Berita›Tragedi

Trak Meletup Di Mogadishu Ragut 30 Nyawa
Mogadishu : Lebih 30 orang termasuk orang awam dan askar kerajaan terbunuh manakala ramai lagi cedera, apabila pengebom bunuh diri meletupkan sebuah trak di sebuah pusat pemeriksaan keselamatan di Mogadishu, Somalia pada Sabtu pagi, lapor agensi berita Anadolu memetik pegawai. Kejadian berlaku di persimpangan Ex-Control Afgoye di kawasan pinggir bandar di barat daya Mogadishu ketika […]

(Video) 15 Rumah Musnah Dalam Kebakaran
Lahad Datu : Lima belas rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Panji dekat sini, petang ini. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memberitahu bomba yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.06 petang, menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dengan bantuan BBP Kunak ke lokasi kejadian. “Operasi diketuai Abu Bakar Taraji dengan […]

Angka Korban Nahas ‘Bek Air’ Meningkat Kepada 14 Orang, 35 Cedera
Almaty : Angka korban nahas penerbangan Bek Air pada Jumaat dekat Almaty, Kazakhstan meningkat kepada 14 orang dan 35 lagi cedera, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan pegawai. Sebelum ini, pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata, sembilan maut dan sembilan lagi cedera dalam nahas tersebut yang berlaku sejurus pesawat malang itu berlepas. “14 orang maut di […]
(Video) Rakaman Menakutkan, Deruan Angin Taufan Phanfone Saat Hentam Filipina
Taufan Phanfone yang berlaku di Filipina memperlihatkan angka kematian terus meningkat iaitu seramai 28 orang dan 12 orang dilaporkan hilang. Turut dikenali sebagai Taufan Ursula, ia mula ‘menyerang’ di Wilayah Timur Samar pada selasa lalu sehingga menyebabkan hujan lebat dan ribut yang luar biasa. Phanfone terus ‘merebak’ merentasi pulau-pulau di wilayah Visayas Timur, selatan Luzon […]

Tragedi Mandi-Manda, Pasir Jerlus ‘Telan’ Kanak-Kanak Hingga Lemas
Mandi-manda empat saudara berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripadanya lemas di tepi Sungai Sekayu, Kampung Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam. Mayat mangsa, Nur Iman Afiq Roshaizad, 12, yang berasal dari Kampung Kuala Menjing Tersat, Kuala Berang, ditemui kira-kira jam 12.10 tengah hari. Memetik sumber, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superitendan Mohd Adli Mat […]
Ibu Dan Bayi 8 Bulan Meninggal Dunia, Terlibat Kemalangan Ngeri, Kereta Dirempuh Treler
Kemalangan jiwa yang membabitkan ibu dan bayi meninggal dunia di kilometer 160.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pagi tadi. Menurut Twitter Plusline, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.55 pagi semalam dan menyebabkan ramai pengguna jalan raya tersebut terkandas sehingga 4 jam lamanya. Memetik daripada laporan Awani, dua mangsa maut iaitu seorang wanita dan bayi […]
Dah 15 Tahun Tragedi Tsunami Berlalu Tapi Ibu, Ayah Masih Yakin Siddiq Yang Hilang Masih Hidup
Walaupun sudah 15 tahun kejadian ngeri Tsunami membadai segenap tempat hingga menjadi ‘padang jarak padang terkukur’ masih menghantui masyarakat Aceh. Tragedi Tsunami tersebut merupakan yang paling teruk pernah berlaku di Indonesia. Memetik laporan Sinar Harian, seorang ibu masih menanti kepulangan putera bongsunya yang dikatakan hilang sejak 15 tahun lalu akibat Tsunami. Ibu yang berusia 59 […]
(Video) Detik-Detik Lelaki ‘Bergusti’ Dengan Pitbull Ganas Selamatkan Kanak-Kanak Dari Diserang
Rio de Janeiro – Seorang pemuda bertindak berani menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada serangan anjing jenis pitbull dengan tangan kosong pada 19 Disember lalu. Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Patrick do Céu, 20, meluru ke arah anjing yang sedang menyeret mangsa berusia 4 tahun dan cuba memisahkan mereka. Haiwan berkenaan dilihat menggigit lengan dan kaki […]

Tujuh Maut Dalam Insiden Bot Pendatang Karam Di Timur Turki
Bitlis : Tujuh pendatang tidak teratur maut pada Khamis apabila bot yang mereka naiki karam di Tasik Van yang terletak di timur Turki, lapor agensi berita Anadolu. Bot yang membawa 71 pendatang tidak teratur itu terbalik di Tasik Van berhampiran wilayah timur Bitlis menyebabkan tujuh orang maut manakala 64 lagi berjaya diselamatkan, menurut pejabat gabenor wilayah […]

Niat Nak Memancing Tak Kesampaian, Remaja Mati Lemas Ditemui Dalam Parit
Seorang remaja berusia 16 tahun dikatakan hilang sebelum berjumpa dengan dua orang rakannya ditemui meninggal dunia dalam keadaan tersembam di sebuah parit Ladang Tualang Tumbuh, Kampung Gajah lewat malam tadi. Mangsa Muhammad Adib merupakan pelajar tingkatan 4 di SMK Seri Iskandar ditemui oleh penduduk kampung sekitar jam 11.50 malam setelah enam jam dilaporkan hilang. Menurut […]

Bas Terjunam Ke Gaung, 26 Orang Dilaporkan Maut
JAKARTA, 24 Dis (Bernama) – Sekurang-kurangnya 26 dilaporkan terbunuh selepas sebuah bas ekspres terjunam ke dalam sebuah gaung di Sumatera Selatan, Indonesia. Menurut media tempatan, bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Bengkulu ke Palembang itu membawa seramai 50 penumpang. Menurut Ketua Hubungan Masyarakat Polis Daerah Sumatera Selatan, Supriadi, bas itu bertolak dari Bengkulu jam 11 […]
(Video) Raungan Kanak-Kanak Syria Dipercayai Baru Kehilangan Kakak Cetus Rasa Sedih, Marah
Negara Islam Syria, seperti yang diketahui ramai sedang mengalami peperangan terburuk. Perkara itu telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah. Setiap hari, tangisan kanak-kanak kedengaran apabila kehilangan keluarga tercinta. Tiada lagi tempat untuk bergantung hidup dan mengadu kasih kerana semuanya telah menjadi korban peperangan. Begitulah yang digambarkan terhadap satu tangisan seorang kanak-kanak yang meraung akan […]
(Video) Panik Sampai Keluar Dari Kereta, Gempa Bumi Kuat Goncang Afghanistan Dan Pakistan
Gempa bumi kuat goncang 2 negara, Afghanistan dan Pakistan pada petang Jumaat, Jabatan Geologi Amerika Syarkiat berkata, gempa itu memaksa semua orang awam berkumpul di jalanan di Kabul dan Islamabad. Gempa berukuran sekuat 6.1 magnitud itu menggegarkan lebih 50km selatan barat Jurm di Utara Afghanistan. Setakat ini tiada kerosasakan dilaporkan. Gegaran itu juga turut dirasai […]
Lelaki Tikam Isteri, Bayi Sehingga Maut Dipercayai Akibat Cemburu Kasih Sayang ‘Dibahagi’
Seorang ayah yang dipercayai cemburu terhadap anak sendiri bertindak menikam bayi lelakinya berusia tiga minggu dan isteri sehingga berlumuran darah. Denis Beytula dikatakan menikam bayinya, Andrei Stefan dua kali di rumah mereka di Portland Close, Wallsend, North Tyneside sebelum menikam isterinya, Andreea Stefan enam kali. Menurut Daily Mail, Denis menganggap bayi berkenaan sebagai ‘saingan’ kasih […]
(Video) Bekas Pakar Bedah Dedah Dakwa Diarah ‘Tuai’ Organ Lelaki Uighur Hidup-hidup
“Jika anda ke China untuk transplantasi jantung, mungkin seseorang yang tidak bersalah akan dibunuh untuk anda,” kata Dr Enver Tohti, bekas pakar bedah yang pernah terlibat secara langsung dalam ‘penuaian’ organ terancang di China pada 1990-an. Sebagai doktor muda pada ketika itu, Dr Enver bersemangat melakukan tugasnya, termasuk mengambil organ daripada banduan yang dihukum biarpun […]
Lima Maut Kemalangan Di Lebuhraya PLUS
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) — Lima maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di KM427.5 Lebuhraya Plus arah selatan dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung dekat sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, kereta Perodua Myvi dinaiki seorang lelaki dan empat wanita berusia 17 hingga 52 tahun dipercayai melanggar belakang […]
Kehilangan Masih Dicari, Bapa Pendam Rindu Mohon Doa Agar Anak Hilang 8 Bulan Ditemui
Seorang bapa melalui laman Facebook miliknya telah mengeluarkan satu hebahan untuk orang ramai membantu mencari anaknya yang telah hilang sekurang-kurangnya lapan bulan. Kanak-kanak lelaki tersebut ialah Muhammad Zahiruddin Putra Bin Mohd Fauzi yang berusia 8 tahun dilaporkan hilang sewaktu kali terakhir dilihat di Bandar Seri Putra Bangi, Selangor. Difahamkan melalui perkongsian Mohd Fauzi, anaknya sehingga […]

Rakyat Malaysia Dinasihatkan Elak Kawasan Terlibat Bantahan Awam Di India
PUTRAJAYA, 19 Dis – Rakyat Malaysia yang tinggal atau bercadang untuk melancong ke India dinasihatkan supaya mengelak daripada berada di kawasan berlakunya bantahan serta mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terlibat, kata Wisma Putra. Ia berikutan bantahan awam yang dilaporkan di negara-negara Timur Laut, Bengal Barat, Uttar Pradesh, New Delhi, Jammu dan Kashmir. Wisma Putra dalam […]

Remaja Lelaki Lembam Lemas Ketika Memancing Di Sg Telor
Kota Tinggi : Seorang remaja lelaki lembam ditemui lemas di Sungai Telor selepas tergelincir ke dalam sungai berkenaan ketika memancing, pagi tadi. Penolong Ketua Daerah Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Mohd Norahpandi Samsudin berkata kejadian pada pukul 11.26 pagi itu berlaku ketika Muizzuddin M. Nasir, 18, bersama rakannya Muhammad Haikal Iskandar […]
“Kulitnya Masih Melekat Di Baju,” Ibu Bapa Kecewa, Pihak Tadika Tak Bagitahu Anak Melecur Sup Panas
Seorang kanak-kanak perempuan telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami kecederaan teruk selepas seperiuk sup tertumpah ke badannya. Karina Iskalieva berusia 6 tahun mengalami luka melecur sebanyak 30 peratus di bahagian badannya. Kejadian ini berlaku di Aktau di bahagian timur Kazakhstan. Karina telah berlanggar dengan tukang masak yang sedang membawa seperiuk sup panas tersebut ketika dia […]