Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Budak Umur 12 Dan 13 Tahun Mengaku Tikam, Buang Mayat Rakan Dalam Hutan
Dua kanak-kanak perempuan di Jerman mengakui menikam rakan mereka yang berusia 12 tahun hingga mati, lapor Metro UK.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Luise dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas melawat rakannya pada hari Sabtu lalu.
Pencarian besar-besaran yang dilakukan polis akhirnya menemui mayat kanak-kanak tersebut pada keesokan harinya. Mayat mangsa dijumpai di dalam hutan berhampiran bekas stesen kereta api di barat bandar Freudenberg.

Luise ditemui dnegan beberapa kesan tikaman dan meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah. Dua suspek yang disyaki ‘mendedahkan butiran kes dan kemudian mengaku melakukan jenayah itu’ kata polis.
Pendakwa raya memberitahu akhbar bahawa mereka mengesyaki ‘jenayah itu dilakukan oleh dua kanak-kanak dari kalangan kenalan gadis itu’.

Suspek berjaya ditahan polis, tetapi pegawai enggan memberikan sebarang butiran lanjut mengenai identiti, motif atau sama ada mereka mengenali mangsa dari sekolah.
BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja
Kedua suspek dibawa ke pejabat kebajikan belia, sebuah jabatan kerajaan tempatan yang ditugaskan khusus dengan sokongan dan perlindungan kanak-kanak, remaja dan keluarga.
Pendakwa raya Mario Mannweiler berkata: “Apa yang mungkin menjadi motif untuk kanak-kanak melakukan jenayah itu tidak mungkin terlintas dalam fikiran orang dewasa.

“Jadi kami tidak boleh berkata apa-apa mengenainya sekarang kerana saya tidak dibenarkan untuk berbuat demikian. Ini adalah kes yang mengejutkan, baik untuk kami dan juga anda semua.” beritahu Mario.
Hendrik Wuest, gabenor negeri Rhine-Westphalia Utara Freudenberg berkata bahawa dia terkejut dengan kejadian pembunuhan tersebut.

Dia berkata: “Tidak dapat difahami dan terbayang bahawa kanak-kanak mampu melakukan perbuatan jenayah yang mengerikan seperti itu.”
Beliau berjanji bahawa pihak berkuasa akan melakukan segala-galanya untuk menjelaskan sebab dan keadaan jenayah yang terjadi itu kepada umum kelak.
Sumber: Metro UK