Berita›Tragedi
Ibu Itik Seakan Minta Bantuan, Tolong Anaknya Terperangkap Dalam Lubang
Tular satu video yang berdurasi selama 3:05 minit yang dikongsikan di laman Twitter mengenai seekor ibu itik yang seakan berusaha memanggil orang untuk membantunya menyelamatkan anak-anaknya yang terperangkap di dalam longkang. Kemudian, datang seorang lelaki bersama kawannya untuk membantu ibu itik tersebut. Dia memotong besi pada longkang berkenaan untuk memudahkannya menyelamatkan anak-anak itik itu. Apa […]
(Video) Ribut Pasir Dahsyat ‘Serang’ Ibu Kota Niger, Langit Bertukar Oren
Dikala seluruh dunia sedang menghadapi wabak COVID-19 yang semakin menular, tidak dinafikan ada juga dugaan lain yang hadir. Baru-baru ini, ibu kota Niger iaitu Niamey dilanda ribut pasir yang tebal sehingga membuatkan penduduknya berada dalam ketakutan. Kejadian menakutkan tersebut berlaku pada hari Isnin yang lepas. Melalui video yang dikongsikan Reuters di Twitter, keadaan tersebut dikatakan […]
16 Buruh Maut Digilis, Dipercayai Tertidur Keletihan Ketika Berehat Seketika Atas Rel Kereta Api
16 pekerja migran maut setelah digilis kereta api dalam satu kejadian nahas di wilayah Aurangabad, Maharashtra, India awal pagi tadi. 14 daripadanya terkorban serta-merta di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia tidak lama selepas itu akibat kecederaan parah. Memetik laporan Indian Express, pekerja-pekerja tersebut yang berjalan kaki dari Jalna ke Bhusawal untuk menaiki kereta […]

Mayat Remaja OKU Lemas Ditemui Di Kawasan Loji Air
CHUKAI, 8 Mei – Mayat remaja lelaki kurang upaya (OKU) pembelajaran yang lemas di Sungai Cerul, Rabu lepas, ditemui di kawasan Loji Rawatan Air Cerul, di Cheneh di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mayat mangsa Muhammad Al Hadi Samsuri, 13, ditemui pada pukul 11 pagi dalam keadaan mengalami pereputan awal […]
(Video) Lelaki Terkejut Beruang Di Sebalik Tingkap Rumahnya, Cuba Buka Untuk Masuk
Siapa yang tidak takut kalau terpaksa berdepan dengan beruang di sebalik tingkap secara tiba-tiba? Itulah yang dialami oleh seorang individu yang menyedari bahawa terdapat seekor beruang berada di sebalik tingkap rumahnya. Luca Tezzele, 27, telah mendengar sesuatu sedang berjalan di balkoni rumahnya ketika dia sedang menonton TV. Ketika Luca sedang berjalan menuju ke dapur untuk […]

Dua Warga Asing Maut, Motosikal Bertembung Dengan Lori Ikan
KUALA TERENGGANU, 8 Mei – Dua lelaki warga asing maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan ikan di Kampung Pengkalan Setar, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Mat Din berkata dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, motosikal yang ditunggangi mangsa yang berusia 19 dan […]
Kediaman Milik Bekas Timbalan Menteri KPDNHEP Terbakar
KUCHING, 7 Mei — Kediaman milik bekas timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (KPDNHEP) dan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, di Jalan Nyiur di sini, terbakar kira-kira pukul 4.54 petang tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak Tiong Ling Hii berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan berkenaan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat […]
Video Tular Tiga Individu Pijak Kucing Buat Netizen Berang
Menurut portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar, di bawah seksyen 43, Bahagian IV, Akta Binatang 1953 (Semakan-2006) (Akta 647) “haiwan” bermaksud, sebarang makhluk yang hidup selain daripada manusia dan termasuk mana-mana haiwan, burung, ikan, reptilia atau serangga, samaada liar atau jinak. Didalam akta itu, adalah salah melakukan kezaliman terhadap haiwan jika secara zalim memukul, menendang, menganiaya, […]

Adun Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun Meninggal Dunia
KUANTAN, 7 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini Datuk Seri Abu Bakar Harun berusia 60 tahun telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur dipercayai akibat serangan jantung, awal pagi tadi. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan pemergian Allahyarham dalam catatan di Facebook dan Instagram rasmi beliau. Khabar sedih itu turut dikongsi rakan-rakan […]

(Video) Sejurus Selepas Berbuka Puasa, Bangunan Abbco Tower Di UAE ‘Dijilat’ Api
Sebuah menara pencakar langit antara tertinggi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah terbakar. Kejadian berlaku sejurus selepas berbuka puasa. Menurut laporan, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran menara seluas 623 kaki dan antara bangunan yang tertinggi di Sharjah, salah satu daripada tujuh wilayah membentuk UAE. Bagaimanapun, terdapat tujuh orang cedera ringan akibat kebakaran di menara tersebut […]
Prosiding Komital: Bapa Adib Hantar Representasi Kepada Peguam Negara
KUALA LUMPUR, 5 Mei — Bapa anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengemukakan representasi kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, bagi mendapatkan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC), berhubung permohonan prosiding komital yang difailkannya terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas. Peguam Aidil Khalid, yang mewakili bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, berkata pihaknya menghantar […]
Pesawat Bawa Bekalan Perubatan COVID-19 Terhempas, Sekurang-Kurangnya 6 Maut
Sebuah pesawat yang membawa bekalan perubatan bagi melawan pandemik COVID-19 dilaporkan terhempas di Mogadishu, lapor Al-Jazeera. Menurut Menteri Pengangkutan Somalia, kesemua enam orang di dalam penerbangan terbunuh dalam tragedi tersebut. Mangsa terdiri daripada juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera penerbangan, pelatih juruterbang dan dua staf syarikat penerbangan. Beliau walaubagaimanapun enggan memberi ulasan terhadap punca kemalangan, namun bekas […]
“Malam Ni Last La Kita…,” Rakan Setugas Kongsi Detik-Detik Terakhir Bersama Allahyarham Kpl Safwan
Allahyarham Kpl Safwan bin Muhammad Ismail telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata, Tanjung Rambutan, Perak pada pagi tadi. Pemergian anggota polis itu sudah semestinya sangat dirasai oleh ahli keluarga serta rakan-rakan yang telah bertugas bersamanya. Muhammad Lutfe iaitu salah seorang rakan setugas Allahyarham berkongsi detik-detik terakhirnya bersama Allahyarham sebelum berlakunya kejadian […]
(Video) Bayi Trauma Ditarik, Diseret ‘Topeng Monyet’
Topeng monyet adalah kesenian tradisional yang dikenal di pelbagai daerah di Indonesia. Pertunjukan topeng monyet juga dapat dijumpai di India, Pakistan, Thailand, Vietnam, Tiongkok, Kamboja, Jepang, dan Korea. Jenis kesenian ini melibatkan seorang pawang yang melatih monyetnya untuk melakukan berbagai aktiviti yang meniru tingkah laku manusia, misalnya mengenakan pakaian, berdandan dan berbelanja. Tular satu video […]
”Pemandu Mabuk Sebabkan Kematian Anggota Keselamatan Patut Dipertimbangkan Hukuman Mati Atau Penjara Seumur Hidup Serta Sebat”- Dr. MAZA
Satu hukuman yang teramat berat perlu dijatuhkan ke atas individu yang menyebabkan kecederaan atau kematian anggota keselamatan ketika bertugas menjaga kepentingan awam di jalan raya. Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) dipercayai mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan kes kematian seorang anggota polis, Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail yang terkorban akibat dirempuh oleh pemandu […]
(Video) Jenazah Allahyarham Koperal Safwan Selamat Dikebumikan Mengikut Istiadat Polis Pagi Tadi
Jenazah anggota polis, Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail yang terkorban dalam nahas rempuhan ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 di Plaza Tol LEKAS baru-baru ini telah selamat dikebumikan. Mengikut perkongsian di facebook, jenazah dikebumikan secara istiadat polis di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata, Tanjung Rambutan, Perak pagi tadi. Halaman Facebook Friends […]

Anggota Polis Maut Dilanggar Pemandu Mabuk Ketika Bertugas – Ketua Polis Daerah Kajang
Seorang anggota polis ‘gugur’ di medan peperangan ketika bertugas di sekatan jalan raya Lebuhraya LEKAS, awal pagi tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang berkata, mangsa maut dilanggar pemandu mabuk ketika bertugas di sekatan jalan raya 5 Ops Covid-19. Mangsa, Allahyarham Kpl Safwan bin Muhammad Ismail berusia 31 tahun berasal daripada Ipoh, Perak. Menerusi kiriman daripada […]
Mayat Pembekal Sayur Ditemui Reput Dalam Bilik Air
KUCHING, 1 Mei — Mayat seorang pembekal sayur di pasar raya ditemui dalam keadaan reput di dalam bilik air rumahnya di Jalan Song di sini, kira-kira pukul 9.05 pagi, semalam. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani berkata maklumat diperolehi menerusi seorang pemanggil menghubungi polis memaklumkan seekor anjing mati di perkarangan sebuah rumah milik […]
Wanita Maut Jatuh Tebing 35 Meter Gara-Gara Tergelincir Ketika Ambil Gambar Rai ‘Lockdown’ Tamat
Seorang wanita dilaporkan maut apabila terjatuh dari ketinggian 115 kaki ketika sedang bergambar di hujung tebing di Duden Park, Turki. Mangsa dikatakan terjatuh ketika sedang mengambil gambar sebagai meraikan tamatnya perintah berkurung (lockdown) COVID-19 di negara itu. Sebelum kematiannya, mangsa dikenali sebagai Olesya bersama rakannya dilaporkan sedang bersiar-siar di kawasan tersebut yang terkenal dengan pemandangan […]
Dipercayai Ada Masalah Kewangan, Lelaki Tikam Isteri & Bapa Mentua Sebelum Bunuh Diri
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Akibat berselisih faham, seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan tergantung selepas menikam isteri dan bapa mentuanya dalam kejadian di sebuah rumah di Bangi, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata polis sebelum itu, menerima laporan berkaitan kes perselisihan faham pasangan suami isteri berumur lingkungan […]