Berita›Tragedi

Insiden Tembakan Rambang Ketika Solat Jumaat Di Masjid Chrischurch, Seorang Rakyat Malaysia Turut Jadi Mangsa
Beberapa orang terbunuh dalam satu tembakan besar di dua buah masjid di bandar Christchurch, New Zealand. Menurut laporan daripada Radio New Zealand, terdapat dua insiden penembakan setakat ini. Ia berlaku di Masjid Al Noor di sebelah Hagley Park, dan satu lagi di Masjid Linwood di pinggir bandar Linwood. Seorang saksi di dalam Masjid Al Noor memberitahu […]

Kronologi Terkini Pencemaran Kimia Di Sungai Kim Kim Pasir Gudang
Berikut adalah kronologi perkembangan terkini kejadian pencemaran sisa bahan kimia yang menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang diarah tutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, pada 7 Mac. 13 Mac: Semua 111 sekolah di daerah Pasir Gudang diarah tutup. – Sejumlah 947 orang dirawat dengan […]

Tiada Keperluan Isytihar Darurat Bencana – PM
JOHOR BAHRU, 14 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat bencana di Pasir Gudang memandang situasi pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, dalam keadaan terkawal. Bagaimanapun, Perdana Menteri mengingatkan semua pihak untuk terus berhati-hati memandangkan situasi pencemaran masih belum berakhir. “Tidak..belum sampai […]

Pencemaran Kimia: ATM Gerakkan Dua Tim
SUBANG, 14 Mac (Bernama) — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggerakkan dua Tim iaitu Tim Tinjau ‘Chemical Biological, Radiological and Nuclear (CBRN)’ serta Tim Nyah Cemar CBRN untuk bantuan kepakaran pembersihan kawasan yang tercemar akibat pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor, Khamis lepas. Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin […]

Tidak Perlu Isytihar Darurat Di Pasir Gudang – Hanipa
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Setakat ini tiada keperluan untuk mengisytihar darurat bencana di Pasir Gudang berikutan krisis pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim yang menjejaskan kesihatan lebih 1,000 orang awam di kawasan itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin. Beliau berkata, walaupun kerajaan tidak mengisytiharkan darurat di kawasan itu, […]

Menakjubkan, Rumah Masih Utuh Biarpun Semua Di Sekelilingnya Musnah Dibadai Tornado
Menakjubkan, apabila sebuah rumah kelihatan masih utuh dan tidak terkesan walaupun kawasan di sekitarnya musnah dibadai tornado. Rakaman itu berjaya dirakam oleh sebuah drone selepas serangan tornado yang mengorbankan 23 orang awam di Alabama dan Georgia, Amerika Syarikat (AS) pada 3 Mac lalu. Jurugambar, Matt Gillespie, yang merakam gambar tersebut kemudiannya memuat naik video itu […]

Dewan Rakyat Bahas Usul Tergempar Pencemaran Kimia Di Johor Petang Ini
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Dewan Rakyat akan membahaskan usul tergempar mengenai bencana pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Johor, hari ini. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof berkata usul yang dikemukakan oleh anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim itu dibenarkan setelah ia memenuhi semua kriteria di bawah Peraturan Mesyuarat […]

Pencemaran Toksik: 506 Dirawat, 111 Sekolah Ditutup
Sejumlah 506 orang dirawat dengan sembilan daripadanya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala kesemua 111 buah sekolah di Pasir Gudang diarah tutup hari ini ekoran pencemaran toksik akibat pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim, di sini, Khamis lalu. Seramai 166 orang kini dirawat di HSI. Kes pencemaran toksik yang masuk hari ketujuh hari ini menyaksikan jumlah kes baharu meningkat apabila […]

Pencemaran toksik: Sultan Ibrahim kurnia RM1 juta
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM1 juta bagi memperhebatkan operasi menyelamat, merawat serta mencegah pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang. Menerusi catatan dalam laman Facebook Sultan Johor, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah, sumbangan itu juga membolehkan agensi penyelamat serta pihak berkuasa yang terbabit dalam operasi […]

Marah Awalnya Kerana Tiada Siapa Membantu, Tetapi Lelaki Ini Bersyukur Kerana Terlewat 2 Minit
Seorang lelaki berasal daripada Greece memberitahu bahawa dia merupakan penumpang ke-150 pesawat Ethiopia Airlines yang terhempas pada Ahad, namun terlepas penerbangan tersebut kerana terlewat hanya 2 minit. ”Saya berasa amat marah kerana ketika itu tiada petugas yang membantu saya untuk sampai di pintu tepat pada masanya,” kata Antonis Mavropoulos di laman Facebook miliknya ketika berkongsi kisah […]

China, Indonesia Dan Ethiopia Gantung Semua Operasi Pesawat Jenis Boeing 737 Max 8
China, Indonesia dan Ethiopia telah mengambil langkah drastik apabila menggantung kesemua operasi pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 susulan daripada nahas yang berlaku pada ahad lalu. Nahas yang melibatkan pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu telah mengorbankan 157 nyawa dan ianya merupakan nahas kedua yang melibatkan pesawat jenis yang sama. Oktober lalu, pesawat Boeing […]

Isteri, Dua Remaja Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Bunuh CEO Cradle Fund
Balu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan, serta dua remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh lelaki itu pada Jun tahun lepas. Bekas eksekutif senior di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Samirah Muzaffar, 44, dan dua remaja lelaki yang masing-masing berusia 16 serta 13 […]

Tuan Rumah Tidur Tak Tenang, Ular Sawa 6 Meter ‘Tumpang’ Atas Bumbung Rumah
Inilah seperti mimpi buruk bagi sesiapa sahaja yang mempunyai ophiofobia (ketakutan ular). Python enam meter yang sangat besar ditemui tidur di atas bumbung sebuah rumah di Bangkok pada waktu malam, Jumaat lalu. Gambar ular itu segera menjadi viral hujung minggu lalu selepas jabatan bomba Bang Na Bangkok memuatnaik proses penangkapan melalui Facebook rasmi mereka. “Kami menerima […]

“Jaga Je Anak Kau, Takyah Sibuk Hal Orang,” Tinggal Anak Atas Motor, Bapa Melenting Bila Ditegur
Insiden atapun isu melibatkan keselamatan anak kecil sering terjadi dikalangan kita. Sebanyak 9,781 kes kanak-kanak hilang dibawah umur 18 tahun dilaporkan yang melibatkan 7,501 lelaki dan selebihnya perempuan. Hal ini membuatkan ramai diantara ibu bapa yang semakin mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku. Walau bagaimanapun, perkongian daripada saudari Intan melalui akaun […]

Enjin Terbakar Di Udara, Airbus A380 Milik Air France Terpaksa Berpatah Balik
Sebuah pesawat jenis Airbus A380 milik Ai France dilaporkan terpaksa berpatah balik dan mendarat kecemasan di Abidjan, Ivory Coast selepas salah satu enjinya terbakar di udara, semalam. Ketika kejadian, pesawat berkenaan dilaporkan membawa lebih 500 orang penumpang dan anak kapal. Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku ketika pesawat berkenaan mendarat. ”Saya melihat bebola api pada bahagian […]

Kesemua 157 Penumpang Dan Anak Kapal Ethiopian Airlines Disahkan Tekorban
Jurucakap syarikat Penerbangan Ethiopia dalam satu kenyataan mengesahkan kesemua 149 penumpang dan 8 orang anak kapal yang terlibat dalam kemalangan awal pagi semalam telah terkorban. Pesawat jenis Boeing 737 MAX8 yang berlepas daripada Addis Ababa, Ethiopia pada pukul 8.38 pagi waktu tempatan menuju ke Nairobi, Kenya dilaporkan terputus hubungan kira-kira enam minit kemudian. Kemalangan berkenaan […]

“Dialah Yang Berulang-Alik Membawa Pelajar Kami Untuk Diselamatkan Nyawa” Hero ‘Abang Ambulans’ Sudah Sedarkan Diri
2 hari lalu tular mengenai kes limpahan bahan kimia di sungai Kim Kim yang dikatakan berpunca dari sebuah lori tangki. Sisa kimia itu sepatutnya dilupuskan mengikut prosedur yang betul namun ada pihak yang mengambil jalan mudah dengan membuangnya ke dalam sungai. Berikutan perkara tersebut, sekolah berhampiran telah mengarahkan pelajar sekolahnya untuk mengosongkan kawasan tersebut, Pihak […]

Pesawat Boeing 737 Ethiopian Airlines Terhempas, Nasib 157 Penumpang Dan Anak Kapal Tidak Diketahui
Pesawat Boeing 737-800 MAX milik Ethiopian Airlines dilaporkan terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan daripada Addis Ababa ke Nairobi, kira-kira 8.44 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan tersebut, pesawat dengan kod pendaftaran ET-AVJ itu dilaporkan berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Addis Ababa kira-kira pukul 8.38 pagi. Ketika kejadian, pesawat berkenaan […]

Pelajar Perempuan Warga Sweden Maut Jatuh Kondominium
George Town : Seorang pelajar perempuan warga Sweden ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat rumah sewanya di kondominium Sri York di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata kejadian itu disedari pengawal keselamatan di kondominium berkenaan kira-kira 8.45 malam, sebelum memaklumkan penemuan mayat Mridu Kaul, 22, di tingkat bawah premis tersebut. […]

Kereta Api Tergelincir Di Bogor, 17 Cedera
Jakarta : Sebuah kereta api penumpang dari Jakarta menuju ke Bogor, Indonesia, tergelincir menyebabkan 17 dilaporkan cedera setakat ini. Kereta api itu tergelincir jam 10.15 pagi waktu Indonesia Barat, selepas melepasi stesyen Cilebut, kira-kira 10km dari Bogor. Syarikat pengendali kereta api itu, PT Kereta Commuter Indonesia dalam satu kenyataan berkata mangsa yang cedera dihantar ke […]