Berita›Tragedi

Tiga Cedera Kapal Tangki Minyak Terbakar
Kuching : Tiga lelaki cedera dalam insiden kapal tangki minyak yang sedang berlabuh di Pengkalan Kapal Demak Laut, di sini terbakar pagi ini. Ketika kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi itu, ketiga-tiga mereka, masing-masing berusia 20, 48 dan 54 tahun sedang membuat kerja-kerja pembersihan kapal bersama tiga lagi yang lain. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii […]

Lelaki Hidap Sawan Dikhuatiri Lemas Di Pantai Punggai
Kota Tinggi : Seorang lelaki dipercayai menghidap sawan, dikhuatiri lemas di Pantai Punggai, dekat Pengerang, semalam. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan daripada bapa mangsa pada jam 3.04 petang semalam, yang menyatakan anaknya, Abu Basir Tajul, 29, dilihat berlari ke arah Pantai Punggai, lebih kurang 50 meter, […]

Paip Air Pecah Dikenal Pasti Punca Tanah Mendap, Kereta Terjerlus
Kuala Lumpur : Mendapan tanah yang berlaku akibat paip air bawah tanah milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang pecah dikenal pasti sebagai punca sebuah kereta terjerlus di Jalan Maharajalela pada lewat malam Ahad. Pengarah Perancangan Koporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Khairul Azmir Ahmad dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, kerja-kerja baik pulih paip yang pecah […]
Lelaki Datang Konon Nak ‘Repair’ Peti Sejuk, Didakwa Tonton Video Lucah Depan Tuan Rumah
Ketagihan dalam pornografi bukan lagi benda asing dalam kehidupan masyarakat kita. Bahan lucah seakan-akan mudah didapati di media sosial untuk melempiaskan nafsu. Apa yang lebih parah lagi bila si pelaku memberi ancaman kepada orang sekeliling yang berpotensi menjadi mangsa. Kisah ini dikongsikan oleh seorang gadis yang memuat naik satu status di laman Twitter tentang seorang […]
Tong Terbakar Dan Meletup Disyaki Mengandungi Cecair Pelarut Dan Sisa Cat – JAS
Kuala Selangor : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mengesyaki 270 tong bahan kimia yang terbakar dan meletup di Jalan Kapar Batu 16 Kampung Tambak Jawa di sini awal pagi tadi mengandungi bahan cecair pelarut dan sisa cat. Pengarah JAS Selangor Shafee Yassin berkata pihaknya menerima laporan mengenai pembuangan tong-tong itu pada Jumaat lepas dan sampel […]
Kemalangan Dua Lori Ayam, Trafik KM162 Lebuh Raya PLUS Sesak
TANGKAK, 25 Nov – Kemalangan membabitkan dua kenderaan berat di Kilometer (km) 162, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Arah Utara tengah malam tadi menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira 5km ke arah utara dari Bukit Gambir ke Tangkak. Menurut laman Twitter LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia) Trafik, susulan kejadian itu, hanya lorong kecemasan boleh digunakan bagi memberi laluan kerja pengalihan dua […]
Tiga Maut, Seorang Hilang Kapal Nelayan Tenggelam Di Pulau Jeju
SEOUL, 25 Nov (Bernama) — Sebuah kapal menangkap ikan yang membawa 14 nelayan tenggelam di perairan di selatan pulau Mara pada Isnin, meragut tiga nyawa manakala seorang masih hilang, memetik polis maritim lapor agensi berita Yonhap. Menurut Pengawal Pantai Seogwipo, kapal Changjin seberat 24 tan itu dilaporkan karam pada pukul 6.05 pagi kira-kira 87 kilometer […]

Lelaki Rentung Dalam Kereta Yang Terbakar Di Pasir Gudang
Johor Bahru : Seorang lelaki rentung apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu terbakar di Jalan Tembaga 3, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini awal pagi tadi. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Sharol Suboh berkata kejadian itu berlaku pada pukul 3.33 pagi ketika mangsa yang dipercayai datang dari arah Lebuhraya Pasir Gudang sedang menghala ke Kampung Pasir Putih. ”Kereta yang dipandu […]
(Video) Sekurangnya 29 Maut, Pesawat Terhempas Atas Bumbung Rumah Penduduk
Goma, Kongo: Sekurang-kurangnya 29 maut setelah sebuah pesawat membawa 17 penumpang terhempas ke sebuah kawasan perumahan di sini semalam. Kata Gabenor Wilayah, Nzanzu Kasivita Carly, pesawat Busy Bee Dornier-228 yang dimiliki penerbangan peribadi Busy Bee terhempas ke atas rumah di daerah Mapendo, Goma tidak lama setelah ia berlepas dari lapangan terbang pada pagi Ahad. Berikutan […]

Sehari Sebelum Meninggal, Bintang KPOP Goo Hara Sempat Naik Gambar Dan Ucapan Terakhir
Kematian bekas anggota kumpulan K-pop wanita terkenal Korea Selatan, Goo Hara, di kediamannya di Cheongdam, selatan Seoul, semalam, ternyata mengejutkan ramai. Sehari sebelum ditemui meninggal dunia, penyanyi berusia 28 tahun itu juga sempat memuat naik sekeping gambar di Instagram miliknya berserta ucapan ‘selamat malam’ yang terakhir. Difahamkan, Hara yang berada di Jepun pada 14 hingga […]
16 Penghuni Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Sewa Terbakar
KUALA TERENGGANU, 24 Nov (Bernama) — Enam belas mangsa termasuk sepasang suami isteri tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Kampung Padang Hiliran di sini. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Norshah Shahri berkata kejadian pada 7.15 malam itu menyebabkan rumah separa kekal yang mempunyai 21 buah bilik sewa itu musnah […]
Wanita OKU Warga Emas Maut Dalam Kebakaran Di Klang
KLANG, 24 Nov (Bernama) – – Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) rentung dalam kebakaran di sebuah rumah teres setingkat di Kampung Sungai Pinang, di sini, awal pagi tadi. Timbalan Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Khairul Azhar A. Rahman ketika dihubungi berkata, mangsa Li Lam Seng, 78, ditemui rentung di rumahnya yang musnah hampir […]
Kereta Dilaporkan Hilang Kawalan, Pengurus Pasukan Johor Tigris Dan Anak Maut Kemalangan
Mersing, 23 Nov – Pengurus Pasukan Sepak Takraw League (STL) Johor Tigris, Allahyarham Abdul Manan Ahmad dan anaknya, Nur Ainil Jannah Abdul Manan maut dalam kemalangan di Jalan Endau-Mersing berhampiran Hutan Lipur Gunung Arong. Turut terkorban ialah seorang lelaki yang merupakan penumpang hadapan Honda City, Mahmud Md Aksan, 71. Dalam kejadian berkenaan, kereta Toyota Vios […]
Tong Gas Ditemui Di Ruang Tamu, Dua Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Apartmen
IPOH, 24 Nov (Bernama) — Dua warga emas rentung dalam kebakaran sebuah unit apartmen di Taman Meru Impiana dekat Meru Raya, awal pagi ini. Ketua Zon 1 Perak, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Khairul Jamil berkata dalam kejadian itu, mangsa seorang lelaki dan wanita ditemukan dalam keadaan tertiarap masing-masing di bahagian ruang tamu serta […]
Bukan Mekap ‘Special Effect’, Viral Muka Cacat Kanak-Kanak Gaza Didakwa Mangsa Bom Fosforus
Baru-baru ini viral semula beberapa keping gambar kanak-kanak di Gaza dengan wajah yang cacat didakwa akibat menjadi mangsa bom fosforus. Kanak-kanak berkenaan mengalami parut kecederaan menyerupai kesan terbakar sehingga menyebabkan kulit mereka rosak serta rambut dan kening tidak tumbuh semula. Kecederaan berkenaan turut membuatkan wajah mereka menjadi senget dan seolah-olah ‘cair’, dipercayai kesan bahan kimia […]

Rakyat Malaysia Digantung Atas Kesalahan Edar Dadah Di Singapura
SINGAPURA, 22 Nov – Seorang rakyat Malaysia, Abd Helmi Ab Halim menjalani hukuman gantung di Penjara Changi hari ini selepas disabitkan atas kesalahan mengedar dadah pada 2017. Pelaksanaan hukuman itu disahkan oleh Penasihat Lawyers for Liberty (LFL) N. Surendran. Abd Helmi yang berumur 36 tahun ketika ditahan pada 9 April 2015, dijatuhkan hukuman mati oleh […]

Sekurangnya Empat Mati, Insiden Bangunan Runtuh Di Phuket
Bangkok : Sekurang-kurangnya empat maut manakala tiga lagi dilaporkan hilang, apabila sebuah bangunan dalam pembinaan runtuh di Daerah Talang di Phuket hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 petang (waktu tempatan), dua pekerja pembinaan dilaporkan cedera dan dirawat di Hospital Thalang. Media tempatan melaporkan bumbung konkrit bangunan pejabat itu runtuh dan menghempap pekerja terbabit. Punca […]

Bapa Patah Kaki & Tulang Rusuk Dilanggar, Anak Minta Saksi Tampil Beri Keterangan
Bapa merupakan insan yang sangat berjasa dalam kehidupan seorang anak. Anak mana yang sampai hati melihat sebujur badan yang terlantar di hospital dek kerana kesilapan orang lain. Seorang pengguna twitter telah memuat satu posting mengenai bapanya yang telah dilanggar lari oleh sebuah hilux di traffic light Gong Puah, Terengganu pada 18 November lalu dan memohon […]

Bayi Dicekik Meninggal Dunia, Ibu Kritikal Ditikam Pemutar Skru
KUALA LUMPUR, 21 Nov – Seorang bayi perempuan meninggal dunia dipercayai dicekik manakala ibunya kritikal selepas dipercayai ditikam dengan pemutar skru dalam kejadian di sebuah apartment di Batu Caves di sini. Dalam kejadian kira-kira 7 pagi pada 14 Nov itu, bayi berusia tiga minggu bersama ibunya berusia 42 tahun itu dipercayai diserang seorang wanita yang mendakwa ibu […]

Berang “Password” Wifi Rumahnya Dicuri, Lelaki Didakwa Bunuh Jirannya
Seorang lelaki ditahan polis kerana membunuh dua orang lelaki yang dipercayai mempunyai talian anak dan bapa yang tinggal berjiran dengannya kerana mendakwa mereka mencuri kata laluan WiFinya kediamannya di Pakistan. Menurut sumber Independent, polis sedang menjalankan siasatan ke atas tertuduh. Menurut saudara mangsa, mereka mereka pernah menerima ugutan membunuh daripada suspek selepas mereka ‘bertikam lidah’ […]