Berita›Tragedi
Dua Rumah Musnah Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Jalan Kimanis-Keningau
KOTA KINABALU, 10 Nov — Dua rumah musnah dalam kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit di Batu 18, Jalan Kimanis-Keningau, pada awal pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis Johainin Ruslan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1 pagi di kawasan berbukit setinggi 150 meter dan terdapat sejumlah rumah dibina di kawasan […]
Dua Mayat Penghuni Resort Pelancongan Ditemukan Tertimbus Dalam Runtuhan Tanah
IPOH, 10 Nov — Dua mayat ditemukan tertimbus dalam tanah runtuh di sebuah resort pelancongan yang terletak di kawasan gunung di Tambun di sini, awal pagi tadi. Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Goh Boon Keng berkata mayat mangsa lelaki ditemukan pada pukul 9.55 pagi sebelum mayat mangsa wanita dijumpai beberapa minit kemudian di dalam jakuzi […]
Gempa Bumi Sederhana Bermagnitud 5.4 Dikesan Di Barat Daya Sumatera Pagi Tadi
Satu gegaran gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 pada skala Ritcher dikesan berlaku di barat daya Sumatera, Indonesia pada 8.52 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan, pusat gempa bumi itu terletak pada 6.5 darjah selatan dan 103.9 darjah utara dengan kedalaman 68 kilometer, serta sejauh 192 kilometer barat daya dari Bandar Lampung, Indonesia. Bagaimanapun, tiada amaran […]

Dua Mangsa Dikhuatiri Tertimbus Dalam Tanah Runtuh Di Tambun
IPOH, 10 Nov (Bernama) — Dua individu dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah hotel yang terletak di kawasan gunung di Tambun di sini awal pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian menimpa mangsa masing-masing seorang lelaki dan perempuan yang menginap di hotel itu pada pukul 1.28 […]
Nahas Helikopter: Anak Terkilan, Ada 9 Panggilan Arwah Bapa Tidak Dijawab Sebelum Kejadian Itu Berlaku
PETALING JAYA, 9 Nov (Bernama) — Jenazah mangsa nahas helikopter di Jalan Taman Melawati, Ampang, Allahyarham Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, di sini, kira-kira jam 4.30 petang tadi. Jenazah Mohd Irfan Fikri, 41, yang juga seorang ahli perniagaan sebelum itu dimandi dan dikafankan di Hospital Canselor Tuanku […]
Pesawat Bawa Bantuan Mangsa Ribut Terhempas Di Guatemala, Ragut Dua Nyawa
GUATEMALA CITY, 9 Nov (Bernama) — Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh pada Ahad apabila sebuah pesawat ringan yang mengangkut makanan untuk mangsa ribut, terhempas di Guatemala, lapor agensi berita Xinhua. Nahas berlaku pada tengah hari, beberapa minit selepas pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa La Aurora menuju ke Alta Verapaz. Satu mayat dijumpai di lokasi nahas […]
(Video) “Nanti Kita Wat Mari Heli Sini, Bereh?”, Sahabat Arwah Irfan F. Rawi Kongsi Kenangan, Helikopter Pernah Jadi Tatapan Jemaah Surau
Semalam kita ditangisi dengan tragedi memilukan hati dua helikopter dilapor terhempas dalam satu nahas yang berlaku di Taman Melawati, Ampang. Berdasarkan laporan media, dua individu iaitu Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom dilapor terkorban, manakala dua lagi individu iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Wendy Tan […]
Nahas Helikopter: Waris Kedua-Dua Mangsa Berada Di Bilik Mayat PPUKM Untuk Urusan Menuntut Jenazah
Kejadian nahas helikopter yang berlaku di Taman Melawati, Ampang semalam menyaksikan dua orang terkorban iaitu Mohamed Sabri Baharom dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi. Menurut laporan Bernama, mayat mangsa kini berada di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi proses bedah siasat. Waris kedua-dua mangsa juga telah berada di bilik mayat PPUKM bagi menunggu bedah […]

Helikopter Tiada Kotak Hitam, BSKU Panggil Mangsa Terselamat Untuk Siasatan Esok
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) — Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) akan memanggil dua mangsa yang terselamat dalam nahas helikopter terhempas di Jalan Taman Melawati di sini esok bagi membantu siasatan, kata Ketua Inspektor Kemalangan Udara BSKU Brigedier Jeneral Izani Ismail. “Pada hari ini, kedua-dua mangsa telah dibawa untuk menerima rawatan lanjut di hospital, jadi […]

“Bawak Molek Heli Tu, Loni Musim Angin Ribut,” Ayah Sempat Tinggal Pesan Terakhir Sebelum Anak ‘Pergi’
Tragedi dua helikopter yang bertembung dan terhempas sehingga mengorbankan dua nyawa di Taman Melawati, tengah hari tadi, ternyata menyedihkan dan menggemparkan ramai pihak. Kedua-dua mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Sabri Baharon, 56, dan Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44 dipercayai dalam penerbangan latihan dari Subang menuju ke Genting Sempah. Apa yang menyentuh hati, bapa kepada […]
“Tiba-Tiba Salah Satu Melanggar Ekor Helikopter Lain,” Saksi Sangka Helikopter Buat Tinjauan Udara
KUALA LUMPUR, 8 Nov – “Saya ingatkan kedua-dua helikopter berkenaan sedang melakukan tinjauan udara dengan terbang bersama, sebelum salah sebuah daripadanya melanggar ekor helikopter yang lain,” cerita seorang saksi yang melihat kemalangan dua helikopter di Taman Melawati pagi tadi. Saksi berkenaan Puteri Nur Ilani Ismail, 25, berkata, ketika itu dia sedang mencari daun herba untuk kegunaan […]
Keluarga Hanya Tahu Nahas Helikopter Melalui Sebaran ‘Whatsapp’
KUALA LUMPUR, 8 Nov – Keluarga kepada mangsa nahas helikopter di Taman Melawati, Ampang, Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, mendapat perkhabaran berita sedih melibatkan anak keempat dari 10 beradik itu, daripada kumpulan Whatsapp. Abang sulung mangsa Dr Mohd Izani Mohd Rawi berkata beliau terus menghubungi pengirim Whatsapp berkenaan sekitar 12 tengah hari, kerana seakan-akan mengenali susuk […]

“Harap-Harap Tak Bertembung Dengan Saya..” Gurauan Terakhir Juruterbang Sebelum Terhempas
Komen yang dimuat naik di Facebook mungkin menjadi gurauan terakhir arwah Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44, salah seorang mangsa yang maut dalam nahas melibatkan pertembungan dua helikopter di Taman Melawati Ampang, tengah hari tadi. Menerusi komen yang ditinggalkan arwah di Facebook sahabatnya malam tadi, arwah sempat berseloroh dengan berharap agar dron milik sahabatnya tidak bertembung […]

Dua Mangsa Maut Dalam Kejadian Dua Helikopter Bertembung Sebelum Terhempas
Dua helikopter terhempas dalam satu kejadian di Taman Melawati, Ampang, di sini kira-kira jam 12 tengah hari tadi. Menurut jurucakap Bomba Selangor, dua disahkan maut setakat ini. ”Dalam kejadian itu dipercayai melibatkan empat mangsa iaitu satu perempuan dan tiga orang lelaki,” kata jurucakap itu. Baca: TERKINI – Video Detik-Detik Cemas Helikopter Terhempas Dekat Taman Melawati Baca: […]

Treler Simen Terbabas Di LPT 2 Dari Arah Bukit Besi Ke Ajil, Lorong Kecemasan Dan Kiri Ditutup
Sebuah kemalangan berlaku di Kilometer 381.49 arah Utara di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) melibatkan sebuah treler simen terbabas dari arah Bukit Besi ke Ajil awal pagi tadi. Menurut info trafik daripada LLM Trafik berkata lorong kecemasan dan liri kiri ditutup kerana muatan simen tersebut menutup kedua lorong tersebut. Bagaimanapun, cuca yang sangat baik […]

17 Rumah, 15 Kereta Rosak Akibat Ribut Di Kampung Yooi
LANGKAWI, 7 Nov (Bernama) — Sebanyak 17 rumah dan 15 kereta rosak dalam kejadian ribut yang melanda Kampung Yooi, di sini tengah hari tadi. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata laporan mengenai kejadian itu diterima kira-kira 12.40 tengah hari sebelum sepasukan dengan kekuatan 10 anggota dikerah ke […]

Anggota TUDM Maut Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut digilis lori apabila terjatuh di atas jalan selepas motosikalnya hilang kawalan di jalan yang digenangi air dalam kejadian di Jalan Kuching dekat sini, petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata mangsa Mohd Husaini Mohd Nasir, 28, dalam perjalanan dari arah Selayang ke Kem Tentera Udara […]

Kehilangan Warga Emas Terjawab, Mayat Ditemukan Dalam Sungai
MELAKA, 7 Nov (Bernama) — Kehilangan seorang warga emas sejak Selasa lepas akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemukan di dalam sebuah sungai kecil di Sungai Duyong di Duyong di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata mayat lelaki berusia 71 tahun itu ditemukan orang awam dalam keadaan terlungkup di dalam sungai […]

Pisau Untuk Bunuh Siti Nur Surya Dijumpai Di Tepi Lebuh Raya Telemong – Polis
KUALA BERANG, 7 Nov – Pisau yang digunakan suspek dalam kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, telah dijumpai di tepi lebuh raya Telemong, di sini, kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Daud. Katanya, senjata berkenaan dipercayai diambil oleh suspek di rumah mangsa dan digunakan sebagai senjata untuk membunuh, pada Ahad lepas. “Pisau pemotong sayur berkenaan dibuang di tepi lebuh […]
Pantai Timur Dijangka Dibadai Ribut Petir Hingga 2 Pagi Nanti
Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri termasuk zon Pantai Timur yang dijangka sehingga pukul 2 pagi nanti. Menerusi data terkini yang dikeluarkan pada 10.30 malam ini, kawasan yang diramal tersebut adalah seperti berikut:- Kelantan: seluruh negeri Terengganu: Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun & Kemaman Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, […]