Berita›Tragedi
Anggota Polis Cedera Ditumbuk Ketika Bertugas
BUTTERWORTH, 17 Feb – Seorang anggota polis mengalami keretakan tulang hidung selepas ditumbuk seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada ditahan dalam kejadian di Jalan Raja Uda, di sini dua hari lepas. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari Sabtu itu, anggota polis berpangkat konstabel dari Balai […]
Pemandu Dipercayai Mabuk Langgar Empat Kenderaan, Seorang Maut
SEREMBAN, 16 Feb (Bernama) — Seorang pemandu kereta maut manakala tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal cedera selepas mereka dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki secara melawan arus di kilometer 17.5 Lebuhraya Lekas, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata dalam kejadian pukul 3.20 pagi itu, seorang pemandu […]

12 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Semporna
SEMPORNA, 16 Feb — Kira-kira 12 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Inabah Kamal di sini, malam tadi. Pegawai Bomba Kanan I, Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Rary Binjie berkata lima jentera dengan 31 anggota ditugaskan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 8.02 malam. “Bantuan digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kunak serta […]
(Video) Bangunan Dalam Pembinaan Di Jalan Klang Lama Runtuh, Empat Mangsa Dilaporkan Terperangkap
Terkini, satu kejadian bangunan runtuh dilaporkan berlaku di sekitar Taman Desa Coalition, Jalan Klang Lama sebentar tadi. Menurut satu laman Facebook bernama EdgeProp Malaysia, bangunan yang dilaporkan runtuh itu adalah merupakan sebuah projek pembinaan kondominium yang sedang disiapkan. Menurut Bernama, insiden tersebut berlaku kira-kira jam 3 petang hari ini. Gambar yang disiarkan menunjukkan sebahagian struktur […]

Hasrat L/KPL Mohamad Faiz Bina Rumah Tidak Kesampaian
Kota Bharu : Hasrat seorang anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput, L/Kpl Mohamad Faiz Bukhari, 28, untuk membina rumah tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan di Km37, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, dekat Kampung Salak Stesyen, Sungai Siput, Perak malam tadi. Ibu mangsa, Che Senah Che Awang, 62, berkata Allahyarham Mohamad Faiz […]

(Video) Kereta Bertembung Dengan Treler, Bayi Lelaki 16 Bulan Antara 4 Yang Maut
SUNGAI SIPUT, 14 Feb – Polis mengesahkan hanya empat yang maut termasuk seorang bayi lelaki dalam perlanggaran melibatkan kereta dan treler di Km37, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, dekat Kampung Salak Stesyen, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata mangsa yang maut ialah anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis […]

Anggota PGA Hilang Ketika Selamatkan Mangsa Bot Karam
Sandakan : Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) hilang dalam kejadian bot penumpang karam di perairan dekat Pasar Umum Sandakan di sini, pagi ini. Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Sandakan Leftenan Komander Mohd Hafidz Mohd Tajuddin berkata mangsa Asman Ongkal, 40 yang turut menaiki bot itu bersama keluarganya, hilang ketika cuba menyelamatkan penumpang […]
Suami Maut, Isteri Cedera Ditetak Rakan Kenalan
DUNGUN, 12 Feb – Seorang buruh maut manakala isterinya cedera akibat ditetak rakan kenalan mereka dalam kejadian di rumah kongsi ladang kelapa sawit di Kampung Beril, dekat Paka, kira-kira 30km dari sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Dungun, Supt.Baharudin Abdullah berkata, dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, mangsa, Mohd Zukanain Abdul Aziz, 39, meninggal […]
15 Pelarian Rohingya Maut, Ramai Masih Hilang Selepas Bot Dinaiki Terbalik Di Bangladesh
DHAKA, 12 Feb (Bernama) — Sekurang-kurangnya 15 pelarian Rohingya terbunuh selepas bot dinaiki terbalik di Teluk Bengal dekat tenggara sempadan Bangladesh dengan Myanmar, kata seorang pegawai pada Selasa. Jurucakap Pengawal Pantai Bangladesh Leftenan Hayat Ibna Siddique berkata kepada Xinhua 15 mayat telah ditemui pada Selasa pagi, 71 orang diselamatkan dan jumlah mangsa yang hilang tidak […]

Pemandu Mabuk : Keluarga Mangsa Kemalangan Cadang Ambil Tindakan Undang-Undang
Kepala Batas : Keluarga mangsa kemalangan di Kilometer 13 Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Butterworth dekat sini awal pagi ini akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemandu kereta yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan dua lelaki maut dalam kejadian itu. Bapa Muhammad Amin Najmi, Azaman Hashim, 49, berkata tindakan undang-undang itu demi keadilan buat anaknya […]

(Video) 2 Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Kereta Lawan Arus
GEORGE TOWN, 12 Feb – Dua penunggang motosikal maut manakala seorang lagi penunggang cedera parah selepas mereka dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki secara melawan arus di Jalan Thean Teik, Air Itam di sini malam ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata seorang wanita berusia 41 tahun dan seorang lelaki berumur 58 […]

(Video) Budak Cedera Teruk Dimuka, Didakwa Tercampak Dari Kereta Dilanggar Myvi & Jazz Sedang Berlumba
Seperti mana yang kita tahu, kemalangan yang berlaku bukan kerana jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik malah sikap pemanduan yang memandu sambil lewa menyebabkan membahayakan pengguna jalan raya lain berhadapan dengan risiko kemalangan. Banyak kes sudah berlaku, walaupun telah banyak aduan yang dibuat namun masih lagi tiada inisiatif tidakpun kesedaran tentang pemanduan jalan raya […]

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Tangkap Ikan
KLUANG, 9 Feb – Seorang lelaki warga tempatan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika menangkap ikan di Sungai Kampung Palembang, di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata mayat mangsa R G Rajandran, 31, ditemui orang awam kira-kira 3 petang. “Mangsa dikatakan memasang sendiri generator dan wayar arus elektrik untuk menangkap […]

Lepas Kebakaran Hutan Dan Banjir, Australia Dijangka Dibadai Ribut Damien
Seperti semua sedia maklum, sejak 3-4 bulan ini Australia menerima pelbagai jenis bencana alam, bermula dari kebakaran hutan, banjir dan yang terbaru hari ini Australia dibadai angin kencang dan diramai bakal menerima ‘kedatangan’ ribut Damien di sebelah barat negara itu. Kejadian ini berlaku serentak dengan hujan lebat yang sedang melanda timur Australia. Menurut Biro Kaji […]

(Video) Rakaman Bumi Turki ‘Muntahkan Darah’ Selepas Gempa Bumi Dahsyat
Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang berlaku di Turki pada bulan lalu tidak terhenti setakat itu sahaja. Perkara itu ekoran terdapat satu fenomena aneh dan jarang berlaku sehingga mengejutkan warganet. Menerusi rakaman yang tular di media sosial, daratan di satu kawasan itu seolah-olah ‘berdarah’ dipercayai akibat daripada gegaran gempa bumi. Gempa bumi itu berlaku pada […]

Depoh Simpanan Kereta DBKL ‘Dijilat’ Api, 30 Buah Kereta Lama Rentung
KUALA LUMPUR – Kira-kira 30 buah kereta lama yang ditempatkan di sebuah depoh simpanan kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) musnah dalam satu kebakaran di Taman Connaught, Cheras di sini malam ini. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu kira-kira 8.04 […]

Dua Rentung Dalam Kebakaran Di Matu Daro, Kuching
Kuching : Seorang wanita warga emas dan seorang orang kelainan upaya (OKU) rentung dalam satu kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah di Kampung Sekaan Kecil, Matu Daro di Mukah, kira-kira 660km, dari sini, awal pagi. Mayat Sedah Sahari, berumur 80-an, dan OKU yang dikenal pasti sebagai Remlah Mesie, 50-an, ditemukan di bahagian ruang tamu salah sebuah […]
(Video) Remaja Berbalut Dikepala, Dipercayai Ditimpa Tiang Pagar Rumah
Seorang remaja lelaki cedera di kepala didakwa akibat ditimpa tiang pagar rumah di sebuah kawasan perumahan di Rawang. Dalam gambar dikongsikan pengguna Twitter, Abe J melalui Brotherhood Rawang, remaja itu terduduk di halaman rumah dengan kepala berbalut. Beberapa kesan tompokan darah turut dapat dilihat pada lantai halaman rumah berkenaan. Dalam gambar yang lain, kelihatan tiang […]
Wanita Menderita Pekak & Bisu Seumur Hidup, Suami Simbah Minyak Panas Ketika Tidur
Kejam, tindakan seorang suami yang telah menyimbah minyak panas yang mendidih ke arah isterinya ketika sedang tidur telah menyebabkan wanita tersebut mengalami kecederaan yang teruk. Bahagian mukanya antara anggota yang mengalami kecederaan yang paling teruk sehingga menyebabkan kulit mukanya yang melecur bertukar kepada kekuningan. Selain itu, wanita berkenaan juga turut mengalami kecederaan teruk sehingga menyebabkan […]

“Maaf Kami Tidak Dapat Menutup Semua Darah”, Aleppo Barat Diserang
“Kami memohon maaf kerana tidak dapat menutup semua darah-darah yang mengalir diserata tempat.” Sebuah keluarga dengan seramai sembilan orang ahli dipercayai telah diserang oleh sebuah pesawat tempur Rusia pagi tadi di bandar Aleppo Barat. Video memaparkan sebuah van yang dipandu telah pun terbalik dan terdapat kesan tembakan di seluruh permukaan van. Selain itu, mayat bergelimpangan […]