Berita

SAR Berdepan Keadaan Sukar, Tanah Lembik & Lecak Setebal 16 Meter
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali berdepan keadaan sukar ekoran situasi semasa kawasan tapak bencana di sana. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pasukan penyelamat berdepan keadaan sukar berikutan tanah lembik dan lecak yang berkedalaman kira-kira 16 meter. Sementara […]

Amaran Hujan Sangat Lebat Berterusan Berstatus Bahaya Di Pantai Timur Hingga Rabu
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan sangat lebat berterusan berlaku melibatkan Kelantan, Terengganu dan beberapa daerah di Pahang sehingga Rabu ini. Menerusi satu kenyataan, amaran hujan berterusan (bahaya) dikeluarkan oleh MetMalaysia yang membabitkan negeri pantai timur serta Pahang di daerah Jerantut dan Kuantan. “Hujan lebat berterusan (buruk) dijangka berlaku di Perlis, Kedah melibatkan daerah Langkawi, […]

Kesemua Ahli Dewan Rakyat Angkat Sumpah Hari Ini
Kesemua Ahli Dewan Rakyat mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat di Parlimen sebagaimana yang sudah dijadualkan pada hari ini. Sesi angkat sumpah berkenaan dimulakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof dan diikuti barisan menteri-menteri dan timbalannya. […]

Cuaca Mendung, Operasi SAR Sembilan Lagi Mangsa Tanah Runtuh Diteruskan
BATANG KALI, 19 Dis (Bernama) — Memasuki hari keempat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya di sini diteruskan hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Selangor Datuk Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan memberi fokus di Sektor A (Hillview) dan […]

Usul Undi Percaya: PN Yakin Peroleh Minimum Undi, Ada Strategi
Perikatan Nasional (PN) yakin akan memperoleh minimum undi di hari pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini, lapor Awani. Menurut Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin pihaknya sudah mempunyai ketetapan dan strategi, namun enggan mengulas lebih lanjut mengenainya. “Kita sudah ada ketetapan, kita tunggu esok. […]

Usul Undi Percaya, Pelantikan Speaker Tumpuan Hari Pertama Persidangan Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Pembentangan usul undi percaya dan pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu antara tumpuan hari pertama persidangan Parlimen bagi Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Anwar yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 Nov sebagai Perdana Menteri ke-10, terkandung pada nombor […]

Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan, Terengganu Dan Perak Meningkat
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Perak mencatatkan peningkatan malam ini manakala di Johor kekal seperti petang tadi. Di KELANTAN, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 5,642 orang daripada 1,679 keluarga malam ini berbanding 3,320 orang daripada 975 keluarga pada sebelah petang. Menurutnya, sebanyak 58 pusat pemindahan […]

Operasi SAR Tanah Runtuh Batang Kali Ditangguh, Bersambung Esok
BATANG KALI, 18 Dis (Bernama) — Operasi hari ketiga mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya di sini, ditangguhkan berikutan hujan. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata operasi SAR akan disambung semula pada 8 pagi esok, bergantung kepada keadaan cuaca. […]

Karim Benzema Dilapor Tolak Pelawaan Presiden Perancis, Tak Mahu Hadir Di Final Piala Dunia
Karim Benzema Dilapor Tolak Pelawaan Presiden Perancis, Tak Mahu Hadir Di Final Piala Dunia Bintang bola sepak Perancis, Karim Benzema dilaporkan telah menolak jemputan daripada Presiden Perancis, Emmanuel Macron untuk menghadiri perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022. Memetik laporan ESPN, Benzema mengalami kecederaan paha beberapa hari sebelum perlawanan pertama Perancis dalam pertandingan itu sekaligus menjadi […]

Tanah Runtuh Batang Kali: Bomba Temui Empat Petunjuk Baharu
BATANG KALI, 18 Dis (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor hari ini menemui empat petunjuk baharu yang berkemungkinan ada mayat tertimbus di lokasi tanah runtuh di kawasan tapak perkhemahan di laluan Batang Kali-Genting Highlands di sini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata penggunaan radar penembusan tanah (GPR) itu, sangat membantu operasi […]

Kanak-Kanak Perempuan Berusia Dua Tahun Korban Pertama Banjir Terengganu
JERTIH, 18 Dis (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu kali ini dalam kejadian di Kampung Apal di sini hari ini. Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata Nur Hilwa Idris Mohd Haris Zaifan ditemukan terapung dalam parit kira-kira 20 meter dari rumah tempat mangsa dikatakan terjatuh […]

Tanah Runtuh Di Raub, Tiada Mangsa Terlibat
KUANTAN, 18 Dis (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh di laluan belakang premis perniagaan di Jalan Tun Razak di bandar Raub, hari ini. Ketua Zon 3 JBPM Pahang Sharulnizam Nasir bagaimanapun berkata runtuhan tanah daripada ketinggian 15 meter dan membabitkan kawasan seluas 30 meter itu tidak melibatkan […]

Tiga Dilapor Maut & 17 Cedera Parah Dalam Insiden Ombak Besar Di Pantai Afrika
Tiga Dilapor Maut & 17 Cedera Parah Dalam Insiden Ombak Besar Di Pantai Afrika JOHANNESBURG – Tiga mangsa dilapor maut serta 17 lagi cedera parah susulan insiden ombak besar yang melanda sebuah pantai di bandar tenggara Durban, Afrika Selatan pada Sabtu. Memetik laporan VOA News, insiden itu berlaku sekitar jam 5 petang di Bay of […]

Banjir: 12 Jalan Terjejas Termasuk Tujuh Ditutup Sepenuhnya Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 18 Dis (Bernama) — Sebanyak 12 jalan raya di Terengganu terjejas termasuk tujuh yang ditutup sepenuhnya, akibat banjir yang melanda negeri itu, bermula jam 8 pagi tadi. Portal laman rasmi Pengurusan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) menyatakan tujuh jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan, manakala lima lagi ditutup kepada kenderaan ringan. Laluan yang […]

Banjir Kelantan: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di 9 Kawasan Tanah Merah
Banjir Kelantan: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di 9 Kawasan Tanah Merah Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bahawa pihaknya telah menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik di Tanah Merah, Kelantan susulan banjir yang melanda negeri itu. Menerusi notis yang dimuat naik di Facebook, TNB berkata penutupan bekalan elektrik itu dilakukan bagi memastikan keselamatan para pengguna. Antara […]

Tanah Runtuh: Masih Belum Jumpa Apa-Apa Tanda & Mangsa Setakat 3.30 Petang – Bomba
Operasi misi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh yang bermula sejak pagi tadi masih belum menemui apa-apa tanda ataupun mangsa. Memetik kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Pahang, Pusat Pengurusan Operasi memaklumkan tiada sebarang tanda yang ditemui setakat pukul 3.30 petang hari ini. Difahamkan, kawasan pencarian pada hari […]

Kepala Air Landa Air Terjun Lata Belatan Jabi, Tiada Kaitan Aktiviti Ceroboh Hutan – Exco Terengganu
Hujan lebat berterusan yang melanda seluruh Terengganu akhir-akhir ini mengakibatkan beberapa daerah di sana ditenggelami air dan mula dilanda banjir. Dalam satu perkongsian Exco Terengganu Dr Azman Ibrahim di Facebook, air terjun Lata Belatan Jabi, Besut mengalami fenomena kepala air yang dilihat sangat deras. Dalam video itu, jelas menunjukkan keadaan air terjun tersebut menjadi tidak […]

Tanah Runtuh: Kerja Lebih Masa Dalam Operasi SAR, ‘Blake’ K9 Direhatkan
BATANG KALI, 18 Dis (Bergambar) — Ketika ramai berkongsi di media sosial gambar memaparkan anggota pasukan penyelamat kepenatan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di sini, tidak ramai yang tahu terdapat ‘hero’ lain turut mengalami keadaan sama. Pendamping pasukan SAR iaitu anjing unit pengesan (K9) turut bertungkus lumus dalam operasi mengesan dan menyelamatkan mangsa insiden tanah runtuh sejak Jumaat […]

Banjir Kilat Di LPT 2 Akibat Limpahan Air Cerun
KUALA BERANG, 18 Dis (Bernama) — Kejadian banjir kilat berlaku di Kilometer (km) 393 Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT 2) dari arah Ajil ke Kuantan, yang tular di media sosial pagi tadi surut sepenuhnya. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hasmeera Hassan berkata kejadian kira-kira 11 pagi itu dipercayai berpunca daripada limpahan air cerun berhampiran […]

Tanah Runtuh: Pengusaha Tapak Perkhemahan, Dua Pekerja Dipanggil Bantu Siasatan – Polis
BATANG KALI, 18 Dis (Bernama) — Polis telah memanggil pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dan dua pekerjanya bagi membantu siasatan berhubung tragedi tanah runtuh yang setakat ini telah mengorbankan 24 nyawa. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Suffian Abdullah berkata lelaki tempatan berusia 50-an dan dua pekerja lelaki berusia lingkungan 30-an itu, hadir di Ibu Pejabat Daerah Hulu Selangor petang semalam. “Kemungkinan […]