Berita›Tragedi

Bayi 2 Tahun Maut Bersama Ibunya, Pemandu Memasuki Laluan Bertentangan Kerana Mengantuk
Sekurang-kurangnya 5 orang terkorban dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan yang bertembung di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu. Kejadian yang berlaku berhampiran Simpang Sungai Ruan di Raub awal pagi tadi melibatkan kereta Perodua Myvi dan Perodua Kancil. Pertembungan kedua-dua kereta itu dipercayai berlaku apabila pemandu kereta Perodua Kancil dari arah Kota Bharu menuju […]

(Video) Kisah Benar: Penculikan Cucu Jutawan Minyak Amerika Yang Tidak Mahu Membayar Wang Tebusan Kepada Penculik
J Paul Getty adalah salah seorang jutawan terkaya di dunia dan terkenal yang memperolehi kekayaannya melalui hasil minyak. Namun dia bukan sahaja terkenal dengan kekayaannya semata-mata, dia juga turut dikenali sebagai salah seorang jutawan yang kedekut serta dingin sifatnya. Kisahnya menjadi bualan ramai apabila dia bertindak menolak untuk membayar wang tebusan demi menyelamatkan nyawa cucunya yang […]

JHL Tawau Nasihatkan Penduduk Tidak Mandi Di Kawasan Banjir, Elak Haiwan Bahaya
TAWAU- Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau hari ini menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan dinaiki air atau banjir agar tidak melakukan aktiviti bermandi manda. Pegawainya, Sailun Aris berkata, peringatan itu sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang ancaman bahaya hidupan liar termasuk buaya hanyut, atau naik ke permukaan disebabkan banjir. “Penduduk dinasihat berhati-hati dan tidak mandi di kawasan banjir, […]

Permintaan Terakhir Suami Buat Si Isteri Sebak Sebaik Sedar Daripada Koma
Kita kadang-kadang sering mengambil mudah tentang setiap perkara dalam kehidupan kita. Sebaliknya kita sendiri tahu bahawa kehidupan ini merupakan satu perkara yang sukar untuk diramalkan. Jika hari ini kita mungkin masih disini mungkin esok atau lusa kita telah tiada di muka bumi ini. Foto ini menceritakan banyak maksud tersirat dan mempunyai cerita yang sangat menyentuh […]

(Video)Beberapa Kawasan Di Tawau Dinaiki Air
TAWAU, 3 Mei (Bernama) — Hujan lebat selama lapan jam di Tawau menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dinaiki air. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata hujan sejak pukul 3 pagi itu mengakibatkan beberapa jalan utama, kampung dan kawasan perumahan terjejas. Bagaimanapun, katanya tiada mangsa dipindahkan. “Kami menerima beberapa panggilan berlaku banjir di kawasan Tanjung […]

“Nasib Baik Tak Buta,” Bapa Cerita Detik Cemas Anak Berlumuran Darah, Mata Tersangkut Cangkuk Rak Baju
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun hampir kehilangan matanya apabila pencangkuk logam menembusi matanya secara tidak sengaja semasa dia sedang membeli belah bersama ibu dan kakaknya. Kanak-kanak itu dikatakan sedang membeli belah bersama kakak dan ibunya di sebuah pusat membeli-belah di Sydney bulan lalu ketika dia melihat terdapat pakaian di lantai sebelum membongkok secara tiba-tiba […]

Doktor Warga Malaysia Yang Diselamatkan Dari Gunung Nepal Meninggal Dunia
Seorang doktor Malaysia yang berpangkalan di Singapura yang sempat diselamatkan ketika sesat di Gunung Annapurna, Nepal minggu lalu meninggal dunia. Mendiang Dr Chin Wui Kin, 48 tahun yang terkandas ketika sedang menuruni Gunung Annapurna dari puncak gunung selama dua malam namun gagal untuk kembali semula ke kem. Usaha menyelamat yang dijalankan dianggap sebagai satu keajaiban […]

Pulang Operasi Memadam Kebakaran, Jentera Bomba Terbabas, Seorang Parah, Dua Cedera
Tiga anggota bomba dilaporkan cedera setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik. Kejadian yang berlaku sekitar jam 11 pagi tadi melibatkan jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Gerik dipercayai terbabas ketika dalam perjalanan pulang daripada operasi pemadaman kebakaran yang melibatkan sebuah lori muatan getah di KM 39 JRTB […]

Pelan Australia Mahu Bunuh 2 Juta Kucing Liar Guna Sosej Beracun Dikritik Masyarakat Dunia
Pemerintah Australia dalam sebahagian pelan menjelang tahun 2020, pihak berkuasa negara itu telah dikritik apabila dengan sengaja memberi makan kucing-kucing dengan daging yang mengandungi racun. Perbuatan itu adalah untuk melindungi spesis-spesis asli di negara Australia. Sumber dari Metro UK menyatakan bahawa ada kucing-kucing yang ditangkap dan ditembak mati atas arahan pegawai pemerintah. Pelan ini telah […]

Ingatkan Dah Lintas Jalan, Bapa Saudara Tak Perasan Terseret Anak Buah Sejauh 20 Meter
Berita yang mengejutkan datang dari Bharat Nagar Delhi di mana seorang budak lelaki berusia tiga tahun dilanggar oleh bapa saudaranya sendiri secara tidak sengaja dan diseret dengan kereta hampir 20 meter pada petang Isnin lalu. Keseluruhan insiden itu dirakam melalui CCTV dan menjadi viral di media sosial. Menurut laporan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5:17 […]

2 Maut Manakala 12 Cedera Dalam Kemalangan Taman Tema Di Sichuan, China
CHENGDU (China), Dua terbunuh manakala 12 lagi cedera termasuk enam kanak-kanak dalam kemalangan di sebuah taman tema di Chengdu, China lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan pada Khamis. Seramai 14 pelancong termasuk enam remaja terjatuh ketika bermain gelongsor sepanjang 235 meter dalam satu kejadian kira-kira pukul 5 petang Rabu, menurut saksi. Mangsa yang […]

“Sayang Tak Boleh Gerak, Mampu Tengok Dari Jauh Je,” Permintaan Terakhir Cepatkan Tarikh Kahwin Tak Sangka Rupanya Petanda Suami Nak Pergi Dulu
Hati siapa yang tak sedih apabila perkahwinan yang dicapai hanya sempat dirasai beberapa hari. Kasih sayang seorang suami pergi tiada galang ganti. Allah lebih sayangkan suaminya, namun bukan mudah untuk seorang isteri menerima berita tragis itu dengan hati yang pasrah. Pasangan pengantin ini telah selamat diijabkabulkan pada 1 Mei 2018 yang lalu. Pun begitu, 11 […]

Selesai Jalani Pembedahan Buang Peluru, Mangsa Serangan Christchurch Dari Malaysia Masih Mampu Tersenyum Cerita Pengalaman
Lebih kurang dua minggu lagi, genaplah dua bulan berlakunya serangan ke atas dua buah masjid secara berturut-turut di Christchurch, New Zealand yang meragut lebih 50 jemaah dan mencederakan 50 yang lain. Tragedi itu menyayat hati ramai di seluruh dunia, tanpa mengira warna kulit dan agama. Kita di Malaysia juga turut menangisi serangan itu tambahan pula […]

Pejabat Pusat Penyelidikan Mardi Terbakar
Kuala Lumpur : Pejabat Pusat Penyelidikan Padi dan Beras, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Seri Kembangan, Serdang terbakar lewat petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 6.50 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian dengan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan […]

Main ‘Game’ Seawal 4 Pagi, Lelaki Ditemui Mati Akibat Serangan Jantung Di Kafe Siber
Seorang lelaki meninggal dunia selepas jasadnya ditemui tidak sedarkan diri di atas papan kekuci di sebuah pusat siber di Thailand. Natsupon Arunrat, 32, dipercayai singgah di kafe siber berkenaan seawal jam 4 pagi dan kematiannya hanya disedari di sebelah petang dalam kejadian yang berlaku Sabtu lepas. Menurut pemilik kafe tersebut, kedainya sering dikunjungi oleh penganggur-penganggur […]

Sekurang-Kurangnya 21 Orang Pelajar Bunuh Diri Selepas Dapat Keputusan Peperiksaan Tidak Memberansangkan
Sekurang-kurangnya 21 orang pelajar disahkan maut membunuh diri semenjak pengumuman keputusan Telangana Intermediate Examination pada 18 April, lapor India Today. Sebelum ini, Ketua Menteri Amid, K Chandrasekhar Rao secara terbuka merayu kepada para pelajar untuk tidak mengambil tindakan drastik menamatkan riwayat sendiri biarpun tidak mendapat keputusan peperiksaan yang diinginkan. Media turut melaporkan salah seorang mangsa […]

“10 Tahun Yang Lalu Dia Pernah Selamatkan Saya, Kini Saya Pula Selamatkan Dia” Kisah Doktor Ini Jadi Bualan Netizen
Cerita menarik tentang seorang doktor wanita menyelamatkan seorang lelaki yang pernah menyelamatkannya sejak 10 tahun yang lalu baru ini telah tular dan sering menjadi bualan hangat netizen dalam media sosial di China. Kira-kira 10 tahun yang lalu lelaki itu pernah membantu seorang gadis yang bernama Tam Ling selepas keluarganya terlibat dalam kejadian gempa bumi yang […]

“Hati Saya Hancur,” Ibu Sebak Anak 2 Tahun Jatuh Dalam Periuk Air Panas Mendidih
Seorang kanak-kanak lelaki berusia hampir dua tahun hampir ‘direbus’ hidup-hidup selepas tidak sengaja jatuh ke dalam sebuah periuk yang mengandungi air panas di Ukraine. Anak kecil itu menderita dengan keadaan yang melepuh hampir seluruh badan apabila disahkan sehingga 70% daripadanya melecur. Gambar yang menyayat hati itu diambil oleh sukarelawan amal yang menunjukkan kanak-kanak itu terbaring […]

Terkini: Tragik, Lebih 272 Kakitangan Pilihan Raya Indonesia Maut Kira Undi, 1,871 Lagi Jatuh Sakit
Pada 17 April lalu, Indonesia telah mengadakan Pilihan Raya Presiden, menyaksikan Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Prabowo Subianto sebagai calonnya. Sebanyak 40 badan bebas berdaftar dengan Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia, melakukan hitung cepat Pilpres 2019 itu. Badan-badan itu menggunakan sampel hasil kiraan undi di 3,000 hingga 6,000 TPS yang dipilih mereka, berdasarkan pemilihan TPS […]

Peminat Fanatik Avengers Menangis Tak Henti, Terpaksa Dikejarkan Ke Hospital
Seorang peminat fanatik filem “Avengers” terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara terkena serangan “hyperventilate” setelah tidak dapat mengawal tangisannya semasa menonton filem “Avengers: Endgames” tersebut. Wanita yang berasal dari timur China itu merupakan seorang pelajar kolej yang berusia 21 tahun. https://youtu.be/YHgIBfw_L7s Mangsa dikatakan mengalami masalah sukar untuk bernafas dan merasakan sakit di bahagian dadanya. Beliau juga turut […]