Berita

Mangsa Banjir Di Pantai Timur Terus Meningkat Malam Ini
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang terus mencatatkan peningkatan malam ini berbanding petang tadi, manakala di Johor menunjukkan sedikit penurunan dan tiada perubahan jumlah mangsa di Perak. Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 29,717 orang daripada 8,214 keluarga berbanding 19,601 orang daripada 5,699 keluarga petang tadi. Sekretariat Jawatankuasa […]

Banjir: Besut Lumpuh, Terputus Hubungan – Bomba
MARANG, 19 Dis (Bernama) — Keadaan banjir di Besut kini semakin buruk dengan semua jalan menuju ke daerah itu terpaksa ditutup kerana ditenggelami air. Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ahmad Izram Osman berkata penutupan kepada semua jenis kenderaan itu dilaksanakan sejak semalam. Selain semua akses ditutup, jumlah mangsa banjir […]

Keletihan & Alami “Minor Stroke”, Pengarah JBPM Selangor Dimasukkan Ke Hospital
Keletihan & Alami “Minor Stroke”, Pengarah JBPM Selangor Dimasukkan Ke Hospital Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor (JBPM) memaklumkan bahawa Pengarah JBPM Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis telah dimasukkan ke Hospital Selayang hari ini. Menerusi kenyataan media yang dikongsi di Twitter, Norazam dimasukkan ke hospital akibat keletihan dan minor stroke. Difahamkan, kejadian itu berlaku […]

KPWKM Peruntuk RM500,000 Biayai Keperluan Segera Mangsa Banjir Di Terengganu & Kelantan – Nancy Shukri
KPWKM Peruntuk RM500,000 Biayai Keperluan Segera Mangsa Banjir Di Terengganu & Kelantan – Nancy Shukri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan bahawa pihaknya telah meluluskan Perolehan Darurat sebanyak RM500,000 bagi membiayai keperluan segera dan bantuan kepada mangsa banjir di Negeri Terengganu dan Kelantan. Menurut menterinya, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri, peruntukan itu diberikan […]

TNB Siasat Kes Renjatan Elektrik Korbankan Tiga Beradik Di Tumpat
KOTA BHARU, 19 Dis (Bernama) — Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tiga beradik perempuan maut akibat renjatan elektrik di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau, dekat Morak, Tumpat, hari ini. TNB dalam kenyataannya memaklumkan siasatan berkenaan turut membabitkan kerjasama dengan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Tenaga dan polis. “Orang ramai […]

Maklumat Tular Penutupan Bekalan Elektrik Di Seluruh Terengganu Adalah Palsu – TNB
Maklumat Tular Penutupan Bekalan Elektrik Di Seluruh Terengganu Adalah Palsu – TNB Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menafikan maklumat tular mengenai penutupan bekalan elektrik di seluruh Terengganu akibat pencawang elektrik yang ditenggelami air. Menurut Pengurus Besar TNB Terengganu, pihaknya tidak merancang untuk menutup atau memotong elektrik secara besar-besaran. “Pemotongan elektrik dibuat ketika ini hanya membabitkan […]

Tiga Pekerja Warga Indonesia Lemas Dalam Lubang Pembetung
PUTRAJAYA, 19 Dis (Bernama) — Tiga pekerja kontrak pemasangan kabel telekomunikasi warga Indonesia meninggal dunia akibat lemas dalam lubang pembetung kabel bawah tanah di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya, dekat sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Selangor Datuk Norazam Khamis, berkata menurut laporan awal, mangsa pekerja kontrak pemasangan kabel sebuah syarikat komunikasi […]

SKMM Beri Amaran, Mohon Orang Ramai Henti Sebar Video 3 Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya menghentikan penularan video tiga beradik yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik yang berlaku di Tumpat, Kelantan hari ini. Menerusi kenyataan media yang dikongsikan di Twitter, SKMM meminta supaya orang ramai menghormati mangsa dan privasi keluarga mangsa serta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk […]

Anwar Bukti Keabsahannya Sebagai PM10 Di Parlimen
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri ke-10, apabila Usul Undi Percaya terhadapnya diluluskan dengan lebih suara bersetuju, pada hari pertama Persidangan Dewan Rakyat Parlimen ke-15 hari ini. Keabsahan Ahli Parlimen Tambun itu disahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, yang mengumumkan keputusan […]

94 Pencawang Elektrik Di Kelantan Ditutup
KOTA BHARU, 19 Dis (Bernama) — Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup sementara bekalan elektrik di 94 pencawang membabitkan jajahan Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas dan Pasir Puteh berikutan hujan lebat dan banjir. Menurut kenyataan dalam laman Facebook TNB Careline hari ini, usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terlibat dapat disalurkan […]

Kanak-Kanak Lelaki Ditemukan Lemas Di Pasir Mas – Bomba
PASIR MAS, 19 Dis (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun tiga bulan ditemukan lemas di Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang, di sini, kira-kira 1 tengah hari tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Shapawi Stapa berkata mangsa dikatakan bermain di anjung rumah bersama kakaknya sebelum hilang di kawasan rumahnya yang sedang […]

Lebih 80 Peratus Kawasan Digali Dan Diperiksa, Sembilan Lagi Mangsa Dikhuatiri Tertimbus
Lebih 80 peratus kawasan mencari dan menyelamat (SAR) digali dan diperiksa, sembilan lagi mangsa dikhuatiri tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata demikian selepas menjalankan operasi SAR bagi smebilan lagi mangsa yang hilang pada hari keempat. Sebelum ini, media melaporkan SAR berdepan keadaan sukar […]

Banjir: Enam Jalan Menghubungkan Terengganu-Kelantan Ditutup
KUALA TERENGGANU, 19 Dis (Bernama) — Sebanyak enam jalan di daerah Setiu yang menghubungkan Terengganu dan Kelantan terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan buat masa ini, berikutan banjir yang sedang melanda negeri Pantai Timur. Polis Terengganu dalam kenyataan hari ini memaklumkan jalan yang ditutup sepenuhnya adalah Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (berhampiran Petronas Permaisuri di Kampung Balik Bukit); […]

Usul Undi Percaya Terhadap PM Anwar Dibentang Di Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Usul Undi Percaya terhadap Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini untuk mendapatkan keabsahan memimpin Kerajaan Perpaduan. Usul tersebut dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang bersidang selama dua hari mulai […]

Tiga Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Kelantan – Laporan
Tiga orang adik-beradik dilaporkan maut kerana dipercayai terkena renjatan elektrik ekoran daripada rumah yang dinaiki air di Kampung Morak, Tumpat hari ini. Menurut Sinar Harian, ketiga-tiga mangsa (kesemua perempuan) dikatakan terapung ketika dijumpai dan disahkan meninggal dunia. Malah, salah seorang daripada mangsa yang terkorban merupakan seorang guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti). Berita lanjut […]

Ramli Mohd Nor & Alice Lau Kiong Yeng Dilantik Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Ramli Mohd Nor (BN) dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yeng (DAP) dilantik sebagai timbalan-timbalan Speaker Dewan Rakyat baharu selepas masing-masing memperoleh 148 dan 146 undi. Keputusan itu dibuat selepas kertas undian diberikan kepada ahli parlimen dan ditandatangani oleh mereka usai memilih satu atau dua calon Timbalan Speaker Dewan […]

Elak Simpanan KWSP Jatuh Ke Tangan Orang Salah Jika Meninggal Dunia, Pastikan Korang Buat ‘Step’ Penting Ni
Kebanyakan kita yang bekerja, mesti mempunyai pelan kewangan sendiri demi masa hadapan. Terutamanya bagi mereka yang perlu menanggung keluarga, simpanan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ibarat satu ‘kewajipan’ bagi melindungi diri sendiri dan waris pada saat gawat. Sekiranya pencarum meninggal dunia, wang simpanan ini akan diserahkan kepada waris mereka bagi menyelesaikan urusan-urusan seperti pembayaran […]

Gempa Bumi Gegar Selatan Sumatera
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan satu kejadian gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 di Selatan Sumatera, Indonesia pada 1:50 petang, sebentar tadi. MetMalaysia dalam kenyataan menyatakan gempa bumi tersebut berpusat pada kedudukan 5.7° S dan 104.3° T dengan kedalaman 148 kilometer (km) serta 117 km barat dari bandar Lampung, Indonesia. Bagaimanapun, menurut MetMalaysia gempa bumi itu […]

Bomba Nafi Beri Kebenaran Sukarelawan NGO Masuk Tapak Bencana Bantu SAR
Tiada sebarang kebenaran diberikan kepada mana-mana badan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan awam atau individu untuk masuk ke tapak bencana kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor. Demikian penafian dibuat oleh Pusat Gerak Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berhubung dakwaan sekumpulan sukarelawan NGO yang mendakwa mendapat kebenaran masuk ke tapak bencana berkenaan. Malah dalam masa […]

Banjir Kilat Landa Selatan Thailand, Hatyai & Songkhla Antara Terjejas Teruk
Hujan lebat yang turun sejak beberapa hari menyebabkan beberapa bandar dan wilayah di selatan Thailand seperti Hatyai di Songkhla, Nakhon Si Thammarat dan Narathiwat dilanda banjir besar. Memetik laporan media tempatan, difahamkan bendera merah amaran telah dikibarkan di pantai Chalatat di Songkhla bagi menasihatkan orang ramai supaya tidak pergi ke laut berikutan ombak setinggi empat […]