Berita›Tragedi
Anggota Polis Maut Terlibat Kemalangan Ketika Ops Cantas COVID-19
Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang juga Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, ASP Aldrin Anak Gonda dilaporkan telah meninggal dunia pada 19 April, hari ini. Mendiang terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya pagi tadi berhampiran Arkib Negara, Mentaloon, Alor Setar semasa menjalankan tugas cantas Op COVID-19. […]
11 Tentera Filipina Terkorban, 14 Cedera Bertempur Dengan 40 Gerila Militan Abu Sayyaf
Satu platun tentera darat elit Filipina dilaporkan bertempur dengan kira-kira 40 pengganas Abu Sayyaf dalam satu serangan gerila di pulau Mindanao, mengakibatkan 11 tentera terkorban dan 14 lagi cedera, lapor Aljazeera memetik kenyataan menteri pertahanan. Panglima Tentera Wilayah, Leftenan Jeneral Cirilito Sobejana berkata pada Jumaat, pertempuran tersebut berlaku dalam satu kawasan hutan pergunungan di kampung […]
Hutan Simpan Kuala Langat Selatan Terbakar Lagi
SHAH ALAM, 18 April — Kawasan di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Banting, dekat sini dikesan terbakar lagi, kebakaran kali kedua tahun ini selepas kejadian pertama pada Mac lepas. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata kebakaran itu melibatkan kawasan seluas 15 hektar. Bagaimanapun, katanya kerja-kerja pemadaman dan tinjauan selanjutnya hanya akan dilakukan esok berikutan tiada […]
Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 12 Di Semenyih
KUALA LUMPUR, 17 April — Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah apartmen di Taman Eco Hill, Semenyih dekat Kajang hari ini. Dalam kejadian kira-kira 6.00 petang, mangsa berusia 21 tahun itu sedang merokok di balkoni seluas dua kaki sebelum ditemui terjatuh. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata mangsa maut di lokasi kejadian […]

Mahkamah Tetapkan 14 Mei Pengurusan Kes Bunuh Zulfarhan
KUALA LUMPUR, 17 April — Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 14 Mei ini untuk pengurusan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dengan kesan melecur di beberapa bahagian anggota badan, pada tiga tahun lepas. Prosiding bela diri tertuduh dalam kes itu yang sepatutnya bersambung semalam (16 […]
Rumah Kongsi Di Damansara Hangus Terbakar
Baru sebentar tadi, tular di Facebook satu video menunjukkan kebakaran yang dikatakan berlaku di Damansara. Video tersebut dikongsi oleh salah seorang pengguna Facebook, Li Sa Kebakaran tersebut dikhabarkan berlaku berdekatan dengan apartmen Flora Damansara. Menurut BERNAMA, kebakaran yang berlaku di Damansara Utama itu telah menyebabkan beberapa rumah kongsi milik pekerja tapak binaan hangus dijilat api. […]
Gempa Berkekuatan 5.0 Pada Skala Richter Gegar Uyugan, Filipina
HONG KONG, 15 April — Gempa bumi dengan kekuatan 5.0 pada skala Richter menggegar Uyugan, Filipina pada 2020-04-15 02:01:06 GMT Rabu, menurut pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat. Agensi berita Xinhua melaporkan pusat gempa pada kedalaman 10.0 kilometer, di 19.9735 darjah utara dan 122.0737 darjah timur. #Earthquake M5.0 Philippine Islands Region (Philippines) 8mins ago 15 Apr […]

(Video) Tak Perasan Terbuka Tiba-Tiba, Wanita Digilis Lori Lepas Rempuh Pintu Kereta
Sebuah video tular di media sosial menunjukkan satu kejadian ngeri yang dikatakan berlaku di Thailand di mana seorang menunggang motosikal digilis lori selepas mengelak daripada kecuaian orang lain. Menerusi rakaman video tersebut, seorang penunggang motosikal dikatakan mengelak dan terbabas akibat terlanggar pintu kereta uang dibuka oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab. Malangnya, mangsa terjatuh di […]
Thailand Bergelut, Lebih 6,000 Kampung Diisytihar Kawasan Kemarau & Bekalan Air Membimbangkan
THAILAND kini sedang bergelut mengatasi musim kemarau melampau yang diramalkan berterusan sehingga penghujung Julai, dalam ketika negara itu sedang berdepan dengan pandemik COVID-19. Merujuk laporan The Bangkok Post, kira-kira 6,255 kampung di 24 wilayah telah diisytiharkan kawasan kemarau apabila empangan dan pusat tadahan air hanya menampung 49 peratus bekalan air. Malangnya lagi, daripada angka tersebut, […]
Mayat Dipercayai Warga Asing Ditemui Mati Tergantung Di Pokok Positif COVID-19
KOTA KINABALU, 13 April — Mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identiti dan dipercayai warga asing, yang ditemui tergantung di pokok di kawasan Kampung Pondo, Pulau Gaya di sini, pada 6 April lepas, didapati positif COVID-19. Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata, kesemua 12 anggota polis yang bertugas mengendalikan mayat berkenaan, […]

(Video) Gunung Berapi Anak Krakatau ‘Memuntahkan’ Abu Dan Ledakan Kuat Di Indonesia
Gunung Anak Krakatau meletus sekali lagi di Selat Sunda Lampung pada 9.58 malam hari Jumaat, dengan memuntahkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 657 meter dari atas permukaan laut. Malah, terdapat laporan mengenai ledakan kuat telah dirasai 150 kilometer jauh di ibu negara Indonesia, Jakarta pada jam 11 malam semalam. Berdasarkan maklumat yang dilaporkan oleh […]
Lelaki Hilang Ketika Dalam Misi Hantar Bantuan Makanan Ditemui Lemas
SIBU, 9 April (Bernama) — Seorang daripada tiga lelaki yang menghantar bantuan makanan kepada penduduk rumah panjang yang terputus bekalan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sepanjang Sungai Ensiring, Julau, ditemukan lemas hari ini, selepas perahu mereka karam akibat arus deras dua hari lepas. Ketua Polis Daerah Julau, DSP Ismuni Umar berkata mayat Mazian Seliong, […]

Tujuh Rumah Kedai Terbakar Di Pokok Sena, Kedah
Alor Setar: Tujuh rumah kedai sederet di depan Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samat di Jalan Pokok Sena dekat sini, musnah dalam kebakaran tengah hari tadi. Kejadian pada kira-kira 12.10 tengah hari itu, bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa mahupun kecederaan. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufa’at Kamaron berkata […]

Tertuduh Kes Bunuh Zulfarhan Sambung Bela Diri 16 April 2020
KUALA LUMPUR, 9 April – Tertuduh dalam kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain akan menyambung keterangan membela diri mereka di Mahkamah Tinggi di sini pada 16 April ini. Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memberitahu Bernama bahawa prosiding membela diri oleh tertuduh dalam kes itu di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah sepatutnya bersambung esok dan 13 April . […]
Sekurang-kurangnya 21 Doktor Maut Akibat COVID-19 Di Filipina
Sekurang-kurangnya 21 doktor dilaporkan meninggal dunia di Filipina akibat jangkitan COVID-19, menurut laporan media tempatan pada Rabu. “Doktor-doktor itu meninggal dunia akibat COVID-19 kerana ada pesakit yang berbohong tentang sejarah perjalanan dan keadaan kesihatan mereka,” kata Presiden Persatuan Hospital Swasta, Rustico Jimenez pada pemberita GMT. Setakat ini, 740 petugas perubatan di Filipina dipercayai telah dijangkiti […]
Angka Kematian COVID-19 Di New York Kini Melepasi Jumlah Mangsa Tragedi 9/11
Angka kematian COVID-19 di New York secara rasminya sudah melepasi rekod jumlah kematian mangsa yang terkorban dalam nahas tragedi 9/11 di World Trade Centre pada 2001 dahulu. New York kini merekodkan 731 kes kematian pesakit COVID-19 terbaharu pada Selasa, menjadikan ia jumlah kematian terbesar dalam tempoh 24 jam. Kadar kematian di negeri itu sejak penularan […]
Seekor Ikan Lumba-Lumba Ditemui Mati, Punca Kematian Masih Disiasat
BANGKAI seekor ikan lumba-lumba dipercayai spesies Bottlenose ditemukan terdampar di atas batu di Pantai Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak tengah hari tadi. Ketua Pangkalan, Jabatan Perikanan Kuala Kurau, Nazri Mohd Noh berkata, empat anggota dari Cawangan Kawal Selia dan Penguatkuasaan Kuala Kurau bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat itu dari nelayan setempat pada pukul […]
Tetak Dan Tolak Rakan Sekerja Ke Sungai, Nelayan Warga Asing Ditahan
IPOH, 6 April (Bernama) — Seorang nelayan warga asing ditahan kerana disyaki membunuh rakan sekerjanya di atas sebuah bot sebelum menolak mangsa ke dalam sungai di kawasan pelantar ikan di Bagan Parit 4, Sungai Sumun, Hilir Perak pagi tadi. Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata suspek berusia lingkungan 40-an yang […]
Ibu Pengurus Man. City, Pep Guardiorla Meninggal Dunia Akibat COVID-19
Ibu kepada Pengurus Manchester City, Pep Guardiorla iaitu Dolors Sala Carrió dilapor meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19 pada usia 82 tahun. Khabar duka berkenaan dimaklumkan oleh kelab Liga Perdana Inggeris itu dalam satu tweet pada Isnin. ”Semua pihak di kelab ini ingin mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan-rakan dan Pep dalam mengharungi waktu-waktu yang sukar ini,” […]
Siklon Harold Kategori Lima ‘Langgar’ Vanuatu
Satu puting beliung kategori lima telah melanda negara Selatan Pasifik, Vanuatu. Hal in menyebabkan kerosakan di sebahagian besar negara tersebut semasa negara tersebut masih dalam persediaan menghadapi wabak COVID-19. Puting beliung yang digelar sebagai puting beliung ‘Harold’ itu mula menyerang di bahagian Utara dan Barat negara tersebut pada hari Isnin. Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Vanuatu […]