Berita›Tragedi

(Video) Enam Murid Sekolah Cedera, 22 Lagi Alami Trauma Dihempap Bumbung
Melaka: Enam murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim, di sini, cedera dihempap bumbung yang runtuh di tingkat tiga bangunan sekolah itu akibat ribut kencang dalam kejadian pagi ini, menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka. Beliau berkata kejadian yang berlaku pada kira-kira 10 pagi itu turut menyebabkan 22 murid lagi mengalami trauma. “Enam murid yang mengalami cedera ringan […]
Ujian DNA Tulang Pinggul Sah Milik Anna Jenkins
GEORGE TOWN, 11 Ogos – Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas tulang pinggul yang ditemukan di sebuah kawasan hutan berhampiran Jalan Batu Gantung, di sini pada 24 Jun lepas sepadan dengan DNA Anna Jenkins, warga Australia yang dilapor hilang di negeri ini, tiga tahun lepas. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata pihaknya […]
Suami Mangsa Kelar Ditemukan Mati Tergantung Di Papan Iklan
SUNGAI PETANI, 11 Ogos – Suami kepada wanita warga emas yang maut dengan kesan kelar di bahagian leher di rumahnya di Bandar Aman Jaya, di sini semalam ditemukan mati tergantung di papan iklan di kawasan Bukit Bintang, dekat sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata mayat Tan Kok Jooi, 62, yang […]

Sembilan Gerai Di Desa Pandan Musnah Dijilat Api
KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Sembilan gerai musnah dalam kebakaran di Desa Pandan, di sini, awal pagi ini. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Armdan Mahat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.38 pagi dan tiba di lokasi 12 minit kemudian. Katanya seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan Keramat dihantar ke lokasi kejadian. […]

(Video & Gambar) Pokok Tumbang Dan Atap Terbang, Penduduk Kongsi Kejadian Ribut Dipercayai Berlaku Di Melaka Pagi Tadi
Media sosial hari ini dibanjiri gambar dan video kejadian ribut yang dipercayai melanda Melaka pagi tadi. Melalui perkongsian pengguna Facebook, rata-rata memberitahu daerah Malim antara yang terjejas teruk. Daripada gambar serta video yang dikongsi, angin dilihat sangat kuat sehingga menumbangkan beberapa pokok disisi jalan. Dalam pada itu, orang ramai juga berkongsi beberapa gambar kediaman yang […]
Pemimpin Beirut Telah Diberi Amaran Pada Julai Mengenai Bahan Letupan Di Pelabuhan
Pegawai keselamatan Lubnan memperingatkan perdana menteri dan presiden bulan lalu bahawa 2,750 tan ammonium nitrat yang disimpan di pelabuhan Beirut menimbulkan risiko keselamatan dan boleh memusnahkan ibu kota jika meletup, menurut sumber keselamatan kanan. Hanya lebih dari dua minggu kemudian, bahan kimia industri meletup dalam letupan besar yang menghancurkan sebahagian besar pelabuhan, membunuh sekurang-kurangnya 163 […]

(Video) Api Besar Menjulang, Detik-Detik Ngeri Lori Tangki Minyak Meletup Di Rusia
Volgograd, Rusia, 10 Ogos – Satu kejadian letupan dilaporkan berlaku di sebuah stesen pengisian gas di sini hari ini. Menurut agensi media Azerbaijan, seramai 13 individu dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan. Letupan dipercayai bermula apabila sebuah tangki membawa gas terbakar di stesen pengisian di daerah Traktorozavodsky, lapor media tersebut memetik kenyataan Kementerian Kecemasan Rusia. Api […]
OKT Maut Terjun Bangunan Mahkamah Di George Town
GEORGE TOWN, 10 Ogos — Seorang lelaki iaitu Orang Kena Tuduh (OKT) yang dibawa ke mahkamah di sini untuk pendakwaan, ditemui mati selepas disyaki terjun dari tingkat lima bangunan berkenaan hari ini. Mayat lelaki yang berusia 40an itu ditemui terbaring di aras bawah mahkamah berkenaan pada kira-kira pukul 11.35 pagi. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong […]
Asap Debu Letusan Gunung Berapi Sinabung Di Indonesia Dijangka Memasuki Ruang Udara Malaysia Bermula Malam Ini- MetMalaysia
PUTRAJAYA, 10 Ogos – Asap debu letusan Gunung Berapi Sinabung, Indonesia pagi tadi dijangka tidak akan menjejaskan kualiti udara negara ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan berkata, jangkaan tersebut adalah berdasarkan model trajektori HYSPLIT yang dijana pihaknya serta ramalan dari Pusat Amaran Debu Gunung Berapi Serantau (VAAC), Darwin, Australia. “Orang ramai tidak […]
(Video) “Antara Duka Sinabung Dan COVID-19,” Pagi Persis Malam, Penduduk Kongsi Rakaman Letusan Gunung Berapi
Sebuah desa di Kabupaten Karo, Indonesia kelihatan gelap-gelita apabila diselubungi abu daripada letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera Utaran. Susulan daripada itu, warga tempatan dilaporkan tidak berani keluar ke rumah apabila suasana siangnya bertukar persis waktu malam. “Gelap sekali jam 10 pagi, serasa malam akibat debu, sampai saat ini lampu rumah tetap dinyalakan,” ujar Teran […]
(Video) Gunung Sinabung Di Sumatera Utara Kembali Meletus
JAKARTA, 10 Ogos – Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi ini, mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 5,000 meter. Menurut kenyataan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG), letusan itu berlaku pada 10.16 pagi waktu Indonesia Barat dan asap serta abu itu menghala ke arah timur dan tenggara Pulau Sumatera. PVMBG […]

Tragedi Beirut: Wajah Sugul Penduduk Pulang Ke Rumah Melihat Kemusnahan Tempat Tinggal
Letupan kuat yang mengegarkan ibu negara Lubnan, Beirut pada 4 Ogos lalu menjadi perhatian di seluruh dunia. Ianya lebih meruntun jiwa apabila tragedi itu ditengah-tengah kekalutan wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara berkenaan. Susulan daripada letupan yang berlaku, baru-baru ini para penduduk memuat naik gambar-gambar rumah dan pejabat mereka yang musnah akibat kejadian tersebut. Dalam […]
(Video) Gempa Terkuat Sejak 100 Tahun, Detik Cemas ‘Digoncang’ Dirakam Penduduk Di North Carolina
Gempa kuat menggoncang North Carolina, Amerika Syarikat semalam (9/8/2020) dikatakan antara yang terkuat sejak 100 tahun. Jabatan Cuaca Nasional di Greenville memberitahu bahawa gempa berkekuatan 5.1 magnitud terjadi pada jam 8.07 dengan beberapa susulan gempa kecil beberapa jam sebelum itu. Walau bagaimanapun, tiada laporan korban jiwa setakat ini. Penduduk tempatan dalam pada itu turut berkongsi […]
(Video) Hotel Tempatkan Pesakit COVID-19 Terbakar, Sekurang-kurangnya Tujuh Dilaporkan Maut
Sekurang-kurangnya 7 orang pesakit termasuk dua wanita meninggal dunia dan beberapa lagi dikhuatiri terperangkap dalam satu kejadian kebakaran yang terjadi di hotel yang dijadikan Pusat Penjagaan Covid-19 di Vijayawada pada awal pagi ini, lapor The Economic Times. Menurut laporan awal, terdapat lebih dari 30 orang pesakit Covid-19 yang dirawat di pusat tersebut. Beberapa anggota pengawal […]
Empat Unit Rumah Kedai Pekan Air Mawang Musnah Dalam Kebakaran
KUALA PILAH, 9 Ogos — Empat unit rumah kedai musnah dalam kebakaran di Pekan Air Mawang, Johol, pagi ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kebakaran yang berlaku pukul 8 pagi itu menyebabkan sebuah kedai perabot dan tiga unit kedai lain musnah sepenuhnya. “Tiada kemalangan […]
Nahas Pesawat Terbelah Dua, Penumpang Terselamat Dedah Keadaan Cemas Dalam Pesawat Ketika Kejadian
Seorang lelaki yang terselamat dari nahas kapal terbang di India telah menggambarkan detik mengerikan yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 18 orang mati. Kedua-dua juruterbang juga dilaporkan terkorban selepas pesawat Air India Express yang terbang dari Dubai ke Calicut dengan 191 penumpang telah tergelincir di landasan dan terbelah dua. Terdapat 174 penumpang dewasa, 10 bayi, dua juruterbang dan […]
Pesawat Air India Express Tergelincir Ketika Mendarat, Badan Pesawat Terbelah Dua Dan 17 Dilaporkan Terkorban
Sebuah pesawat Air India Express dengan 190 orang penumpang di dalamnya telah tergelincir di sebuah lapangan terbang di selatan negeri Kerala dan membunuh sekurang-kurangnya 17 orang, lapor BBC. Memetik laporan CNA, lebih dari 100 yang lain dilaporkan tercedera manakala 15 daripadanya parah. Boeing 737 itu dalam perjalanan dari Dubai dan tergelincir di landasan dalam hujan […]

(Video) Treler Melintang Di Tengah Lebuhraya, Kesesakan 5km Dari Pedas Linggi ke Simpang Ampat Arah Selatan
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan dalam muatnaik terbaru menerusi laman Twitter mereka, berlakunya satu kemalangan di kilometer 222.9 arah selatan dari Pedas Linggi ke Simpang Ampat. Berdasarkan gambar yang dimuatnaik, kelihatan sebuah treler melintang atas lebuhraya tersebut dan dilanggar oleh dua buah kenderaan yang dipercayai kereta jenis MPV dan sebuah pacuan empat roda. LLm juga […]

Mayat Pelajar Asing Ditemukan Terapung Di Tasik The Mines
Serdang: Mayat seorang pelajar warga China ditemukan dalam keadaan terapung di dalam tasik The Mines di Seri Kembangan, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata mayat mangsa lelaki berusia 21 tahun itu ditemukan oleh polis bantuan The Mines ketika melakukan rondaan di sektar tebing tasik pada jam 12.32 tengah hari. […]
Anggota PGA Maut Dipercayai Tertembak Diri Sendiri
SUNGAI PETANI, 7 Ogos – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut selepas dipercayai tertembak diri sendiri di bilik rehat Markas Latihan Luar Tupah, Pusat Latihan PGA (PLPGA) di Bedong dekat sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian pada 5.10 pagi itu, Muhammad Aslam Ahmad, 31, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. […]