Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Ditemukan Maut Di Wad Psikiatri

budak maut
Gambar hiasan

KUANTAN, 16 Okt — Seorang lelaki disyaki pesakit mental meninggal dunia selepas ditemukan dalam keadaan tergantung di tingkap pada awal pagi tadi, kira-kira tujuh jam selepas dia dimasukkan ke wad psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata lelaki berusia 58 tahun dari Kampung Cendering di sini, ditemukan tergantung di jeriji tingkap bilik pengasingan wad pada kira-kira 5.50 pagi.

“Seorang petugas hospital mendakwa telah menurunkan pesakit bagi memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum doktor mengesahkan kematian pesakit,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Noor berkata mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik hospital berkenaan untuk bedah siasat selepas ujian saringan COVID-19 selesai dilakukan.

Sumber- BERNAMA