Bawa 29 Banduan
KOTA BHARU, 23 Mac (Bernama) — Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah trak polis yang membawa empat anggota polis dan 29 banduan di Kampung Demit, Kubang Kerian, dekat sini, hari ini. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata dalam kejadian pada kira-kira 9 pagi itu, mangsa Muhammad Khalis Mifzal Mohd Kamal, 21, yang […]
Jalan Perlu Ditutup Jika Alih Struktur Berat – Fadillah
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Jalan atau laluan kenderaan perlu ditutup, jika sesuatu struktur berat perlu dialihkan dalam melaksanakan projek pembinaan jalan raya atau lebuh raya, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. Beliau berkata, perkara itu adalah antara prosedur operasi standard (SOP) ketat yang perlu diikuti oleh kontraktor, bagi memastikan keselamatan […]
(Video) TERKINI: Struktur Kren Launcher Jatuh Hempap Kereta, Dua Pekerja Dilapor Maut
Struktur sebuah kren launcher berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Alam Damai, Kuala Lumpur dilaporkan telah jatuh. Kejadian itu dilaporkan melalui laman Twitter Bernama TV sebentar tadi Sebuah kren dipercayai jatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya SUKE di Persiaran Alam Damai kira-kira pukul 8.30 pagi tadi. Gambar awam pic.twitter.com/6tzT6jDYje — BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) March […]
Kanak-kanak Lima Tahun Maut Dilanggar Di Hadapan Rumah
BUTTERWORTH, 22 Mac (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang sedang menunggang basikal maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) dipandu seorang wanita dalam kejadian di hadapan rumah mangsa di Kampung Tok Sani, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara SPU ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian 4.30 […]