Berita

Ismail Sabri Bangga Ada Tulisan Bahasa Melayu Pada Papan Tanda Di Korea Selatan
Ismail Sabri Bangga Ada Tulisan Bahasa Melayu Pada Papan Tanda Di Korea Selatan Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob menyatakan rasa bangga apabila melihat perkembangan dari segi penggunaan bahasa Melayu di Korea Selatan baru-baru ini. Katanya, beliau berbangga apabila membaca laporan berita mengenai sebuah papan tanda di Korea Selatan yang telah […]

Jururawat Rugi RM198, 000 Diperdaya Sindiket Macau Scam
Jururawat Rugi RM198, 000 Diperdaya Sindiket Macau Scam KUANTAN, 30 Dis (Bernama) – Seorang jururawat terpaksa berputih mata kerana kerugian wang berjumlah RM198,000 yang baharu dipinjam daripada pihak bank selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata wanita berusia 36 tahun itu telah menerima panggilan telefon daripada individu […]

PM Ditangga Ke-22, Kategori Pemimpin & Ahli Politik Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia
Anwar Tersenarai Dalam ‘500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia’ Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menduduki tangga ke-22 dalam kategori Pemimpin dan Ahli Politik Muslim Paling Berpengaruh dalam senarai 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia 2023. Kategori Pemimpin dan Ahli Politik Muslim Paling Berpengaruh itu merupakan satu daripada tiga kategori ‘Honourable Mentions’ […]

Dua Mahasiswa Ditemukan Lemas Di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu – Bomba Selangor
Dua mahasiswa dari institusi pengajian yang tidak dinyatakan ditemukan lemas di Sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu tengah hari tadi, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor. Perkara berkenaan dimaklumkan BERNAMA menerusi satu hantaran ringkas di Facebook sebentar tadi. Berita lanjut menyusul. Sumber: BERNAMA

“Loader” Lebar Milik ATM Rosak Dalam Terowong Genting Sempah Berjaya Dialihkan
Aset Milik ATM Rosak Di Terowong Genting Sempah, Trafik Dijangka Perlahan Sebuah aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalami kerosakan semasa berada di dalam terowong Genting Sempah sekitar tengah hari tadi sudah berjaya dialihkan. Berdasarkan hantaran Facebook milik Lebuhraya Pantai Timur (LPT), aset ATM yang berupa sebuah loader lebar didapati mengalami kerosakan ketika kenderaan tersebut […]

Wanita Mengandung Tujuh Bulan Didakwa Cuba Rompak Kedai Emas
Wanita Mengandung Tujuh Bulan Didakwa Cuba Rompak Kedai Emas MELAKA, 30 Dis (Bernama) — Seorang wanita mengandung tujuh bulan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan cuba merompak sebuah kedai emas di sebuah pasar raya, baru-baru ini. Tertuduh, 35, yang menangis semasa pertuduhan dibacakan kepadanya, bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Dia […]

Dua Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babit Dua Kereta
Dua Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babit Dua Kereta IPOH, 30 Dis (Bernama) — Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di KM208.6 Lebuhraya Pantai Barat, berhampiran Sitiawan hari ini. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.35 pagi dan pegawai serta anggota bersama sebuah jentera bomba digegaskan ke […]

KKM Ambil Sampel Air Kumbahan Pesawat Dari China Untuk PCR, Pelancong Perlu Lalui Ujian Saringan Demam
KKM Kukuh Persediaan Malaysia Ke Atas Polisi Baharu Kerajaan China Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengukuhkan langkah siap siaga berikutan situasi semasa dan perubahan polisi sifar COVID-19 di China. KKM memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa memantau perkembangan jangkitan COVID-19 di peringkat antarabangsa, khususnya melalui sidang media terkini oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). “Sebanyak 148,659 kes positif […]

Siasat Dakwaan Kebocoran Maklumat 13 Juta Rakyat Malaysia – Fahmi
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Cybersecurity Malaysia (CSM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) diminta menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran data maklumat membabitkan 13 juta rakyat Malaysia yang tersebar di media sosial awal pagi tadi. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kebocoran data berkenaan adalah serius melibatkan jumlah maklumat yang banyak. “Saya akan […]

Bot Laju TLDM Dipercayai Hilang Kawalan, Terlanggar KD Laksamana Tan Pusmah
Sebuah bot laju milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipercayai hilang kawalan dan terlanggar KD Laksamana Tan Pusmah semalam, lapor BERNAMA. Kejadian berkenaan dilapor berlaku ketika bot berkenaan sedang melaksanakan demonstrasi manuvra bagi memintas bot mencurigakan di jeti Pangkalan TLDM Lumut, Perak sempena Hari Terbuka Armada 2022 (HTA22). Berita lanjut menyusul. Sebuah bot tempur TLDM […]

Gergasi Perbankan, Goldman Sachs Didakwa Bakal Buang Kira-kira 4,000 Pekerja Tahun Depan
Gergasi Perbankan, Goldman Sachs Group Didakwa Bakal Buang Kira-kira 4,000 Pekerja Tahun Depan Gergasi perbankan dunia, Goldman Sachs Group didakwa bakal membuang kira-kira 8 peratus atau hampir 4,000 kakitangannya di seluruh dunia, bermula Janurai depan. Memetik laporan Financial Times, berita tersebut diketahui melalui mesej yang dihantar oleh Ketua Pegawai Eksekutif, David Solomon kepada kakitangan syarikat […]

Covid-19: MATA Gesa Kerajaan Tangguh Kemasukan Pelancong China Ke Malaysia
Covid-19: MATA Gesa Kerajaan Tangguh Kemasukan Pelancong China Ke Malaysia KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menggesa kerajaan agar menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian COVID-19 di negara itu reda. Presiden MATA Datuk Dr Mohd Khalid Harun berkata lonjakan ketara kes COVID-19 di China baru-baru ini meningkatkan […]

Andrew Tate & Abang Ditahan Polis Romania, Didakwa Terlibat Jenayah Pemerdagangan Manusia
Andrew Tate & Abang Ditahan Polis Romania, Didakwa Terlibat Jenayah Pemerdagangan Manusia Bekas peninju profesional dan juga pempengaruh media sosial, Andrew Tate dan abangnya, Tristan dilapor telah ditahan sepasukan anggota polis Romania bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam jenayah pemerdagangan manusia peringkat antarabangsa. Tate atau dikenali sebagai Top G dan abangnya yang didakwa […]

Pelayan Restoran Maut Akibat Letupan Di Ampang
Pelayan Restoran Maut Akibat Letupan Di Ampang KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Seorang pelayan di sebuah restoran maut selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup di Jalan Pandan Indah 12/1, Pandan Indah, Ampang di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata pihaknya menerima panggilan orang awam […]

Singapura Dilapor Alami Kekurangan Ubat, Warga China Beratur Panjang Beli & Hantar Ke Negara Asal
Warga China yang menetap di Singapura didapati beratur panjang di hadapan syarikat kurier, dipercayai ingin menghantar ubat-ubatan seperti paracetamol kepada ahli keluarga masing-masing di China, selepas lonjakan kes COVID-19 berlaku di sana kebelakangan ini. Menurut tinjaun yang dibuat portal berita tempatan, CNA di People’s Park Complex pada pagi Rabu (21 Disember), satu barisan panjang melibatkan […]

Hujan Batu Ais & Musim Sejuk Landa Kuwait Selepas 15 Tahun, Penduduk Label Satu Keajaiban
Penduduk Kuwait meluahkan rasa kagum dan teruja selepas negara mereka dilanda fenomena ribut dan hujan batu baru-baru ini, lapor Daily Mail. Hal ini kerana negara itu selama ini dipercayai tersenarai sebagai salah sebuah negara yang terpanas di Bumi. Bekas Pengarah Jabatan Meteorologi Kuwait, Muhammad Karam berkata,”Kami tidak dapat merasai hujan batu semasa musim sejuk dalam […]

Turkiye Dilapor Hapus Had Umur Persaraan
Turkiye Dilapor Hapus Had Umur Persaraan Turkiye menghapuskan syarat umur persaraan, bagi membolehkan lebih dua juta pekerja bersara serta-merta, lapor Daily Sabah. Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengesahkan perkara itu dalam sidang akhbar yang dilakukan pada Rabu. Peraturan baharu itu akan memberi manfaat kepada mereka yang mula bekerja sebelum September 1999, apabila undang-undang yang mengawal […]

Dr Zaliha Buat Lawatan Mengejut Di HTAR, Ingin Dengar Maklum Balas Pesakit
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa membuat lawatan mengejut ke Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), semalam. Dr Zaliha berkata tinjauan mengejut itu dilakukan kerana beliau ingin mendengar maklum balas pesakit mengenai perkhidmatan di HTAR termasuk isu waktu menunggu di Jabatan Kecemasan. “Rata-rata pesakit yang ditemui memberitahu perlu ada penambahbaikan waktu menunggu. “Ketika sesi lawatan […]

Dipercayai Terlebih Muatan, Lori Dilapor Terjunam Ke Dalam Laut Ketika Naiki Feri
Dipercayai Terlebih Muatan, Lori Dilapor Terjunam Ke Dalam Laut Ketika Naiki Feri Sebuah lori dilaporkan terjunam ke dalam laut ketika hendak menaiki feri di Pelabuhan Merak, Banten, Indonesia sekitar pukul 10 malam waktu tempatan pada Rabu semalam. Pengurus Besar Pengangkutan Lintas Sungai, Tasik (ASDP) Indonesia cawangan Merak, Lutfi Pratama telah mengesahkan insiden itu pada pagi […]

Kren Dikendali Terbakar, Pempengaruh TikTok Indonesia Dilapor Maut
Kren Dikendali Terbakar, Pempengaruh TikTok Indonesia Dilapor Maut Seorang pempengaruh TikTok di Indonesia dilaporkan maut selepas terperangkap dalam kren yang sedang terbakar di tempat kerjanya di Sulawesi Tengah, Indonesia. Menurut Detik.com, sewaktu kejadian gadis berusia 20 tahun tersebut berada dalam kren yang dipenuhi asap. Dia yang bekerja sebagai pengendali kren itu dilihat berada dalam keadaan […]