BeritaTragedi

Berita
Ingat Sedang Tidur Rupanya Dua Remaja Ini Sudah Tidak Bernyawa Terbaring Dalam Kereta
Dua remaja disangka sedang tidur tetapi rupanya telah mati di dalam kereta. Kejadian tersebut ternyata mengejutkan mengejutkan penduduk Kampung Jaya Baru, Kinatabangan, apabila kedua-dua mereka ditemui mati dalam sebuah Perodua Myvi, semalam. Menerusi sebuah portal media tempatan, dalam kejadian jam 11.46 pagi itu, Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad, keduanya yang dilaporkan berusia 19 tahun ditemui […]
Berita
Indonesia Arah Sukarelawan Asing Hulur Bantuan Di Palu Tinggalkan Kawasan Bencana Dengan Segera
Indonesia pada Selasa mengarahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang berada di kawasan bencana untuk menghulurkan bantuan agar meninggalkan kawasan berkenaan. Media antarabangsa melaporkan Indonesia sebelum ini dikenali sebagai sebuah negara yang tidak mahu dilihat terlalu bergantung dengan bantuan. Awal tahun ini, ketika bencana gempa di Pulau Lombok, Indonesia enggan menerima bantuan daripada luar biarpun […]
Berita
Tular Kes Keracunan Laksa, Kementerian Kesihatan Malaysia Sahkan Dua Orang Meninggal Dunia
Melalui laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu atas talian semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyiasat dakwaan kematian akibat keracunan laksa di Kedah dan Perak mengesahkan terdapat 19 kes keracunan laksa dengan berlaku dua kematian. Lapor akhbar itu lagi, mereka yang terlibat membeli laksa yang dijual di sebuah gerai di Kupang, Baling. Menurut kenyataan daripada Pengarah Kesihatan […]
Berita
Van Sekolah Terbalik: Tiga Pelajar Parah, 10 Cedera
KUALA NERUS, 7 Okt (Bernama) – Tiga pelajar parah manakala 10 lagi cedera ringan selepas van sekolah yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik dalam satu kemalangan di Jalan Bukit Tunggal di sini, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu Supt Abd Razak Hasan berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.15 pagi tadi apabila […]
Berita
Haiti Dilanda Gempa Bumi, Jumlah Korban Terkini 10 Orang
Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan terkorban dalam kejadian gempa bumi yang melanda utara Haiti, mengikut laporan portal berita antarabangsa BBC sebentar tadi. Gempa bumi berkenaan yang berkekuatan 5.9 magnitud adalah antara yang terkuat melanda Kepulaun Caribbean sejak gempa kuat pada 2010 yang menyaksikan sekitar 200,000 orang terkorban. Beberapa buah premis kediaman dilaporkan musnah. Presiden Haiti, Jovenel Moise […]
Berita
“Masjid Kecil Jangankan Roboh, Jam Dinding Pun Tidak Jatuh,” – Mangsa Bencana Di Palu
Dua bencana gempa bumi kuat yang melanda negara jiran, Indonesia iaitu di daerah Pulau Sulawesi dengan gempa kedua berkekuatan 7.5 magnitud menyebabkan amaran tsunami yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan bencana alam Indonesia pada Jumaat lalu. Pada hari yang sama, gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 pada skala Richter melanda Donggala, Sulawesi Tengah, pada pukul 5.02 petang […]
Berita
Lima Rentung Nahas Kereta Dengan Treler Selepas Terowong Menora
Lima rentung dalam sebuah kereta yang terbakar dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dengan beberapa buah kenderaan di Km255.3 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara selepas Terowong Menora di sini, hari ini, menurut polis. Dalam kejadian kira-kira 11.47 pagi tadi, lima yang rentung adalah mangsa dalam kereta itu, namun identiti mereka masih belum dikenal pasti, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak Supt Ahmad Adnan Basri. Beliau berkata siasatan awal mendapati treler yang membawa muatan […]
Berita
”Tiada Siapa Pernah Menyaksikan Kes Sekejam Ini,” Bayi 2 Minggu Kritikal Di Hospital Dirogol Lelaki Durjana
Jenayah sudah tidak mengenal mangsa. Terkini, seorang lelaki durjana tergamak melempiaskan nafsunya terhadap seorang bayi berusia dua minggu yang kini berada dalam keadaan kritikal setelah dirogol pada Ahad lalu. Bayi malang itu kini ditempatkan di unit rawatan rapi di Hospital Diraja Belfast dan masih berada dalam keadaan lemah. Difahamkan, kejadian tersebut terbongkar apabila ahli keluarga […]
Berita
Gempa Sulawesi: 152,000 Mangsa Masih Tertimbus
KOTA PALU (Sulawesi), 5 Okt (Bernama) – Dianggarkan 152,000 mangsa masih lagi tertimbus di seluruh kawasan dilanda gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter dan tsunami di Kota Palu, Sulawesi, Jumaat lepas. Pengarah Informasi dan Media Kementerian Luar Indonesia Acmad Ramadan berkata pada masa yang sama sejumlah 65,733 kediaman turut musnah akibat bencana itu. “Setakat […]
Berita
”Saya Jumpa Mayat Kakak Dan Ayah Berpelukan,” Sebak, Kisah Menyayat Hati Gempa Sulawesi
Melihat penderitaan dan kesedihan mangsa gempa dan tsunami di Pulau Sulawesi, Indonesia membuatkan ramai yang bersimpati. Mereka bukan sahaja kehilangan tempat tinggal malah ada yang tinggal sebatang kara kerana kematian ahli keluarga. Paling terkesan pastinya anak-anak kecil yang menjadi yatim piatu. Pelbagai kisah yang menyayat hati kedengaran dari tragedi ini. Seorang lelaki yang terselamat dalam […]
Berita
Bendera Dikibar Separuh Tiang Hingga Ahad Di Semua Premis Bomba
Bendera bomba, Jalur Gemilang dan negeri dikibarkan separuh tiang bermula hari ini hingga Ahad (7 Okt) di semua premis Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara. JBPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pengibaran bendera separuh tiang itu dilakukan sebagai tanda hormat dan penghargaan bagi enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat di kolam lombong Taman Putra Perdana, Puchong, […]
Berita
”Mak Sayang Ilham, Mak Nak Cium Ilham Nak,” Rintihan Pilu Ibu Sambil Dakap Erat Jasad Anak Kali Terakhir Undang Hiba
“Ilham.. Mak sayang Ilham.. Mak nak cium Ilham..,” demikian rintihan pilu si ibu sambil memeluk erat jasad anaknya, Muhammad Ilham Fahmy, 17, mangsa lemas di Taman Putra Perdana, Puchong rabu lalu sebelum dikebumikan pada jam 11.25 malam tadi. Ustaz Muhammad Rafieudin Zainal Rasid, Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah (SPJ) yang bertanggungjawab menguruskan jenazah remaja berkenaan tampil berkongsi detik-detik hiba […]
Berita
Tragedi Enam PPDA Lemas, Siasatan Menyeluruh Akan Dijalankan – JBPM
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca tragedi yang mengorbankan enam anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) JBPM di Puchong, Selangor malam semalam. Timbalan Ketua Pengarahnya Datuk Soiman Jahid berkata siasatan itu mungkin mengambil masa dua hingga tiga minggu. Menurutnya kesemua enam yang terkorban tersebut adalah penyelam yang mendapat pengiktirafan pelbagai agensi penyelamatan di air dan kejadian adalah suatu di luar jangka. “Pihak anggota melihat kemungkinan-kemungkinan yang berlaku dan […]
Berita
”Wajah Mereka Seperti Sedang Tidur Dalam Keadaan Tersenyum,” – Pengurus Jenazah Enam Wira Bomba
“Wajah mereka seperti sedang tidur dalam keadaan tersenyum,” demikian cerita yang dikongsikan oleh pengurus jenazah enam wira yang terkorban dalam tragedi menyayat hati Rabu lalu, ketika dihubungi oleh Siakap Keli hari ini. Muhammad Rafieudin yang merupakan Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJ) bersama pasukannya bertanggungjawab dalam menguruskan jenazah enam anggota bomba yang maut dalam operasi […]
Berita
Enam Anggota Bomba Mati Syahid, Mereka Adalah Insan Terpilih – Mufti Wilayah
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata enam anggota bomba yang lemas semasa menyelamatkan seorang remaja yang terjatuh ke dalam sebuah lombong di Puchong, malam Rabu diiktibarkan sebagai mati syahid. Beliau menerusi satu kenyataannya di laman facebook hari ini, turut meluahkan rasa dukacitanya terhadap tragedi yang berlaku selain turut memuji semangat yang […]
Berita
Cikgu, Kau Pergi Tanpa Pesan, Namamu Tersemat Di Hati Kami – Uncle Kentang
Wira yang tak didendang. Begitulah pengorbanan semua anggota badan penyelamat awam di Malaysia tak kiralah polis, bomba, tentera atau apa jua gelaran tugas sekalipun. Matlamatnya tetap sama, menggalas tanggungjawab berat dalam memberikan bantuan dan pertolongan. Mereka datang dan berada di tempat kejadian dengan satu tujuan iaitu untuk memberikan pertolongan mengikut kemahiran serta bidang kuasa masing-masing. […]
Berita
Saya Dah Pesan Kat Anak Jangan Pergi Tempat Tu – Bapa Remaja Lemas
Tragedi enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) lemas ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja yang tergelincir di lombong Taman Putra Perdana, Puchong menggemparkan negara semalam. Menerusi satu portal berita tempatan, Mohd Azzam Naim, 46, bapa kepada remaja 17 tahun berkenaan, Mohd Ilham Fahmy, telah memberi pesanan kepada anaknya […]
Berita
Masih Terbayang Wajah Dan Suara Mereka Meminta Tolong – Petugas Kecemasan
Ketika ini, kita masih lagi dalam keadaan bersedih dengan kejadian yang menimpa enam wira penyelamat yang terkorban usaha menyelamatkan seorang remaja yang terjatuh dalam lombong tinggal di Taman Putra Perdana, Puchong. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.15 malam itu, kesemua enam wira itu terkorban selepas pusaran arus deras yang datang secara tiba-tiba menyukarkan tugas […]
Berita
”Kalau Tak Pandai Jangan Cari”, Lelaki Kena Kecam Gara-Gara Komen Tak Sensitif Pada Anggota Bomba
Semalam, kita dikejutkan dengan kejadian yang menimpa sepasukan anggota bomba yang terdiri daripada enam anggota apabila maut akibat lemas dalam operasi mencari seorang remaja yang terjatuh dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong. Tragedia berkenaan nyata mengejutkan semua pihak apatah lagi ia turut dilaporkan oleh pelbagai media tempatan termasuk kami di Siakap Keli. Selain itu, […]
Berita
MB Arah Lombong Putra Perdana Ditutup, Sumbang RM20 Ribu Untuk Setiap Keluarga Anggota Bomba Terkorban
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menerusi satu kenyataan mengarahkan lombong yang meragut nyawa enam anggota bomba dan masih mencari seorang remaja hilang di Puchong ditutup serta-merta selepas misi mencari dan menyelamat remaja hilang selesai. Rentetan dari tragedi yang menyayat hati ini, saya telah mengarahkan agar lombong tersebut ditutup serta merta selepas operasi mencari dan menyelamat mangsa […]